Anda di halaman 1dari 3

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengacara majlis, yang dihormati

panel hakim yang adil , barisan penjaga masa yang setia dengan masanya, , dif –
dif kehormat yang disanjungi serta para hadirin yang dikasihi, selamat sejahtera
dan Salam Malaysia Baharu.

Sebelum kaki mengorak langkah

Sebelum bibir mengatur kata

Moleklah saya sekiranya menguraikan intikata dalam

tajuk cerita saya ,iaitu Orang Kaya yang Tamak.

Pada zaman dahulu, ada seorang miskin yang membuat pondok


berdekatan dengan dapur rumah seorang kaya. Si miskin itu tidak mampu
memasak makanan yang sedap-sedap seperti orang kaya kerana dia tidak
mempunyai wang untuk membelinya. Oleh itu, apabila tukang masak orang
kaya itu sedang memasak lauk-pauk, maka si miskin itu pun mulalah
menyuap nasinya sambil menghidu-hidu bau lauk-pauk yang enak-enak dari
dapur orang kaya itu. Dengan cara itu dapatlah dia makan dengan
berselera.

Semakin lama, si miskin menjadi semakin gemuk.Tetapi sebaliknya


orang kaya itu semakin hari semakin kurus. Pada suatu hari, ketika si
miskin itu berjalan di tepi rumah orang kaya itu semasa hendak pulang ke
pondoknya, maka dia dipanggil oleh orang kaya itu.

Si miskin pun datanglah ke halaman rumah orang kaya itu. Dia


berdiri di hadapan orang kaya itu dengan gementar. Pada ketika itu orang
kaya sedang duduk berbual-bual dengan isterinya di halaman rumah. Lalu
orang kaya itu pun berkata, “ Hai, si miskin. Aku lihat badanmu sangat
gemuk sekali. Apakah yang kamu makan sehingga jadi begini? Ceritakanlah
kepadaku supaya aku dapat menggemukkan badanku yang semakin hari
semakin kurus ini”.

Maka si miskin pun menjawab, “ Tuan, sebenarnya saya pun tidak tahu
mengapa badan saya ini boleh menjadi gemuk. Padahal saya tidak makan
makanan yang sedap-sedap seperti tuan. Saya hanya makan nasi berlaukkan
sambal sahaja. Sekali-sekala saya berlaukkan ikan bakar. Walaupun
demikian, setiap kali saya hendak makan saya akan tunggu tukang masak
tuan memasak di dapur tuan. Maka pada masa itulah saya akan menghidu
bau masakan yang sedap-sedap sehingga terbuka selera saya hendak
makan, ” kata si miskin.

Ketika didengar oleh orang kaya akan perkataan si miskin itu, dia
pun berteriak dengan marahnya, “ Cis, Bedebah betul kamu ini. Kamu telah
mencuri zat-zat makananku. Sebab itulah badanmu menjadi gemuk gedempol,
sedangkan aku menjadi kurus kering kerana aku hanya memakan sisa-sisanya
sahaja”.

Orang kaya itu pun pergilah mengadu kepada tuan hakim, yang
kononnya si miskin telah mencuri makanannya. Pada hari perbicaraan, orang
kaya itu meminta si miskin membayar ganti rugi harga makanannya
sebanyak seribu keping emas.

Tuan hakim itu seorang yang bijaksana. Dia pun menghukum si miskin
supaya membayar ganti rugi seperti yang telah diminta oleh orang kaya
itu. Disebabkan si miskin itu tidak mempunyai wang, tuan hakim sendiri
telah meminjamkan seribu keeping wang emas kepadanya. Setelah itu
disuruhnya si miskin menjatuhkan wang itu satu per satu ke dalam sebuah
tempayan yang telah disediakan dan disuruh orang kaya itu mengira wang
tersebut.

Setelah genap seribu keeping dikiranya, maka orang kaya itu pun
meminta wang emasnya itu daripada si miskin. Akan tetapi tuan hakim yang
bijaksana itu berkata, “ Hai, si miskin, aku mendapat tahu bahawa engkau
memakan nasimu dengan berselera hanya dengan mencium bau lauk-pauk
orang kaya ini. Oleh sebab itu, sebagai dendanya, orang kaya itu telah pun
dibayar dengan bunyi-bunyi wang emas itu sahaja.”kata tuan hakim.

Apabila mendengar keputusan tuan hakim itu, maka orang kaya itu
pun pulanglah ke rumahnya dengan perasaan malu. Wahai kawan-kawan, kita
tidak seharusnya bersikap tamak dan mementingkan diri s endiri sahaja..

Dalam semak ada duri,


Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai