Anda di halaman 1dari 2

Mat Jenin

Pada zaman dahulu di sebuah kampung, tinggallah seorang pemuda


yang kuat berangan. Namanya Mat Jenin.

Pada suatu hari, Mat Jenin memanjat pokok kelapa untuk memetic
buah kelapa. Dia sudah memanjat sepuluh pokok kelapa. Semasa memanjat
pokok yng kesebelas, Mat Jenin sudah mula berangan-angan.

“ Upah memetik buah kelapa ini akan kubelikan dua puluh biji telur ayam
kampung. “ fikir Mat Jenin.

Kemudian, Mat Jenin menyambung kerja memetik buah kelapa


daripada pokok itu. Tidk lama kemudian,dia berasa letih. Mat Jenin pun
bertenggek di atas pelepah kelapa yang separuh kering. Mat Jenin terus
menyambung angan-angannya.

“Telur-telur itu akan aku eramkan. Kemudian, aku akan bela ayam-ayamku
dengan baik sekali. Apabila ayam-ayam kampung sudah besar, aku akan
menjualnya. Wang jualan ayam itu akan kubeli beberapa ekor kambing,”
angan Mat Jenin.

Mat Jenin terus berangan. Dia berangan untuk menjual kambing-


kambingnya dan membeli beberapa ekor lembu pula. Selepas lembu-
lembunya membiak, Mat Jenin akan menjualnya. Wang jualan lembu itu akan
dibelinya beberapa ekor kuda. Kuda itu akan ditunggangnya semasa
membawa lembu-lembunya meragut rumput di padang.

Mat Jenin terus berangan lagi. Dia berangan bersiar-siar menunggang


kudanya. Mat Jenin menjemput tuan puteri untuk menunggang kudanya.
Tuan puteri bersetuju menunggang kuda bersama Mat Jenin.

Tuan Puteri meminta Mat Jenin untuk memacu kuda dengan lebih
pantas. Oleh sebab laju pantas, kudanya tersalah lompat lalu terjatuh ke
dalam perigi buta.

Ketika itulah Mat Jenin tersedar bahawa dia sebenarnya terhenjut-


henjut di atas pelepah kelapa. Mat Jenin terkejut apabila badannya
melayang di udara. Akhirnya, Mat Jenin mendarat ke tanah dengan kedua-
dua kakinya tercengat.

Orang kampung terlopong melihat kejadian itu. Mat Jenin hanya


mampu tersenyum. Orang kampung menyindirnya kerana kuat berangan-
angan.

Pengajaran: Janganlah kuat berangan-angan. Jika kita inginkan sesuatu kita


mesti berusaha dengan gigih. Usaha yang gigih dapat membawa kejayaan.
Sedangakan angan-angan yang kosong tidak akan memberi kita apa-apa
hasil.

Anda mungkin juga menyukai