Anda di halaman 1dari 5

PENDAKWA RAYA: Yang arif, hujah peguam bela tidak logik, tak masuk akal sama sekali,

kambing yang lapar tidak makan kulit pisang dan mengaisnya keluar
PEGUAM BELA: Yang arif, saya minta pendakwa raya tidak mengganggu perjalanan
mahkamah.
HAKIM mengeluarkan kad kuning.

HAKIM: Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk. Ya, peguam bela, sila teruskan

PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Tersangatlah letihnya sehingga
matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak
nampak kulit pisang, sehingga terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan
raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri kambing
terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh sampailah ajalnya, dia
pun mati.
Dengan ini, jelas bahawa Bulat Bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang bersalah,
bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus dihukum,
sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum.
Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelas dan tidak meragukan, dan saya mohon
mahkamah yang mulia menjalankan keadilannya dengan membebaskan Bulat Bin Leper
daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.
Sekian, hujah-hujah saya. Mohon pertimbangan yang arif, Tuan hakim. Terima kasih.

HAKIM: Ya, pendakwa raya ada hujah-hujah tambahan?

PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat Bin Leper ialah pihak yang bertanggungjawab
dalam kes ini. Kalau Bulat tidak membuang kulit pisang, maka kambing tidak boleh mengaisnya
ke jalan raya dan seorang nenek tua tidak akan memijaknya.
Atas alasan itu, saya mohon mahkamah keadilan ini menjatuhkan hukuman yang
seberat-beratnya ke atas Bulat Bin Leper. Sekian, yang arif, terima kasih.

HAKIM: Ya, peguam bela kalau ada hujah-hujah tambahan, dipersilakan.

PEGUAM BELA: Ya, yang arif, saya tegaskan kembali hujah saya bahawa Bulat Bin Leper telah
membuang kulit pisang ke tempat yang wajar dan betul. Maka, dengan itu, ternyatalah Bulat Bin
Leper tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Dalam soal ini, nyata sekali, yang bersalah ialah kambing kurus bukannya Bulat Bin
Leper. Sekian, hujah-hujah saya.

HAKIM: pendakwa raya? Ada apa-apa lagi?


PENDAKWA RAYA: Mahkamah ini untuk manusia, bukan untuk binatang. Macam mana kita
nak hukum kambing.

PEGUAM BELA: Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan empunya kambing itulah
yang perlu dihukum.

PENDAKWA RAYA: kalau tidak ada yang mahu mengaku?

PEGUAM BELA: Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang berwajib.

HAKIM: sudah sudah! Hujah hujah kamu berdua sudah selesai. Harap bertenang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua
belah pihak, mahkamah dengan ini mengambil kesimpulan bahawa pendakwa telah gagal
mengaitkan kes ini dengan tertuduh dan sebaliknya, keraguan bahawa Bulat Bin Leper tidak
melakukan kecuaian dan seterusnya dibebaskan daripada tuduhan membunuh Mek Teh Binti
Jali secara tidak sengaja.

TERTUDUH 1 mengucapkan terima kasih kepada PEGUAM BELA dengan gaya penuh
kesyukuran.

HAKIM: dan atas kuasa yang ada pada saya, saya mengeluarkan perintah supaya tuan
kambing itu dicari sampai dapat. Kalau tidak ada yang mengaku, maka kambing itu menjadi
milik pihak yang berwajib, dan perintah juga dikeluarkan supaya pintu tong sampah itu dibaiki
segera oleh pihak yang bertanggungjawab. (Mengetuk meja dengan tukul dua kali)

PEGAWAI: Mahkamah berehat selama 2 minit.

TERTUDUH I keluar. Sementara itu, HAKIM, PEGAWAI, PENDAKWA RAYA dan PEGUAM
BELA berehat dengan aksi masing-masing. Kemudian, PEGUAM BELA keluar. Muzik selingan
dikumandangkan.
Setelah seketika, PEGAWAI masuk mengambil tempat dan alunan muzik dimatikan.
PEGAWAI: Tempoh rehat sudah tamat. Mahkamah kembali bersidang.

HAKIM, PEGUAM BELA dan PENDAKWA RAYA mengambil tempat masing-masing.

PEGAWAI: Tertuduh II diminta masuk.

TERTUDUH II melangkah masuk. (Dengan iringan muzik)

PEGAWAI: sila angkat sumpah.

TERTUDUH II: akakkuku dekengaka ikiniki bekesukupoko akakaka bekekaktaka bekenaka.

Seisi mahkamah ketawa, kecuali HAKIM.

HAKIM: Diaaam! (mengetuk tukul ke meja tetapi terkena tangan sendiri)

Seisi mahkamah sunyi.

HAKIM: (mengintai-ngintaikan tangan, menahan kesakitan) Ah hah hah hah !

PEGAWAI: (bernada selamba tetapi tidak keras seperti jerkahan HAKIM tadi) Diam !
HAKIM : (Tersipu-sipu malu, meletakkan telunjuk ke mulut seperti membuat isyarat supaya
senyap) Syy.Siapa nama kamu?
TERTUDUH II: Nakamoko akuku,Akikino-komokotoko
HAKIM: Asal dari mana?
TERTUDUH II: Akuku akasaka dakariki ukuluku Dukungunku.
HAKIM: (Dengan nada panjang, nyaring) Pegawai !!!
PEGAWAI: Ya, tuan hakim!
HAKIM: Panggil penterjemah!
PEGAWAI: Ya, Tuan Hakim!
HAKIM: Panggil Penterjemah!
PEGAWAI: Baik, yang arif.
(Bersuara lantang, melaung) Penterjemah diminta masuk dengan segera!
Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya.
HAKIM: Kenapa lambat, wahai penterjemah?
PENTERJEMAH: Tengah melabur, tuan hakim tersalah makan colek kelubi.
HAKIM : Buah kelubi? Itu kan makanan beruang
PENTERJEMAH: Tapi saya jumpa dalam beg tuan.
HAKIM: (spontan mengerutan kening, membuat isyarat diam,tidak meneruskan penerangan
tentang kelubi) Syy teruskan sidang.
PENDAKWA RAYA: Baiklah yang arif.
Bahawasanya kamu, Akikino-Komokotoko, pada 20 Mac 1988, telah dituduh mencuri
seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.
HAKIM: Ya .. Akikino-komokotoko, apakah kamu faham akan tuduhan yang dikenakan atas
kamu?
TERTUDUH II: Akakuku taka fakahaka istikilaka bekeroko sukusikidiki.
PENTERJEMAH: Yang arif, adapun empunya diri yang bernama Akikino-komokotoko, atau
ringkasnya Akinomoto ini tidak faham akan istilah beruk subsidi.
HAKIM: Pendakwa Raya, harap perincikan istilah beruk subsidi yang tidak difahami oleh
Akinomoto.
PENDAKWA RAYA: Ya, yang arif mohon tempoh 2 minit untuk merujuk kamus.
Pendakwa Raya membuka buku besar dan beraksi membelek kandungannya dengan
teliti.
PENDAKWA RAYA: Yang Arif, adaun beruk itu menurut kamus The Advance Dictionary of the
Modern English for the Malaysian World, terbitan Syarikat Cetak Rompak Sendirian Berhad
adapun istilah beruk itu dapatlah diperincikan sebagai.. is a kind of animal which have a short
tail, and the body full with bulus, and like to eat bananas and many people call monkey.
Adapaun makna subsidi itu menurut kamus yang sama, muka surat 300, perenggan dua, baris
lima dari bawah, dapatlah diperincikan sebagai maknanya.. is a subsidy.. thats all , ya tuan
Hakim.
HAKIM: Well done well done Apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto?
TERTUDUH II: akakuku makakiki toko fakahaka daka haraka pendakakakawoko gukunoko
bakahakasaka makaleke siyiyaka.
PENTERJEMAH: Adapun katanya bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pihak
pendakwa menggunakan bahasa Melayu.
HAKIM: Ya , ya, ya.. saya juga sudah lupa. Kita sudah merdeka selama 30 tahun, seharusnya
kita menggunakan bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan kita dalam mahkamah yang mulia ini.
Ya pendakwa raya, sila huraikan menurut bahasa Melayu.
PENDAKWA RAYA: Peritah dijunjung, ya yang arif.
Adapun isitilah beruk itu menurut kamus yang tersebut itu dan apabila diterjemahkan,
maknanya ialah sejenis binatang yang mempunyai ekor pendek dan badannya penuh dengan
bulus eh maaf bulu .. dan ia sangat suka makan pisang(menunjukkan dengan ibu jari ke
arah HAKIM sambil tersengih-sengih) sama dengan hobi tuan.
Istilah subsidi itu pula apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu lama, ertinya
sabsidi (disebut sebagaimana dieja: s-a-b-s-i-d-i) dan kalau menurut bahasa Meay baharu
yang baku, ertinya Subsisi (disebut s-u-b-s-i-d-i) sekian adanya wassalam..
HAKIM: Cakap cakap apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto?
TERTUDUH II Fakahaka cikikiki.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto itu berkata, bahawa dia faham sikit-sikit tuan.
HAKIM: sikit-sikitkira bolehlah. Jadi, Akinomoto, apakah kamu mengaku salah?
TERTUDUH II: Akakuku mekengakakuku sakaloko, takapiki akuku nook cakakaka cikikiki.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata bahawa dia mengaku salah tuan, tapi katanya dia
mahu bercakap sikit.
HAKIM: Dibenarkan (dengan gaya sedikit berlucu) tapi sikit saja tau.
TERTUDUH II: Ikibiku bekeroko ikitiku sukudoho hakamiki, daa akakuku nook akanokonyako
daka bekerika baka leke ikibunyoko.
PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata abahwa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu
beri balik ibu beruk itu kepada yang berhak dan mahu memelihara anaknya.
HAKIM: Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah mempertimbangkan dengan penuh adil
dan saksama, maka saya dengan kuasa yang ada pada saya dengan ini memerintahkan
Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Kalau anaknya jantan,
namakan Mat Yeh. Kalau anaknya betina, namakan Mentesah.
Lalu apabila habis tempoh pantangnya selama 40 hari, tak termasuk cuti am dan cuti
ganti, maka ibu beruk itu haruslah dipulangkan kepada yang berhak dan sebagai dendanya,
sehingga anak beruk itu mencapai umur akil baligh, maka Akinomoto terpaksalah memanjat
kelapa dengan anak beruk menjadi tuannya.
Sekian.
Muzik selingan dikumandangkan sebagai isyarat bahawa adengan drama ditamatkan.
-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai