Anda di halaman 1dari 5

2.

0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF GAGNE


Robert M. Gagne (1970) telah melakukan beberapa kajian tentang pengajaran
berkesan. Hasil daripada kajian tersebut, Gagne telah menghasilkan Hierarki Pembelajaran.
Selain itu, Gagne turut menerangkan teori pengajaran mestilah mengambil kira faktor-faktor
khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran kompleks. Beliau juga
mengemukakan bahawa belajar adalah perubahan yang terjadi dalam kemampuan manusia
yang terjadi setelah belajar secara terus menerus, bukan hanya disebabkan oleh proses
pertumbuhan sahaja. Teori pembelajaran Gagne juga menekankan bahawa sistem
pembelajaran harus bermula daripada perkara yang mudah kepada perkara yang rumit.
Oleh itu, bagi situasi Pelajar A tersebut sebelum mengajar guru perlu memastikan pelajar
tersebut telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.
Berikut merupakan aplikasi teori pembelajaran kognitif berdasarkan prinsip-prinsip
Gagne yang boleh guru lakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tersebut:

1. PEMBELAJARAN ISYARAT
Pada tahap ini setiap individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat
secara langsung atau secara tidak langsung. Sebagai contoh, apabila guru
mengetuk meja menanda pelajar perlu memberi perhatian kepada guru dihadapan.
Situasi ini boleh dilakukan oleh guru bagi mengatasi masalah pelajar A yang sering
tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, apabila
murid tersebut sudah dilazimkan dengan tingkah laku guru tersebut secara tidak
langsung Pelajar A akan memberikan tumpuan dan fokus dihadapan.

2. RANGSANGAN DENGAN GERAK BALAS


Pembelajaran pada peringkat kedua ini merupakan gerak balas yang diterima
sebagai hasil sesuatu tingkah laku. Jika gerak balas yang diterima positif, maka
hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh. Rangsangan
gerak balas boleh dilakukan dalambentuk kebendaan seperti memberi hadiah gula-
gula, dalam bentuk sosial seperti pujian, kata-kata perangsang dan sentuhan.
Sebagai contoh, guru memuji cara penulisan yang kemas oleh pelajar A. Walaupun
pelajar A menghadapi masalah dalam pembelajaran guru tidak seharusnya
mengenepikan mereka sebaliknya guru perlu mencari kelebihan yang ada dalam diri
pelejar A tersebut untuk merangsang diri mereka supaya terus belajar bersungguh-
sungguh. Rangsangan sebegini juga dapat meningkatkan motavasi dan keyakinan
murid supaya tidak terus keciciran dalam pembelajaran.

3. PEMBELAJARAN RANGKAIAN MOTOR.


Bagi prinsip ketiga yang diperkanlkan oleh Gagne ialah pembelajaran rangkaian
motor. pada tahap ini guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang dalam
urutan yang spesifik. Hal ini sangat penting terutama dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Muzik dan Pendidikan Seni. Sebagai contoh,
dalam Pendidikan Jasmani guru mengajar pelajar-pelajarnya cara mengelecek bola.
Rangkaian motor yang terlibat termasuk berlari, menendang, menyeret dan
sebagainya. Bagi mengatasai masalah pembelajaran pelajar A ini, guru perlu
mengadakan aktiviti didik hibur yang dapat merangsang rangkaian motornya. Antara
aktiviti didik hibur yang boleh dilakukan ialah main berebut kerusi, menari dan
sebagainya.

4. PEMBELAJARAN DISKRIMINASI
Diskriminasi adalah penting dalam penguasaan konsep. Guru harus mengajar murid-
muridnya supaya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam sesuatu kategori.
Pembelajaran diskriminasi melibatkan perhatian dan keupayaan melihat ciri-ciri
persamaan dan perbezaan. Justeru, setiap murid dapat membuat diskriminasi atau
pilihan berdasarkan ciri-ciri yang diperhatikan. Sebagai contoh, guru perlu
memahamkan pelajar A tersebut dengan ciri-ciri asas terlebih dahulu sebelum
menguasai konsep pembelajaran yang susah. Contonya mengajar pelajar A
membezakan kategori binatang dalam kelompok karnivor, omnivor, dan herbivor.

2.1 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF GAGNE TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN

Antara implikasi teori pembelajaran kognitif Gagne dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah guru dapat merangsang daya ingatan semula murid-muridnya. Dalam
pembelajaran kognitif murid-murid lebih kepada menggunakan pengalaman sedia ada bagi
membantu dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu, teknik pembelajaran kognitif ini
sesuai dilakukan kepada pelajar A tersebut supaya dapat merangsang ingatannya semula.
Oleh sebab itu, apabila mengajar guru perlu menggunakan teknik pengulangan atau imbas
kembali untuk merangsang daya ingatan pelajar A tersebut. Dengan pengetahuan sedia ada
pada pelajar A tersebut maka situasi ini dapat membantunya bagi menangani masalah
dalam pembelajaran.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif juga dapat memaklumkan pelajar
tentang objektif pelajaran. Sebelum memulakan sesi P&P guru pelu menerangkan terlebih
dahulu objektif pelajaran supaya mereka sedar tentang matlamat pengajaran. Melalui
pendedahan ini pelajar akan lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu untuk
pelajaran yang akan dilalui. Selain itu, senarai objektif pelajaran yang dikemukan pada awal
pelajaran dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar.
Implikasi yang terakhir ialah guru dapat menarik perhatian pelajar kepada topik
pengajaran yang hendak diajar. Guru boleh merangsang pelajar dengan merangsang naluri
ingin tahu pelajar, memotivasikan pelajar, memberikan cabaran kepada pelajar, bermain
teka teki humor dan gambar untuk menarik minat mereka. Bagi situasi palajar A tersebut
guru boleh menggunakan kaedah memulakan pengajaran dengan memaparkan skrin
animasi dengan menggunakan multimedia supaya merangsang minatnya dalam belajar. Hal
ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah murid tersebut dalam memberi tumpuan
di dalam bilik darjah.

3.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

Teori pembelajaran kontruktivis ini dipelopori oleh Lev Vygotsky yang merupakan
seorang ahli psikologi. Vygotsky juga mempunyai tanggapan bahawa pembelajaran dapat
dilakukan melalui bermain, penyampain secara formal atau kerjasama antara pelajar
dengan pelajar. Selain itu Vygotsky juga menyatakan guru berperanan sebagai pembimbing
dan fasilitator pembelajaran murid. Guru juga perlu menggunakan kolaboratif dan interaksi
antara guru dan pelajar supaya sesi P&P terus berlaku.
Di dalam teori pembelajaran konstruktivis ini Vygotsky telah menekankan beberapa
hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu. Berikut merupakan
beberapa penekanan yang telah diperkenalkan oleh Vygotsky :

1. ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT (ZPD)


Zon Perkembangan Terdekat merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar
dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang
lain yang lebih mahir. Vygotsky dalam kajiannya menyatakan terdapat dua tahap
penguasaan pengetahuan manusia yang terdiri daripada zon atas dan zon bawah.
Zon atas dapat dijelaskan bahawa isi pelajaran yang dipelajari oleh murid tersebut
tidak akan dapat dikuasai walaupun dengan bimbingan orang lain. Manakala bagi
zon bawah pula, murid dapat menguasai isi pelajaran secara sendiri tanpa
bimbingan daripada orang lain. Dalam situasi yang dihadapi oleh pelajar A tersebut,
guru telah mengetahui bahawa murid ini berada pada zon atas ZPD yang membawa
maksud pelajar tersebut tidak dapat menguasai isi pelajaran dengan sendirinya. Oleh
itu, guru perlu sentiasa membimbing dan mengajarnya dengan memberi latih tubi
dan mempelbagaikan kaedah latihan pembelajaran supaya pelajar A ini dapat
menguasai isi pelajaran yang diajar oleh guru.
2. TEKNIK SCAFFOLDING
Teknik scaffolding diperkenalkan bagi membantu pelajar menguasai isi pelajaran
yang berada dalam Zon perkembangan terdekat (ZPD). Scaffolding ini merupakan
proses membimbing dan membantu pembelajaran. Selain itu, bimbingan dan
sokongan ini perlulah dilakukan mengikut keperluan pelajar. Namun begitu,
bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi
peringkat. Akhirnya, bimbingan akan dilepaskan apabila pelajar dapat melakukannya
sendiri. Sebagai contoh, pelajar A tersebut memerlukan bimbingan dan sokongan
daripada guru supaya pelajar A ini dapat menguasai isi pelajaran secara teratur. Hal
ini bertujuan bagi membantunya untuk mengatasi masalah dalam proses P&P. Jika
pelajar A tersebut telah dapat menguasai isi pelajaran melalui proses scaffolding ini
maka guru tidak perlu lagi membimbingnya sebaliknya guru boleh melakukan
pemerhatian terhadap pelajar A ini supaya sentiasa konsistan dalam proses P&P dan
mengenalpasti sekiranya terdapat kelemahan atau masalah maka guru perlu
membantunya.

3.0 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONTRUKTIVIS TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
Antara implikasi teori pembelajaran kontruktivis terhadap pengajaran dan
pembelajaran ialah guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta
dapat mengambil kira keupayaan murid. Perancangan dan persediaan yang rapi sebelum
memulakan sesuatu proses P&P sangat penting kepada guru. Hal ini demikian kerana,
perancangan yang rapi menyebabkan guru-guru lebih bersedia untuk berhadapan dengan
pelbagai kerenah dan ragam murid-murid di dalam bilik darjah. kaedah pembelajaran secara
berpusatkan murid dan memerlukan aktiviti yang yang kreatif dapat menggalakkan murud-
murid belajar dengan lebih menyeronokkan serta dapat memudahkan mereka untuk
memahami sesuatu isi pelajaran dengan mudah.

Implikasi seterusnya ialah guru perlu mewujudkan teknik pembelajaran secara


berkumpulan. Perbincangan secara berkumpulan ini bertujuan mewujudkan interaksi yang
berkualiti. Selain itu, melalui aktiviti berkumpulan ini murid-murid dapat memperolehi banyak
faedahnya seperti dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas dan dapat
membuahkan buah fikiran yang bernas. Melalui aktiviti berkumpulan ini, murid-murid akan
lebih faham apabila rakan sebayanya yang membimbing. Hal ini secara tidak langsung,
dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid untuk menguasai sesuatu isi pengajaran.
Seterusnya, implikasi teori konstruktivis terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah
guru dapat mengenal pasti Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) pelajar melalui penyediaan
beberapa aktiviti yang berkaitan. Guru perlu sentiasa peka dan ambil tahu akan tahap
penguasaan murid-muridnya dalam menguasai sesuatu isi pelajaran sama ada pada zon
atas atau zon bawah. Hal ini sangat penting kerana jika mereka berhadapan dengan
masalah pembelajaran maka guru perlu membantu murid-murid ini dengan menjalankan
aktiviti seperti pemulihan di dalam kelas, penyedian Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai