Anda di halaman 1dari 1

Pak Pandir dan Mak Andeh mempunyai seorang anak.

Mereka sangat sayang anak itu dan berhasrat memeliharanya dengan baik agar anak mereka menjadi orang yang berguna apabila besar kelak. Pada suatu hari, Mak Andeh hendak ke huma lalu memesan kepada Pak Pandir agar memandikan mereka. "Mandikan anak dengan air suam dan jangan mandikan dia dengan air sejuk" Pesan Mak Andeh kepada Pak Pandir, Pak Pandir cuma mengangguk tanda faham. Mak Andeh pun pergilah ke huma. Apabila anak mereka terjaga dari tidur, Pak Pandir pun segera menyediakan air mandian dengan memasak air di dalam kawah. Sebaik sahaja air itu mendidih, Pak Pandir mendukung anaknya lalu memasukkan ke dalam kawah tersebut.. Apalagi! Anaknya terus terserigai apabila direbus dalam air yang panas itu! Pak Pandir sebaliknya berasa gembira kerana menyangka anaknya tersenyum lebar. Lalu, Pak Pandir pun semakin bersungguh-sungguh memandikan anaknya dengan menyiram air yang panas itu menggunakan gayungnya pula. Pada fikirannya, anaknya itu terlalu suka mandi air panas! Seketika kemudian, Mak Andeh pun pulang ke rumah mereka lalu terlihat akan kelakuan Pak Pandir dan keadaan anaknya. Mak Andeh pun meraunglah sekuat-kuat hati. Pak Pandir mula merasa hairan dan bertanya. : "Mengapa pula Mak Andeh meraung melihat anak yang gembira mandi air panas ni?" Dalam tangisannya, Mak Andeh pun berkata, "Anak kita dah meninggal...! Air itu terlalu panas dan bukannya air suam!" Pak Pandir yang sedar akan kebebalannya itu tahu.. bahawa kini, dia telah kehilangan anak yang sangat disayangi. Pak Pandir menangis kerana amat menyesal dengan apa yang berlaku. Tetapi segalanya sudah terlambat.

Selepas itu, tinggallah Pak Pandir dan Mak Andeh dalam kesedihan. Mereka sedih mengenangkan anak yang sudah tiada lagi.

Anda mungkin juga menyukai