Anda di halaman 1dari 15

SKRIP FILEM PENDEK

TAJUK:
SECARIK BULU AYAM

KARYA ASAL :
AHMAD AQIEL AIMAN
SINOPSIS

Eyka dan Shiela merupakan saudara tiri. Eyka sering disukai oleh
orang lain berbanding shiela disebabkan sikap Eyka yang lembut
dan baik. Perkara ini telah membuatkan hati shiela semakin benci
terhadap adik tirinya itu. Tambahan lagi Eyka sering bersama-sama
dengan lelaki yang Shiela sukai iaitu Max sekaligus membuat Shiela
ingin membalas dendam terhadap adiknya iaitu Eyka. Perkara ini
telah menyebabkan Shiela mengajak rakan-rakannya untuk
membuli atau membalas semua perbuatan adiknya. Manakala Eyka
terlalu rindu dan ingin akan kasih sayang daripada kakak tirinya
tapi sebaliknya yang terjadi. Max yang tidak tahan melihat Shiela
dan rakan-rakannya membuli Eyka melaporkan mereka semua
kepada Pensyarah tentang semua tingkah laku mereka yang jahat
terhadap Eyka.

Watak
1. Eyka 2.Shiela
2. Aidil 4.Kila
5.Aiman 6.Max
7.Mad 8.Marjan
Scene 1- siang- Tempat di Fakulti

Fade in:
( Memperlihatkan dua gambar wanita yang mempunyai hubungan adik-
beradik tiri ) (sedih).

( Memperlihatkan seorang perempuan bernama Shiela sedang memerhati


adiknya iaitu Eyka yang sedang berjalan bersama seorang lelaki yang
bernama Max sambil menuju ke arah rakan-rakannya. )

SHIELA: Hei geramnya aku!!. Bencinya ihhh!!. ( dengan nada marah


Sambil menghempas meja ).

MAD: (terkejut) Ehh..Astagafirullah kau ni kenapa Shiela?

AIMAN: (hairan) Ya bah kau kenapa Shiela?

MAD: Ya betul tu, marah semacam sejak aku tengok kau ni…cuba cerita
Dengan kami kenapa kau tiba-tiba marah.

SHIELA: Hei geram betul aku tengok adik tiri ku menyampah betul aku.
Hei dengan orang yang aku suka juga lah dia mau dekat dasar
Perempuan tiada maruah betul.

AIMAN: Sabar-sabar!!! aku pun menyampah dengan adik tiri kau tu


Sebab sombong betul perangainya. Mentang-mentang cantik
Jadi mesti sombonglah macam mau ku tampar sejak mukanya.

MAD: Ya betul tu….hahahah!!! ehh Shila adik mu tu memang begitu kah


Perangainya.

SHIELA : Memang tu perangainyammenyusahkan sejak kalau di rumah


Tu pemalas lepas tu melawan sejak kalau disuruh heiii susah!!.

AIMAN : Hah..begini kita kacau dia lah macam mana?

SHIELA: (Ketawa Sinis) hmmmm..heheheh jom kita kacau budak tu…


Memang aku mau kasi kena budak ni.

AIMAN: Jom-jom!!!

( Eyka lalu di depan mereka semua selepas berbual-bual dengan rakannya


iaitu Max. Aiman dengan sengaja meletakkan kakinya di tempat laluan
yang Eyka sedang berjalan. )

EYKA: Ehh..Aduhh!! sakitnya ( Eyka Terjatuh selepas tersandung kaki


Aiman )

AIMAN: Hahahahah!! padan muka mu !!

EYKA: Kenapa juga kamu ni..aku tiada kacau kamu!!! ( Memarahi


Aiman, Mad dan Shiela )

SHIELA: Peduli apa kami hahaha memang bagus pun kau ni kena begini
Hahahaha!!! ( Sambil menolak kepala Eyka )
( Mereka terus mengacau Eyka. Aiman dan Mad membuang barang-
barang yang dibawa oleh Eyka dan Eyka Cuba menghalang tapi tidak
berdaya )

EYKA: Tolong!!! Jangan kacau aku bah!! ( Eyka menangis dan merayu
Kepada mereka agar berhenti menggangunya).

SHIELA: Ahh peduli!! ( menendang barang-barang Eyka )

( Setelah habis menggangu Eyka mereka pun pergi tanpa ada rasa
bersalah selepas membuli Eyka )

Scene 2 - Siang - Cafe

( Eyka, Aidil dan Max Sedang duduk makan bersama di Cafe tempat
kediaman mereka bertiga tinggal. Memperlihatkan Shiela dan Kila yang
baru pulang dari Fakulti ).

SHIELA: Ehh Kila kejap itu kan adik tiri aku….makan sama-sama si
Max lagi…Aduhhh!! geramnya aku kurang betul tunggau kau
( Shiela marah sambil memukul bahu rakannya Kila ).

KILA: Sabar Shiela sabar!! kita tunggu dorang si Max tu blah dari situ
baru kita pergi jumpa adik tiri kau yang hmmmm malaslah aku
Mau cakap..

MAX: Eyka terima kasih ya sebab belanja sia makan. Terima kasih
Sekali lagi Eyka sama Aidil. Sia pergi dulu ya bye !!.
EYKA: Hahahah tidak apa bah Max kitakan kawan…bah Max bye..nanti
Kita jumpa lagi!!

( Selepas Max pergi meninggalkan Eyka dan Aidil. Shiela dan Kila
datang dan berjumpa dengan adik tirinya dengan penuh dimukanya rasa
amarah )

SHIELA: Eh perempuan kau ni tidak tahu malukah hah berapa aku


Kasitau kau jangan dekat dengan si Max ..kau ni kurang
ajar betul bah!!

KILA: Ya betul tu kau ni tidak tahu malu betul bah!! mau kena budak ni!!

EYKA : Ehh kak kenapa ni..janganlah bah begini kak..si Max tu cuma
Kawan Eyka jak!!

SHIELA: Ahhh kau diam!!! menyampah aku bah dengan kau ni..kau ni
Memang mau kena bah kah!! Kau rasa ni!!! ( Shiela menampar
Muka adik tirinya itu dengan penuh rasa marah dalam dirinya )

EYKA: Aduhhh!!!! Kak !! ( Eyka terjatuh selepas ditampar oleh


Kakaknya itu )

AIDIL: Ehhh perempuan kau ni dah kenapa tampar adik sendiri hah.
Kalau geram pun janganlah sampai menampar muka orang.

( Aidil menolong Eyka yang terjatuh selepas ditampar oleh Shiela )

EYKA: kenapa kakak buat begini bah apa juga salah Eyka ni !!!
SHIELA: Sudah!!! suka hati akulah apa aku mau buat. Sekali lagi aku
Tengok kau dengan si Max tu habis aku kerjakan kau nanti
Kau faham kah!! bah Kila jom kita pergi menyampah aku
Lama-lama disini!!

KILA: Bah jom Shiela!! ( sambil menolak Eyka dan Aidil yang berada
Didepannya )

AIDIL: Dah..Eyka jangan nangis aku kan ada …dah dah.. jangan risau
Nanti mereka kena balasan juga tu ..dah jom kita balik bilik!!.

(Mereka berdua pun berlalu pergi meninggalkan cafe dan balik ke bilik
Mereka. Manakala disudut yang jauh kelihatan Max yang sedang
memerhati semua kejadian yang berlaku di depan matanya. )

MAX: Sabar Eyka sia akan bantu kau tapi belum masanya!!!

Scene 3- Siang- Studio

( Memperlihatkan Max yang sedang berjalan dengan wajah yang gembira


sambil membawa sebungkus kotak hadiah ).

MAX: Aku rasa benda ni mungkin boleh buat si Eyka gembira bah dan
Dia boleh lupa segala masalahnya!!.

( Memperlihatkan Eyka yang sedang duduk didalam kelas sambil


menunggu waktu kelas bermula dan aidil tiba-tiba datang dan menyapa
kawan baiknya itu. )
AIDIL : Ehh Eyka, Assalammualaikum sahabatku yang comel ni hahaha
..weii kenapa muka kau muram ni, gembiralah sikit!!

EYKA: Waalaikumsalam Aidil, ndadalah cuma aku risau jak nanti kakak
Tiri aku mengamuk lagi kalau aku ni dekat dengan si Max tu lagi
Bah !! hmmm…( risau yang terlalu amat )

AIDIL: Eeeee…kau ni tak payah lah nak risau itu…suka hati kau lah nak
Rapat dengan sesiapa pun itu hak kau lah heiiii…dah jangan fikir
Sangat lebih kau fikir diri kau tu!!

( Max tiba-tiba mencelah ketika Aidil dan Eyka berbual-bual tentang


masalah Eyka )

MAX: Hmmmm…Hai Eyka, hai Aidil….kamu berdua sedang cakap apa


ni..sia minta maaf sebab kacau kamu berbual !!

Aidil: Ehhh..hai Max hmmm tiada apa-apa Max kami berbual tentang hal
Perempuan jer..heheh mana ada kacaulah Max!!

Eyka: Hai max, (memperlihatkan muka yang risau ) kau dari mana ?

MAX: Ohh sia baru sampai ni!! oh ya eyka sia ada sesuatu mau bagi
Sama kau ! nah ni dia untuk kau mungkin ini boleh kasi hilang
Rasa sedih kau itu bah dan gelisah kau heheh. Bah saya pergi dulu
Mau pergi jumpa pensyarah bye!!

EYKA: Aduhh!!! Apa ni Max susah-susah sejak tapi terima kasih Mas!!
Bah hati-hati kau Max!!.
AIDIL: Baik Max! Hati-hati….eeee dapat hadiah dia hahahah..dah
Simpan hadiah kau tu kita pergi jumpa sir dulu sebab ada
Kerja sikit dah jom!!!

Eyka : Hmm!! yalah suka kau bah mengacau aku Aidil aidil!! bah jomlah

( Dari sudut yang jauh memperlihatkan Kila yang sedang melihat semua
yang berlaku dan terus pergi ke meja tempat barang-barang Aidil dan
Eyka dan telah mengambil hadiah yang telah Max berikan kepada Eyka )

KILA: Hmmm!! kau memang degil bah Eyka habislah kau ..aku bagi
benda ni sama kakak kau hahaha ( berlalu pergi selepas
Mengambil barang Eyka ).

Scene 4- siang-studio

( Memperlihatkan Kila yang sedang mencari-cari Shiela kerana ingin


menunjukkan hadiah yang diambilnya setelah melihat Max memberikan
hadiah tersebut kepada Eyka.)

KILA; hehehehe!!! Habislah kau Eyka!! aduhh manalah pula si Shiela


Ni hmmm…Hah itu pun di sana!!

( Shiela yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya iaitu Aiman


dan Mad telah disapa oleh Kila dari Jauh )

KILA: Woii!! Shiela disini rupanya kau disini..dari tadi aku cari kau!!!
SHIELA: Hah..Kila kau ni dah kenapa macam baru habis kena kejar
Anjing sejak aku tengok kau ni…kau kenapa bah?

KILA: Aku ni ada benda mau bagi kau bah!!

SHIELA: Apa dia juga ?

KILA: Nah ni ambil ni..tadi aku nampak si Max bagi barang ni sama si
Eyka ..jadi aku nampak aku ambil dan bawa bagi kau hahh!!

SHIELA: Aduhh!! ini yang bikin aku geram ni…memang mau kena
Budak ni sama aku kurang ajar betul!!!!

MAD: Apa lagi Shiela jom kita hajar adik kau tu!!!

SHIELA: Yaaa jom!!

( Mereka berempat pun pergi dan mencari Eyka dengan keadaan emosi
yang marah)

AIMAN: Shiela itu adik kau sana !! ( menunjuk ke arah tempat Eyka
Berada)

SHIELA: Hmm. Itu pun kau…woiiii!!! Eyka kau sini!!

EYKA: Ehh kak kenapa ni !! ( Shiela menampar Eyka )..Aduhh Kak


Kenapa tampar aku apa lagi salah ku ni bah!!!!

SHIELA: Aku sudah cakapkan kau jangan rapat sama si Max..amboi


Kena bagi hadiah ambik ni!!! ( membuang kotak hadiah tersebut
Ke muka Eyka ).

EYKA: Apa juga masalah kau bah!!! apa lagi yang kau tidak puas hati itu
Hak aku lah mau rapat dengan siapa.( sedih )

SHIELA: Kau ni !!

( Shiela mau menampar Eyka tapi Eyka menghalang dan mahu


menampar Shiela semula tetapi di halang oleh Mad dan Eyka telah
ditampar oleh Mad ).

MAD: Kau jangan berani-berani mau pukul si Shiela kau fahamkah!!!

SHIELA: Mad!!! Kenapa kau tampar dia kau ni aduhhh!! dah dah..jom
Blah..

( Memperlihatkan Max melihat semua kejadian yang berlaku dari sudut


Yang jauh ).

MAX: Aku ndak boleh sudah biarkan perkara ni lagi..aku mesti bagitahu
Pensyarah…hmmm tunggu kamu Shiela!!
Scene 5-Siang- Studio

( Memperlihatkan max yang baru keluar dari bilik Pensyarah setelah


melaporkan segala yang terjadi pada Eyka dan Shiela yang sedang
berbual-bual dengan Aiman dan Mad di luar Studio. )

SHIELA: Wehh aku ndak sabar bah mau fyp hahha mesti ramaikan yang
Tengok kita berlakonkan hahahah!!!

AIMAN: Yaa bah aku pun ndak sabar betul sudah ni mau berlakon
Hhahahah!!!

MAD: Kamu sabar jak ndak lama lagi tinggal berapa bulan jak !!

( Eyka tiba-tiba lalu dekat mereka dan masuk ke dalam Studio )

SHIELA: Wehh..jom kacau si bebal tu.!!

( Shiela, Aiman, dan Mad pun masuk ke dalam studio dan pergi ke bilik
busana untuk menganggu Eyka )

SHIELA: Woi..apa kau buat disini ?

EYKA: Hmmm…pensyarah suruh aku kemas bilik busana ni !!

AIMAN: Oh mengemas….hmm ambik kau ni hahaha!!!

( Mad dan Aiman menghambur kembali pakaian yang telah dikemas oleh
eyka tadi. )

EYKA: Heii!!..apa kamu buat ni bah janganlah aduhh!!(cuba menghalang


Mereka)

SHIELA: Kau diam!!!


( Menahan Eyka dan mahu menampar Eyka tapi tiba-tiba Aidil datang
dan menahan mereka ).

AIDIL: Woiii!!! apa kamu buat dengan si Eyka ni…Shiela sudah cukup
Pensyarah panggil kau dia suruh kau pergi ke pejabatnya
Sekarang!!!

SHIELA: Aduhh!!!! menyemaknya lah bah nudak semenanjung satu ni


Heii!! Aiman..Mad..sudahlah jom teman aku pergi bilik
Pensyarah.

( Shiela, Aiman, dan Mad pun berlalu pergi ke bilik pensyarah sambil
menjeling ke arah Eyka dan Aidil )

AIDIL: Kau ok Eyka dan sini aku tolong kemas!! dah jangan nangis!!

EYKA: Aku ok jak ndak apa…terima kasih Aidil sebab tolong aku!!

( Aidil dan Eyka pun mengemas semula semua busana yang telah
dihambur oleh Shiela dan rakan-rakannya di bilik busana.
Memperlihatkan Shiela yang sedang menangis kerana telah di tegur dan
dimarahi oleh pensyarah iaitu Sir. Marjan )

SHIELA : Baik sir..saya janji tidak akan mengulangi kesalahan saya ni…
Saya minta maaf sekali lagi dan saya menyesal semua
Perbuatan yang saya lakukan ke atas adik saya!!

MARJAN: Hmmm baiklah !!! ingat apa yang saya pesan tadi dan semua
Nasihat yang saya berikan kepada kamu..Perkara ni boleh
Merosakkan kedudukan kamu sebagai pelajar di universiti
Ini faham!! Sudah pergi jumpa adik awak dan minta maaf
dengan dia!!

SHIELA : Baik Sir!!


( Memperlihatkan Eyka yang sedang mengemas barang-barangnya untuk
pulang ke kediaman pelajar setelah membersihkan kan studio dan di
datangi kakak tirinya iaitu Shiela. )

SHIELA: Ermm…. Eyka ?

EYKA: Ehh..kak kenapa ni …kenapa kakak menangis sudah sudah..


Jangan nangis!!

( Shiela yang penuh dengan rasa bersalah terus memeluk adik tirinya itu )

SHIELA: Eyka…. akak meminta maaf semua salah akak…akak minta


Maaf sebab selalu buat kau tersa hati dengan perangai akak
Ni!!! akak menyesal bah Eyka..akak ndak sedar semua
Kebaikan yang kau buat pada akak.. ( memeluk Eyka sambil
Menangis )

EYKA: Dah dah kak!!! Eyka sudah lama bah maafkan akakk..janganlah
Risau ya!! Eyka cuma rindu kasih sayang seorang kakak dan
Adik beradik walaupun kita adik beradik tiri sebab Eyka sudah
Tiada mak hanya ada abah dan ibu tiri jak jadi walaupun
Kamu hanyalah tiri tapi dalam hati Eyka kamu adalah saudara
Kandung Eyka.!!!!

SHIELA: Terima kasih Eyka!!! akak sayang kau sangat dik!! Sekali
Lagi akak minta maaf sangat semua salah akak !!!.

EYKA: Dah kak…jangan nangis lagi ya..jomlah kita balik ..sekarang kita
Lupa semua dan kita mula balik hubungan kita dah jom!!!

(Eyka dan Shiela pun bersama-sama pulang ke kediaman dan segala


masalah mereka berdua pun akhirnya selesai dan dari sudut yang jauh
Max melihat perkara tersebut. )
MAX: Baguslah!! sekarang kau tidak rasa sedih dan sakit lagi Eyka
Heheheh!! gembira hati sia..hmm!!

( Memperlihatkan Aiman dan Mad telah dikenakan tindakan iaitu


ditangguhkam pembelajaran mereka di universiti atas perbuatan mereka
terhadap Eyka. Mereka berdua telah ditangguhkan pengajian selama 2
semester bagi menghukum mereka berdua ).

TAMAT!!!

Anda mungkin juga menyukai