Anda di halaman 1dari 9

NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI

NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093


NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637

UNIVERSITI MALAYA

PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU

SESI AKADEMIK 2021/2022: SEMESTER II

JIX 1007 SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

Jun 2022 Masa :24 jam


___________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON :

ARAHAN KEPADA CALON :

1. Ini adalah peperiksaan open book dalam talian.


2. Peperiksaan dalam talian ini akan bermula pada 17 Jun 2022, jam 9 pagi
hingga 18 Jun 2022, jam 9 pagi.
3. Calon dikehendaki menjawab DUA (2) soalan sahaja. SATU (1) dari
Bahagian A dan SATU (1) soalan dari Bahagian B.
4. Calon dikehendaki menulis jawapan pada kertas A4 atau secara bertaip.
5. Skrip jawapan calon mesti dimuat naik ke aplikasi SPECTRUM Universiti
Malaya
dalam format PDF.
6. Calon mestilah merekodkan nama, kad pengenalan, no. kad Pendaftaran
Pelajar dan no.telefon dengan jelas dalam kertas jawapan yang akan
diserahkan kepada pensyarah.
7. Sekiranya calon menghadapi masalah untuk mengakses atau menyerahkan
skrip
jawapan dalam talian, calon mesti menghubungi pensyarah kursus dengan
segera melalui aplikasi WhatsApp atau telefon.
8. Semua jawapan perlu mengemukakan sumber dan rujukan yang berautoriti
9. Panjang jawapan untuk kedua-dua soalan adalah antara 4 hingga 8 halaman
sahaja, langkau 2, Jenis huruf arial atau times new roman.

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan dalam 2 halaman yang dicetak)


NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
JIX1007

BAHAGIAN A
1. Kesusasteraan merupakan karya yang indah bahasanya dan baik isinya.
Berdasarkan penyataan tersebut huraikan konsep tersebut berdasarkan karya
sastera genre prosa dan puisi.

Kesusasteraan merupakan hasil seni yang mempunyai keindahan dari segi


pengucapan sama ada tertulis atau tidak. Menurut Ali Ahmad dan pandangan M.K
Dangizer, Kesusasteraan dianggap sebagai bidang yang tidak pernah hilang dan pupus
setiap kali zaman berganti zaman, malah ia tetap mekar bagi umat-umat yang hidup melata
bagi mengisi kekosongan jiwa mereka. Hal ini kerana bidang ini mempunyai keunikan
dan kelainan berbanding yang lain dan juga bidang yang membawa keindahan pengalaman
sesebuah masyarakat. Ini dapat dilihat dalam artikel bertajuk “Mencari Definisi
Kesusasteraan”. Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan lari dari keindahan
kesusasteraan ini. Sebagai contoh lagu yang kita sering dengar serta peribahasa atau
pepatah yang indah juga merupakan hasil sastera. Kesusasteraan ini boleh dikatakan
merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia merupakan ekspresi diri manusia dan
juga manifestasi estetika manusia terhadap bahasa yang digunakan oleh seseorang yang
mengandungi unsur tersurat dan tersirat. Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai
bentuk bahasa dan isinya. Ia juga dapat dikategorikan kepada dua iaitu prosa dan puisi.

Prosa boleh dikatakan sebagai hasil kesusasteraan yang ditulis dalam ayat-ayat
biasa. Ia merupakan bentuk tulisan atau karangan yang tidak mempunyai corak atau irama
terntentu. Prosa juga tidak boleh difokuskan kepada cerita sahaja tetapi juga ia termasuk
dalam karya-karya yang bukan cerita. Hal ini menunjukkan karya-karya kesusasteraan
Melayu sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa terbahagi kepada
dua iaitu prosa tradisional dan prosa moden. Menurut Zalila Sharif dan Jamilah Haji
Ahmad, 1993, prosa melayu tradisional mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza daripada
prosa yang moden. Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur, plot, gaya dan teknik
serta konvensi lain sastera yang dicirkan oleh Bahasa, persembahan, fungsi dan faktor-
faktor luaran lain. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz pula, prosa tradisional merujuk kepada
hasil kesusasteraan ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
yang mudah pada zaman dahulu (2011). Contoh karangan prosa tradisional ialah mitos,
legenda dan cerita rakyat. Contoh prosa tradisional ialah Hikayat Hang Tuah, Hikayat
Merong Mahawangsa dan Hikayat Indraputra. Dalam teks hikayat tersebut, unsur
keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan pemikiran dan pandangan terhadapt
sesuatu tema dan persoalan. Ia juga boleh dikatakan sebagai cerminan jati diri penulis
kerana khalayak dapat mengenali diri pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam
teks yang dihayati. Unsur bahasa yang digunakan bagi menimbulkan keindahan ini ialah
metafora, personifikasi, simile, hiperbola dan sebagainya. Dalam Hikayat Indraputra,
pengarang menggunakan unsur bahasa yang indah bagi menjadikan cerita itu menarik
seperti personifikasi dalam satu babak. Gambaran tersebut dinyatakan sebagai berikut :

Seketika lagi bukit permagta itu pun berdengung-dengunglah seperti bunyi buluh perindu
terlalulah indah bunyinya itu.
Prosa tradisional ini juga mempunyai bentuk dan cirinya yang tersendiri. Sebagai
contoh dalam sastera hikayat yang merupakan cerita-cerita berbentuk tulisan Bahasa
Melayu lama serta dalam laras bahasa serta struktur tertentu. Sastera hikayat juga
mempunyai plot cerita berbentuk kronologi yang menceritakan pengembaraan watak dan
kehebatannya semenjak lahir. Ia juga ditulis mengenai struktur sosial masyarakat yang
boleh dijadikan rujukan. Dalam karya hikayat juga ditulis dengan tujuan untuk
menghiburkan pembacanya.

Prosa moden pula ialah prosa di mana karya sastera yang telah dipengaruhi budaya
Barat dan ada pemilik serta penciptanya dan disebarkan melalui lisa dan tulisan. Prosa
Melayu Moden juga terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama. Dalam menulis prosa
tradisional seperti cerpen, pemilihan bahasa yang indah dan tersusun itu menjadikan cerpen
itu kukuh dan menarik. Sebagai contoh, pengarang perlu menggunakan pemilihan kata
yang baik, pembinaan ayat yang mantap, dialog yang baik serta gambaran yang tepat. Hal
ini bagi memastikan keindahan bahasa dikekalkan. Sebagai contoh dalam Cerpen Rakit
menunjukkan penggunaan keindahan bahasa yang baik serta menarik iaitu :
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
Air sungai menyenak ke tebing. Hujan semalaman menjadikan sungai sebak. Arus deras
menunda sampah sarap yang tersangkut pada tunggul-tunggul berceranggah di tepi tebing
(Dharmala N.S, Cerpen Rakit)

Seterusnya, menurut Aminuddin (2009:134), puisi merupakan satu cabang sastera


yang menggunakan kata-kata sebagai media penyampaian untuk menghasilkan ilusi dan
imaginasi. Menurut Ratih Mihardja (2012:18) pula, puisi adalah sebuah dunia dalam kata.
Isi yang terkandung di dalam puisi merupakan cerminan pengalaman, pengetahuan dan
perasaan penyair yang membentuk sebuah dunia bernama puisi. Puisi ini juga terdiri
daripada dua kategori iaitu pusi tradisional dan puisi moden. Puisi melayu tradisional
merupakan tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya. Menurut haji Ahmad
(1993:3), puisi melayu tradisional ialah puisi Melayu lama yang berbentuk non-naratif. Ia
disebarkan melalui budaya lisan dalam masyarakat yang tertutup. Ia juga merupakan salah
satu unsur-unsur kebudayaan masyarakat Melayu lama. OIeh itu, ia memudahkan
masyarakat untuk memahami keadaan masyarakat Melayu lama. Contoh puisi melayu
tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan sebagainya. Kesemua karya
sastera itu membawa maksud yang mendalam dan maksud itu tersimpul dalam bahasa yang
indah dan menarik. Contoh pantun yang menggunakan keindahan bahasa seperti berikut :

Ada penyengat di dahan pauh,


Di dahan langsat semua melata,
Mana tak ingat orang yang jauh,
Orang yang dekat tak dengar kata.

Pantun tersebut menggunakan bahasa yang berentak dan berirama. Kata-kata


“Mana tak ingat orang yang jauh” merupakan kata-kata yang padat dan berentak. Hal ini
menunjukkan kata-kata dalam pantun itu berkesan. Penciptaan pantun di Alam Melayu
memperlihatkan pelbagai ciri-ciri kreativiti masyarakat sehingga terhasilnya beberapa ciri
kelonggaran dalam bentuk rima pantun yang dihasilkan.
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
Bagi puisi moden pula, ia boleh didefinisikan sebagai sebuah seni penulisan
kontemporari yang mengarang kata dengan susunan yang indah untuk menyampaikan
maksud-maksud tertentu. Puisi melayu moden ini juga membicarakan mengenai isu-isu
semasa seperti melalui aspek ekonomi, politik dan sosial. Puisi moden ini terdiri daripada
sajak. Bukan semua orang mampu mengungkapkan keindahan sesebuah sajak. Hal ini
dikatakan demikian kerana mereka yang memahami sahaja dapat mengapresiasi seni
berbahasa dalam sesebuah sajak. Gaya bahasa yang digunakan itu membuatkan sajak itu
menjadi indah. Sebagai contoh gaya bahasa yang digunakan ialah responsi iaitu untuk
menimbulkan ketegasan dan membina keindahan pada sajak terutamanya dalam
penyebutan frasa dibaca secara berulang seperti yang berikut :
Bulan kini bukan lagi Menara kasih jernih
Bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
Terdapat pelbagai lagi gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah sajak tersebut.
Hal ini menyebabkan terdapatnya perbezaan sajak dengan genre sastera yang lain kerana
sajak ini bersifat konservatif dan intensif. Segala yang ingin diungkapkan harus
terselindung kerana seni bahasa sajak itu sangat kreatif dan imaginatif. Sajak ini juga
mempunyai bentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan, rangkap dan
sebagainya. Sifat bebas ini bermaksud keupayaan sajak dalam menerima bentuk- bentuk
yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang
dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sesitiviti penyair.

Kesimpulannya, kesusasteraan ini merup;akan sebahagian daripada budaya


manusia. Ia merupakan ekspresi diri dan manifestasi estetika manusia terhadap bahasa
yang dipertuturkan. Ia juga mengandungi unsur tersurat dan teersirat untuk
mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik kata katanya.

RUJUKAN

Fatihah Rashid. (2012). Kesenian Bahasa Dalam Sajak. Retrieved from.


http://fatihahrashid89.blogspot.com/2012/03/kesenian-bahasa-dalam-sajak_12.html
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
Hazdiaziqin. (2011). Dirgahayu BianglalaKu. Retrieved from.
http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html
Md Hasri. (2012/2013). Kesusasteraan Melayu. Retreived from.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
(25 Markah)

BAHAGIAN B
2. Peradaban Melayu dalam Hikayat Hang Tuah diperlihatkan melalui perwatakan
Hang Tuah yang mewakili pemikiran masyarakat ketika itu. Bincangkan.

Hang Tuah merupakan seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Duyung,
Melaka kira-kira tahun1444. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal
suatu ketika dahulu manakala ibunya dikatakan seorang keturunan dayang di istana. Hang
Tuah merupakan seorang Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan
dan merupakan petarung silat yang handal. Hang Tuah ini juga dikatakan wira orang
Melayu seperti yang tercatat dalam Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah merupakan
cerita hikayat melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan ketika waktu itu.
Hang Tuah dikenali sebagai seorang rupawan, cerdik, perkasa, mempunyai hikmat dan
seorang yang berani. Masyarakat melayu banyak terpengaruh dengan cerita Hikayat Hang
Tuah tersebut dalam kehidupan mereka seharian. Antara peradaban Melayu dalam Hikayat
Hang Tuah yang mewakili pemikiran masyarakat dalam perwatakan Hang Tuah ialah
pemikiran masyarakat tentang keperwiraan pahlawan Melayu, pemikiran soal kesetiaan
kepada raja dan pemikiran pahlawan yang sanggup berbakti kepada raja dan negara.
Perwatakan pertama Hang Tuah berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah, ialah beliau
merupakan simbol keperwiraan bangsa Melayu. Beliau juga dikatakan seorang yang
mempunyai sifat berani, kecekalan hati, keyakinan pada diri dan berjiwa pendekar. Hal ini
menjadikan beliau sebagai lambang keperwiraan bangsa Melayu. Buktinya, beliau
memanah tungguh perahu Tun Jenal sehingga menyebakan perahu tersebut patah. Hang
Tuah juga dicipta bukan untuk menggambarkan kebenaran sejarah tetapi juga untuk
dijadikan lambang kemegahan dan kekuatan bangsa melayu. Menurut Kassim Ahmad:
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637

“Kebangunan, kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh


Hang Tuah. Apabila Melaka besar dialah menjadi orang kanan bersama bendahara
dalam urusan pentadbirannya, dan dalam urusan keselamatan negeri, suaranya
muktamad. Apabila ia jatuh sakit Melaka diancam oleh Portugis dan terus kalah
apabia ia berundur diri daripada perkhidmatan negara. Tidak lain Hang Tuah ialah
lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka. Di dalam hidupnya tercatat riwayat
kerajaan Melayu Melaka dan riwayat bangsa Melayu dalam zaman feudal yang
sudah lampau”
(Hikayat Hang Tuah 1993:xvi)

Perwatakan Hang Tuah sebagai seorang perwira ini menjadikan masyarakat melayu
mengikuti jejak langkahnya itu dalam menjaga Tanah Melayu pada ketika itu. Mereka
menjadi lebih semangat dan berani dalam berjuang dan lebih tinggi nilai pengorbanan
mereka demi negara mereka. Oleh itu, masyarakat pada ketika itu dapat muncul sebagai
sebuah masyarakat yang gemilang kerana mereka memiliki pemikiran yang persis seperti
Hang Tuah yang mementingkan semangat kepahlawanan dalam dirinya. Namun, jika
masyarakat melayu pada ketika itu tidak memiliki pemikiran tersebut, mereka akan
menjadi takut dan tidak sanggup berkorban untuk negaranya sendiri.
Perwatakan kedua Hang Tuah yang dapat mewakili peradaban pemikiran
masyarakat melayu ialah, beliau seorang yang setia kepada tuannya. Beliau sanggup
berkorban apa sahaja termasuk nyawanya sendiri sebagai pertaruhan sekiranya beliau
diperlukan oleh raja dan negara. Beliau juga mempunyai prinsip hidup iaitu ‘Pantang
Melayu menderhaka kepada raja’. Buktinya, Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat
yang merupakan sahabat karibnya sendiri sejak kecil. Hang Tuah sebagai hulubalang dan
juga sebagai laksamana melaka memang terkenal dengan kesetiaannya kepada raja. Selain
itu, terdapat satu peristiwa juga apabila Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya
akibat hubungan Hang Tuah yang terlalu akrab dan disayangi oleh raja. Kesannya, Hang
Tuah dijatuhi hukuman bunuh. Lalu Bendahara datang menemui Hang Tuah dan
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
menerangkan perintah raja itu. Kesetiaan Hang Tuah diperlihatkan dalam Hikayat Hang
Tuah:
“Setelah laksamana mendengar kata bendahara demikian itu, maka
laksamana pun menghunus kerisnya dari pinggangnya lalu dipersembahkannya
pada bendahara; demikian katanya, “Alhamdulillah! Si Tuah tiada bertuan dua tiga
dan Si Tuah tiada mahu derhaka kepada tuannya. Segeralah datuk kerjakan titah
yang maha mulia itu”
(Hikayat Hang Tuah; 207)

Perwatakan beliau tersebut mempengaruhi masyarakat Melayu menjadi seorang


yang setia khususnya kepada raja dan negara. Hal ini juga menjadikan mereka sanggup
mengorbankan diri mereka dalam berjuang demi negara tercinta. Oleh itu, masyarakat
pada ketika itu dapat jadikan diri mereka sebagai masyarakat bersifat setia pada negara
mereka sendiri, sesuai dengan rukun negara yang kedua iaitu ‘Kesetiaan kepada raja dan
negara’. Jika masyarakat melayu tidak memiliki pemikiran seperti Hang Tuah tersebut,
semestinya banyak kes-kes khianat kepada negara berlaku sekaligus menyebabkan negara
mudah dikuasai oleh kuasa asing.
Akhir sekali. perwatakan ketiga Hang Tuah yang mewakili peradaban pemikiran
masyarakat ialah, beliau seorang berjasa dan berbakti kepada raja dan negara. Hang Tuah
diceritakan sejak kecil dalam lingkungan umur 10 tahun lagi sehinggalah meningkat
dewasa didapati tidak henti-henti dalam membuat jasa kepada raja dan negara. Buktinya,
Hang Tuah melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh sultan dengan jayanya dan
bersungguh-sungguh demi mempertahankan kedudukan serta kedaulatan negara
bangsanya. Sifat keiinginan Hang Tuah dalam berbakti kepada rajanya tergambar dalam
episod kegagalan urusan peminangan Tun Teja iaitu puteri Bendahara Indreputra oleh Tun
Utama dan Tun Bija Sura. Katanya kepada raja :
“Maka Tun Tuah pun menyembah seraya berkata, Cih! Bukan orangnya
yang dititahkan itu. Jika Si Tuah gerangan membawa titah tuannya, sehingga putih
tulang, tiada putih mata!” Setelah Tun Utama dan Tun Bija Sura mendengar kata
Tun Tuah itu maka Tun Utama dan Tun Bija Sura pun masam mukanya”
NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MOHD HANAFI
NO. KAD PENGENALAN : 011122-11-0093
NO. MATRIKS : U2102695
NO. TELEFON : 011-55274637
(Hikayat Hang Tuah:116)

Sebagai rakyat, hasrat dalam berbakti kepada negara berbuak-buak. Justeru,


perwatakan Hang Tuah dapat jadikan dorongan kepada mereka untuk terus berbakti kepada
negara. Justeru, masyarakat pada ketika itu dapat muncul sebagai sebuah masyarakat yang
gemilang kerana mereka memiliki pemikiran yang persis seperti Hang Tuah yang
mementingkan semangat kepahlawanan dalam dirinya.
Kesimpulannya, kewujudan karya Hikayat Hang Tuah telah menimbulkan pelbagai
manfaat serta kelebihan khususnya terhadap masyarakat melayu tempatan. Hang Tuah
mempunyai kehebatan dan kelebihannya yang luar biasa. Terdapat juga meragui
kesahihan dan kebenarannya. Penceritaan ini juga dianggap hanyalah sebuah karya yang
bertujuan untuk mengangkat martabat bangsa melayu pada ketika itu. Namun, kita boleh
mengambil teladan dan pengajaran berdasarkan karya Hikayat Hang Tuah tersebut untuk
memperbaiki diri serta bangsa kita. Nama Hang Tuah dan sahabat-sahabat karibnya iaitu
Hang Jebat, Hang Kasturi, hang Lekir dan Hang Lekiu amatlak masyhur dalam kalangan
bangsa Melayu. Kisah lima orang ini melambangkan kepahlawanan Melayu. Pahlawan-
pahlawan tersebut merupakan submer ilham kepada bangsa Melayu dalam usaha untuk
membangun dan maju Kembali pada zaman-zaman akan datang.

RUJUKAN
Amir Haziq. (2020). Watak dan Perwatakan. Retrieved from
https://www.scribd.com/document/463754928/Nota-Watak-dan-Perwatakan-Sastera-Epik
Ayu Nor Azilah Mohammad. (2017). Hang Tuah Lambang Peradaban Bangsa Melayu.
Retrieved from.
file:///C:/Users/A%20S%20U%20S/Downloads/jsass_spec2017_003_ayu.pdf

(25 markah)

TAMAT
2/2

Anda mungkin juga menyukai