Anda di halaman 1dari 3

19

6.0 PERANAN PROSA TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT


MELAYU TRADISIONAL

























PERANAN PROSA TRADISIONAL
Cerita
Penglipur Lara
Cerita
Jenaka
Cerita
Mitos
Cerita
Legenda
Cerminan Hidup Sesuatu Masyarakat
(Nik Hassan Basri, 2005)
Aspirasi, Nilai dan Perjuangan Bangsa
(Ismail Hamid, 1986)
Media Hiburan
(Nik Hassan Basri, 2005)
Memberikan Pengajaran
(Ismail Hamid, 1986)
Penyebar Propaganda
(Ismail Hamid, 1986)
Menyindir dan Mengkritik
(Ibrahim Saad, 1976)
Pengawal Norma Masyarakat
(Nik Hassan Basri, 2005)
20

Prosa tradisional merupakan karya turun-temurun yang disampaikan sejak
zaman nenek moyang lagi. Prosa ini mempunyai peranannya yang tersendiri
dalam masyarakat Melayu tradisional. Pertama, prosa tradisional merupakan
cerminan hidup sesuatu masyarakat (Nik Hassan Basri, 2005). Hal ini kerana
dalam prosa tradisional terdapat unsur-unsur budaya sesuatu masyarakat.
Prosa tradisional ini juga boleh dikatakan sebagai autobiografi sesuatu
masyarakat. Misalnya, dalam cerita jenaka Pak Belalang, digambarkan
mengenai suasana masyarakat Melayu yang susah. Manakala, cerita
penglipur lara seperti Hikayat Raja Pasai menceritakan mengenai suasana
diraja kerajaan Pasai.
Kedua, prosa tradisional berperanan untuk menjunjung aspirasi, nilai
dan perjuangan bangsa (Ismail Hamid, 1986). Prosa-prosa yang diturunkan
dari zaman berzaman jelas menunjukkan apa yang diperjuangkan oleh
sesuatu bangsa seperti cerita lagenda Hang Tuah yang memperjuangkan
bangsa Melayu dengan kata-kata Takkan Melayu hilang di dunia. Aspirasi,
nilai dan perjuangan bangsa inilah yang dibawa dari generasi ke generasi
bagi mengukuhkan kesatuan bangsa.
Seterusnya, Nik Hassan Basri (2005) juga mengatakan bahawa prosa
tradisional berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat Melayu tradisional
suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, pada masa dahulu mereka tidak
mempunyai alat hiburan seperti televisyen dan radio. Apa yang mereka
punya hanyalah warisan zaman berzaman. Maka, dengan mendengar dan
bercerita mengenai prosa tradisional seperti cerita mitos, lagenda, penglipur
lara dan jenaka, mereka menghabiskan masa terluang mereka. Malahan,
prosa-prosa ini juga lazimnya diikuti dengan puisi berlagu seperti yang sering
kita dengar melalui cerita penglipur lara Hikayat Raja Muda dan cerita jenaka
seperti Pak Kaduk.
Selain daripada itu, prosa tradisional juga berperanan untuk memberi
pengajaran kepada pendengar (Ismail Hamid, 1986). Cerita jenaka seperti
Pak Kaduk dan Pak Pandir mengingatkan pendengar supaya tidak tamak dan
tidak tergopoh-gapah. Melalui prosa tradisional inilah, nilai murni dipupuk
dalam diri anak-anak.
21

Kelima, prosa tradisional berperanan sebagai penyebar propaganda
bagi menekankan hak istimewa bagi sesuatu suku atau keturunan yang
memiliki daerah atau negeri tertentu (Ismail Hamid, 1986). Cerita yang
berperanan untuk menyebarkan propaganda akan memaparkan cerita mitos
yang menunjukkan kedudukan tinggi nenek moyak mereka dan luar biasa
seperti cerita asal usul pembukaan sesuatu negara.
Prosa tradisional juga bertujuan untuk menyindir dan mengkritik
(Ibrahim Saad, 1976). Kritikan dan sindiran diberikan kepada golongan raja
yang atau orang berkuasa yang menyalah gunakan kuasa mereka dan juga
untuk golongan orang yang bakhil dan tamak. Melalui cerita Pak Pandiri
misalnya, kita dapat melihat kritikan dan sindiran yang diberikan kepada
kedua-dua golongan tersebut.
Akhir sekali, prosa tradisional ini juga berperanan sebagai pengawal
norma masyarakat (Nik Hassan Basri, 2005). Adat dan pantang larang
sesuatu masyarakat diperkenalkan melalui prosa tradisional. Melalui cerita
penglipur lara misalnya, sering ditekankan mengenai kepentingan menjunjung
perintah raja kerana dikatakan bahawa raja mempunyai daulat. Cerita
lagenda Si Tenggang pula mengangkat tinggi martabat ibu dan menunjukkan
bahawa pantang bagi seorang anak untuk mengingkari ibunya.

Anda mungkin juga menyukai