PAK PANDIR
1
ADUHAI... PAK PANDIR
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan.
Si suami bernama Pak Pandir dan isterinya bernama Mak Andih. Pak Pandir
seorang yang lurus dan malas bekerja. Maka Mak Andih terpaksa menyuruh
Pak Pandir melakukan pelbagai kerja. Malangnya, Pak Pandir tidak tahu
membuat kerja dan sentiasa melakukan kesilapan. Mereka dikurniakan
seorang anak yang bernama Atan. Mereka amat menyayanginya. Pada suatu
hari, Mak Andih ingin ke sawah lalu memesan kepada Pak Pandir untuk
memandikan Atan. Mak Andih memesan untuk mandikan Atan dengan air
suam. Malangnya, Pak Pandir tidak menengar pesanan Mak Andih itu lalu
memandikan Atan dengan air yang mendidih. Atan menjerit kesakitan akibat
badannya yang melecur itu. Setelah Mak Andih pulang ke rumah, dia berasa
sangat tekejut dan amat sedih kerana badan Atan yang melecur dan
terbaring. Mak Andih berasa sangat sedih lalu keluar dari rumah itu dan
menangis di tempat Atan selalu bermain. Tiba-tiba, muncul seorang pawang
dari suatu arah. Mak Andih menceritakan segalanya yang telah berlaku.
Lantas pawang tersebut bergegas ke rumah Mak Andih untuk mengubati
Atan. Atan kembali sihat seperti sediakala. Mak Andih berasa sangat gembira.
2
ADUHAI... PAK PANDIR
SET
DI ATAS PENTAS AKAN DIPAPARKAN SEBUAH PERKAMPUNGAN YANG
TERDAPAT SEBUAH RUMAH IAITU RUMAH PAK PANDIR, SUASANA
HUTAN DAN JUGA SUNGAI. TERDAPAT POKOK-POKOK DAN BURUNG
YANG MEMPERLIHATKAN SEAKAN-AKAN HUTAN.
PROPS
SEBUAH RUMAH, SAMPAN, RUSA, POKOK DAN BURUNG SERTA
PERALATAN YANG MENGIKUT KESESUAIAN KEHIDUPAN DI KAMPUNG.
1) RUMAH PAK PANDIR DAN MAK ANDIH
2) KAWASAN SUNGAI
3) TEMPAT ATAN BERMAIN (HUTAN)
WATAK
TERDAPAT BEBERAPA WATAK DALAM DRAMA INI. ANTARANYA IALAH:
1) PAK PANDIR
2) MAK ANDIH
3) ATAN
4) NEK SOM
5) PAWANG
6) BURUNG
7) POKOK
8) RUSA
3
ADUHAI... PAK PANDIR
PERWATAKAN
1. PAK PANDIR
Seorang lelaki yang berusia lingkungan 45 tahun – 50 tahun. Seorang
yang lurus dan tidak pandai bekerja serta selalu menimbulkan masalah
dan huru-hara. Banyak tindakannya tidak memikirkan implikasi buruk
ataupun sebaliknya.
2. MAK ANDIH
Berumur lingkungan 4Berumur lingkungan 45 tahun – 50 tahun. Dia
merupakan seorang isteri yang sangat penyabar dan setia dengan
suaminya meskipun banyak perkara sudah berlaku.
3. ATAN
Anak kepada Pak Pandir dan Mak Andih. Atan merupakan seorang
anak yang baik dan periang. Dia sangat suka bermain di hutan.
4. NEK SOM
Nek Som merupakan seorang wanita tua yang berusia 60 tahun – 65
tahun. Nek Som merupakan bidan yang menyambut Atan ketika dia
dilahirkan.
5. PAWANG
Dia telah mengubati Atan sehingga pulih.
6. POKOK
Mereka tinggal di hutan dan berkawan dengan si Atan.
7. BURUNG
Tinggal di hutan dan berkawan dengan si Atan.
4
ADUHAI... PAK PANDIR
ARAHAN : PROLOG
5
ADUHAI... PAK PANDIR
SUARA : (ECHO) Dalam kehidupan ada suka ada duka. Setiap tawa
pasti ada tangisan mengiringi. Di sebalik kegembiraan pasti
ada sebabnya. Begitu juga dengan tangisan. Di sebalik
tangisan, pasti ada sesuatu yang menimpa.
6
ADUHAI... PAK PANDIR
MAK ANDIH : Tapi, belum masak lagi. Lapar pula rasa. Baik aku pulang ke
rumah untuk isi perut.
PAK PANDIR : Tapi Andih, bukan aku taknak mengail ikan. Aku tak pandai.
MAK ANDIH : Hmm.. Pak Pandir... Pak Pandir (sambil geleng kepala)
Kalau nak mengail ikan, kena ada mata kail.
PAK PANDIR : Mata kail? Mata kail tu macam mata kita ya?
Ini lah namanya mata kail. Tapi yop kena cari umpan dulu.
Yop cari belalang rusa untuk dibuat umpan ya.
PAK PANDIR : Kalau begitu teman pergi sekarang lah. Lagi pun hari dah
hampir senja.
7
ADUHAI... PAK PANDIR
PAK PANDIR : Belalang, rusa, belalang, rusa, belalang, rusa, belalang, rusa,
belalang, rusa. Haa..rusa! (sambil mengira menggunakan
jari)
Haa! Itu pun rusa. Uish... besor benor umpan teman ni ye.
(Pak Pandir menangkap rusa tersebut lalu
mencampakkannya ke dalam sungai. Rusa itu mengeluarkan
bunyi seperti terseksa)
PAK PANDIR : Ni haa... teman mengail ikan ni. Mesti banyak ikan kita dapat
Andih. Umpan teman ni pun besar.
PAK PANDIR : Tadi mike yang suruh teman cari umpan. Ini lah dia. Umpan
rusa.
MAK ANDIH : Andih bukan cakap rusa. Andih cakap belalang rusa!
MAK ANDIH : Abang ni kan... Andih geram sangat. (sambil hentak kaki)
8
ADUHAI... PAK PANDIR
MAK ANDIH : Sudah lah. Tak usah nak tanya-tanya lagi. Andih nak balik.
Penat!
(jalan sambil hentak kaki)
9
ADUHAI... PAK PANDIR
Yang ni kot!
Assalamualaikum...Nek Som oh Nek Som.
(sambil ketuk pintu)
NEK SOM : Haa Pandir. Ada apa yang kelam kabut sangat ni cari Nek
Som?
NEK SOM : Lah.. Lain kali kabo le awal-awal. Cepat-cepat! Moh ler kita
pergi. Tunggu apa lagi?
(loghat Perak)
10
ADUHAI... PAK PANDIR
La la la la la la la la la la la la la la la la la
Di sini senang
Di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
La la la la la la la la la la la la la la la la la
ATAN : Baik kawan-kawan. Aku pulang dahulu ya. Esok kita jumpa
lagi.
MAK ANDIH : Yop ... Andih nak ke sawah ni. Yop tolong mandikan Atan ya.
Nanti yop mandikan Atan dengan air suam.
MAK ANDIH : Iya. Air suam. Ambil air mendidih dan campur dengan air
sejuk. Yop dengar tak?
PAK PANDIR : Ya... teman dengar ler. Hati-hati ke sawah tu. Kalau ada apa-
apa panggil ja nama yop. Cer sebut.
11
ADUHAI... PAK PANDIR
PAK PANDIR : Haa.. macam tu barulah isteri teman. Hati-hati ke sawah tu!
PAK PANDIR : Kesian anak teman. Mengantuk sangat ya. Lepas mandi pun
terus tidur.
PAK PANDIR : Hah? Jadi apa? Dia tengah nyenyak tidur tu.
PAK PANDIR : Teman buat seperti yang kamu suruh lah. Masak air dan
mandikan Atan. Dia kan tak boleh sejuk-sejuk.
12
ADUHAI... PAK PANDIR
KECIL.
13
ADUHAI... PAK PANDIR
PAK PANDIR : Eh, anak bapak dah bangun. Esok bolehlah bapak mandikan
lagi ya.
CUCU : Oh, begitu. Rupanya ada juga ye orang macam Pak Pandir
14
ADUHAI... PAK PANDIR
ni...
ATUK : Tapi kan, di sebalik segala huru-hara yang berlaku, terdapat
banyak sangat nilai yang boleh kita jadikan teladan.
TAMAT
15