Anda di halaman 1dari 1

Angan-angan Mat Jenin

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung terdapat seorang pemuda bernama Mat Jenin. Dia sangat
dikenali di seluruh kampung kerana suka berangan-angan.. Dia menghabiskan hari-harinya hanya dengan
berangan-angan.

Pada suatu hari, ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin memetik kelapa tetpi pokok kelapanya
terlalu tinggi. 0leh itu, dia  ingin meminta pertolongan Mat Jenin.

"Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu. Nanti aku berikan daging kambing sebagai
balasannya." Kata Pak Mat sambil menunjukkan pokok kelapa yang tinggi melangit di belakang rumahnya.
Mat Jenin tersenyum. Dia sudah lama tidak merasa daging kambing.

Mat Jenin membetulkan kopiahnya. Senyumannya makin lebar membayangkan daging kambing
yang dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar tadi.

"Baik Pak Mat. Saya akan petik sekarang juga,"kata Mat Jenin lalu meminta diri untuk memanjat
pokok kelapa yang tinggi itu.

"Jangan berangan-angan kat atas pokok kelapa tu pula. Bahaya."pesan Pak Mat.

Sebaik sahaja sampai di belakang rumah, Mat Jenin terus memanjat kelapa itu dengan penuh
semangat. Demi daging kambing yang dijanjikan, sampai sahaja di atas. Dia terus memetik buah kelapa satu
persatu. Dalam kekhusyukan memetik kelapa, dia terlihat anak gadis Pak
Mat yang menjadi idaman para jejaka di kampung itu menjemur baju
Tanpa sedar dia mula berangan-angan.

Mula-mula, Mat Jenin memetik dan menjual kelapa.Setelah itu dia


membeli kambing .Akhir sekali dia membeli lembu dan menjadi saudagar
yang menjual daging. Dia mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang lain
dan dihormati semua orang. Berderet-deret anak gadis yang menawarkan
diri untuk menjadi isterinya.

Duit dan emas permata memenuhi rumahnya dan dia tidak lagi
berjalan kaki ke mana-mana sebaliknya menunggang kuda dan unta..Mat
Jenin tersenyum lebar dengan kekayaannya. Kemudian dia melamar anak gadis Pak Mat untuk dijadikan
isteri dan hidup kaya dan bahagia selamanya.

 "Aku kaya!." jeritnya di atas pokok kelapa itu keriangan. Kedua-dua tangannya diangkat tinggi
'meraikan' kekayaan yang hanyalah angan-angan itu sebentar tadi. Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa
bahawa dia sebenarnya masih memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya di atas pokok. 0leh sebab dia
sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu, tubuhnya hilang imbangan lalu terus jatuh melayang ke
bawah.

Anda mungkin juga menyukai