Anda di halaman 1dari 103

SCRIPT TITLE

Written by
Name of First Writer

Based on, If Any

Address
Phone Number

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

EXT. KEBUN UBI KAYU - NIGHT


Dalam kesamaran malam kelihatan dari kejauhan dan celah-celah
pokok ubi kayu, kelibat seseorang bertopeng memegang pisau
pemotong daging sedang memotong sesuatu sambil bercangkung.
Dia (Pembunuh Misteri) memotong tanpa henti.
Sehingga sesuatu seperti batang kayu terpelanting jauh.
Terpelanting masuk ke dalam semak(menghampiri kamera)
WIDE SHOT: Dia bangun
Nampak kakinya sahaja, tangannya mencari benda yang
terpelanting.
Masih mencari dan tidak jumpa.
INSERT: Tangan yang telah terpotong ada jam tangan ROLEX
kepunyaan bapa Anida.
Setelah puas mencari tapi tak jumpa,
Dia berlalu ke tempat asalnya.
Dia memasukkan ke semua hasil potongan dalam satu beg
plastik.
Dia mengheret beg tersebut.
SFX: GURUH BERDENTUM
INSERT: KILAT
Hujan lebat.
Dia berhenti.
Kemudian dia mengali dan menanam beg plastik tersebut.
Dia (Pembunuh Misteri) menanam kembali ubi kayu di tempat
galiannya tadi.

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Satu cahaya daripada lampu picit menyuluh daripada rumah


berdekatan Kebun Ubi Kayu.
Pembunuh Misteri meniarap.
Lampu di padam.
Pembunuh Misteri berlalu pergi.
FADE TO BLACK.

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - MORNING

INSERT: Bunyi anjing menyalak di luar rumah


Salman (25) -OKU sedang memotong ubi kayu menggunakkan pisau
pemotong daging.(pisau yang sama seperti pembunuh misteri
gunakan)
INSERT: KALENDER
Salman melihat kalendar di dinding rumahnya
menanda hari ulangtahun Anida hanya 10hari sahaja lagi.
INTERCUT:
2(A) EXT. KEBUN UBI KAYU - JALAN - MORNING
Ah Meng (Buta) membawa anjing peliharaannya berjalan.
SFX: SUARA ANJING MENYALAK
Apabila melintasi kebun ubi kayu (berdekatan rumah Salman),
anjingnya akan menyalak.

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Ah Meng merasa hairan tapi ia segera menarik anjingnya


meneruskan perjalanan.
BACK TO:
2 (B) INT. RUMAH SALMAN - DAPUR - MORNING

Cikgu Anida yang telah siap berpakaian untuk ke sekolah


datang ke dapur dan terhenti seketika memandang sesuatu.
INSERT: BAJU JUBAH PEMBUNUH MISTERI TERSANGKUT DI DINDING
DAPUR SEBELAH PETI SEJUK.
Anida menghampiri Salman.
ANIDA
Abang? apa yang ditenungkan tu? jom
kita sarapan, Anida nak ke sekolah
kejap lagi.
Anida dan Salman duduk di meja.
SALMAN
Sayang tak jemu ke hari-hari makan
ubi kayu rebus dengan kopi o panas?
ANIDA
Abang ni..kat kantin pun kalau ada
ubi kayu rebus dan kopi o panas,
pasti ayang akan makan
juga..minat..hehe
SALMAN
(senyum-gembira)
Ye ke?

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Abang, Ubi kayu dan Kopi o telah
lama sebati dalam jiwa ayang..
tanpanya terasa nafas ini seakan
terhenti..
Mereka sarapan bersama-sama.
SFX: HON LORI
SALMAN
Ayang sarapan dulu, abang nak jumpa
Abu sekejap.
Anida mengangguk-anggukkan kepala.
Salman bangun dan berjalan menuju ke pintu dapur.

EXT. RUMAH SALMAN -

KOLAM IKAN - MORNING

Abu kawan baik Salman memberhentikan lorinya dan menghampiri


Salman.
ABU
Assalamualaikum Man!
SALMAN
Waalaikumussalam Abu, haa awal kau
sampai hari ni? Banyak kerja nak
buat ke?
ABU
Biasa lah Man, kita ni lelaki kena
usaha lebih dari orang perempuan,
tu haa banyak perut yang aku kena
bagi makan kat rumah tu.
(MORE)

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ABU (CONT'D)

Kau tak pela berdua je, aku ni dah


beranak pinak dah.
SALMAN
Haha. Kau Abu, saja nak perli aku
lah ya.
ABU
Man, aku nak bagitahu kau sesuatu
ni,
SALMAN
Haa ape dia Abu?
ABU
Sekarang ni permintaan untuk Ubi
Kayu dan ikan keli dan bertambah.
Aku rasa kau kena tingkatkan lagi
pengeluaran kau.
SALMAN
Alhamdulillah....Nanti Petang kau
datang tolong aku tebas semak kat
kebun aku, aku nak tambah tapak
semaian baru.
ABU
InsyaAllah Man, ada rezeki kita tu
ada lah. Sekarang ni ramai orang
suka makan ubi. Ni duit jualan ikan
keli semalam, kang terlupa pulak.
Haa petang nanti aku datang.
SALMAN
Baik lah Abu, terimah kasih. Aku
tunggu kau datang petang nanti.

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ABU
Mana isteri kau ni? nanti terlambat
pulak.
SALMAN
Kejap lagi keluar lah tu.Anida ...!
Anida keluar dari rumah.
ANIDA
Ya abang, saya keluar ni.
SALMAN
Cepat Abu dah sampai ni, nanti
terlewat pulak.
ANIDA
Abang, Anida ke sekolah dulu ya.
Anida bersalam dengan Salman.
SALMAN
Baiklah sayang, hati-hati.
Anida menumpang lori Abu.

INT. SEKOLAH MENENGAH - KELAS - MORNING


EST: SUASANA DALAM BILIK TINGKATAN 5, ANAK-ANAK MURID DAN
SEORANG GURU (ANIDA) YANG SEDANG MENGAJAR.

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Ubi kayu (nama botani: Manihot
Esculenta Crantz) ialah tumbuhan
tropika dan subtropika dari famili
Euphorbiaceae yang terkenal sebagai
sumber utama karbohidrat dan
daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu
dikatakan berasal dari bahagian
tropika Amerika Selatan tetapi kini
taburannya hampir di semua kawasan
tropika seluruh dunia.
Anida berjalan mundar-mandir di dalam kelas.
Para Pelajar kyusuk menulis apa yang diterangkan oleh Anida.
ANIDA (CONTD)
Ubi kayu biasanya ditanam dengan
keratan batang yang dicucuk ke
dalam tanah. Ubi kayu senang
ditanam dan akan menghasilkan akar
pada bahagian batang yang dikambus
dalam masa beberapa hari sahaja
selepas ditanam. Hujung keratan
yang terbenam dalam tanah akan mula
menghasilkan banyak akar antara dua
hingga empat bulan selepas ditanam
dan akar ini pula akan menghasilkan
ubi. Ubi kayu biasanya dituai
antara sembilan hingga 12 bulan.
Anida terpandang Luna yang merenung jauh ke luar tingkap.
Anida berjalan menghampiri Luna.

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA (CONTD)
Ubi kayu sering menjadi makanan
pilihan apabila berlaku masalah
mendapatkan sumber makanan biasa,
seperti ketika musim tengkujuh atau
malapetaka awam, atau semasa
peperangan seperti semasa Perang
Dunia Kedua.
Pada masa biasa, ubi kayu hanya
dimakan sekali-sekala atau
dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi
kayu mempunyai asid hydrocyanic
(asid hidroklorik dan potasium
sianida atau sodium sianida
(hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu
tidak boleh dimakan mentah, tetapi
perlu dibuang kulit dan dimasak
terlebih dahulu.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus
atau dibakar, dan dimakan bersama
kelapa parut muda (nyiur kulit
hidup), ikan masin, atau ikan
bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat
kuih, antaranya kuih puli ubi kayu,
kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek
ubi dan yang seumpama dengannya.
Ubi kayu ditanam secara komersial
untuk menghasilkan tepung ubi.
(MORE)

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA (CONTD)

Tepung ubi kayu juga digunakan


dalam industri makanan setelah ia
diproses menjadi monosodium
glutamat (MSG) terutama di negara
Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk
menghasilkan satu tan MSG, ia
memerlukan lebih kurang 2.4 tan
tepung ubi kayu atau tepung kanji.
Anida melihat air mata bergelangan di mata Luna.
Anida menghampiri Luna.
ANIDA (CONTD)
Luna, kenapa kamu menangis? Kamu
sakit ke?
LUNA
Saya tak apa-apa cikgu, cuma saya
teringatkan arwah ibu saya.
ANIDA
Kan arwah ibu kamu dah lama
meninggal.
LUNA
Permintaan terakhirnya untuk makan
ubi kayu rebus tidak kesampaian,
sebenarnya saya yang mengambilnya
dan kini, saya rasa amat bersalah.

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Luna...apa yang berlaku semalam,
adalah sejarah...esok, belum pasti
lagi, tapi, hari ini, adalah
anugerah.. kerana Kamu masih hidup.
Gunakanlah hari ini sebaik mungkin.
LUNA
Terima kasih ... cikgu
Luna mengesatkan airmatanya.
Anida bangun dan memandang kepada para pelajarnya.
ANIDA
Ok pelajar-pelajar sekalian, sila
buka buku latihah bab 5 dan jawab
semua soalan tersebut.
SFX: LOCENG BERBUNYI
KETUA KELAS
Semua bangun, terima kasih cikgu
PARA PELAJAR
Terima kasih Cikgu
Semua Pelajar bangun keluar kelas untuk masa rehat.
Anida mendekati mejanya dan bila dia menoleh ke belakang,
didapati Luna masih di bangkunya.
Anida mendekati Luna.
ANIDA
Jom, keluar makan..cikgu belanja.

10

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LUNA
Maafkan saya cikgu, biarlah saya
bersendirian sekejap...
Anida menarik bangku dan duduk disebelah Luna.
LUNA (CONTD)
Kenapa Cikgu?
ANIDA
Kamu mengingatkan cikgu, tentang
ibu dan bapa cikgu yang hilang
dulu..
Anida menitiskan air mata.
FLASHBACK:

EXT. BALAI POLIS - DAY


INSERT: 8 TAHUN LALU (TAHUN 2006)
EST: BALAI POLIS
Kereta Haji Mat masuk ke Balai Polis.
Anida, Salman, Haji Mat dan Lisa turun dari kereta Haji Mat.
LISA
(tidak sabar)
Cepat la.
HAJI MAT
Sabar Lisa.
Salman yang OKU, cuba menenangkan Lisa.

11

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SALMAN
Anida, kamu jangan tergesa-gesa,
abangkan...
INSERT: KAKI SALMAN YANG CACAT (OKU)
ANIDA
Maaf abang, saya pimpin abang masuk
ke dalam..
Anida memimpin Salman.

INT. BALAI POLIS - DAY


EST: KAUNTER ADUAN POLIS (DALAM BALAI POLIS)
POLIS
Ya cik, apa yang saya boleh bantu?
ANIDA
(cemas)
Saya nak laporkan kehilangan ayah
saya, dah seminggu dia tak pulang
ke rumah, saya bimbang apa-apa
terjadi dekat dia,
POLIS
(tenang)
Cik isi dulu borang aduan ni.
Anida mengisi borang tersebut.
Salman, Haji Mat dan Lisa mendekati Anida.
Sambil menulis laporan, Anida memandang Salman.

12

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
(mengeluh)
Mana lah ayah pergi, saya harap
ayah selamat.
SALMAN
Sabar Anida, Insyaallah Ayah awak
selamat.
HAJI MAT
Kita sama-sama doakan ya Anida.
LISA
Kau banyakkan bersabar Anida.
Lisa menyerahkan laporan yang telah di isinya kepada pegawai
yang bertugas.
Pegawai Polis yang bertugas menaip surat tersebut dan memberi
satu salinan kepada Anida.
POLIS
Baiklah cik, boleh pulang dahulu,
nanti Pegawai Penyiasat kami akan
datang ke sana.
ANIDA
Terima kasih encik.
Mereka semua bersalaman dengan polis tersebut dan beredar
dari situ.

INT. RUMAH HAJI MAT - RUANG TAMU - DAY


INSERT: GAMBAR HAJI MAT ZAMAN DULU - POLIS PANGKAT SARJAN
(NOTE: BAGI MENUNJUKKAN HJ MAT PENCEN POLIS)

13

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

EST: Pak Ali, Haji Mat dan Salman berada di sofa ruang tamu.
Anida termenung di tepi jendela, masih menangis sambil
memegang gambar kedua ibu bapanya.
INSERT: GAMBAR KEDUA IBUBAPA ANIDA
(NOTE: GAMBAR BAPA ANIDA MESTI WATAK KASANOVA-SEORANG GURU
MUZIK-ELOK PEGANG BIOLA DAN IBUNYA PUN JENIS SUKA MELARAM TIDAK BERTUDUNG - PASTIKAN GAMBAR BAPA ANIDA MEMAKAI JAM
ROLEX)
Lisa keluar daripada dapur membawakan ubi kayu dan kopio
buat Haji Mat, Salman, Anida dan Pak Ali.
LISA
Jemput minum.
PAK ALI
Terima kasih Lisa. Susah-susah kamu
buatkan air.
LISA
Dah biasa Pak Ali, maklumlah kita
takde mak. Latip tak ikut sama.
PAK ALI
Anak aku tu...(mengeluh)..anak
jantan, takde mak..biasalah..dia
dengan abang kamu tadi.. Aku nak
suruh jaga warung sekejap pun ...
tak nak.. Duit nak.
HAJI MAT
Samalah dengan si Shah tu... harihari..duit duit..
Anida mendekati Pakciknya.
ANIDA
Pakcik, boleh tak Lisa tinggal
bersama Anida.? buat temam.

14

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Haji Mat tersenyum.


HAJI MAT
Anida, buat masa ni, kamu tinggal
dengan Pak Cik dulu.
ANIDA
Baiklah pakcik. Apa yang elok,
Anida ikut je.
PAK ALI
Apa kata kahwinkan saja si Anida
dengan Salman, tengok mereka pun
selesa bersama, bukan apa, tak baik
kamu asyik bersama je tanpa ada
ikatan sah.
HAJI MAT
Betul kata Pak Ali tu, sebab mereka
berdua ni dah di tunangkan secara
persetujuan kedua-dua belah
keluarga masa kecil-kecil dulu.
Pakcik pun ada sama jadi saksi masa
tu. Jadi macam mana, kamu dua orang
setuju tak?
Salman dan Anida tersipu malu.
PAK ALI
Kalau macam tu, kita kahwinkan
mereka sebaik saja Anida tamat spm.
HAJI MAT
Eh dia pulak buat keputusan. Aku ni
wali dia..Anida ni anak saudara aku
dan arwah bapa Salman tu tok guru
aku..

15

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

PAK ALI
Tok Guru aku juga...kan dia Tok
Penghulu yang disegani
dulu..Untungla Anida, si Salman ni
banyak harta tanah peninggalan
bapanya.
Lisa bingung
LISA
Ayah...kan ayah Anida belum jumpa
lagi..diakan wali sah..
Semua berpandangan.
(NOTA: SCENE INI MEMPERKENALKAN WATAK, KAITAN DAN PERKERJAAN)
SFX: SUARA AZAN ISYAK.
HAJI MAT
Dah..kita ke surau.. Minta doa kat
sana.

EXT. JALAN KAMPUNG - NIGHT


Anida dan Lisa berjalan pulang dari surau.
Tiba-tiba, Latip (20) anak Pak Ali dan Shah (20) anak sulung
Haji Mat, bermotorsikal datang menghampiri mereka.
LATIP
Hai..tak takut ke jalan berdua ni..
Anida dan Lisa terus berjalan tanpa menghiraukan mereka.
Lisa berpaling dan menegur abangnya.
LISA
Eh..abang ni.. Tak malu ke menyakat
adik dan sepupu sendiri.
SHAH
(senyum)
Mana ada menyakat..abang kan abang
mithali..kenalah jaga adik dan
sepupu kesayangan abang ni..

16

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
(marah)
Abang tu kat umah, pijak semut pun
tak mati..nanti Lisa bagitau ayah.
LATIP
(mengorat)
Amboi manisnya bila dik Lisa
berbahasa.. Tambah sayang abang..
LISA
Tolong cermin muka tu..
Latip mengusap mukanya.
LATIP
Hensom apa...
Shah turun dari motor dan berjalan hingga melepasi Anida dan
menahan Anida.
ANIDA
(tidak selesa)
Apa ni??
SHAH
Ni ..abang ada belikan ubi kayu
goreng...sedap tau..
LISA
Anida suka ubi kayu rebus laa..
Shah memandang tajam adiknya.
SHAH
Aku tau la...apa bezanya ubi kayu
gorang dan ubi kayu rebus...cakap..
LISA
Sudah-sudahlah bang... Anida dah
nak jadi isteri orang tak lama
lagi.
Shah dengan marahnya, memberikan bungkusan ubi kayu goreng
yang dibelinya kepada Lisa.
Anida memandang Lisa.
Shah berlalu dan naik membonceng Latip.

17

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
Latip..jom belah..
Latip merenung Lisa dengan senyuman penuh makna sambil
memecut motor.
Shah masih tidak puas hati.
Lisa membalas tersipu-sipu.
Anida memandang Lisa.
Shah dan Latip meninggalkan mereka.
ANIDA
Kau ni...semacam je..
LISA
(sipu-sipu)
Kenapa pula...
ANIDA
Ada hati dengan Latip ke?
LISA
Laki macam tu..mana ada.. Dah jom
kita balik.
Lisa dan Anida menyambung perjalanan mereka.
9

EXT. TEPI TASIK - NIGHT


Latip dan Shah duduk memandang tasik sambil memotong daun
ganja untuk dihisap.
SHAH
Oi Latip, sebenarnya aku betulbetul cintakan Anida, kalau lah
Anida sukakan aku kan senang. Ni
tak. Nak jugak dia kat si Salman
OKU tu, aku tak paham lah dengan
citarasa dia tu. Aku ni tak kacak
ke Latip?

18

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LATIP
Eh kau kacak la, mata dia je buta
tu kot haa, dia tak perasaan kau ni
depan mata.haha
SHAH
Bapak aku pulak nak kahwinkan si
Anida tu dengan Salman, ada ke
patut?
LATIP
Tak patut tak patut.
Shah merenung bulan.
SHAH
Tengok bulan tu...
Latip merenung bulan
LATIP (V.O.)
Lisa..
LATIP
(khayal)
Aku cinta pada mu...
Shah menepuk bahu Latip.
Latip terperanjat.
SHAH
Hoi..cinta kat siapa?
LATIP
(mengelabah)
Eeehh.. Kat mak aku la..pasal tak
boleh?
SHAH
Oh..ye ke..bukan Anida?
LATIP
Aku ni bukan jenis langgar kawan
punya..

19

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Shah masih tak puas hati


SHAH
(sergah)
Kau suka adik aku ke..?
Latip mengelabah.
LATIP
Isshh.. Dah dah.. Kau ni dah ting
tong ke?
Shah bangun dan memberi amaran.
SHAH
Ingat..Jangan ganggu adik aku.
LATIP
Ya..Ya.. Tak de lah.. Aku memang
teringatkan arwah mak aku.. Kau tak
teringat kat arwah Mak kau ke?
SHAH
(sayu)
Mak..Mak..kenapa kau pergi terlalu
awal..
LATIP
Baik aku layan tengok bulan
daripada melayan kau.
Shah dan Latip terus melayan menghisap ganja.
10

EXT. RUMAH SALMAN -

LAMAN - MORNING

Salman dan Abu sedang mengangkat barang masuk ke dalam lori.


Anida dan Lisa sampai.
ANIDA
Assalamualaikum abang Man, Abang
Abu...
ABU
Waalaikumussalam..

20

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Abu meneruskan kerjanya memasukkan barang-barang Salman (ubi


kayu) ke dalam lori.
Salman mendekati Anida dan Lisa.
SALMAN
Waalaikumussalam Anida, kamu berdua
tak sekolah ke hari ni?
LISA
Anida ni, tak nak pergi sekolah
abang...
SALMAN
La.... kenapa pulak tak nak pergi
ni, tak baik tau, tinggalkan ilmu.
Anida kena kuatkan semangat.
ANIDA
(tersipu-sipu)
Sebenarnya ada perkara yang Anida
nak bagitau...
Lisa mencelah.
LISA
Abang Man, sebenarnya sekolah dah
mula cuti semalam..sekarang, tunggu
keputusan SPM je?
SALMAN
(gelak)
Sijil Pinangan Malaysia ke?
LISA
Dah dapat dah...hanya tunggu Sijil
Perkahwinan Malaysia..
Salman dan Lisa ketawa.
Anida masih malu, tersipu-sipu.
Abu datang menghampiri mereka.
CLOSE UP: PISAU PEMOTONG DAGING DI TANGAN ABU (PISAU YANG
SAMA DI GUNAKAN OLEH PEMBUNUH MISTERI)

21

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ABU
Nah Man, pisau kau.. Tajam betul
ye.. kau asah tiap-tiap hari ke?
Abu memberikan pisau pemotong daging tersebut kepada Salman.
SALMAN
Ini pisau kesayangan ...
ABU
Habis ..Anida ni, kau nak buang kat
mana? Tak sayang ke?
Anida bertambah malu.
Lisa senyum sinis.
ANIDA
(tersipu-sipu)
Sebenarnya ada perkara yang Anida
nak bagitau...
Salman tersenyum tanda faham.
NOTE: SCENE NI, SALMAN FAHAM YG ANIDA MENYURUHNYA SEGERA
MENGAHWININYA.

11

INT. SURAU -

NIGHT

EST: ACARA AKAD NIKAH SECARA SEDERHANA SELEPAS ISYAK.


Salman duduk atas bantal pelamin mengadap Imam.
Haji Mat berada sebelah Imam.
Lisa berada sebelah Salman
CLOSE UP: SALMAN DAN LISA BERPANDANGAN DAN TERSENYUM.
INSERT: LAGU CINTA.
Anida yang berada jauh dari Salman bersama beberapa Muslimah
orang kampung kelihatan resah.
CLOSE UP: Anida kelihatan resah.
Haji Mat bangun dan menghampiri Salman.

22

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Salman memandang Haji Mat.


Haji Mat menepuk bahu Lisa yang berada sebelah Salman, Shah
dan Latip supaya beredar dari situ.
Lisa segera bangun dengan malu tersipu-sipu.
Haji Mat mengeleng-gelengkan kepala.
INSERT: REACTION SHAH DAN LATIP YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN
TELATAH LISA.
(NOTE: FORESHADOW DI MANA AKAN DATANG LISA AKAN BERKAHWIN
DENGAN SALMAN)
HAJI MAT
Imam, rasanya pengantin dah
bersedia..marilah kita mulakan.
Imam mengangguk kepala.
Imam memegang tangan Salman.
INSERT: ANIDA MENITIS AIR.
INSERT: LISA MEMERHATI ANIDA. KELIRU SAMA ADA ANIDA SUKA ATAU
DUKA.

12

INT. RUMAH SALMAN - BILIK TIDUR - MORNING


Anida terjaga dari tidur.
Dia meraba-raba di sebelahnya.
Salman tiada.
Anida terus bangun dan membuka tingkap.
INSERT: SALMAN SEDANG BERKEBUN - MENCABUT UBI KAYU. DAN
MELAMBAI ANIDA
Anida terus membalas lambaian Salman.
Kepala Anida terasa pening.
Anida memicit-micit kepalanya.
Dia mengambil beg tangannya.

23

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Dia mencari cari sesuatu.


Akhirnya dia mengeluarkan ubat.
INSERT: UBAT (TAPI TAK TAHU UBAT UNTUK APA - ELAK JENAMA FORESHADOW UBAT MENTAL)
Anida menelan ubat tersebut.
INSERT: Gelas bertudung dengan piring yang mengandungi air
masak berada di atas meja solek.
Anida mengambil gelas yang berisi air dan meminumnya.
Anida menarik nafas lega.
Kemudian dia terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik
air.
(NOTE: ANIDA PAKAI BAJU KELAWAR)
13

EXT. KEBUN UBI KAYU - MORNING


Salman sedang mencangkul batas ubi untuk tapak semaian baru.
Lori Abu berhenti di tepi jalan kampung depan kebun ubi.
Lisa keluar daripada lori dan terus berlari ke arah Salman.
Kelihatan Abu menunggu dalam lori.
LISA
(menjerit)
Abang Man...Abang Man
Lisa menghampiri Salman.
LISA (CONTD)
(tercungap-cungap)
Ada orang jumpa....
Anida menjenguk dari tingkap
SALMAN
Jumpa apa...??

24

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Pasti...
SALMAN
Pasti apa...??
Lisa memandang Anida.
DISSOLVE TO:
14

EXT. TEPI TASIK - NIGHT


EST: Beberapa orang sedang mengerumuni Ah Meng (buta) dengan
Anjingnya.
SFX: SIREN POLIS
Kereta Polis Tiba.
Dua Pegawai Polis keluar dari kereta dan menghala ke arah
beberapa orang yang sedang mengerumuni Ah Meng.
Beberapa orang di situ berbisik bisik sesuatu sesama sendiri.
Polis menuju ke arah sesuatu yang baru di korek daripada
tanah oleh anjing Ah Meng.
INSERT: TANGAN REPUT (TULANG) DENGAN JAM ROLEX.
CLIFFHANGER NO 1
BACK TO REAL
TIME:

15

INT. SEKOLAH MENENGAH - KELAS - CONT SCENE 4


Anida masih mengelamun.
Luna memerhatikan Anida.
Anida dikejutkan Luna.
LUNA
Cikgu, mana ibu dan ayah cikgu?

25

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Anida terkejut dari lamunan.


ANIDA
Aaaaa...eeemmm...Luna tanya apa?
LUNA
Cikgu, mana ibu dan ayah cikgu?
ANIDA
Hah? Emm ibu bapa cikgu hilang dan
cikgu tak pernah jumpa mereka
sampai sekarang.
LUNA
Anis, sape yang jaga cikgu selama
ni?
ANIDA
Suami cikgu laa.. yang menyara
cikgu sehinga cikgu berjaya menjadi
seorang guru sekarang.
LUNA
Ohh macam tu rupanya.. Luna pun nak
cari suami juga la...
ANIDA
Luna, kamu kena bersyukur sebab
masih mempunya Pak Ali sebagai bapa
kamu dan masih ada abang.
Luna memeluk Anida.
LUNA
(senyum)
Baik lah cikgu, saya pasti takkan
lupa pesan cikgu.

26

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Cikgu tahu kamu seorang anak murid
yang baik. Jom cikgu belanja makan.
LUNA
Nakk..Jom..
Mereka berdua keluar daripada kelas.

16

EXT. JALAN KAMPUNG - KEBUN UBI KAYU - AFTERNOON


INSERT: ANIDA KELUAR DARI SEKOLAH DAN PERJALANAN PULANG KE
RUMAH.
Anida memasuki jalan kecil ke rumah Salman.
Dia terserempak dengan Shah dan Latip.
CLOSE UP: MUKA SHAH DAN LATIP MACAM BERUANG LAPAR.
Anida berlari menyelamatkan diri.
Shah dan Latip mengejar Anida.
SHAH
(menjerit)
Anida..! jangan lari!
Anida bersembunyi dan tiba-tiba Shah dan Latip muncul di
depan Anida.
Wajah mereka seperti beruang lapar.
Anida berundur ke belakang dan dia rebah, Shah merapati
Anida.
Anida mengeluarkan sembur wangi dan terus menyembur mata
mereka.
Shah dan Latip menjerit kesakitan,

27

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
(marah)
Nah rasakan ! Korang jangan cuba
ganggu aku lagi!
Shah mengosok-gosok matanya.
Kemudian dia tersepak tunggul kayu, lalu rebah ke tanah.
Anida bangun dan terus segera pergi dari situ.
Shah tergenggam tanah semasa menahan daripada semua badannya
jatuh ke tanah.
Tiba-tiba Shah perasan yang dipegangnya menyerupai jari
kelinking yang dah reput.
Shah menunjukkan pada Latip.
SHAH
Niii...tengok ni
INSERT: JARI KELINGKING YANG DAH REPUT DI PEGANG OLEH SHAH
LATIP
Jom blah...tinggalkan tempat
berpuaka ni..
Latip dan Shah terus meninggalkan tempat itu.

17

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - AFTERNOON

INSERT: SALMAN MEMOTONG UBI KAYU MENGGUNAKAN PISAU PEMBUNUH


MISTERI.
Salman sedang memotong ubi kayu.
Anida pulang ke rumah tercungap-cungap.
ANIDA
Abang!

28

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SALMAN
Ya Ani, kenapa ni?
ANIDA
Tadi Ani dikejar oleh Shah dan
Latip, mereka tak habis-habis
ganggu Ani bang....
SALMAN
(marah)
Apa.??!!
ANIDA
Tadi, ani ikut jalan kebun, tibatiba terserempak dengan mereka.
Mereka terus kejar Ani.
SALMAN
(marah)
Kejar??? Biar abang ajar lembu
lembu tu..
Salman mara ke depan dan mengangkat pisaunya.
Anida menahan Salman.
ANIDA
(senyum)
Sabar bang..Ani dah tembak lembu
lembu tuh..mengelumpur dah..
SALMAN
(lega)
Pakai pistol ke??
Anida mengeluarkan Minyak Wangi dari begnya.
INSERT: PENYEMBUR MINYAK WANGI
ANIDA
Nii..dia..
Salman mulai tersenyum

29

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA (CONTD)
(pujuk)
Comel abang bila senyum..
SALMAN (V.O.)
Ada ubi ada batas...
CLOSE UP: REACTION SALMAN - DENDAM
CLOSE UP: REACTION ANI - BIMBANG

18

INT. WARUNG PAK ALI - EVENING


EST: WARUNG KAMPUNG, BEBERAPA ORANG SEDANG MAKAN DAN MINUM.
HAJI MAT
Ali, kau ada baca surat khabar tak?
Kerajaan menyuruh kita untuk
belajar menabung dalam ASN, kita
patut cuba.
PAK ALI
Eh Haji ni, tu yang difikirkan,
sepatutnya kita kena fikir ke mana
bapa Anida dan lepas itu ibu Anida
dan ada juga beberapa orang kampung
yang hilang....hairan... silapsilap kita pula yang hilang.
HAJI MAT
Betul tu Mat, tapi Jam Rolex tu
memang saya yang hadiahkan pada
abang saya tu.. DNA pun mengesahkan
itu tangan ayah Anida.. Maknanya ni
bukan kes hilang...
PAK ALI
Ini kes bunuh... seriau bulu roma
saya ji...

30

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

HAJI MAT
Pembunuh Misteri... tapi dah lama
berlaku...sekarang ni tenang je..
PAK ALI
Takpelah haji, kita serah kan semua
ni kepada pihak berkuasa, biar
mereka selesaikan.
HAJI MAT
InsyaAllah ada jawapannya nanti
untuk semua persoalan kita.
Sepandai-pandai tupai melompat..
Latip dan Shah singgah ke warung Pak Ali.
INSERT: GAMBAR DI DINDING WARUNG - KELUARGA PAK ALI (PAK ALI,
ARWAH ISTERINYA, ANAKNYA LATIP DAN LUNA)
PAK ALI
Hah sampai pun korang ya, apa kamu
berdua ni, pergi lah cari kerja, ni
tak, menganggur je, nak makan
percuma je setiap hari.
SHAH
Pak Ali, kami masih mencari..
Shah dan Latip mengambil nasi dan lauk (layan diri)
Shah dan Latip duduk di meja bersama Pak Ali dan Haji Mat.
PAK ALI
Kenapa comot semacam je..main laga
kerbau ke?
SHAH
Eh Pakcik Ali ni..tak main la laga
kerbau..laga ikan boleh la..tadi
kita tolong Salman kat kebun ubi
kayu dan terju..
Latip terus mencelah

31

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LATIP
Terjun ke tanah...licin..hehe
Shah memandang Latip
INSERT: LATIP MENENDANG KAKI SHAH MEMBERI TANDA SUPAYA
MERAHSIAKAN KEJADIAN TADI.
PAK ALI
Elok la tu...baik kamu terus kerja
dengan Salman.
LATIP
(bodek)
Betul tu pak. Tapi kerja kat kebun
tu tak sesuailah buat kami...Kami
mencari kerja yang terbaik buat
kami..dan jesteru itu..mampu
menyara bapa kelak..
PAK ALI
(bosan)
Kalau macam ni..sampai ke tua la
macam ni..
HAJI MAT
(pujuk)
Kamu ni Ali,takpe,selagi aku mampu,
biar aku bayarkan makanan diorang,
kesian diorang hidup tanpa kasih
sayang ibu. Lagipun aku bagi dia
orang upah kutip sewa rumah dan
kebun getah aku tu..kira kerja juga
la tu..
PAK ALI
Yelah cukup buat isi minyak motor
...kalau setahun dua tak pe..ni dah
lapan tahun menghabiskan beras
aku..
(MORE)

32

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

PAK ALI (CONT'D)

Aku nak berbini pun susah..mak tiri


mana yang nak macam ni..
HAJI MAT
Aikk...ada calon ke?
Pak Ali tersenyum.
Latip dan Shah buat muka selamba je.

19

EXT. KEBUN UBI KAYU - EVENING


Anida membantu Salman di kebun.
Sebuah kereta Myv berhenti.
Lisa turun dari kereta menghala ke arah Anida dan Salman.
Anida berhenti kerja dan tersenyum gembira menyambut Lisa.
LISA
Assamualaikum??
ANIDA
Waalaikumussalam. Cantik kereta
kau..
LISA
Bukan kereta aku..
Lisa bersalam dengan Anida.
Salman melambai.
Lisa melambai Salman.
Salman menyambung kerjanya.
ANIDA
Kereta siapa pula?

33

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Bank punya...baru sebulan
ambil..hasil kerja kerani kat
Pekan.
Salman menjampuk.
SALMAN
Boleh la bawak kita berjalan-jalan.
LISA
Kita pergi Pasar Malam nak?
ANIDA
Jap..kena tanya tuan tanah dulu..
LISA
Tuan Tanah..Jom kita ke Pasar
Malam.
SALMAN
Boleh..Anida bawa Lisa naik ke
rumah dulu..lepas maghrib kita
keluar lah..
Anida dan Lisa pulang ke rumah.
Salman meneruskan kerja di kebun.

20

EXT. PASAR MALAM - NIGHT


EST: PASAR MALAM KAMPUNG.
Anida, Salman dan Lisa berjalan-jalan sambil membeli makanan
untuk mereka di pasar malam.
Selesai membeli belah mereka melalui lorong kecil untuk
sampai ke tempat parkir kereta Lisa.
EST: LORONG BELAKANG KEDAI.
Shah dan Latip tiba-tiba muncul menahan perjalanan mereka.

34

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Kenapa ni..?
SHAH
Kau jangan masuk campur..aku nak
cakap sikit dengan Salman.
Shah mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
INSERT: JARI KELINGKING REPUT YANG DILETAKKAN DALAM PLASTIK.
Shah menunjukkan kepada mereka.
SALMAN
Kamu ni pandai tukar topik
SHAH
Masalahnya aku ni jumpa kat kebun
kau.
Lisa mengambil plastik tersebut.
LISA
Apa ni..?
Lisa membuka plastik tersebut dan terus terkejut melihat jari
kelingking yang dah reput sehingga plastik dan jari tersebut
terlepas dari tangannya.
Lisa terus memeluk Anida.
LATIP
Sah...memang sah.. Kau ni bukan
setakat pandai potong ubi..
SALMAN
(marah)
Kau jangan nak mengadakan cerita.
Salman tak dapat mengawal kemarahan, terus menerkam ke arah
Latip.
Latip menendang Salman.
Salman tersungkur.

35

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Latip dan Shah ketawa.


Anida membantu Salman.
INSERT: LISA MENGAMBIL KEMBALI JARI KELINGKING YANG TERJATUH
DI TANAH DAN MEMASUKKAN KEMBALI KE DALAM PLASTIK.
Shah mendekati Lisa dan menarik tangannya.
SHAH
(paksa)
Jom balik..
Lisa serba salah, tapi mengikut sahaja.

Salman dan Anida hanya mampu melihat mereka pergi.


INSERT: LAGU NAMUN KU PUNYA HATI - REVOLVES SAMBIL SALMAN DAN
ANIDA BERJALAN PULANG...ANIDA MEMIMPIN SALMAN YANG SAKIT
AKIBAT SEPAKAN TADI...
Akhir lagu..Salman dan Anida merenung bintang di langit.

21

EXT. TEPI TASIK - NIGHT


Lisa duduk di kerusi panjang kelihatan masih sugul sambil
merenung bintang di langit.
Latip dan Shah mundar mandir di depan Lisa.
LISA
(marah)
Boleh duduk tak..pening lah..
Latip dan Shah duduk dikerusi panjang.
LISA (CONTD)
Lisa keliru ni..
SHAH
Apa nak keliru..memang sah..
LATIP
(buat lawak)
Keliru tu..bukan nama lagu
ke..Sweet Charity..Ramli Sarip..

36

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Boleh diam ...
Tiba-tiba Ah Meng (buta) lalu di depan mereka dengan
anjingnya.
LATIP
Uncle Meng...mai-mai duduk sini
Latip dan Shah bangun memberi peluang kepada Ah Meng duduk.
Lisa pun bangun bila terlihat anjing Ah Meng.
LISA
(takut)
Tak gigit ke.
Ah Meng duduk dan memberi isyarat kepada anjingnya supaya
berehat.
INSERT: ANJINGNYA AKUR BEREHAT. MATA SAYU MEMANDANG AH MENG
(MENUNJUKKAN ANJING TAAT PADA TUANNYA)
AH MENG
Mana ada..Lu tatak mau tatuk
anjing.. (pelat cina cakap melayu)
Mereka semua mengangguk-anggukan kepala.
AH MENG (CONTD)
Anjing wa selalu bising (menyalak)
bila lalu je kat kebun ubi kayu.
LISA
Mungkin ada sesuatu yang tak kena
di kebun Abang Salman kot?
AH MENG
Biasanya macam tu la.. Tapi wa tak
leh cakap pa..wa buta.. salah cakap
.. apa olang bilang ... pitnah..
(fitnah)

37

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LATIP
Fitnah...
LISA
Abang, kita kena siasat ni..
SHAH
Malas lah aku.. Nanti aku pulak
yang hilang.. Aku ni belum kahwin
lagi.. Eh Latip, apa kata rekemen
adik kau, Luna kat aku..
LATIP
Eh bro.. Bawah umur tu..sekolah
lagi... kena sebat nanti.. Tapi
kalau adik kau ni...sesuai ..
LISA
Sesuai apa..isshh korang nak tolong
ke tak ni.
LATIP
Serahkan kepada pakar..
Shah pun turut sama mengangguk kepala.
INSERT: AH MENG MENGANGGUK KEPALA.
INSERT: ANJING AH-MENG SEAKAN FAHAM DAN SETUJU.

22

EXT. SEKOLAH MENENGAH - PINTU PAGAR - AFTERNOON


Anida berjalan dengan Luna keluar dari sekolah,
LUNA
Cikgu, nak minta tolong...
ANIDA
(tersenyum)
Tolong apa..
LUNA
Temankan Luna..

38

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Ke mana..
LUNA
Warung ayah..
ANIDA
Boleh
LUNA
Cikgu..nak tanya
ANIDA
Ya..
LUNA
Betul ke, kebun ubi kayu tu seram
la. Kalau lalu kat situ, Luna mesti
teringat arwah mak yang kempunan
makan ubi kayu..
ANIDA
Ahh.. Itu semua rekaan dalam
fikiran kamu je.. Mesti ada kena
mengena dengan cerita dulu-dulu..
Mak kempunan telur ikan tembakul
dan terus kena telan batu belah
batu bertangkup..
LUNA
(senyum)
Mungkin...tapi kali ni kena telan
kat kebun ubi kayu..
Mereka berdua ketawa.
23

INT. WARUNG PAK ALI - DAY


Anida dan Luna sampai di warung Pak Ali
Pak Ali sibuk di dapur.
Anida membungkus beberapa lauk untuk di bawa pulang.
Latip dan Shah sedang makan tengahari.
Luna mengambil nasi dan duduk se meja dengan abangnya.
Shah memandang Luna.

39

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
Ani.. Duk sekejap
ANIDA
Maaf tak de masa
Shah bangun menghampiri Anida.
SHAH
Ok ok.. Aku tau aku salah.. tapi
kita ni sepupu.. Air dicincang
takkan putus.
LATIP
Ani, cuba kau tengok si Salman tu,
dah la cacat, tak sedar diri pulak
tu, jalan pun tak betul, ni nak
tunjuk lagak, betul tak?
SHAH
Betul tu Latip, kalau aku lah jadi
dia, dah lama aku pergi duduk kat
rumah orang cacat, takde la nak
menyusahkan orang kan.
ANIDA
(marah)
Korang jaga mulut sikit eh, salman
tu suami aku! Jangan korang nak
kutuk dia! ingat korang tu baik
sangat ke ha!korang jangan sesekali
hina suami aku!
LUNA
Cikgu, bawa bertenang cikgu, jangan
hiraukan mereka ni, buang masa je
cikgu.

40

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Yelah Luna sakit cikgu tengok
perangai diorang ni tak abis-abis.
Latip dan Shah bertambah ketawa.
Shah merapati Anida
SHAH
Ok..ok minta maaf ye..
ANIDA
Kau ni sepatutnya menjaga aku..
Bukannya buat aku macam ni..
SHAH
Ye betul.. Ni aku nak bagi tau
kau.. kau tak pernah dengar ke
anjing Ah Meng menyalak bila lalu
dekat kebun Salman..
Anida terdiam.
Anida membawa bungkusan lauk kepada Pak Ali
PAK ALI
Enam ringgit je..
Anida membayar wang kepada Pak Ali.
ANIDA
Saya beli ye.
Anida bergerak ingin pulang.
Shah menahannya.
SHAH
Ni abang kau sebenar nak cakap..
Kita tengah siasat.. Mana tau kebun
ubi kayu suami kau tu telan orang.
ANIDA
Moga-moga kau kena telan dulu
Anida terus meninggalkan warung tersebut.
Shah dan Latip ketawa.

41

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

24

INT. SURAU - NIGHT


Kariah surau khusyuk mendengar ceramah daripada Haji Mat.

HAJI MAT
Memperli, memperolok-olok,
mengejek, menghina, memperleceh,
memperlekeh, memanggil dengan
gelaran yang memalukan, menyatakan
kekurangan orang secara terangterangan dan sebagainya adalah
perbuatan yang sangat dilarang oleh
Allah SWT.
Anida, Lisa dan Luna serta beberapa kariah perempuan juga
khusyuk mendengar.
HAJI MAT (CONTD)
Sekarang ni ramai yang bersikap
sombong dan menghina orang lain.
Lebih teruk lagi bila ada yang
menghina sesama muslim. Sifat suka
menghina dan merendahkan orang lain
ni timbul bila adanya perasaan
sombong dalam diri kita. Orang yang
sombong ni diorang akan memandang
rendah manusia lain kerana diorang
rasakan ada sesuatu kelebihan yang
ada pada diri mereka.
Lihat saja contoh sifat sombong
yang ada pada Iblis yang enggan
sujud kepada Nabi Adam. Tak cukup
dengan kesombongannya itu, malah
tidak menurut perintah Allah dan
sanggup menghina Nabi Adam dengan
mengatakan kejadiannya daripada Api
itu lebih mulia daripada Nabi Adam
yang dijadikan daripada tanah yang
hina.
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya: Sesiapa yang menolak
kata-kata buruk terhadap kehormatan
diri saudaranya, nescaya Allah
menolak api neraka daripada
mengenainya pada hari kiamat.
(MORE)

42

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

HAJI MAT (CONTD)

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi


25

EXT. SURAU - JALAN KAMPUNG - NIGHT


Anida dan Lisa berjalan pulang selepas solat Isyak.
LISA
Maafkan aku Ani..
ANIDA
kenapa?
LISA
Aku rasa bersalah tinggalkan kau
dan Salman semalam.
ANIDA
Ah ...lupakan.. Aku faham .. Kau
kan satu-satunya sahabat aku.
LISA
Tapi.. aku tengah fikir, apa kaitan
anjing Ah Meng Menyalak, jaring
kelingking yang reput dan kebun ubi
kayu Salman.
ANIDA
Kau ni.. Banyak sangat fikir.
LISA
Ya lah.. Yang hilang tu antaranya
pakcik aku.. Bapa kau juga.. Kau ni
macam tak ambil kisah je..
ANIDA
Perkara yang lepas dah jadi
sejarah.. Aku tak nak penatkan
fikiran aku.
SFX: BUNYI MOTOR LATIP
Latip bermotorsikal menghampiri Lisa.

43

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LATIP
Lisa...ikut aku..
LISA
Eh tak nampak ke, kita tengah
berjalan dengan kawan kita.
LATIP
(amaran)
Kau jangan nak membantah..
LISA
Minggu depan..ok.. Hari ni aku
merah..
LATIP
Merah apa.. Dari surau..
LISA
Ok ok... esok
LATIP
Set..
Latip terus berlalu pergi.
(NOTE: FORESHADOW - LISA ADA SKANDAL DENGAN LATIP)
Anida kehairanan.
ANIDA
Apa yang merah.. Tu..
LISA
(pura-pura)
Eh tak de apa-apa... emmmm.. Si
Latip nak Buku Diari warna Merah,
hari tu aku bagi yang hijau dia tak
suka..
(SUBTEKS: PERBUATAN YANG TAK BAIK)
ANIDA
Kau dengan Latip ni..serius ke?
LISA
Mana ada...
ANIDA
Tipu..

44

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Mereka berdua tersenyum.

26

EXT. TEPI TASIK - NIGHT


Latip bermotorsikal memberhentikan motornya.
Dia memandang kawannya Shah sedang mengelamun jauh.
Shah yang duduk di bangku sedang merenung bintang.
LATIP
(sergah)
Hoii... mengelamun jauh ...
SHAH
Aku tak faham lah dengan Anida tu,
kenapa dia pilih Salman sedangkan
Salman tu cacat? Apa kurangnya aku
ni cuba kau cakap Latip.
LATIP
Laaa.. Kau ni tak habis-habis lagi
pasal Anida.. Dia tu kan isteri
orang.
SHAH
Cinta itu buta...huhu
LATIP
Kau tu buta. Tapi, kalau kau nak,
aku boleh tolong lepaskan geram kau
tu kat Salman, biar dia tahu siapa
kau sebenarnya.
SHAH
Idea baik tu.. Lepas geram..emm
LATIP
Untuk nampakkan kita ni hero
kampung... kita soal siasat si
Salman tu..

45

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
Soal siasat apa pula..
LATIP
Pendek akal betul la kau ni...
pasal MISTERI UBI KAYU laaa..
SHAH
Dan lepas tu kita belasah dia cukupcukup. Lepas Geram.. Kita bongkar
MISTERI UBI KAYU (melaung)
Mereka ketawa dan Latip memberikan rokok ganja kepada Shah.

27

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - MORNING

Salman sedang memotong ubi kayu di dapur.


Anida masuk ke dapur.
SFX: Bunyi Hon Lori Abu
ANIDA
Abang, saya dah lewat, saya pergi
dulu ye. Abu pun dah sampai.
INSERT: JARI SALMAN TERKENA PISAU - BERDARAH
(NOTE: FORESHADOW KEPADA YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU)
SALMAN
(kesakitan)
Aduhhh....
Anida bergegas melihat luka Salman.
Anida terus merawat Salman.
Abu menjengah melihat mereka menerusi tingkap dapur.
ABU
Kenapa tu??
SALMAN
Sikit je..terkena pisau

46

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ABU
Pisau pun makan tuan. Kau kena hatihati.. Tu pertanda tak baik.
SALMAN
Mengarut lah kau ni.. Lepas hantar
Ani, kau singgah ambil ubi kayu kat
kebun ye..
ABU
Baik boss..
Anida selesai membalut luka Salman.
ANIDA
Abang berehat ye..
Anida mencium tangan Salman.
SALMAN
Ok..jaga diri..
Anida keluar rumah.
Salman duduk dan melihat jarinya yang berbalut.
INSERT: JARI SALMAN BERBALUT.

28

INT. PEJABAT - MEJA KERANI - MORNING


EST: Suasana Pejabat Syarikat Penerbitan Buku.
Lisa sedang leka menaip di komputer mejanya.
Sharifah (40) rakan sepejabatnya datang menghampirinya dari
belakang tanpa di sedari oleh Lisa.
INSERT: LISA SEDANG MENAIP
INSERT: PAPARAN SKRIN KOMPUTER.
SKRIN KOMPUTER
MISTERI UBI KAYU.. Aku sudah hampir
putus asa, lapan tahun masa
berlalu. Adakah penemuan jari
kelingking yang dah reput dan
anjing Uncle Ah Meng menyalak ada
kena mengena dengan misteri ini.
Siapakah pembunuh itu?

47

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Sharifah menepuk bahu Lisa.


LISA
(latah)
Oh pocoott..kau
SHARIFAH
Aiik sejak bila kau pandai melatah
ni
LISA
Terkejut aku
SHARIFAH
Kau curi-curi buat novel sendiri
ye..
LISA
Kan sekarang masa rehat..
SHARIFAH
Apa tu... menariklah.. MISTERI UBI
KAYU.. Kisah benar ke?
LISA
Tak tau la.. Mungkin hanya
imiginasi aku.. Ada fakta tapi
terlalu kabur.
SHARIFAH
Bagus tu.. Itu yang pembaca nak..
Imiginasi campur fakta yang kabur
membuat pembaca menunggu apa
pengakhirannya.
LISA
Masalahnya belum ada pengakhiran
lagi..
SHARIFAH
Sabar laa.. Sampai masanya nanti,
selesailah semuanya... nah cek
gaji, tanda tangan kat sini..
Sharifah memberi voucher pembayaran dan cek gaji Lisa.
Lisa dengan seribu senyuman menurunkan tanda tangan pada
voucher penerimaan bayaran.

48

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Betul tu... kena sabar.. Kan dah
dapat gaji.. Jom Lisa belanja Kopi
o..
Lisa bangun dan menarik tangan Sharifah.
SHARIFAH
Kopi o je ke...
LISA
Jom la... cek belum tunai lagi..
Kopi o je laa...

29

EXT. KEBUN UBI KAYU - MORNING


Salman sedang berkebun.
Dua lelaki bertopeng (Shah dan Latip) datang menghampiri
Salman dan memukulnya bertubi-tubi.
SALMAN
Aduh! tolong! tolong!
INSERT: AH MENG SEDANG MELALUI JALAN DEPAN KEBUN SALMAN
Tiba-tiba anjing Ah Meng menyalak.
Ah Meng memegang tali dengan erat.
AH MENG
Hoooi tatak boleh luduk diam la ...
SALMAN (O.S.)
Tolong ! Tolong !
AH MENG
Tolong !... Suara Salman tu.. Ok
Bobby.. pigi silamatkan salman.
Ah Meng melepaskan anjingnya.
Ah Meng berjalan perlahan mengikuti suara anjingnya

49

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
Ada orang datang! Cepat lari!
Shah dan Latip lari lintang pukang.
AH MENG
(tercungap-cungap)
Kamu tak apa-apa ke Salman?
SALMAN
(kesakitan)
Saya tak apa-apa Uncle Meng, terima
kasih bantu saya.
AH MENG
Sama-sama,siapa yang pukul kamu
tadi?
SALMAN
Tak tau la Uncle Meng, mereka
bertopeng.
AH MENG
Ok ..Uncle balik dulu lah.. Nanti
uncle bagitau Haji Mat suruh buat
rukun tetangga..
Anjing Ah Meng menggali-gali sesuatu.
SALMAN
Tak perlu lah Uncle, sakit sikit je
ni, tadi mungkin budak-budak nakal
je tu.
AH MENG
Ok lah.. Uncle jalan lulu.. Bobby.
Bobby mari sini.
Anjing Ah Meng mendekati Ah Meng.

50

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Ah Meng menyangkut kembali tali ke leher Bobby.


Mereka beredah.
Salman terpandang kesan tanah yang di gali Bobby.
INSERT : Tempat anjing tersebut menggali. Ternampak sedikit
tengkorak kepala manusia.
INSERT: MUZIK SERAM
Salman segera mencari cangkul dan menutup kembali kepala
tengkorak tersebut.
CLIFFHANGER
30

EXT. RUMAH SALMAN -

BILIK MANDI - DAY

Salman masuk ke dalam bilik airnya.


Wajahnya penat dan keliru.
Salman memulas tombol air pancuran.
Salman merehatkan fikiran dengan membenarkan air mandi
pancuran membasahinya dari kepala ke badan.
Salman tenang di basahi air.
Bajunya basah dibiarkan sahaja.
FOLLOW: Air turun sampai ke kaki.
FOLLOW: Air terus mengalir keluar, masuk ke perangkap air.
(NOTED: GAMBARAN MENCARI KETENANGAN - MEMBUANG KEKUSUTAN)
31

INT. WARUNG PAK ALI - DAY


INSERT: AIR KOPI DARIPADA JAG, MENGALIR MASUK KE CAWAN
Latip selesai menuang air kopi daripada Jag ke cawan Shah.
Kemudian dia menuangnya ke cawannya pula.
LATIP
Minum..Minum...

51

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Shah masih tercungap-cungap.


SHAH
Salah perbuatan kita tadi.
LATIP
Benda dah lepas..
Tanpa disedari Pak Ali di belakang Shah.
PAK ALI
Ada buat salah ke?
LATIP
Takde la ... ayah..
PAK ALI
Kau tengokkan kedai kejap, Ayah nak
ke pekan beli barang.
LATIP
Kejap je ..kan
PAK ALI
(seloroh)
Tak lah.. Tahun depan baru aku
balik.
Pak Ali meninggalkan warungnya.
LATIP
Nak makan tak..?
SHAH
Tak lapar..
LATIP
Eh.. Kau runsing apa lagi ni..
Salman ke?
SHAH
Uncle Ah Meng..
LATIP
Laaa.. Dia buta laa..
SHAH
Anjing dia tak buta..
Latip terdiam.

52

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

32

INT. KEDAI MAKAN TOM YAM - NIGHT


Abu, Lisa, Anida dan Salman masuk ke kedai makan.
Mereka duduk di meja yang ditempah khas.
SALMAN
Istimewa tempat kau bawa kami malam
ni.
ABU
Aku dah lama berhajat, nak belanja
kamu makan, tiba-tiba Lisa pula nak
ikut.
LISA
Eh..dia yang telefon ajak kita..
ANIDA
Ada apa-apa ke?
Pelayan datang mengambil pesanan.
ABU
Bagi set makan malam untuk 4 orang
PELAYAN
Set untuk 4 orang..
SALMAN
Apa dalam set tu?
PELAYAN
Ikan siakap kukus, Ayam Goreng
Halia, Daging Masak Merah, Kailan
Ikan Masin, Telor Dadar dan satu
jag air kelapa.
ANIDA
Istimewa sungguh...
ABU
Sekali sekala..Aku sebenarnya nak
berterima kasih pada Salman. Rumah
yang aku tinggal, lori, tanah,
semua milik Salman.. Jadi ini untuk
ucapan terima kasih aku..

53

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Aku ni kenapa pula kau ajak.. Takde
bantu kau apa-apa pun...
ABU
Kau ni Lisa, sebenarnya adalah
istimewa buat pasangan Salman dan
Anida ni. Kira penyeri lah.. Tanpa
kau.. Gelaplah rumah dia orang.
SALMAN
Lupa bayar bil api..
Mereka semua ketawa.
33

EXT. KEDAI MAKAN TOM YAM - TEMPAT LETAK KERETA - NIGHT


Mereka semua berjalan ke arah Lori dan Kereta Lisa.
LISA
Abang Abu, terima kasih ye..sebab
belanja Lisa tadi
ABU
Sama-sama..
LISA
Abang Abu minta tolong hantar Anida
dan Salman ye..Lisa kena ke
pejabat.. Ada kerja sikit.
ABU
Boleh..tadi datang dengan lori,
masakan balik dengan lori tak
boleh.
Mereka bersalaman.
Lisa dengan tergesa-gesa meninggalkan mereka.

34

INT. DALAM LORI - JALANRAYA - MALAM


Mereka bertiga duduk di depan sebab tiada tempat duduk
belakang dalam lori..
Mereka bertiga kelihatan gembira.

54

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ABU
Nak dengar cerita..
ANIDA
Cerita hantu tak nak..takut
ABU
Tak.. Cerita dulu-dulu.. Masa muda.
SALMAN
Masa kita muda ...hehe
ABU
Malam macam ni..suasana macam
ni..aku bawa pun macam ni..tapi
kamu berdua tak ada lah..pastu ada
perempuan tahan aku..aku tengok
jam.. Kul 3 pagi..
ANIDA
Jangan la cerita hantu...
SALMAN
Sambung-sambung..
ABU
Dia nak tumpang sampai ke hujung
kampung.. Aku tak lepas peluang..
Kalau hantu pun tak pe, asalkan
cantik..
SALMAN
Lepas tu..
ABU
Sampai dekat hujung
suruh berhenti..aku
kiri sawah, sebelah
kubur..berdiri roma

kampung dia
lihat sebelah
kanan
aku..

ANIDA
Dah la abang Abu.. Tukar cerita
lain la..
ABU
Sikit lagi..pastu dia turun dan
tutup pintu lori ni..Aku terpandang
ada bungkusan putih yang dia
tertinggal.

55

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SALMAN
Batu nesan ke..?
Anida takut terus memegang bahu Salman.
SALMAN (CONTD)
(kesakitan)
Aduhh..
ANIDA
Kenapa..sakit kat bahu ke?
SALMAN
(pura-pura)
Tadi abang terseliuh.. Tak de apaapa..
Anida macam tak puas hati melihat suaminya sakit.
SALMAN (CONTD)
Abu..cerita laa..
ABU
Rupa-rupanya serbuk pencuci.. dia
kerja basuh kain dan rumahnya tepi
kubur hujung kampung tu..
SALMAN
Cakap la.. Rokiah.. Sekarang bini
kau kan?
Abu mengangguk kepala.
Mereka semua ketawa.
ANIDA
Abang Abu boleh berhenti kat kedai
24jam kat depan tu, Ani nak beli
barang wanita jap.
ABU
Boleh..boleh..
Abu memberhentikan Lori depan kedai 24jam.
Anida keluar daripada lori.

56

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

35

INT. KEDAI 24 JAM - NIGHT


Anida terperasan macam motor Latip dan kereta Lisa parkir di
depan Kedai 24 jam.
Anida masuk ke dalam kedai.
Dia terus ke rak-rak untuk mencari barang yang ingin di
belinya.
Anida terdengar suara Latip dan Lisa di sebelah rak.
LISA
Abang ni.. Tau nak itu..je..Lisa
letih la.. Tolong jangan ugut Lisa
lagi
LATIP
Lisa, abang betul-betul sayangkan
Lisa, abang tak nak kehilangan
Lisa.
LISA
Cukup la bang... 8 tahun Lisa
menderita.. Lisa ni pemuas nafsu
abang je.. Tolonglah lepaskan Lisa.
FLASHBACK:

36

INT. RUMAH HJ MAT - RUANG TAMU - NIGHT


INSERT: 8 TAHUN LALU
ANIDA
Lisa jom kita ke surau, dah masuk
waktu ni,
LISA
Aku solat kat rumah jelah Ani,
lagipun kepala aku sakit ni.

57

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Takpelah macam tu, aku pergi dulu
lah.
Anida keluar daripada rumah.
INSERT: LATIP NAMPAK ANIDA KELUAR DARI RUMAH
Latip masuk ke rumah dan mengunci pintu.
LISA
Hei Latip kenapa masuk rumah kita
ni.
LATIP
Aku lapar la..
Latip menghala ke arah Lisa.
Lisa bangun dan mula bergerak ke belakang.
LISA
Eh apa ni!jangan macam ni!!!
LATIP
Tak pe lisa, diam lah nanti ada
orang dengar susah kita nanti.
LISA
Tolong lah..jangan buat macam ni...
Lisa terus berlari ke dalam bilik.
Latip mengejar.
INSERT: 10 MINIT KEMUDIAN
Latip keluar dari bilik dengan memegang telefon bimbit seolah
baru lepas menangkap gambar.
LISA (O.S.) (CONTD)
(jerit)
Keluar kau dari sini...

58

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Latip membetulkan zip seluarnya dan berlalu pergi.


BACK TO REAL
TIME
37

EXT. KEDAI 24 JAM - NIGHT


Anida terus keluar daripada kedai tersebut dan menaiki Lori
Abu.
SALMAN
Tak beli apa-apa ke?
ANIDA
Tak de la bang... boleh tak kita
singgah kat kedai lain atau kita
terus ke Pekan.
SALMAN
Boleh ke Abu?
ABU
Perintah di junjung...hehe
Lori Abu terus berlalu pergi.

38

INT. KEDAI BAJU - PEKAN - NIGHT


INSERT: Abu tunggu di lori.
INSERT: Anida dan Salman berjalan-jalan dan masuk ke kedai
baju.
Anida mengambil beberapa helai baju dan diberi kepada Salman
ANIDA
Nah abang, cuba abang pakai, abang
asyik pakai baju lama je,
SALMAN
Iya-iya
Anida senyum pada Salman.

59

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Anida menolong Salman memakai baju tiba-tiba terpegang bahu


Salman.
Salman mengaduh kesakitan.
SALMAN (CONTD)
Aduhhh...
ANIDA
Baik abang cerita apa yang
berlaku..
SALMAN
Ani, sebenarnya abang bukan
terseliuh, pagi tadi ada dua orang
lelaki bertopeng datang pukul
abang, dan abang sangat pasti orang
tu adalah Shah dan Latip.
Anida marah tapi ditahannya.
Anida mengosok-gosok bahu Salman.
Anida segera tukar topik.
Anida membetulkan baju yang dipakaikan pada Salman.
ANIDA
Haaa..kacak abang ni..
Salman tersenyum.

39

INT. SEKOLAH MENENGAH - KELAS - MORNING


Anida sedang mengajar.
SFX: BUNYI TELEFON BIMBIT ANIDA.
Anida keluar kelas dan menjawab panggilan tersebut.
ANIDA
Hello Lisa, ada apa telefon aku ni?

60

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA (V.O.)
Aku cuti hari ni, kalau boleh aku
nak jumpa kau, ada suatu perkara
nak dibincangkan
ANIDA
Ok boleh
LISA (V.O.)
Ok nanti aku tunggu kau depan pintu
sekolah nanti.
ANIDA
Ok baiklah,nanti kita jumpa, bye
lisa.
LISA (V.O.)
Bye Ani.

40

EXT. SEKOLAH MENENGAH - LUAR SEKOLAH - AFTERNOON


Shah menaiki motor dengan Latip.
Mereka menahan anida.
Shah memberikan bunga kepada anida
SHAH
Anida, ni ada bunga untuk awak,
ambik lah.
Anida mencium bunga itu lalu membuangnya ke tanah.
LATIP
Eh dia buang pulak.

61

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
(marah)
Anida! Kenapa awak buang bunga tu?!
ANIDA
Aku taknak lah bunga dari orang
macam kau ni! Kau pergi dari sini
sekarang.
Lisa berada dalam kereta terus keluar dan memarahi abangnya
dan Latip.
LISA
Abang pergi balik la, jangan ganggu
Anida,pergi lah!
SHAH
Eh.. Aku datang nak minta maaf je..
Salah ke.. Dah sah-sah Ani ni bini
orang...ingat aku teringin sangat.
Shah terus berlalu dengan Latip.
Anida terus masuk dalam kereta Lisa.

41

INT. WARUNG PAK ALI - AFTERNOON


Shah dan latip singgah minum.
LATIP
Shah, kali ni kau betul-betul kena
buat sesuatu, ni tak boleh jadi ni
SHAH
Kau nak aku buat apa Latip, sakit
hati aku fikirkan Anida ni.

62

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LATIP
Apa kata kau rogol je Anida tu,
lagipun orang takkan perasan sebab
Anida bukan dara lagi.
SHAH
Bagus idea kau, kau tunggu Anida,
berani kau taknak hiraukan aku ya.
Latip terus membisikkan kepada Shah.
LATIP
Sebelum tu kita bereskan si Salman
dulu.
SHAH
Kali ni aku nak ajar dia betulbetul.
LATIP
Betul, tapi kali ni kita takkan
usik Salman, tapi punca pendapatan
dia.
Mereka ketawa bersama.

42

INT. DALAM KERETA LISA - AFTERNOON


LISA
Ani, aku rasa ada yang tak kena
dengan Salman dan kebun ubi kayu
dia,
ANIDA
Kenapa kau cakap macam tu? Apa
maksud kau?

63

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Uncle Meng pernah bagitahu aku yang
dia terhidu bau mayat manusia yang
telah reput di kebun salman.
ANIDA
Kau biar betul Lisa,perkara ni
jangan buat main-main.
LISA
Betul Ani, walaupun bau tersebut
sukar dihidu oleh manusia biasa
tapi bagi Uncle Meng yang buta
baginya mudah.
Lisa menceritakan kisah lalu sebelum bapa anida hilang,
FLASHBACK

43

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - AFTERNOON

Haji Mat dan Lisa masuk ke rumah Salman.


Abu membuka pintu dan terus duduk minum.
ABU
Jemput lah masuk Haji, Lisa ,
HAJI MAT
Terima kasih Abu, Salman mana?
Tiba-tiba salman masuk dengan membawa batang ubi kayu.
SALMAN
(mengamuk)
Arrhhh!!
CLIFFHANGER

64

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

44

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - AFTERNOON - CONTINUOUS

Lisa menjadi takut.


HAJI MAT
Kamu kenapa salman??
Salman terus mengambil pisau dan keluar dari rumah.
HAJI MAT (CONTD)
Kenapa dengan Salman tu Abu? Apa
yang berlaku?

Macam
Anida
arwah
tidak

ABU
ni Haji, tadi Kassim bapa
datang meminta geran tanah
isterinya, tetapi Salman
memberikannya,

HAJI MAT
Geran tanah? itu hakmilik keluarga
aku..Bapa Salman, Haji Wan dan adik
aku Mak si Anida..Kassim tu ipar
aku je..dia takde hak.
ABU
Ya saya tahu, geran tu adalah atas
nama Haji Wan, Zainab dan Haji Mat
tapi Kassim terus merampas geran
tersebut daripada Salman, itu
sebab yang membuatkan dia mengamuk.

65

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

HAJI MAT
Betul tindakan Salman tu, Haih
Kassim ni memang biadap.macam Ni
lah, Abu kamu tolong hantar Lisa
pulang ke rumah,saya nak pergi cari
Salman dulu dan pujuk dia.
ABU
Baiklah Haji, jom Lisa.
LISA
Hati-hati ayah.Lisa balik dulu.
HAJI MAT
Baiklah Lisa.
BACK TO REAL

45

INT. DALAM KERETA LISA - AFTERNOON


INSERT: LISA MENGAMBIL ANIDA DI SEKOLAH
ANIDA
Lama kau tunggu
LISA
Jom masuk..kita ke Pekan aku
belanja kau makan.
ANIDA
Cakap dalam kereta ajelah.. Aku
kena balik cepat.. Maklumlah dah
jadi isteri orang.
LISA
Aku nak kau hati-hati Ani,jangan
perkara tak baik jadi kat kau
nanti. Salman tu pemarah orangnya.

66

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Tapi dia penyayang dan bertanggungjawab....hisss...Aku betul-betul
tak tahu nak cakap apa.
LISA
Kau ingat tak, setiap kali Uncle
Meng dan anjing dia melalui depan
kebun Salman, mesti anjing Uncle
Meng akan menyalak.
ANIDA
(marah)
Aku tahu.. Kadang-kadang bosan juga
mendengarnya. Boleh tak kamu
berhenti memikirkan hal kami.. Aku
tahu kau ada masalah.. Lebih besar
dan berat daripada aku..
LISA
Masalah.. Mana ada
ANIDA
Kau dan Latip...
Lisa menunduk malu.
LISA
Lapan tahun aku simpan rahsia ini..
Aku dah rasa hidup aku seperti
pelacur... dia nak je aku terpaksa
bagi..
ANIDA
Apa ?
LISA
Selepas aku diperkosa..dia ambil
gambar bogel aku.. Itu lah senjata
ugutan dia.

67

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Kau ni.. Tak cerdik.. ambil gambar
bogel dia pula.. Baru seri...
Lisa memandang Anida.
Lisa mulai tersenyum.
46

EXT. KEBUN UBI KAYU - EVENING


Shah dan Latip menaiki motosikal dengan lajunya.
Latip membrek mengejut kerana tiba-tiba Ah meng dan anjingnya
melintas jalan.
LATIP
(marah)
Oi ah meng! Jalan tu elok-elok la!
Orang nak lalu ni!susah
betul...orang buta ni.
AH MENG
Aku minta maaf, aku tak perasan ada
motor.
SHAH
Tak baik cakap macam tu kat Uncle..
LATIP
Sudah lah....
Latip terus memecut motornya.
Ah Meng mengelengkan kepala.
Anjing Ah Meng memandang sayu kepada Latip.

47

INT. RUMAH SALMAN -

BILIK TIDUR - MORNING

Salman dan Anida bangun dari tidur.

68

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Abang, kenapa sunyi je hari ni? Tak
ada kedengaran bunyi anjing Uncle
Meng.
SALMAN
Ye lah... biasanya anjing dia jadi
jam loceng kita...emmm....Mungkin
Uncle Meng tak sihat hari ni sebab
tu dia tak bawa anjing dia keluar
jalan-jalan.
ANIDA
Anida mandi dulu ye.. Nanti lewat
pula ke sekolah.
Salman mengangguk kepala dan sambung tidur.
48

EXT. JALAN KAMPUNG - DEKAT KEBUN UBI KAYU - DAY


Lisa memberhentikan kereta apabila dia terpandang Ah Meng
sedang berjalan tanpa arah.
LISA
Ah meng apa yang kamu buat ni?
AH MENG
Aku tengah cari anjing aku Lisa,
tak tahu mana dia pergi,
Abu singgah dengan lorinya.
ABU
Kenapa ni Lisa?

69

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Anjing Uncle Meng hilang, ni dia
tengah cari. Aku dah lewat nak
pergi kerja ni, Abang Abu dah
hantar Anida ke sekolah?
ABU
Dah...Uncle Meng, jom naik lori
saya, kita cari sama-sama.
AH MENG
Baiklah.
Ah Meng naik Lori Abu dan mereka terus pergi.
Lisa terpandang sesuatu yang bercahaya di kebun salman, dia
terus pergi ke arah cahaya itu.
LISA (V.O.)
Ni kalung anjing ahmeng, macam mana
boleh ada kat sini.
Lisa terpandang tanah seperti baru digali dan dia menggali
lalu terjumpa kepala anjing.
LISA
(terkejut)
Astaghfirullahalazim!
Lisa pengsan disitu.

49

INT. RUMAH ANIDA - RUANG TAMU - DAY


Lisa tersedar dari pengsan di sofa.
Kipas siling berputar perlahan.

70

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Kedengaran sesuatu di dapur.


Lisa bangun perlahan-lahan.
Lisa mengintai dan dilihatnya Salman sedang memotong sesuatu
dengan pisau.
Lisa bergerak perlahan dan lari keluar.
Salman berpaling bila terdengar bunyi pintu.

50

EXT. JALAN KAMPUNG - DEKAT KEBUN UBI KAYU - EVENING


Lisa terus lari masuk ke dalam keretanya dan terus memandu
laju meninggalkan tempat tersebut.
Dia berselisih dengan shah dan latip yang sedang menaiki
motor.
Mereka terus menuju ke kebun ubi kayu salman.
Mereka memegang sabit dan parang.

51

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - EVENING

Anida baru pulang dari sekolah.


Dia masuk ke dalam rumah.
Anida mengambil segelas air masak, lalu duduk di meja dan
minum air tersebut.
Salman masuk ke rumah dengan keadaaan marah.
ANIDA
Kenapa abang marah-marah ni?

71

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SALMAN
(marah)
Habis tanaman di kebun dicantas
orang....
ANIDA
Macam mana boleh berlaku?
SALMAN
Abang tak tahu Ani, ni mesti kerja
Shah dan Latip!
ANIDA
Sabar bang...jangan menuduh tanpa
bukti..
SALMAN
Pagi tadi si Lisa pengsan kat
kebun, abang angkat dia letak kat
sofa... tengok-tengok dah hilang..
ANIDA
Apa dia buat kat kebun tu..
SALMAN
Tak tau la...
ANIDA
Tak payah nak fikir-fikir ...Jom
makan dulu..
SALMAN
Kejap...ikut abang tengok kebun..
Salman terus menarik tangan Anida dan terus keluar rumah.

52

EXT. KEBUN UBI KAYU - EVENING


Salman membawa Anida ke kebunnya.
ANIDA
MasyaAllah, abang, kenapa jadi
macam ni,

72

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

INSERT: KEBUN UBI KAYU YANG DAH KENA CANTAS/ROSAK


Salman meramas ubi kayu yang dipegangnya.
SALMAN
Aku pasti akan balas dendam balik!
ANIDA
Abang bawak bertenang,sabar abang,
Muka Salman merah padam.

53

EXT. TEPI TASIK - NIGHT


INSERT: KERETA LISA SAMPAI DI TEPI TASIK.
Lisa keluar dan dari jauh memerhati kelibat Shah dan Latip.
Dia berhenti dan mencuri dengar perbualan mereka.
SHAH
(gelak)
Puas hati aku, biar padan muka
Salman tu.
LATIP
Haa baru Salman sedar sikit jangan
ingat kita ni penakut.
SHAH
Malam ni kita pergi rumah Salman
untuk rancangan kedua.
LATIP
Okeh cun.

73

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
Kali ni aku nak ikat Salman dan
biar dia tengok sendiri aku rogol
isteri dia.
Lisa membatalkan niatnya berjumpa Latip dan Shah setelah
terdengar perbualan mereka tadi.
Lisa berjalan perlahan meninggalkan mereka.

54

INT. RUMAH SALMAN -

LAMAN - NIGHT

INSERT: kelibat Shah dan Latip cuba memasuki rumah Salman


melalui dapur.
Tiba-tiba telefon rumah salman berbunyi.
SFX: BUNYI TELEFON.
ANIDA
Hello?
LISA
Anida! Shah dan Latip ada rancangan
jahat.
ANIDA
Hah??
LISA
Diorang merancang untuk rogol kau.
Sambil bercakap anida terdengar bunyi di dapur.
ANIDA
Kejap Lisa.
Anida pergi ke dapur.

74

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Dia mengintai melalui celah dinding dapur dan ternampak


kelibat Shah dan Latip memakai kain menutup kepala.
Anida pergi melihat cerek airnya.
Masih panas.
Dia mengambil cerek air panas.
Anida terdengar bunyi orang ingin membuka pintu dapurnya.
Perlahan-lahan dia berjalan ke arah pintu dan menunggu di
situ.
Pintu di buka.
Anida menyimbah mereka dengan air panas.
Shah dan latip terus lari lintang pukang.
Anida mengunci pintu kembali dan terus ke ruang tamu
mengambil telefon.
Anida terus sambung perbualan dia ddengan Lisa
ANIDA (CONTD)
Hello lisa?
LISA
Apa terjadi..
ANIDA
Hehe..kena simbah air panas..
Ketua mereka ketawa.
LISA
Ok Ani.. Esok waktu rehat aku ambil
kau .. Belanja makan..jangan tolak
pula.. Bagitau la kat cik abang kau
tu..
ANIDA
Ok..Ok..

75

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

55

INT. KEDAI MAKAN - PEKAN - DAY


INSERT: Anida dan Lisa keluar dari kereta menuju ke kedai
makan.
INSERT: LISA NAK MUNTAH
Kemudian Lisa bergegas ke bilik air.
Anida menunggu di meja.
Lisa datang ke meja dari bilik air.
Lisa duduk semeja dengan Anida.
ANIDA
Kau ok ke Lisa?
LISA
Ye aku ok, perut aku sakit Ani,
ANIDA
Takkan perut kau sakit sampai
muntah-muntah.
LISA
Betul Ani.
ANIDA
Aku rasa ada yang tak kena ni.
LISA
Aku,, akuu.....
ANIDA
(sergah)
Aku apa Lisa??
LISA
Aku rasa aku mengandung.

76

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
(mengeluh)
Apa ?? betul-betul masalah ni.
LISA
Aku tahu Ani, kau tolong lah aku,
rahsiakan semua ni.
ANIDA
Nak rahsia macam mana nanti perut
kau makin membesar.
LISA
Hurm ada satu lagi aku nak bagitahu
ANIDA
Apa lagi ni?
LISA
Aku ada terjumpa bangkai kepala
anjing Uncle Meng kat kebun Salman.
ANIDA
(terkejut)
Bangkai? kau yakin ke atau
khayalan?
LISA
Ya Ani, ada kalung anjing Uncle
Meng.
ANIDA
Hurm.. Betul ke... kau ni suka ubah
topik..

77

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Betul la...Aku nak kau berhati-hati
Anida, kita tak tahu apa yang
menanti depan kita.

56

INT. DALAM KERETA LISA - DAY


Anida berpura-pura tidur.
Lisa memandu kereta sambil berfikir jauh.
LISA (V.O.)
Kenapa aku boleh tertipu dengan
Latip, aku tak patut jadi macam ni,
aku harap Anida akan merahsiakan
semua ni dari ayah aku.
LISA (V.O.)
Sekali fikir..elok jadi macam
Anida.. Kahwin dengan Salman OKU
tu.. Bahgia.. Kalau betul
sekalipun, Salman tu pembunuh...
tapi dia sayang dan bertanggung
jawab...isshhh aku pun tertarik...
Anida menjeling pada Lisa, dia melihat Lisa asyik memandu.
INSERT: Anida sedih mengenang nasib Lisa.
ANIDA (V.O.)
Ya Allah ... bahagiakan lah kawan
ku ini...temuilah dia dengan lelaki
yang baik seperti suami ku.

57

EXT. RUMAH HAJI MAT - LAMAN - NIGHT


Shah menunggu Latip datang mengambilnya.
Latip sampai dan tiba-tiba Haji Mat keluar

78

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

HAJI MAT
Kamu dua orang ni sampai bila nak
hidup macam ni ha? Kamu tak
terfikir masa depan ke.
SHAH
Kan saya tolong ayah kutip wang
sewa rumah dan lain-lain.
HAJI MAT
Aku diam dan aku cuba sindir tapi
kamu tak nak faham...tak pe..Ayah
bagi sampai hujung bulan ni
sahaja.. Lepas ni baik kamu keluar
dari rumah ni dan berlajar
berdikari.
Shah dan Latip hanya mengangguk kepala.
Shah merenung Ayahnya.
Latip menepuk bahunya.
Mereka berdua berlalu dengan motorsikal.
Haji Mat mermerhati dan kemudian dia berdoa.
HAJI MAT (CONTD)
(berdoa)
Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan
anak dan cucuku orang-orang yang
tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan
kami, perkenankanlah doa kami.
Tuhanku, ampunilah aku dan
ibubapaku serta sekelian sorangorang mukmin pada hari hisab nanti.
HAJI MAT (CONTD)
(berdoa)
Selamatkanlah anak anak ku, berikan
taufik dan hidayah Mu...Lindungi
lah mereka daripada azab api Neraka
Mu.
Haji Mat mengusap mukanya.

79

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

58

INT. RUMAH SALMAN -

BILIK TIDUR - NIGHT

Anida melihat Salman sedang tidur.


Dia mengambil selimut dan menyelimuti Salman.
Salman terjaga.
SALMAN
Sayang belum tidur lagi?
ANIDA
Ani nak tidur lah ni abang.
SALMAN
Tidurlah sayang, selamat malam.
ANIDA
Selamat malam abang.
Anida merenung wajah suaminya dengan penuh kasih sayang.

59

EXT. BANGSAR JUDI - NIGHT


5 orang lelaki sedang bermain daun terup.
Along kalah teruk main judi tapi Latip menang besar.
Tiba-tiba Along marahkan Latip.
ALONG
(marah)
Kau main tipu Latip sebab tu kau
menang!
LATIP
Mana ada!
Along bangun..beberapa kuncunya juga bangun.

80

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ALONG
Belasah dia!
Latip dan Shah diserang oleh kuncu-kuncu Along.
CLIFFHANGER
60

EXT. BANGSAR JUDI - NIGHT - CONTINUOUS


Nasib Menyebelahi mereka. Mereka sempat membelasah beberapa
kuncu Along termasuk Along sendiri kerana Along dan kuncukuncunya dalam keadaan mabuk ganja.
LATIP
Belah lah kau..
Along dan kuncu-kuncunya beredar meninggalkan Latip dan Shah.
ALONG
(amaran)
Kau ingat latip! aku pasti akan
balas dendam nanti.
Latip dan Shah tersenyum sebab menang besar.

61

EXT. RUMAH HAJI MAT - LAMAN - NIGHT


Latip menghantar shah pulang kerumah.
LATIP
Nah Shah, kau ambik lah separuh
duit ni. Kira sama rata.
SHAH
Latip, apa kata kau tidur je rumah
aku ni, aku bimbangkan kau je..
Mana tau si Along tu bukannya betul
sangat.

81

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LATIP
Tak de apa-apa la, aku kan darah
pendekar...kalau mati pun aku jadi
hantu..aku cekik siapa yang bunuh
aku....
SHAH
Suka hati kau lah.
LATIP
Aku balik dulu.

62

INT. RUMAH SALMAN -

BILIK TIDUR - NIGHT(3 AM)

Salman terjaga dari tidurnya.


Salman terkejut Anida tiada di sebelahnya,
Dia bangun dan melihat lampu bilik air menyala dan kedengaran
bunyi air.
Salman membuka tingkap dan melihat langit.
Salman memasang earphone dan baring semula sambil mendengar
lagu.
Salman terbayang saat-saat indah dalam hidupnya.

63

EXT. JALAN KAMPUNG - NIGHT(3 AM)


Tayar motor Latip bocor,
LATIP
Tak guna punya motor! Masa ni jugak
la nak bocor lah ape lah,
menyusahkan aku jela,

82

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Dia turun daripada motornya.


Latip memandang keadaan sekeliling...gelap
Tiba-tiba sebiji batu besar hinggap dikepala Latip.
Latip terus jatuh dan pengsan.

64

EXT. KEBUN UBI KAYU - NIGHT


Dari kejauhan dan bunyi yang menyeramkan kelihatan seseorang
sedang menanam sesuatu di kebun ubi kayu.
(BOLEH PAKAI SCENE 1)

65

EXT. RUMAH ANIDA - KOLAM IKAN - MORNING


Abu sampai dengan lorinya dengan lisa.
Mereka menuju ke arah Salman yang sedang memberi ikan makan.
Baju salman terdapat percikan darah.
ABU
Assamualaikum Man,
SALMAN
Waalaikumussalam Abu, lisa.
ABU
Kenapa dengan baju kamu tu Man?
SALMAN
Oohh, ni darah ayam kampung, aku
baru sembelih tadi.
ABU
Oohh..ni aku ada berita nak
bagitahu.

83

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SALMAN
Berita apa Abu?
ABU
Latip hilang man, satu kampung dah
kecoh, hanya motor dia yang
dijumpai pagi tadi di tepi jalan
kampung.
SALMAN
(ketawa)
Padan muka dia. Ni Lisa, kenapa
aawak menghilangkan diri sslepas
awak pengsan hari tu.
LISA
Saya, saya ada ada kerja nak dibuat
sebab tu saya balik dulu.
Lisa memerhatikan baju Salman.
ABU
Ok lah Man..aku pergi dulu.. Nak
hantar Lisa ke pejabat dia..
SALMAN
Mana keretanya?
LISA
Kereta rosak..petang baru siap.
Lisa dan Abu berlalu pergi.

66

INT. WARUNG PAK ALI - AFTERNOON


Shah singgah di warung Pak Ali.
Ramai orang di warung seakan menanti kedatangan Shah.

84

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

PAK ALI
Shah, apa yang dah berlaku ni?cuba
kau terangkan dengan kitorang.
SHAH
Saya, saya,,
HAJI MAT
Shah, cuba bagitahu, kenapa Latip
hilang ni, tolong lah, kau jangan
cuba tipu kami,ni soal hidup atau
mati.
SHAH
Sebenarnya, semalam Latip bergaduh
dengan Along.. Saya tolong je..
HAJI MAT
(marah)
MasyaAllah, kamu main judi ke
dengan Along...
PAK ALI
Sudah-sudah, jom kita pergi cari
Latip.

67

EXT. JALAN KAMPUNG(TEMPAT LATIP HILANG) - AFTERNOON


Shah dah Pak Ali berhenti di tempat anaknya hilang.
Anida dan Luna baru pulang dari sekolah singgah bila melihat
orang ramai di situ.
Seorang pegawai penyiasat juga ada disitu

85

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

PEGAWAI
Saya ada terjumpa sebiji batu dan
kesan darah , besar kemungkinan ini
adalah darang mangsa yang kita
cari.saya Akan menghantar darah ini
ke makmal untuk proses
selanjutnya.terima Kasih dan
diminta bawa bersabar.
PAK ALI
Semalam anak saya ada bergaduh
dengan Along. along tu berkata akan
membalas dendam.
PEGAWAI
Terima kasih atas maklumat encik.
68

EXT. BANGSAR JUDI - NIGHT


Polis menyerbu sekumpulan kaki judi dan berjaya menangkap
Along.
INSERT: POSTER ALONG DIKEHENDI POLIS.
INSERT: ALONG DAN KUNCU-KUNCUNYA MASUK LOKAP POLIS.
INSERT: ALONG DAN KUNCU-KUNCUNYA DI SOAL SIASAT POLIS.

69

INT. SEKOLAH MENENGAH - KELAS - MORNING


SFX: BUNYI LOCENG
KETUA KELAS
Semua bangun. Terima kasih cikgu!
ANIDA
Ok semua boleh keluar rehat.
Anida kembali duduk di mejanya.

86

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Dia membaca surat khabar.


INSERT: Along dan kuncu-kuncunya ditangkap dan disiasat dalam
kes kehilangan Latip Ali.
Anida tersenyum sendirian.

70

EXT. SEKOLAH MENENGAH - PINTU PAGAR - AFTERNOON


Anida berjalan pulang.
Lisa datang dengan kereta.
LISA
Jom naik ngan aku.
ANIDA
Baiklah.
LISA
Anida, aku rasa baik kau bercerai
dengan Salman, aku tak nak perkara
yang tak diingini berlaku nanti,
Abang aku kan ada, dia boleh jadi
suami kau.
Anida hanya mendiamkan diri.
ANIDA
Boleh tak kau berhentikan kereta
kat sini.
LISA
Kenapa..
Lisa memberhentikan kereta.
Anida membuka pintu kereta.

87

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Kain sendiri carik tak perasan,
kain orang yang kau nampak..selamat
tinggal.
Anida keluar dan menutup pintu dengan kuat.
Lisa menurunkan tingkap kereta.
LISA
Aku tak bermaksud begitu.
ANIDA
Tolong tinggalkan aku bersendirian.
Anida terus berjalan.

71

EXT. JALAN KAMPUNG(TEMPAT LATIP HILANG)- DAY


Anida berjalan pulang.
Anida terpandang Shah yang duduk di tempat di mana Latip
hilang.
Anida lalu melintasi Shah.
Shah melihat Anida.
SHAH
Ani..kejap..
Anida berhenti dan memandang Shah.
Shah bangun menuju ke arah Anida.
ANIDA
Kau nak apa?
SHAH
Saya ada bunga untuk awak.
ANIDA
Apa ni shah.
Shah memberikan sejambak bungan namun Anida membuangnya dan
memijak-mijak bunga tersebut.

88

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SHAH
(marah)
Kurang ajar! Sanggup Kau pijak
bunga yang aku bagi. Hei.. Aku cuma
nak minta maaf kat ko je.. Kau kan
sepupu aku.. Apasal la kau ni..
Ingat aku tergila-gila kan kau ke?
Shah cuba menampar muka Anida, Anida sempat mengelak.
Anida cuba lari, shah sempat memegang baju anida hingga
terkoyak.
Tiba-tiba Abu datang dengan lorinya.
Anida menahan lori Abu.
Shah terus lari dengan motorsikalnya.
Anida pulang dengan Abu.

72

EXT. KEBUN UBI KAYU - AFTERNOON


Salman sedang mencabut ubi kayu.
Anida sampai dengan Abu.
INSERT: BAJU ANIDA TERKOYAK.
SALMAN
(terkejut)
Kenapa dengan baju tu?
Ani diam.
ABU
Bergelut dengan si Shah. Nasib baik
aku lalu kat situ.

89

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Abang, Ani masuk dulu..
Anida terus masuk ke rumah.
Salman geram hingga patah batang ubi kayu yang dipegangnya.
ABU
Sabar..Ani tak apa-apa... lagipun
mereka tu sepupu.
SALMAN
Aku akan bunuh dia.

73

EXT. RUMAH HAJI MAT - LAMAN - EVENING


Shah sampai dirumahnya dan meletakkan motornya di tempat
biasa.
Haji mat hendak ke surau.
HAJI MAT
Haa Shah, jom kita ke surau solat.
SHAH
Tak pelah ayah pergi lah dulu,
orang penat ni.
HAJI MAT
Kamu ni Ayah ajak buat pahala pun
tak nak, kalau benda lain datang
bukan main laju lagi.
SHAH (V.O.)
Ayah ni, membebel pulak.
HAJI MAT
Satu lagi...elok kamu kahwin
cepat.. Baru ada tanggung-jawab.
Haji Mat memandang anaknya.

90

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SFX: BUNYI AZAN


Shah terus masuk ke dalam rumah.
74

EXT. SURAU - NIGHT


Kariah keluar dari surau lepas solat isyak.
Pak Ali dan Haji Mat berjalan bersama.
PAK ALI
Haji Mat, tolong ajarkan aku doa
bapa buat anak yang dah meninggal.
HAJI MAT
Mana kau tau dia dah arwah... entahentah dia gi Kuala Lumpur.
PAK ALI
(sebak)
Aku tau la...Aku bapa dia..
HAJI MAT
Ha..tadah tangan..
Pak Ali dan Haji Mat menadah tangan untuk berdoa.
HAJI MAT (CONTD)
Wahai Allah, ampunilah LATIP ALI,
naikkanlah darjatnya diantara orangorang yang mendapat hidayah, dan
lindungilah keluarga dan
keturunannya yang masih hidup.
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan
sekelian alam, luaskanlah kubur
baginya dan berikanlah cahaya
didalamnya.
PAK ALI
(Menanggis)
Aminnn...
Haji Mat segera memeluk Pak Ali.

75

INT. RUMAH HAJI MAT - RUANG TAMU - NIGHT


Shah dan lisa menonton tv.

91

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Shah baring di Sofa mengadap TV.


Shah dan Lisa melayan perasaan masing-masing.
Mereka kelihatan sedih.
Shah memandang adiknya.
SHAH
Kau ni kenapa sedih sangat..
Teringatkan Latip ke?
LISA
Mana ada...Abang tu, macam muka
sepuluh sen sahaja.
SHAH
Lisa, kau tolong lah abang kau ni,
kau pujuk la Anida tu biar dia suka
kat abang.
LISA
Diakan suami orang..Kalau suami dia
mati baru boleh abang ganti...tu
pun kalau dia nak kat abang.. Kalau
tak dia tetap akan duduk seorang
jaga rumah laki dia.
SHAH
Kalau macam tu..bakar je rumah
dia..
LISA
Issshh mengarut laa...
SHAH
Ya.. Bunuh Salman dan bakar rumah..
LISA
Serius ke ni..
SHAH
Main-main je.. Mana Abang berani..
Shah bangun ingin keluar rumah.

92

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Nak ke mana tu.. ?? Jangan buat
kerja tak elok lagi.. Nanti malu
keluarga kita.
SHAH
Keluar jap...tenangkan fikiran..

76

EXT. RUMAH SALMAN -

NIGHT

Shah sampai depan rumah Salman.


Dia melihat waktu di jam tangannya.
INSERT: JAM TANGAN WARNA HITAM (FORESHADOW)
Dia membawa satu tong minyak tanah.
Shah menjurahkan/menyiram minyak tanah ke sekeliling rumah
Salman.
Shah membakar rumah salman.
Api mulai marak.
Shah ketawa.
CLIFFHANGER
77

EXT. RUMAH SALMAN -

NIGHT - CONTINUOUS

Api bertambah marak.


Shah ketawa keriangan.
ANIDA (O.S.)
(jerit)
Tolong ,,! Tolong,,!
Shah masuk kedalam rumah dengan memecah pintu.
SHAH
Cepat Ani...ikut abang.

93

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Kaki Ani terseliuh...Abang tolong
Salman kat dalam bilik.
SHAH
Tak sempat api dah marak.. Biar
abang selamatkan Ani dulu.
Shah memandang keadaan sekeliling.
Ruang tamu terbakar.
Anida pengsan kerana asap tebal.
Shah mendukung Anida.
Shah memberanikan diri dan berjaya membawa Anida keluar.
Shah merenung Anida dalam pangkuan Shah.
Anida membuka mata.
ANIDA
Abang Shah... terima kasih
SHAH
Ani...
INSERT: LAGU CINTA
78

INT. RUMAH HAJI MAT - RUANG TAMU - NIGHT


Shah tertidur baring di sofa mengadap TV tiba-tiba bercakap
dalam tidur.
SHAH
(mata tertutup)
Aku bukan berniat untuk
menyintaimu, tapi takdir tetap
menemukan kita...lalu aku jatuh
cinta pada...mu
Lisa mengejutkan

abangnya dari lamunan.

94

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

LISA
Oi abang!
Shah terkejut. Lisa ketawakan Shah.
SHAH
Jom kita balik.
LISA
Balik mana...ni rumah kita..
Lisa ketawa.
Shah malu.
Shah melihat jamnya
INSERT: JAM TANGAN SHAH - WARNA HITAM (2ND FORESHADOW)
Shah terus keluar seorang diri dan terus menaiki motornya.
SFX: BUNYI MOTOR SHAH (O.S)

80

INT. RUMAH SALMAN -

DAPUR - EVENING

Salman melihat kalendar dan dia sedar hari ni adalah hari


jadi Anida.
Salman mengeluarkan cincin arwah ibunya.
Tiba-tiba Anida sampai.
Salman segera menyembunyikan cincin tersebut.
Anida seperti biasa ingin memasak.
SALMAN
Ani, hari ni biar abang lah yang
masak,abang nak masak masakan
istimewa untuk Anida.

95

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

ANIDA
Baiklah abang. Ani gi mandi dulu.
Anida masuk ke bilik.
INSERT: 10 MINIT KEMUDIAN.
Mereka makan bersama.
SFX: BUNYI TELEFON BIMBIT
Anida mengambil telefon bimbitnya.
INSERT: PANGGILAN DARIPADA LISA.
LISA
Anida...?
ANIDA
Ya Lisa?
LISA
Anida, aku nak jumpa kau petang ni,
nanti aku datang ambil kau.
Lisa terus letak telefon tergesa-gesa.
Anida mengeleng kan kepala dan terus sambung makan dengan
Salman.
SALMAN
Siapa?
ANIDA
Lisa...dia nak jumpa Ani petang
nanti.. Boleh tak?
SALMAN
Boleh.. petang ni pun abang ada
janji dengan Abu..ada kerja sikit.
Mereka berdua tersenyum.

96

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

81

EXT. TEPI TASIK - NIGHT


Shah menghisap ganja seorang diri.
Shah melihat jamnya.
INSERT: JAM TANGAN WARNA HITAM (3RD FORESHADOW)
(V.O.)
Kau kena bakar rumah Anida jikau
kau ingin Anida menjadi milik kau
selamanya.kau kena selamatkan anida
supaya dia terhutang budi dengan
kau dan akan jatuh hati pada kau
kerana menganggap kau ada
penyelamatnya.
Tiba-tiba muncul pembunuh misteri datang dari belakang
menikamnya bertubi-tubi.

82

INT. RUMAH SALMAN -

BILIK TIDUR - NIGHT

Anida sedang tidur.


Salman masuk ke dalam biliknya.
Anida tersedar.
ANIDA
Lewatnya abang balik..
SALMAN
Abang keluar minum dengan Abu di
pekan sayang...bincang projek baru.
ANIDA
Ani rasa macam nak makan ubi kayu
rebus lah abang.

97

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Salman mengeluarkan hidangan yang disembunyikan dibelakangnya


tadi.
SALMAN
Ni abang dah sediakan dari petang
tadi lagi tau, khas untuk hari
lahir isteri abang tercinta.
Tiba-tiba anida terpandang cincin..
INSERT: HIDANGAN UBI KAYU REBUS DAN DI SELITKAN CINCIN.
ANIDA
Cincin apa tu abang?
SALMAN
Ni hadiah istimewa untuk Anida,
abang doakan Anida sentiasa bahagia
disisi abang dan dipanjangkan umur.
ANIDA
Terima kasih abang,abang tutup lah
lampu tu.
SALMAN
Makan la dulu..biar abang mandi
dulu... tak sabar ayang ni..
ANIDA
Tak payah..makan ke, mandi
ke..lepas ni...tutup lampu tu
SALMAN
Jap...
Salman menutup lampu.
FADE TO BLACK.

83

EXT. KEBUN UBI KAYU - NIGHT


INSERT: MUZIK SERAM.

98

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

EST: DALAM LUBANG KUBUR.


Lisa tersedar daripada pengsan.
Tangannya terikat dan mulutnya disumbat kain.
Lisa sedar bahawa dia berada dalam lubang yang digali bersama
dua plastik beg sampah yang berbau bangkai.
INSERT: BEG PLASTIK SAMPAH - HITAM BESAR DAN TEBAL.
Dia cuba menyepak beg sampah tersebut.
Lantas terkeluar sepotong tangan.
INSERT: SEPOTONG TANGAN DENGAN JAM SHAH (WARNA HITAM).
Lisa terkejut melihat sepotong tangan yang memakai jam tangan
yang sama dengan abangnya, Shah.
Lisa meronta ketakutan.
(NOTA: JAM TANGAN SHAH TAK SEMESTINYA WARNA HITAM..KALAU
SILVER LAGI BAGUS, TAPI PASTIKAN PENONTON MENDAPAT 2-3 KALI
TANDA INSERT JAM TERSEBUT, SUPAYA PENONTON BOLEH FAHAM SCENE
INI)

84

INT. RUMAH SALMAN -

BILIK TIDUR - NIGHT

SUPER: 6 bulan berlalu.


Anida terdengar bunyi loceng.
Dia meraba sebelah katilnya.
Salman tiada.
Anida bangun membuka tingkap dan melihat pokok-pokok
ubi kayu Salman tumbuh subur.
Salman memberi salam.

99

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

SALMAN
Assalamualaikum..
ANIDA
Waalaikumussalam.
Dia membawa sarapan ubi kayu rebus dan kopi o.
SALMAN
Ni abang bawakan sarapan untuk
sayang dan bayi kita.
INSERT: ANIDA MENGUSAP PERUTNYA - MENGANDUNG 6 BULAN.
Perut Anida dah mula membesar mengandungkan anak Salman.
Mereka makan bersuap.
SALMAN (CONTD)
Abang keluar kejap ya nak jumpa
Abu.
Anida makan ubi kayu dan merenung ke luar tingkap melihat
kebun ubi kayu Salman.
Dia tersenyum dan mengilai......
Anida berpaling semula (sambil mengilai)...
rupa-rupanya dia berada di Wad Pesakit Mental
EST: WAD SAKIT MENTAL.
FLASHBACK

85

INT. KEBUN UBI KAYU - NIGHT(3 AM)


Lisa memandang ke atas, dia amat takut apabila pembunuh
misteri memandangnya .
Dia cuba meronta-ronta.

100

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

Pembunuh misteri mengangkat pisau


Tiba-tiba lampu suluh menyuluh ke arah pembunuh tersebut.
Polis datang menahan pembunuh tersebut.
Haji Mat turun kedalam lubang dan menyelamatkan Lisa.
Pembunuh misteri dibawa oleh polis.
EST: SUAUSANA MALAM PENUH DENGAN POLIS DAN ORANG RAMAI.
Lisa menanggis.
Salman datang menyelimuti Lisa.
Lisa memandang Salman.

86

INT. HOSPITAL MENTAL - DAY


Haji Mat dan Lisa hanya melihat dari jauh gelagat Anida.
SALMAN
Sebenarnya apa yang dialami oleh
Lisa tidaklah seteruk yang dialami
oleh saya selama ni..saya minta
maaf kerana merahsiakan tentang
penyakit isteri saya yang mengalami
tekana jiwa semenjak diperkosa oleh
bapanya dulu. saya juga tidak
menyangka yang Anida telah berpurapura mengambil ubat dalam dua bulan
ni.
LISA
Terima kasih abang kerana
menyelamatkan Lisa dan kandungan
Lisa.

101

MISTERI UBI KAYU - SHAMSUL AMBIA MD

HAJI MAT
Kamu harus bertaubat supaya dosa
kamu akan diampunkan.
Lisa menganggukkan kepala.
Mereka beredar dari Hospital Mental.

87

INT. RUMAH SALMAN -

BILIK TIDUR - NIGHT

Salman membetulkan gambar perkahwninanya denga Lisa.


Lisa sedang menidurkan anaknya.
Lisa tersenyum pada Salman.
Tiba-tiba telfon berbunyi.
SALMAN
Hello?
DOKTOR
Isteri encik puan Anida telah
mengalami keguguran dan bayi
tersebut telah meninggal dunia.
Salman terkejut lalu telefon bimbit yang dipegangnya jatuh ke
lantai.

88

EXT. KEBUN UBI KAYU


Kelibat pembunuh misteri sedang menanam sesuatu dari jauh..
THE END.

102

Anda mungkin juga menyukai