Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan : Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia.

Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Definisi Imej : Imej didefinasikan oleh Polly Bird, (1977), sebagai gambaran diri seseorang yang ditampilkan. Ini termasuklah rupa paras, cara bercakap, berrpakaian dan bertindak. Kemahiran sikap, perawakan dan gerak geri anda, hiasan tambahan dan persekitaran serta rakan taulan anda. Di dalam kamus dewan edisi ke 3, imej didefinisikan sebagai keribadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Imej wanita dalam novel Antologi Selesai sudah, Heneimann (1997) , Bila Ibu Sampai Takah Tiga, (Shahnon Ahmad). Imej ibu Ibu seorang wanita kampung yang tinggal jauh di pedalaman. Jauh dari segala kemudahan infrastruktur. Hendak turun tangga kayu kupas pun bukan senang. Tergelecek saja orang atas, orang bawah tergelecek sama. Tambah-tambah sekarang ini musim lecah. Batas bendang banyak yang pecah. Terpokah gelungnya entah sedepa entah dua. Ibu tentu lebih tenat kalau terpaksa diusing dari rumah kita ke jalanraya. Di jalan raya pula kena tunggu prevet sewa. Dari petikan cerpen Bila Ibu Sampai Takah Tiga (Shahnon Ahmad:48) yang menceritakan keadaan rumah,persekitaran tempat tinggal dan juga kemudahan yang ada. Di dalam cerpen ini juga diceritakan juga aktiviti seharian yang biasa dilakukan oleh orang yang tinggal di kampung seperti memelihara kerbau, mengerjakan sawah serta bercucuk tanam. Ibu seorang wanita beragama Islam yang taat dalam mengerjakan suruhan agama. Ini adalah berdasarkan kepada petikan berikut. Ibu dan bapa tidak pernah berhenti berasyhadual-lailahailallah. Ibu dan bapa tidak selama hidup tidak pernah tinggal sembahyang. Tidak pernah tinggal puasa. Zakat fitrah selalu beri. Bila Ibu Sampai Takah Tiga (Shahnon Ahmad:51) Ibu sentiasa memberi sokongan kepada suaminya untuk berfisabilillah. Berjuang menentang penjahat kafir laknat. Ini dapat dilihat di dalam petikan berikut. Walaupun ibu tidak pergi ke Bukit selambau, ibu tolong juga mengasah parang panjang bapa. (Bila Ibu Sampai Takah Tiga (Shahnon Ahmad: 51)

Rumusan: Imej ibu dalam cerpen Bila Ibu sampai Ke takah tiga dapatlah dirumuskan sebagai wanita Islam yang sedang nazak menanti saat-saat kematian. Pada waktu sihatnya, ibu disenangi oleh seluruh kaum keluarga dan orang-orang kampung. Kehidupan ibu yang telah kehilangan suami diteruskan dengan memelihara kerbau dan mengerjakan sawah untuk menyara hidup. Ibu mempunyai dua orang anak iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Anak lelakinya telah berkahwin dan tinggal jauh dari situ. Ibu sangat disayangi oleh anak-anaknya dan permintaannya akan cuba dipenuhi ketika beliau sakit. Anaknya juga tidak berhenti berusaha untuk mengubati sakit tua ibu dengan cara tradisional dan juga berusaha secara Islam seperti membaca surah-surah Al Quran. Imej wanita dalam cerpen Puteri Ipoh (Mohammad Dahlan Masud) Imej Wanita Penggoda (Puteri Ipoh) Imej Miss Lucy sebagai seorang penari cabaret yang menjadi daya penarik kepada panggung kabaret . Ini dapat dilihat dalam petikan dari cerpen tersebut . Tetapi dari semenjak panggung yang tersebut telah mendapat seorang puteri penari yang mempunyai rupa paras yang berseri maka keadaannya telah berseri-seri yang luar biasa dan luar dari keadaan penggung-panggung cabaret yang lain. Petikan dari novel diatas memaparkan imej Miss Lucy sebagai penari cabaret yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung-pengunjung panggung cabaret. Miss Lucy menggoda pelanggan-pelanggan di panggung cabaret dengan sifat penggodanya dan juga senyuman manisnya. Adapun segala perubahan yang berlaku pada panggung tersebut meskipun tiada mencengangkan orang ramai tetapi ada tertarik sama memandangnya kerana digoda oleh keadaan sifat puteri menari yang rupawan itu masuk ke panggung yang tersebut adalah umpama madu tumpah ke sarang semut. Petikan ini menunjukkan imej wanita penggoda, pandai menari dan berjaya menawan hati aanak-anak muda. Anak peranakan yang cantik .. Miss Lucy iaitu seorang perawan peranakan Shanghai- bapa Rusia, emak Cina dan sebenar-benarnya mempunyai rupa paras yang bergeliga. Dalam Novel ini, Miss Lucy berimejkan wanita cabaret yang paling cantik antara penaripenari cabaret di panggung tersebut. Hidungnya yang mancung dan matanya yang tidak sepet bahkan anak matanya bulat dan hitam bersambutan dengan potongan mukanya yang bujur sirih dan terletak di atas leher yang jinjang serta dihiasi oleh rambutnya yang hitam ijuk dan ikal mayang itulah yang menjadikan Miss Lucy itu di antara rakan-rakannya miss-miss Shanghai yang sepenarian di dalam panggung-panggung cabaret di Ipoh itu terpandang sebagai buntat.

Wanita Peramah dan lemah lembut. Sebagai penari cabaret yang bijak menggoda, Miss Lucy juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Layanan Miss Lucy juga menjadikan setiap pengunjung berhasrat untuk mengunjungi lagi cabaret tersebut. Selain dari itu ada sesuatu kelebihan yang terpuji, bahkan yang menarik dan menawan hati orang-orang yang telah masuk ke panggunjung yang tersebut iaitulah sifatnya yang peramah dan penegur sapa serta lemah lembut pada segala perangainya sehingga tiap-tiap seorang yang telah masuk panggung yang tersebut tiadalah seorangpun yang keluar dengan membawa hati yang kecil. Wanita yang berhati-hati Meskipun Miss Lucy seorang wanita cabaret, namun beliau begitu berhati-hati dalam menjalin hubungan . Maka barulah tahu Raja Nasarudin akan Puteri Ipoh itu bukanlah sebarang-barang orang yang boleh dimainkan laksana memancing ikan sahaja. Petikan di atas menunjukkan sikap Miss Lucy yang sukar didekati untuk hubungan yang serius. Tertipu kerana cinta Meski Miss Lucy seorang yang berhati-hati, namun kerana cintanya pada Raja Nasaruddin, beliau telah memberikan kepercayaan penuh kepada Raja Nasarudin . Beliau telah mendedahkan identity sebenar dirinya. Ini dapat dilihat dalam petikan berikut. Jika sungguh tuan hendak membela, ada suatu jalan jalan yangbboleh membawa tuan kepada kejayaan. Saya bercakap ini dengan tulus hati ialah kerana tuan kekasih saya. Maka inilah saya suka menaruhkan diri membantu tuan. Tetapi terlebih dahulu wajiblah tuan bersumpah setia. Penyamar Tatkala membaca siaran yang tertera di dalam Warta Malaya itu baharulah orang ramai kenal rupanya Putri Ipoh itu ialah ibu komunis yang sengaja datang dari sebelah Benua China ke Malay ini kerana menjalankan dakyah-dakyah komunis. Petikan di atas menunjukkan imej yang bawa oleh Miss Lucy iaitu menyamar sebagai penari cabaret dan pada masa yang sama adalah ketua kumpulan komunis. Rumusan Miss Lucy ialah seorang wanita yang mempunyai misi tertentu ketika datang ke Tanah Melayu atau Malaya ketika itu. Dengan berbekalkan kecantikannya , beliau telah menyamar menjadi wanita penari cabaret yang menggoda setiap pelanggan aatau pengunjung cabaret. Misinya ialah untuk mendapatkan sebanyak mungkin wang bagi membiayai kegiatan haramnya iaitu menyebar dakyah komunis di Malaya dan juga sebagai seorang ketua Komunis Wanita. Imej yang ditunjukkan adalah imej dua wanita yang berbeza iaitu sebagai wanita penggoda dan juga sebagai wanita yang berani. Namun begitu kekerasan hatinya dapat dilenturkan oleh kata-kata cinta sehinggakan beliau terkeliru dan memberitahu rahsia dirinya sehinggakan beliau teretangkap oleh kekasihnya sendiri.

Imej wanita dalam Sebatang besi buruk (Zaharah Nawawi) Imej Rubiah Ibu tunggal yang cekal sudah lama Rubiah, ibu tunggal yang menanggung lima anak dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih Petikan di dalam novel diatas menunjukkan imej wanita yang tabah dan berusaha untuk membesarkan anak-anak dengan mencari rezeki yang halal tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Baik hati dan pemurah Ambillah. Inilah rezeki kau anak beranak hari ini. Rubiah tetap sudi membantu Jalin sekeluarga. Tidak berberas, diberi beras. Tidak berduit, diberi duit. Tidak berbaju diberi baju. Tidak berlauk diberi lauk. Petikan dia tas menggambarkan sifat pemurah Rubiah kepada keluarga Jalin. Prihatin dan simpati Rubiah juga sangat prihati dan turut merasa simpati atas keadaan keluarga Jalin. Dalam curahan hujan, Rubiah memandang mata Jalin lalu mengundang hiba dalam hati. Rubiah serkup kedua0dua tubuh kecil itu dengan baju hujan yang dikembangkan dari kepala ke siku tangan kanannya Tatkala Jalin dan anak-anaknya kesejukan disudut rymah, rubiah memberikan pakaian kering. Ikhlas dalam membantu Rubiah seorang yang ikhlas ketika membantu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Petikan berikut menggambarkan keikhlasan hati Rubiah. Tidak. Rubiah menolak Engkau tidak pernah berhutang apa-apa. Aku tak menganggap pertolongan dulu sebagai hutang. Aku ikhlas membantu. Rumusan Imej Rubiah sebagai seorang ibu tunggal yang menyara anak-anaknya dengan menjual nasi lemak dan kuih. Rubiah digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai hati yang mulia. Meskipun kehidupan beliau tidak mewah atau kaya, tetapi Rubiah masih bersedia membantu keluarga Jidin. Kejujuran dan keihlasan hati Rubiah jelas dapat dilihat ketika Jidin ingin membalas jasa baik Rubiah tetapi ditolak oleh Rubiah. Ternyata Rubiah ialah seorang wanita yang suka membantu mereka yang susah tetapi tidak mengharapkan apa-apa balasan . Hatinya tidak tamak walaupun ditawarkan wang dan juga hadiah. Bagi Rubiah, beliau senang dengan kehidupannya yang senang walaupun tidak kaya.

Kesimpulan Imej wanita yang ditonjolkan dalam setiap cerpen adalah menjurus kepada aspek-aspek keperibadian seorang wanita. Sebagai contoh imej ibu dalam novel karya Shahnon ahmad menggambarkan keperibadian yang baik, iaitu seorang ibu yang baik, taat dan disayangi oleh masyarakat. Sementara itu, imej Lucy dalam novel Puteri Ipoh pula,walaupun sebagai seorang penari cabaret dan pada masa yang sama menjadi ketua kumpulan komunis, namun kelembutan dan keperibadian seorang wanita tetap dapat dilihat dari segi perawakkanya sebagai seorang yang lemah lembut dan peramah. Begitu juga dengan imej Rubiah dalam novel Sebatang Besi rubiah sebagai seorang ibu tunggal yang berhati mulia dan ikhlas dalam membantu serta tidak mudah tergoda dengan wang dan harta.

Anda mungkin juga menyukai