Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

S.Tradisional- berasaskan kepada cerita-cerita lisan yang diperturunkan daripada generasi kegenerasi yang berikutnya Dalam proses penurunan ini- berlaku pemupukkan unsur-unsur kebudayaan yang baru kepada sedia ada. Penyelidikan daripada pengkaji- ST menunjukkan banyak persamaan ciri antara ST rakyat bangsa-bangsa di dunia. dr aspek corak sastera, isi cerita, dll. Contohnya: cerita Belanda Mendapat Tanah yang terkenal dalam masyarakat Melayu, juga terdapat dalam masyarakat Kemboja, masyarakat Red Indian di Amerika dan masyarakat di Pulau Bali.

Samb..
Terdapat juga pendapat yang mengatakan keadaan sekeliling yang serupa dan kehendak hidup yang sama telah menimbulkan corak pemikiran yang melahirkan cerita-cerita yang sama. Cerita-cerita yang tumbuh pada sesuatu tempat juga menunjukkan ciri-ciri kepercayaan dan kebudayaan sesuatu bangsa itu.

SASTERA MELAYU TRADISIONAL


Ismail Hussein- SMT sebagai karya yang menggunakan bahasa Melayu dan dihasilkan oleh pengarangnya sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan secara kreatif. Isinya mencakupi ruang lingkup yang amat luas, iaitu daripada cerita-cerita fiksyen yang mengandungi unsur-unsur mistik hinggalah kepada puisi cinta.

SMT- pada peringkat awal kemunculannya, merupakan hasil karya kolektif yang disampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Kedatangan islam- membawa perubahan Sistem komunikasi tulisan perdaban Islam telah mula mempengaruhi dan meresapi KMT. Karya-karya SMT- ditulis dan diasimilasi kan dengan pemikiran Islam

SMT dibahagi kepada dua- bersifat lisan dan bertulis Karya-karya ini digolongkan kepada prosa, cerita dan bukan cerita. Kumpulan karya yang dicipta seperti cerita hikayat, lipur lara, cerita sejarah, syair, pantun, mantera, gurindam, dan sebagainya ini, berkongsi konsep tentang karya, tugas, bentuk, dan keindahan serta teknik pengkaryaan, bagi memperlihatkan beberapa konsep, dasar, sifat dan sepunya, iaitu dikongsi bersama-sama oleh pencipta pada satu-satu zaman kepada zaman berikutnya dalam satu keyakinan dan kepercayaan yang sama.

Media Lisan- karya-karya yang dihasil dikenali sebagai sastera rakyat. Dalam corak naratif sastera rakyat, wujud cerita mitos, cerita lagenda, dan cerita-cerita rakyat yang merangkumi cerita binatang, cerita asalusul, cerita jenaka dan cerita dongeng atau cerita lipur lara. Sementara non-naratif terhasil dalam jenis bahasa rakyat, ungkapan tradisional atau pribahasa, pertanyaan tradisional atau teka-teki, nyanyian rakyat, dan puisi rakyat seperti pantun, syair, girindam, seloka, mantera, dan teromba.

Contoh karya naratif dan non-naratif: Puisi Cerita Sulung Jawa (Jamilah Ahmed 1978), Cerita Sulung Jawa DBP, Syair Siti Zubaidah (Abu Zar) 1980, Syair Siti ZubaidahKL: Fajar Bakti, sastera sejarah dalam bentuk syair (Syair Perang Siak-Goodie Donald, 1980) An Example of Misunderstood but Rewarding Eighteenh Century Malay Text dalam (Archipel 20, hlmn. 233-254)

FUNGSI SASTERA MELAYU TRADISIONAL


SMT- bukan hanya berfungsi sebagai penghibur semata-mata. Dilihat sebagai membantu mendidik masyarakat ke arah nilai-nilai yang mulia.

Fungsi sesebuah karya SMT dipengaruhi oleh sifat dan kepentingannya kepada masyarakat.

SEBAGAI PENGHIBUR DAN PENAWAR


Dalam masyarakat tradisional, tiada hiburan lainsastera berperanan menghiburkan khalayak. Penglipur lara (pencerita)-bertugas untuk menghiburkan lara, menceriakan yang sedih dan rawan dengan kata-kata, irama, cerita, dan teladan dalam ceritanya. Karya-karya mantera dan doa pula bertugas sebagai sumber terapi secara psikologi untuk meredakan kemurungan atau hati yang duka.

SEBAGAI KHAZANAH ILMU


STM- banyak menyimpan pelbagai khazanah ilmu yang boleh diterokai. Contoh:karya-karya sejarah- menurunkan maklumat dalam pelbagai ilmu- Sejarah Melayu; dijelaskan perkembangan sesebuah kerajaan, kelahiran dan kematian raja-raja,peperangan, adat istiadat, penaklukan, perdamaian, persaingan, perdagangan dan ketatanegaraan yang amat bermakna sebagai khazanah kepada masyarakat Melayu masa kini.

Samb..
Contoh : Hikayat Hang Tuah -jelas menunjukkan seni bina istana, seni corak kain, cara penyusunan seni taman, dan yag paling ketara ialah contoh hubungan politik dan konsep duta Melayu sebagai alat untuk memperluas kuasa dan daerah. -selain itu dapat dijelaskan juga-teknologi alat pengangkutan seperti lancang dan perahu yang menjelajah tempat-tempat yang dilalui oleh wira dan wirawati dari Melaka ke Rom, ke China, dan ke India. Satera kitab- persoalan keagamaan (Rukun Iman, tasawuf, falsafah dan tauhid)

SEBAGAI WADAH KEINTELEKTUALAN


SMT- banyak menyimpul pelajaran dan keintelektualan daripada pengalaman manusia. Karya bentuk bidalan, perbilangan, dan pribahasa adalah wadah yang mengisi keintelektualan Melayu tradisional yang tidak ternilai. (menjana kebijaksanaan pengarang) Hukum peraturan dan nilai masyarakat Melayu diungkap dalam patah perkataan yang pendek, ringkas, tetapi padat dan penuh makna, jelas dan memberi gambaran kebijaksanaan akal dan pemerhatian yang mendalam serta tajam kepengarangnnya. Contoh:----

Samb ----
Masa kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang. Sekali air bah, sekali pantai berubah Menghubungkaitkan alam persekitaran dengan kehidupan manusia Alam berkembang jadi guru, Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung Mengajar manusia menyedari hakikat kejadian alam ciptaan tuhan. Mempunyai falsafah dan nilai moral yang cukup tinggi di samping keindahan seni bahasanya

SEBAGAI CONTOH DAN KEUNGGULAN


Kebanyakan karya memetingkan gambaran masyarakat dan keunggulan sifat watak wira atau wira wati. Contoh: watak-watak Hang Tuah, Siti Zubaidah, Raden Inu Kartapati dan beberapa watak lagi adalah contoh watak yang patut dicintohi. Hang Tuah- contohi sifat-sifat kesetiaan dan kepahlawanannya Siti Zubaidah- memiliki rupa paras yang jelita dan pekerti mulia patut di contohi sebagai isteri yang taat setia kepada suaminya. Raden Inu Kartapati- contohi sifat kepahlawanannya menentang musuh.

JENIS-JENIS SMT
SMT terbahagi kepada dua iaitu sastera Melayu tradisional dan sastera Melayu moden SMT dibahagi pula kepada dua iaitu bentuk prosa (naratif) dan bentuk puisi (Bukan Naratif) Prosa Tradisional terbahagi kepada 3 iaitu Mitos, Lagenda, dan cerita rakyat Naratif tulisan pula, Sastera sejarah, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik/kepahlawanan

SASTERA MODEN
Kesusasteraan Melayu Moden ditanda oleh karya yang dicetak dengan mesin.

Kesusasteraan Melayu Moden bermula dengan munculnya karya-karya Abdullah Munsyi.


Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri moden salah satu ciri utama sastera moden ialah menggunakan sisitem tulisan.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya yang membahaskan tentang konsep moden itu mengatakan bahawa Islam yang membawa kemodenan ke Alam Melayu. beliau menamakan Hamzah Fansuri sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden berdasarkan ketinggian mutu karya-karya yang beliau hasilkan.

Antara fungsi sastera moden ialah: 1. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang. - Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang. - Novel-novel perjuangan. 2. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 3. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasidestinasi tertentu dengan pengalaman . Sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara dan karya terjemahan Madu, Dalam Saringan dan Ranjau Sepanjang Jalan). 5. Berfungsi sebagai menghibur.

Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Antaranya: novel, cerpen, drama, sajak, biografi dan esei atau kritikan sahaja.

Novel

Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas: Plot yang kompleks; Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya; Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan Suasana serta latar ceritanya beraneka. sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen.

Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda kecil yang baru

Cerpen

Cerpen juga dipanggil cerita pendek. kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan.

Drama
Ciri-ciri utama drama ialah:

Aksi; Konflik; dan Persembahannya sekali jalan sahaja. Jenis-jenisnya ialah: Tragedi; Komedi; Tragi-komedi; Opera; Pantomin

Antara pengarang yang terkenal dengan karya berbentuk drama dan contoh drama mereka ialah:

Mustafa Kamal Yassin Atap Genting Atap Rumbia Usman Awang Tamu di Bukit Kenny

Noordin Hassan Sirih Bertepuk Pinang Menari


Abdul Rahman Napiah Pengadilan

Kritikan

Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkan kenyataan yang benar-benar wujud. Tulisan jenis ini tidak mengandungi unsur khayalan.
Pengarangnya akan membentangkan persoalan kemanusiaan atau kehidupan yang dihayatinya secara objektif mahupun subjektif berasaskan niatnya. Di dalam konteks kesusasteraan, esei sastera membicarakan segala hal yang bersangkutan dengan karya, tokoh, dan isu-isu semasa.

Sajak

Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada daripada Indonesia atau Barat. Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ke tengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara (lautan) termuat di dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya: Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak bisa.

Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan berima ab-a-b. Kedua-duanya ialah ciri-ciri pantun. Walau bagaimanapun, puisi di atas telah menyimpang daripada pantun dan syair kerana tidak ada pembayang, semuanya maksud, dan rima akhirnya bukan a-a-a-a. Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan kebebasan berkarya. Kebebasan itu bermaksud lari daripada puisi tradisional dan mencerminkan ciri modennya.

Anda mungkin juga menyukai