Anda di halaman 1dari 2

MARI MENGENAL VOKAL

Objektif aktiviti Memastikan murid-murid dapat menyebut


huruf vokal dengan betul dan mengenal
objek yang bermula dengan huruf vokal
Matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Bahan aktiviti 1. Gambar ayam
2. Gambar buah epal
3. Gambar ikan
4. Gambar buah oren
5. Gambar ular
6. Kotak kertas
7. Kerusi
8. Gam

Cara pelaksanaan 1. Guru pada awalnya mengajar murid-


murid untuk menyebut huruf vokal a,
e, i, o dan u. Guru menyebut huruf
vokal itu terlebih dahulu dan murid
akan menyebutnya semula dengan
suara yang lantang. Aktiviti ini akan
diulang sebanyak tiga kali.

2. Seterusnya, sesudah selesai aktiviti


yang pertama, guru akan menampal
lima gambar objek yang bermula
dengan huruf vokal di papan putih
atau hitam. Selepas itu, guru akan
menyebut huruf vokal diikuti dengan
nama objek yang bermula dengan
huruf vokal yang disebut tadi.
Perkara ini akan diulang oleh murid-
murid. Perkara ini dilakukan untuk
meningkatkan lagi keupayaan murid-
murid untuk menyebut serta
mengingati huruf vokal.

3. Di samping itu, untuk mengukur


tahap kefahaman murid-murid,
permainan kotak beracun akan
dilakukan di dalam kelas. Yang
pertama, murid-murid akan duduk di
kerusi dan membentuk sebuah
MARI MENGENAL VOKAL

bulatan. Selepas itu, muzik akan


dimainkan dan kotak beracun akan
bergerak sepanjang lagu dimainkan.
Huruf vokal yang ditulis di atas kertas
dimasukkan ke dalam kotak kertas
itu. Apabila muzik dihentikan, murid
yang terakhir memegang kotak
beracun itu perlu mengambil kertas di
dalam kotak beracun. Selepas itu ,
murid dikehendaki membuka lipatan
kertas itu dan melihat huruf vokal
yang mereka dapati. Yang terakhir,
murid perlu menyebut huruf vokal
dan nama objek yang bermula
dengan huruf vokal itu dengan kuat
dan jelas. Aktiviti ini dilakukan untuk
meningkatkan lagi tahap kefahaman
murid-murid tentang huruf vokal yang
telah mereka pelajari.

Anda mungkin juga menyukai