Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Abd. Ramli bin Sanusi yang tidak pernah jemu
mengajar kami pada semester ini.

Tidak lupa kepada rakan - rakan yang telah membantu secara langsung dan tidak
langsung.Tanpa bantuan mereka tentunya tugasan ini tidak dapat disiapkan seperti
sekarang.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Institut Pendidikan
Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) sama ada pensyarah, staf ataupun guru-guru
pelatih lain yang membantu secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.Saya turut
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepda ibu bapa saya yang membenarkan saya
memilih jurusan perguruan ini.

Semoga tugasan ini memberi manfaat kepada saya dan semua orang.
Akal

Kebijaksanaan

Menurut Dewan Bahasa


Dan Pustaka (DBP)
Edisi Ketiga 2002
Sifat baik atau
perbuatan baik

DEFINISI KONSEP
BUDI
Kebijaksanaan

Pemberian ataupun
bantuan ikhlas yang
Pandangan Masyarakat dihulurkan terhadap
Melayu orang lain yang amat
memerlukan
Erti dan bayangan bunyi Proses komunikasi
tidak terpisah tetapi berlaku apabila berlaku
bergabung dalam satu apabila adanya penutur
rantaian ucapan menurut dan pendengar
hokum-hukum tatabahasa Setiap penutur dan
pendengar
mempunyai dua
perkara penting iaitu
Satu sistem isyarat yang kecekapan bahasa
Sistem lambang-lambang
mempunyai bahagian dan pengucapan
vokal yang digunakan
terpenting berupa bahasa
oleh manusia untuk
gabungan erti dengan berkomunikasi
bayangan bunyi

Ferdinand de
Saussure (1916)
Bloch dan Trager Noam Chomsky
(1942) (1957)

DEFINISI KONSEP
BAHASA OLEH
TOKOH-TOKOH

Wilhelm Von John Lyons (1994)


Humboldt (1997)

Satu sistem berstruktur


daripada bunyi-bunyi
Satu sintesis daripada
vocal dan urutan bunyi-
bunyi yang dibentuk oleh
bunyi yang dipakai
lauform (bentuk luaran)
sewenangnya atau
dan fikiran yang dibentuk
digunakan untuk
oleh idenform (bentuk
berkomunikasi oleh
dalaman)
sekumpulan manusia
Definisi konsep bahasa berdasarkan kamus

Etymology Dictionary The American Heritage


Science Dictionary
Bahasa terdiri daripada makna
sistematik yang Bahasa ialah satu sistem
dikomunikasikan melalui objek atau simbol seperti bunyi
pengunaan bunyi-bunyi atau atau sesuatu huruf yang
tanda-tanda konvesional. berturutan yang boleh
Bahasa terdiri daripada ujaran digabungkan dengan
perkataan daripada mulut atau berbagai-bagai cara dengan
teks yang bertulis. Bahasa mematuhi peraturan tertentu,
melibatkan proses kognitif terutamanya untuk melahirkan
dalam menghasilkan dan pemikiran, perasaan dan
memahami bunyi dan system memberikan arahan.
tanda linguistik.

The American Heritage


Oxford University Press (Language
Dictionary
Software)
Bahasa merupakan alat
Bahasa merupakan salah satu cara
komunikasi bagi menyampaikan
terbaik untuk mengklafikasikan
pemikiran dan perasaan melalui
manusia kepada suku atau etnik
sistem tanda yang arbitari seperti
tertentu. Cara ini juga pernah
bunyi, gerak isyarat atau simbol-
digunakan pada zaman dahulu untuk
simbol tulisan. Bahasa
menentukan asal usul manusiadan
merupakan satu sistem yang
pengelompokan manusia kepada
mengandungi peraturan-
kaum-kaum tertentu. Walaupun
peraturan tertentu yang
kaedah ini masih boleh digunakan
menggabungkan komponen
tetapi pada hari ini terdapat cara
seperti perkataan. Bahasa
baharu untuk mengetahui asal usul,
merupakan satu sistem yang
keturunan dan genetic manusia
digunakan oleh masyarakat atau
melalui sains dan teknologi yang
komuniti yang berbeza untuk
lebih canggih.
berinteraksi.
Tutur
kata,kelakuan,
sopan santun
dan tatatertib

Percakapan yang Setiap gerak


baik, elok dalam laku,tutur
tutur kata, kata,tata
DEFINISI BUDI
hormat, hidup,pemikiran
BAHASA
bijaksana, tinggi dan perasaan
budi bicara dan baik terhadap
akhlak yang mulia orang lain

Akal
kebijaksanaan
dan perbuatan
kebajikan
tercantum
dalam kata-
kata mulia
Bersopan
santun

Ramah mesra Bertimbang rasa

CIRI-CIRI BUDI
BAHASA

Tidak
mementingkan diri Bertoleransi
sendiri

Bertolak
ansur

BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Masyarakat Melayu
Masyarakat Cina dan India Kesimpulan

Perlakuan ikhlas menolong


seseorang tanpa Budi bahasa bermaksud Meskipun berlainan kaum
mengharapkan sebarang kesopanan dan kesantunan dan ras, ketiga-tiga kaum
balasan dan dilakukan seseorang itu dalam utama di Malaysia
semata-mata kerana Allah. melakukan sesuatu perkara mempunyai pandangan
Orang yang menerima budi terutamanya berkaitan yang sama terhadap budi
harus mengenang jasa dengan bahasa seperti bahasa, iaitu perlakuan
yang diberi, bak kata pertuturan dan percakapan yang baik.
pepatah, orang memberi supaya tidak menyinggung
kita merasa, orang berbudi, perasaan orang lain.
kita berbahasa. .
KESANTUNAN BERBAHASA

Konsep kesantunan

Pemilihan kata

-Sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan


penutur-pendengar

Nada

-Sesuai untuk penerima (nada tinggi/marah/tidak sopan)

Gerak laku

-Lemah lembut, merendah diri

-Kurangkan pergerakan

Gaya dan ragam

-Elakkan bentuk sindiran, menempelak, dan


mempermain-mainkan orang.
Asmah (2000) Leech (1983)
Penggunaan bahasa seharian yang tidak Perlakuan yang menunjukkan
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan pengiktirafan diri dalam interaksi sosial
rasa tersinggung. ditakrifkan sebagai konsep kesantunan

Takrif Kesantunan
Daripada Tokoh-
Tokoh Dunia

Fraser dan Nolan (1981) Lakoff (1975)


Kesantunan merupakan usaha Kesantunan merupakan pelakuan yang
mengekalkan komunikasi dengan mengurangkan pergeseran dalam
harmoni tanpa konflik. sesuatu interaksi.
BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

Kesantunan verbal merujuk kepada kesantunan dari segi berbahasa. Dalam


kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan
yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-
Kesantunan ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
Verbal Terdapat beberapa gelaran yang perlu diambil kira mengikut kesesuaian.
Contohnya gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan formal, gelaran warisan,
kurniaan dan panggilan khas dalam majlis rasmi.

Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali
sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan. Bahasa tubuh merupakan
proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui
isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh. Menurut
Mark L. Knapp, terdapat 5 fungsi bahasa bukan verbal. Antaranya ialah
Kesantunan pengulangan iaitu mengulangi semula apa yang disampaikan secara verbal. Fungsi
Non Verbal seterusnya ialah menggantikan verbal dengan simbol atau lambang. Seterusnya,
kontradiksi iaitu menafikan sebuah ucapan verbal dengan memberikan makna lain
secara non verbal. Selain itu, bahasa bukan verbal juga berfungsi untuk
melengkapkan bahasa verbal.

Kesantunan lisan dalam komunikasi melibatkan penggunaan bahasa dan bahasa


tubuh yang sopan dan beradab serta bertatasusila. Dalam komunikasi lisan,
penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh dapat didengar dan dilihat serta-merta.
Kesantunan lisan dinilai serta merta dan dapat menimbulkan kesan serta
Kesantunan merta.Aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian dari segi bahasa ialah ciri
Lisan sebutan yang sempurna yang menunjukkan sikap yang sopan. Selain itu, suara
dan intonasi juga memainkan peranan. Kata-kata dan ayat juga harus dipilih agar
sopan dan halus. Sistem panggilan yang betul harus digunakan selain gaya
bahasa yang sesuai dan isu perbincangan yang tidak sensitif.Dari segi bahasa
tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah gaya
percakapan yang sopan, pandangan mata yang sesuai, gerak laku yang
bertatasusila, mimik muka yang positif dan hayunan tangan yang sesuai.

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk
lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada
Kesantunan dalam situasi rasmi atau tidak.Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah
Penulisan menulis surat kiriman rasmi, laporan dan lain-lain. Bentuk komunikasi bertulis
secara tidak rasmi pula ialah seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dan
lain-lain. Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek kesantunan yang perlu
diberikan perhatian ialah seperti penggunaan kata panggilan yang betul, kata
sapaan yang betul, gaya bahasa yang tepat, pemilihan kata dan ayat yang sesuai
dengan konteks dan isi yang tidak sensitif.
STRATEGI KESANTUNAN

Strategi Memberi Salam


Strategi Toleransi
-contohnya ialah dengan
-contohnya dengan mengucapkan salam dan
memberi keutamaan ucapan selamat apabila
kepada orang yang lebih bertemu dengan orang lain
tua untuk memulakan sebagai tanda hormat dan
sesuatu percakapan . mengiktiraf kehadiran
orang tersebut.

Strategi Kesantunan Verbal

Strategi Berterima Kasih

-contohnya dengan
mengucapkan terima kasih Strategi Bersopan-santun
kepada kepada orang yang
-contohnya dengan
menghulurkan bantuan
menggunakan sistem
kepada kita tidak kira
panggilan yang betul dan
dalam bentuk material,
sesuai dengan keadaan
nasihat atau apabila orang
tersebut memberi jawapan
kepada pertanyaan kita.
Strategi Toleransi
Strategi Memberi Salam
-contohnya dengan
memberikan tempat duduk -contohnya dengan
kepada orang tua ,wanita menganggukkan kepala
hamil, dan orang yang atau mempamerkan
kelainan upaya senyuman sekiranya jarak
(buta,bertongkat,dan terlalu jauh sebagai tanda
sebagainya) sama ada bersalam.
dalam komuter,bas atau di
premis-premis awam.

Strategi Kesantunan Nonverbal

Strategi Bersopan Santun


Strategi Berterima Kasih -Contohnya
membengkokkan sedikit
-contohnya dengan
tubuh badan ketika
memeluk dan mencium ibu
melintas orang terutama
bapa atau nenek kita
orang yang lebih tua.
sebagai tanda penghargaan
Duduk dengan sopan
dan kasih saying atas
dengan merapatkan
segala pengorbanan
kedua-dua kaki dan tidak
mereka.
duduk menjulurkan kaki
jika ada tetamu.
LAPORAN ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini, anak-anak muda mudah
dipengaruhi unsur negatif daripada media massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar
dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah
anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan yang
bersantun dan dapat memberikan manfaat kepada pembangunan negara. Golongan muda
merupakan harapan negara, bak kata pepatah," pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara." Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip
moral supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran


tentangpentingnya kehidupan bersantun. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang
kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan
kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa
bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan
mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan.
Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang
penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta
bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka
memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang
beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan
masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa.
Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati
ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu
bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut
berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang
dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak
sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang
mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan
mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana
ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa
mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan
mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Ini seperti ketam
mengajar anaknya berjalan lurus. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta
menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi
contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia
berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut
membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan
pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-
anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan
kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka
akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk
melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan
godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak
mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri.
Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka
mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana
sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu
menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu
kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan bersantun.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-
anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah
terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan
dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian
terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar
bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila
pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi
orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti
harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang
kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar
mendorong mereka kepada jalan kebaikan.

. Golongan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam


membentuk seorang remaja yang bersantun. Yang pertama, golongan masyarakat perlulah
mengamalkan sikap penyayayng dalam kehidupan seharian. Amalan ini penting dalam
pembentukan sahsiah seorang remaja yang bersantun dan berbudi berkerti mulia. Ini kerana
sekiranya semua golongan masyarakat mengamalkan sikap penyayang, ini akan
membentuk budaya masyarakat atau norma masyarakat yang bersifat positif dalam secara
tidak langsung remaja akan terpengaruh dengan budaya ini akan mereka akan terikut-ikut
dengan budaya ini dan akhirnya mereka juga akan menjadi seorang insan yang penyayang.

Selain itu, golongan masyarakat juga perlu sentiasa prihatin terhadap perkara yang
berlaku di persekitaran mereka. Contohnya, golongan masyarakat haruslah memberi
teguran kepada remaja yang terjebak dalam kancah gejala sosial. Ini adalah penting kerana
banyak remaja masa kini melakukan gejala sosial disebabkan oleh faktor kekurangan
perhatian daripada orang ramai. Dari segi psikologi pula, anak-anak pada usia remaja
mempunyai keinginan untuk mendapat perhatian dan dikenal pasti oleh orang ramai tentang
kewujudan dia. Apabila seseorang remaja tidak mendapat kasih sayang dan perhatian
daripada ibu bapanya maka dia akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bersifat negatif
untuk terjebak dalam kancah gejala sosial. Oleh itu, golongan masyarakat haruslah
membuang sikap tak endah dan mengamalkan sifat prihatin terhadap perkara yang berlaku
di persekitaran mereka.

Kesimpulannya, isu-isu yang berkaitan budi bahasa masyarakat Melayu pada hari ini
harus segera dibendung agar tidak merebak menjadi barah dalam kalangan masyarakat
Melayu. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Ibu bapa perlu memainkan
peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia.
Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Mereka perlu dibelai
dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu
menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian
terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk . merealisasikan Wawasan 2020 dan
Gagasan Satu Malaysia. Semua pihak terutamanya institusi dan badan yang
bertanggungjawab menjaga kebajikan orang Melayu harus menggembleng tenaga mencari
jalan supaya isu-isu negatif ini dapat dikekang dengan segera. Para remaja di luar sana juga
harus mempunyai satu pendirian yang teguh agar mereka tidak terpengaruh dengan anasir-
anasir luar seperti pergaulan bebas, zina dan hiburan sosial yang melalaikan agar mereka
dapat membantu negara supaya terus mempunyai pelapis pemimpin yang berkaliber dan
berupaya mengeluarkan buah fikiran yang matang untuk memajukan negara. Saidina Umar
Al-Khattab pernah berkata, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah
pemuda pada hari ini .

Anda mungkin juga menyukai