Anda di halaman 1dari 2

TAJUK CERITA : PAK PANDIR

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Pada hari ini saya akan
bercerita tentang satu kisah iaitu “Aduhai Pak Pandir”.

Di sebuah hutan, tinggallah sepasang suami isteri yang bernama Pak Pandir dan Mak Andeh.
Pak Pandir seorang yang bodoh. Dia tidak tahu membuat sebarang pekerjaan tanpa diajar
oleh isterinya.

Setelah beberapa lama berkahwin, mereka pun mendapat seorang anak perempuan.Namun
begitu anak mereka sering sakit. Suatu hari, Mak Andeh menyuruh Pak Pandir mencari ubat
untuk anak mereka. “Manalah aku tahu, Andeh. Kau sahajalah yang cari, biar aku jaga anak
kita ini” kata Pak Pandir. Keluarlah Mak Andeh ke hutan mencari herba yang boleh dijadikan
ubat untuk anaknya. Sebelum keluar, Mak Andeh berpesan kepada Pak Pandir agar
memandikan anak mereka.

“Andeh suruh aku mandikan anak dengan air panas suam,” kata Pak Pandir yang cuba
mengingatkan pesanan isterinya. Jadi Pak Pandir pun memasak seperiuk besar air. Setelah air
mendidih Pak Pandir pun memasukkan anaknya ke dalam periuk itu. Apa lagi menggeletik
anak Pak Pandir di dalam air panas itu. “Wah suka benar anak aku mandi dalam air panas ini”
kata Pak Pandir sambil tersenyum melihat keadaan anaknya di dalam periuk itu.

Apa lagi menggeletik anak Pak Pandir di dalam air panas itu. “Wah suka benar anak aku
mandi dalam air panas ini” kata Pak Pandir sambil tersenyum melihat keadaan anaknya di
dalam periuk itu.

Tidak lama kemudian, Mak Andeh pun pulang dari hutan. “Pandir dimanakah anak kita?”
tanya Mak Andeh setelah melihat anaknya tiada di tempat tidur.Aku sedang mandikannya
dengan air panas. Suka benar dia Andeh” beritahu Pak Pandir sambil mendapatkan Mak
Andeh. Apa air panas? Kata Mak Andeh terkejut lalu berlari ke dapur. Tergamam Mak Andeh
apabila melihat anaknya yang hampir masak didalam air panas itu.

Mak Andeh meraung sambil memukul-mukul Pak Pandir kerana terlalu marah. Dia berasa
sangat sedih mengenangkan kematian anak kesayangannya itu disebabkan kebodohan Pak
Pandir.

Aku suruh mandikan anak dengan air suam bukan air panas. Aduhai, mengapalah aku
bersuamikan Pandir yang bodoh ini marah Mak andeh sambil menangis. Sejak peristiwa itu
Pak Pandir berasa sangat kesal atas kebodohannya sendiri.

Kini, satu-satunya anak yang dimiliki telah mati. Isterinyapula tidak memperdulikannya lagi.
Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini adalah janganlah kita melakukan sesuatu
perkara itu jika kita tidak mengetahuinya. Bertanyalah kepada yang tahu.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai