Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK KARYA KLASIK :-

SYAIR SERIBU SATU HARI

NAMA : NOOR AINI BINTI AWANG


NO. MATRIK : JEA 080064
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN

SEMESTER 1 SESI 2008/2009,


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,
UNIVERSITI MALAYA.
HIKAYAT BAGINDA KHALIFAH HARUN AR-RASYID DAN LIMA ORANG
TUTUPAN. DARIPADA HARI YANG PERTAMA HINGGA SERATUS.

181 Beberapa laki-laki terpasung nyata,


Terbelenggu terantai tubuh anggota,
Di penjuru penjara berdukacita,
Tadharra’ kepada Tuhan semesta.

182 Di bumi tutupan sembahyang mereka,


Suaranya perlahan berhati duka,
Hampir tiada kedengaran beka,
Segera didekati Seri Paduka.

183 Baginda bermadah dengan lembutnya,


Jikalau pekerjaan dipandang zahirnya,
Kamu sekaliannya di masjid patutnya,
Di rumah tutupan bukan layaknya.

184 Soleh ibadat zahir atasmu,


Laksana orang berbakti berilmu,
Apakah sebab maka dirimu,
Ke dalam penjara dimasukkan kamu.

185 Di dalam tempat gelap gelita,


Kisahkan olehmu supaya nyata,
Tiap-tiap seorang kamu cerita,
Dengan yang benar jangan berdusta.

186 Tiadalah lain aku kehendakkan,


Melainkan benar kamu ceterakan,
Siapa menyalahi seperti disebutkan,
Balasannya besar aku hukumkan.
Syair merupakan salah satu kesusasteraan melayu lama yang berasal daripada

kesusasteraan arab. Syair biasanya mengandungi empat baris kalimat pada tiap-tiap

rangkapnya yang mengandungi isi yang saling berkaitan. Kebiasaannya, syair dikarang

untuk meluahkan perasaan dan menyatakan sesuatu oleh penyair yang selalunya

berhubungan dengan perasaan antaranya sindiran, nasihat, kiasan, pengajaran mahupun

keagamaan. Syair Seribu Satu Hari ini merupakan salah satu syair yang digunakan untuk

bercerita. Teks syair ini tergolong dalam kategori cerita berbingkai berbentuk puisi yang

mempunyai dua unsur penting, iaitu bingkai cerita dan cerita-cerita yang dibingkaikan

atau cerita ini berdasarkan cerita atas cerita. Dalam hal ini, sesebuah hikayat yang

panjang digubah menjadi syair.

Syair Seribu Satu Hari mengisahkan Puteri Farukhtar yang tidak mahu berkahwin

ekoran dari mimpinya mengenai dua ekor rusa. Mimpi itu juga membuatkan Puteri

Farukhtar begitu bencikan lelaki. Keadaan ini membimbangkan ayahandanya iaitu

Maharaja Tughrul Baya. Walaupun telah banyak pinangan yang datang untuk puterinya,

namun baginda terpaksa menolaknya. Baginda meminta bantuan daripada pengasuh

puterinya iaitu Mardhi’ah untuk menasihati puterinya agar mampu menerima lelaki

dalam hidupnya. Mardhi’ah menceritakan kisah lima orang banduan yang begitu kuat

mempertahankan kasih sayang dan cinta mereka. Pelbagai dugaan dan rintangan yang

harus diterimaa oleh banduan-banduaan untuk cuba mempertahankan cinta mereka

sehingga mereka sanggup membunuh, mendera, mengkhianati kawan sendiri dan

berlapar untuk membahagiakan orang yang mereka sayang.


Mereka yang melakukan perbuatan jahat pasti akan menerima hukuman bagi

setiap kesalahan yang mereka lakukan kerana perrbuatan tersebut menyalahi undang-

undang dan akhirnya mereka akan dipenjarakan. Mereka yang disabitkan bersalah akan

ditempatkan di dalam penjara dan kemudiannya dirantai dengan penuh seksaan.

Mungkin kerana seksaan itu, mereka mula insaf dan ber’tadhara’ kepada Allah S.W.T.

‘Tadhara’ yang berasal daripada perkataan arab ini bermakna merendahkan diri kepada

Allah S.W.T. Mereka melakukan amal ibadat kerana mahu dosa-dosa yang telah mereka

lakukan sebelum mereka berada di dalam penjara diampunkan oleh Allah S.W.T.

Disebabkan itulah, mereka sentiasa melakukan amal ibadat kepada Allah S.W.T

sepanjang masa.

Hukuman yang dikenakan kepada mereka bukanlah satu alasan untuk mereka

mengabaikan sembahyang lima waktu. Walaupun sedang menerima hukuman di dalam

penjara, mereka tetap wajib menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam selain

amalan-amalan ibadat yang lain. Sembahyang adalah wajib ke atas ummat Islam walau

dalam apa keadaan sekalipun. Mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa. Suara

mereka kedengaran amat perlahan menampakkan yang mereka begitu khusyuk

menjalankan kewajipan yang telah diamanahkan kepada mereka. Kelihatan mereka

begitu sedih dalam melakukan kewajipan yang sedang dilaksanakan, mungkin kerana

teringatkan sikap mereka yang jahat dulu. Baginda yang hanya melihat banduan-banduan

tersebut dari tadi akhirnya mendekati mereka berlima.


Baginda kemudiannya bertitah kepada banduan-banduan tersebut dengan suara

yang lemah lembut. Mereka begitu tekun dan sabar dalam mengerjakan amal ibadat dan

kewajipan kepada Allah S.W.T. Tetapi, yang menghairankan baginda kenapa semuanya

boleh berada di dalam penjara. Jika mereka tergolong dalam orang-orang yang begitu

tekun beribadat kepada Allah S.W.T, mereka sepatutnya berada di rumah Allah iaitu surau

atau masjid. Rumah Allah adalah satu-satunya tempat yang layak untuk mereka bagi

mengerjakan amalan yang mulia itu. Penjara hanyalah sesuai untuk mereka yang jahat

dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T sahaja. Banduan-

banduan tersebut tidaklah tergolong dari orang-orang yang jahat kerana mereka begitu

beriman kepada Allah S.W.T dari pandangan mata baginda. Baginda terfikir yang

mereka berlima sesuai berada di masjid bukannya di penjara.

Mungkin solat yang sempurna boleh dilihat pada mata kasar orang lain adalah

melalui amalannya, namun mata manusia tidak boleh nampak apa yang tersirat di dalam

hati manusia lain. Jika benarlah mereka adalah terdiri dari golongan tersebut, mereka

sepatutnya mampu untuk terus berilmu dan beramal, malah mereka juga boleh berbakti

kepada masyarakat yang lain. Mereka boleh terus mengembara untuk terus mendalami

ilmu-ilmu agama dan jika sekiranya mereka sudah bersedia untuk membimbing orang

lain ke jalan Allah, mereka boleh membawa masyarakat yang ingin mendalami ilmu

agama ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T mungkin dengan menjadi seorang guru

agama. Akhirnya, baginda pun bertanya kepada banduan-banduan tersebut yang begitu

kuat beribadat kepada Allah S.W.T mengapa mereka boleh berada di dalam penjara.
Penjara bukanlah satu tempat yang baik untuk didiami kerana di situ bukanlah

satu tempat yang selesa untuk mengerjakan amal ibadat. Malah, hidup di dalam penjara

yang gelap gelita begitu menyeksakan. Mereka tidak mampu lagi untuk kenikmati

kehidupan dunia yang indah dan lebih selesa iaitu di luar penjara. Walaupun keadaan

tidak begitu selesa, baginda ingin mengetahui kisah banduan-banduan tersebut apakah

sebabnya mereka boleh berada di dalam penjara seorang demi seorang. Baginda mahu

banduan-banduan tersebut bercakap benar mengenai perbuatan jahat mereka sehingga

membawa mereka menjadi penghuni di dalam tempat yang hina ini. Mereka yang

berbuat jahat memang layak untuk berada di dalam penjara. Jika didapati mereka

bersalah, maka hukuman mereka akan menjadi lebih berat lagi.

Hanya kebenaran dari banduan-banduan tersebut yang ingin diketahui oleh

baginda kerana baginda tidak suka ada yang bercakap bohong. Jika ada antara mereka

yang berbohong, baginda akan menjatuhkan hukuman yang lebih berat lagi kepada

mereka. Baginda akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada baginda

untuk menjaga negara dengan baik dan jujur. Baginda berhak untuk menjatuhkan

hukuman yang lebih berat sekiranya ada antara banduan-banduan tersebut yang ternyata

benar-benar berbuat salah dan patut menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang

mereka lakukan. Baginda akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sahih

dan nyata serta keterangan yang benar dari banduan-banduan tersebut. Negara yang

aman bermula dari sikap pemerintah yang adil dan saksama.


Banyak pengajaran melalui Syair Seribu Satu Hari ini yang kita boleh jadikan

sebagai teladan dalam hidup kita sehari-hari dan untuk masa akan datang. Antaranya

ialah berfikir sebelum bertindak. Seharusnya sebelum bertindak, kita sudah tahu apa

akibatnya disebalik perbuatan kita itu. Kalau perbuatan kita itu adalah salah, kita tidak

patut melakukannya dan cuba mengelaknya daripada berlaku. Sebagai manusia yang

sudah matang dan berakal, kita sepatutnya sudah mampu menilai yang mana buruk dan

yang mana baik. Pengajaran yang kedua ialah adil dan amanah. Setiap tugas yang diberi

kepada kita seharusnya dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab dan jujur kerana itu

adalah satu amanah. Jika kita mengabaikan dan tidak jujur dengan tugas yang diberi,

orang lain akan ikut mencurigai kita apabila mereka tahu perangai kita. Bukan sahaja

kita yang kerugian malah masyarakat di sekeliling akan turut menyisihkan kita.
Bibliografi.

Amran Yusof, 2000. Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Terbitan Eastview Publication Sdn. Bhd.

Awang Sariyan, 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian
Melayu.

Hasyim bin Haji Musa, 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu ; Suatu
Pengenalan. Kuala Lumpur : Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya.

Sharniza Sahir, 2006. Syair Seribu Satu Malam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Yusuf Mohd Nor, Dr Abd Rahman Kaeh, 1985. Puisi Melayu Tradisi. Petaling Jaya
:

Anda mungkin juga menyukai