Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan gaya Bahasa simile yang terdapat dalam karya agung ini, jelaslah bahawa pengarang

cerpen ini ingin masyarakat bangkit untuk mengekalkan budaya bangsa kita yang berharga iaitu
dengan memakai baju melayu yang lengkap terutamanya bagi golongan muda masa kini. Ini kerana
budaya pemakaian baju melayu kini hanya dipakai sekadar untuk pergi menunaikan solat jumaat di
masjid ataupun semasa hari raya sahaja. Bukan itu sahaha, Golongan remaja masa kini juga lebih
tertarik dengan budaya pemakaian gaya barat yang lebih menampakkan kemodenan dan ada juga
yang memakai pakaian yang tidak sopan sehingga menjolok mata. Oleh itu, Sikap cinta akan budaya
sangat penting supaya kita sedar tentang keindahan budaya yang pelbagai yang telah diwujudkan
oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah iaitu:

“Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja
pada zaman Kesultanan Melayu.”

Menurut SitiFatimah Radzi dan Harun Baharudin (2019), Simile biasanya menggunakan kata
perbandingan seperti laksana, seperti, bak, macam umpama dan persis

Oleh itu, jelaslah bahawa tindakan pengarang mengungkap tentang gaya Bahasa simile ini wajar
untuk diberi pujian oleh orang ramai kerana telah berjaya untuk menaikkan semangat pembaca
terutamanya bagi golongan remaja agar mengekalkan budaya bangsa kita yang amat berharga
supaya tak ditelan oleh arus pemodenan.

Pandangan tokoh

ISTILAH sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap orang lain. Jadi,
kritikan sanjugan bermaksud memuji karya dan pengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas,
di samping menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik.
Kritikan sastera berciri sanjungan ini ketara, seawal sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan
selepas itu, terutamanya pada era pascaperang dan pra-ASAS '50. Pengkritik pada era tersebut
terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu (Muhammad Yassin Maamor) dan Anak
Negeri (Mohd. Yusof Ahmad). Sehingga kini, kritikan sastera berciri sanjungan di Malaysia sudah pun
melalui beberapa tahap perkembangan yang penting, antaranya tahap sebelum Perang Dunia II,
tahap sebelum kemerdekaan, zaman kemerdekaan, modenisme, dan sekarang pascamodenisme.
Pada tahap awal kritikan lahir untuk mula membentuk tradisinya bersama-sama dengan
perkembangan penulisan cerpen yang pesat berlaku dalam akhbar dan majalah. Sesuai dengan
keadaannya yang baharu berkembang pada waktu itu, didapati kritikan sastera berciri sanjungan
berlaku secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai nilai yang tinggi. Contohnya penilaian lebih
tertumpu kepada Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Keris Melayu
(Muhammad Yasin Maamor) yang menulis rencana dalam Majalah Guru pada tahun 1935 dianggap
sebagai kritikan awal. Dalam tulisannya Keris Melayu cuba menganalisa, pertama tentang isi dan
gaya bahasa Sejarah Melayu dan kedua, tentang pendirian dan sikap Munsyi Abdullah. Tentang isi
dan gaya bahasa Sejarah Melayu, beliau mengakui adanya unsur-unsur dongeng dalam buku Sejarah
Melayu itu. Tetapi dengan cerita-cerita tentang perangai raja-raja Melayu serta kepahlawanan Hang
Tuah yang terlukis di dalamnya, beliau mengharapkan supaya dipercayai dan diteladani oleh mereka
yang hidup dalam zaman yang serba baharu dan moden ini. Sifat-sifat mulia dan keadilan yang
diperlihatkan oleh Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka raja itu haruslah dibanggakan. Begitu
juga tentang keperwiraan dan ketaatan Laksamana Hang Tuah, beliau menyeru supaya sifat-sifat itu
diperhidupkan oleh orang-orang Melayu. Malah beliau mencadangkan supaya diadakan satu hari
tertentu untuk memperingati dan membanggakan pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang
sepertimana juga orang-orang Eropah membanggakan Hitler, Mussolini, Napoleon dan Wilson.

Rumusan yang saya boleh buat setelah menghasilkan analisis ini adalah, di dalam karya cerpen
Munsyi, pengarang telah menerapkan elemen kritikan sastera berciri sanjungan. Kritikan sanjugan
yang telah diterapkan di dalam cerpen adalah pengarang memiliki daya pemikiran yang kritis dan
daya intelektual terhadap jalan cerita yang dihasilkan. Kritikan sanjungan bermaksud memuji karya
serta pengarangnya yang menuangkan segala pemikiran yang bernas, di samping menampilkan
elemen dalaman karya yang kemas dan menarik. Selain itu, pengarang juga ada meletakkan unsur-
unsur keterampilan berbahasa di dalam plot cerita yang dihasilkan.

Baiklah keterampilan berbahasa yang diterapkan oleh pengarang di dalam cerpen ini ialah
keterampilan berbicara.

Maksud Berbicara adalah kemampuan mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk
mengekspresikan pikiran, gagasan dan perasaan. Kegiatan berbicara juga merupakan suatu bentuk
karenah manusia yang mengekploitasikan faktor-faktor fisik, psikologis, semantik, dan lingkungan
sedemikian ekstensif secara meluas sehingga dapat diperkatakan sebagai alat manusia yang paling
penting bagi pengawalan sosial. Sebagai sarana komunikasi, berbicara bukan sahaja menyampaikan
gagasan pembicara kepada pendengar, tetapi lebih jauh dari pembicara yang dilakukan dengan
tujuan-tujuan yang berbagaia ragam, sesuai dengan yang diperlukan oleh seorang pembicara untuk
melakukan pembicaraan.

Seterusnya Keterampilan berbicara yang terdapat di dalam cerpen ini adalah apabila bonda telah
mengatakan kepada Mel bahawa ilmu agamanya masih terlalu cetek dan nipis. Hal ini demikian
dapat dilihat bonda mementingkan aspek keterampilan berbicara sebagai nasihat tersirat yang yang
mementingkan keagamaan.

Yang kedua, bonda menasihati Mel agar memelihara bahasa supaya mampu mengekang ledakan
perubahan sosial dan terus dihormati oleh masyarakat sekeliling. Perkara tersebut dapat
menujukkan bahawa terdapat penekanan terhadap keterampilan berbicara dalam agama dan
bahasa, kerana ia merupakan perkara sangat penting kepada generasi akan datang yang berupaya
menjaga wawasan, sosial antara masyarakat dan kebahasaan dalam percakapan dengan masyarakat.
Oleh itu, sangat penting bagi kita agar untuk mewujudkan sifat kehormatan diri seseorang dan tidak
mendatangkan unsur-unsur negatif yang mungkin dapat merosakkan agama,bahasa dan negara kita
suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai