Anda di halaman 1dari 2

Cerpen yang telah saya hasilkan bertajuk Hari Masih Panjang.

Tema bagi cerita


pendek ini ialah kesabaran dan ketabahan menghadapi dugaan. Cerpen ini menceritakan
seorang gadis yang bernama Amira menerima berita buruk kerana ayah dan ibunya telah
meninggal dunia kerana kapal terbang yang dinaiki mereka telah terhempas disebabkan
cuaca yang buruk. Amira merasakan dunia seolah tidak berguna lagi kepadanya kerana ibu
dan ayah tiada lagi di sisi. Namun setelah diberi semangat oleh Puan Idawati, Anis, Diana
serta orang ramai yang menziarahinya, akhirnya Amira dapat menerima berita tersebut
dengan redha. Dia sedar dia perlu menghadapi hari yang mendatang tanpa ibu bapanya
namun dia sedar bahawa ramai lagi insan yang masih mengambil berat tentang dirinya.

Berdasarkan cerpen ini, apa yang saya dapat ialah yang pertama ialah kita janganlah
melupakan keluarga kita walau sesibuk mana pun kita. Hal ini kerana keluarga merupakan
pendorong kita untuk berjaya dan mereka lah yang akan sentiasa menyokong kita daripada
belakang ketika senang mahupun susah. Hal ini dapat dilihat dalam cerpen yang telah saya
tulis di mana Datuk Awang Nor tetap meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk
dengan tugas seorang wakil rakyat.

Selain itu, perkara kedua yang boleh kita renungkan dalam cerpen ini ialah, setinggi
mana darjat atau kekayan yang kita miliki, jangan pernah kita bangga dan sombong kerana
semua itu milik Allah SWT. Senario masyarakat Melayu pada hari ini boleh dikatakan kritikal.
Hal ini kerana ramai masyarakat Melayu pada hari ini umpama sudah lupa adanya Tuhan di
dunia ini. Kita dilimpahkan dengan nikmat yang Allah beri namun kita bersikap sombong,
takbur nikmat dan paling menyedihkan ialah kita lupa untuk mematuhi suruhan-Nya. Hal ini
harus dielakkan kerana pada akhirnya, pada-Nya juga kita akan kembali. Sama ada kita
pulang pada-Nya sebagai hamba yang baik atau tidak , tepuklah dada tanyalah selera.

Di samping itu, perkara ketiga yang boleh renungkan dalam cerpen ini ialah, kita
haruslah sabar dan redha ketika meghadapi dugaan. Setiap dugaan yang kita terima pasti
ada hikmahnya. Sematlah di dalam hati bahawa Allah SWT tidak akan menguji umat-Nya
dengan dugaan yang kita tidak mampu tanggung. Setiap perkara yang berlaku telah disusun
dengan elok. Hal ini dapat dilihat dalam cerpen yang telah saya hasilkan apabila Amira pada
mulanya seolah-olah tidak menerima kenyataan bahawa kedua ibu bapa nya sudah
meninggal dunia. Namun setelah diberi semangat akhirnya dia redha dan boleh menerima
apa yang telah berlaku. Walaupun kesedihan masih belum lagi terubat namun dia tabah
untuk meneruskan hidupnya yang masih lagi panjang. Pastinya ujian Tuhan ini
membuatkannya lebih kuat kerana pada usia baru 17 tahun dia telah belajar berdikari dan
hidup sendiri tanpa ibu bapa tercinta.
Kesimpulannya, hidup kita sebagai manusia diibaratkan sebagai roda. Adakalanya
kita di atas namun adakalanya kita dibawah. Berada di atas atau bawah bukanlah persoalan
utama namun persoalannya ialah apa yang akan kita lakukan ketika berada dalam situasi
tersebut. Manusia pada zaman kini apabila senang akan bersikap sombong dah bangga dan
apabila susah hanya tahu merungut dah barulah mengingati Tuhan Yang Maha Esa. Maka
kita sebagai manusia hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan tidak lupa diri di kala
senang , tidak hanya merungut di kala susah.

Anda mungkin juga menyukai