Anda di halaman 1dari 8

ARUS

- Anwar Ridhwan-

1
Huraian peristiwa-peristiwa yang menunjukkan
semangat patriotisme yang tinggi dalam novel Arus.

Saat di mana isterinya meminta izin ke tepi sungai untuk membasuh pingan-
pinggan ayan yang kotor, tiba-tiba seekor buaya besar telah membaham
isterinya lalu terbunuh akibat gigitan buaya tersebut. Aksi Pak Kri
menyelamatkan isterinya yang diserang seekor buaya besar.

Apabila Pak Kri dihina secara berterusan oleh Lebai Amrah yang tidak mahu
menguruskan jenazah isterinya.

Watak Muslim yang cuba meredakan ketakutan penduduk Kampung Tok Wali
akibat daripada serangan buaya dengan cuba membunuhnya bersama Salleh.

Saat di mana Salleh dan Muslim diberitahu oleh Pak Kri tentang keganasan
buaya yang ada di Sungai Usar yang telah menelan dua orang budak Kg. Tok
Wali

Saat di mana penduduk Kg. Tok Wali bersama dengan Lebai Amrah yang cuba
membakar rumah dan mengusir Pak Kri sekeluarga.

2
Ucapan Salleh kepada Azizah yang menyatakan bahawa Pak Kri telah
mengorbankan nyawanya demi keselamatan penduduk-penduduk Kampung
Tok Wali. Pengorbanan ini menunukkan semangat patriotisme yang tinggi
terhadap diri, dan keluarga.

3
Huraikan maksud adat, agama dan budaya yang
mendasari pembentukan jati diri. Beserta contoh dalam
karya.

Adat
-Kebiasaan, resam, peraturan atau hukum
-Contoh:
i. Pak Kri yang lebih suka meminum sisa air daripada tulisan jawi
berdakwat biru yang ditulis di atas pinggan daripada memakan ubat yang
didapati daripada klinik kesihatan.
ii. Penggunaan mentera bagi menangkap buaya oleh Pak Kri sejak umurnya
25 tahun.

Agama
-Kepercayaan kepada Tuhan dengan mempraktikkan cara hidup seluruhnya
mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W.
-Contoh:
i. Saat dimana Pak Kri menguruskan mayat isterinya iaitu Imah. m/s 9
ii. Telahan oleh Salleh kepada Muslim yang mengatakan semua orang akan
mati termasuk nabi-nabi yang dikasihi oleh Allah dan membetulkan
tanggapan Muslim terhadap ajal Pak Kri.
4
Budaya
-Tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia
-Contoh:
i. Muslim ingin menunjukkan jika pada bangsa lain, sikap jiwa hamba hanya
boleh dikikis dalam masa ratusan tahun selepas penjajahan. Serta Muslim
ingin melepaskan belenggu jiwa hamba itu sesegera yang mungkin.
*m/s 20

5
Jelaskan nilai kemanusiaan yang terkandung dalam
karya dan contohnya
i. Kasih Sayang
Contoh:
i.Pawang Kri meminta Lebai Amrah menguruskan jenazah isterinya, Imah
dengan cara yang baik walaupun mendapat tentangan daripada Lebai
Amrah
ii. Bertanggungjawab
Contoh:
Pawang Kri bertanggungjawab melindungi keluarganya daripada fitnah
dengan membawa keluarganya dari Kampung Tok Wali ke Kampung
Seberang

iii. Keprihatinan
Contoh:
Azizah mengambil berat tentang kesihatan ayahnya dengan mengajak
ayahnya makan bersama kerana dia tahu ayahnya mempunyai penyakit
pedih perut.

6
iv. Kerjasama
Contoh:
Pawang Kri membantu Muslim dan Salleh membunuh buaya yang
mengganas di Sungai Usar yang membaham 2 orang budak Kampung Tok
Wali

7
Wajarkah seseorang individu itu mempertahankan
dirinya daripada difitnah? Huraikan.

Wajar, kerana fitnah merupakan satu bentuk penganiayaan, pembohongan


dan penyelewengan daripada perkara yang sebenar. Orang yang difitnah
akan menjadi mangsa ketidak adilan memandang fitnah ini adalah satu
perkara yang diada-adakan. Oleh itu sewajarnya kita wajib mempertahankan
diri daripada difitnah kerana fitnah ini boleh memusnahkan institusi
masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai