Anda di halaman 1dari 9

DAFTAR KANDUNGAN

Bahagian Prelim

Soalan Kerja Kursus i

Biodata ii

Kandungan iii

Penghargaan iv

Bahagian isi

1.0 Pengenalan 3`

2.0 Konsep Teknik 3-4

2.1 Konsep Teknik Bercerita

2.2 Konsep Teknik Latih Tubi

3.0 Banding Beza Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi 4-6

3.1 Kelebihan Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi

3.2 Kelemahan Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi

4.0 Persamaan Teknik Bercerita dan Teknik Latih Tubi 6

5.0 Kesimpulan 7

Bahagian Akhir

Bibliografi 8-9

1
PENGHARGAAN

Pertama sekali bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana telah melimpahkan
pelbagai nikmat dan kurniaan-Nya kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
lancar dan jayanya.

Saya juga merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pensyarah saya


B.Parimala A/P Balasubramaniam kerana telah banyak berkongsi maklumat dan memberikan
tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah saya yang
telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan
ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang saya kasihi iaitu
Muhammad Shahrol Bin Harun, Muhammad Aiman Azizi Bin Azhar , Khoo Yu Ting , Low Jie
Ying serta rakan-rakan yang lain yang telah banyak berkongsi maklumat dan memberikan
sokongan moral sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.

2
1.0 PENGENALAN

Teknik pengajaran merupakan langkah-langkah penyampaian bahan atau isi pengajaran


kepada murid-murid. Teknik juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti. Bagi tajuk kerja kursus tugasan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ialah membanding beza dua teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu secara kritis dengan contoh-contoh yang relevan. Bagi teknik pengajaran dan
pembelajaran yang saya kaji ialah teknik bercerita dan teknik latih tubi.

2.0 KONSEP TEKNIK

2.1 KONSEP TEKNIK BERCERITA

Definisi bagi teknik menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut
Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan bahawa teknik adalah
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, Menurut Anne Pellowski (1990) bercerita
ialah keseluruhan pengalaman sejenak penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau
proses yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan rakyat. Oleh itu,
secara umumnya teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi
menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak. (Trencher, 1991:86). Ini
disebabkan murid-murid dapat mencipta ‘dunia’ dan membina organisasi acara,
pengalaman dan fakta mereka sendiri.

2.2 KONSEP TEKNIK LATIH TUBI

Teknik latih tubi ialah teknik yang menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya
kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik. Melalui teknik latih tubi juga
membantu murid menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat
demikian. Malah, teknik latih tubi juga adalah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang dipelajari. Bagi teknik latih tubi sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa kedua
serta boleh juga digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran. Teknik latih tubi dapat
mengelakkan murid daripada pasif serta kebosanan kerana hanya mendengar isi

3
penyampaian daripada guru sahaja. Oleh itu, jelaslah teknik latih tubi dapat
memantapkan pemahaman serta peneguhan murid-murid.

3.0 BANDING BEZA KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK BERCERITA DAN LATIH
TUBI

3.1 KELEBIHAN TEKNIK BERCERITA DAN TEKNIK LATIH TUBI

Antara kelebihan bagi Teknik Bercerita ialah murid dapat meningkatkan kemahiran
mendengar dan bertutur. Melalui teknik bercerita, murid dapat mendengar dan bertutur
tentang sesuatu cerita atau perkara dan murid dapat meningkatkan kemahiran
mendengar dan bertutur secara langsung. Antara kelebihan lain bagi teknik bercerita
ialah murid dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
Melalui Standard Pembelajaran 1.5.2 iaitu menceritakan sesuatu perkara yang didengar
dengan betul menggunakan ayat tunggal. Melalui standard pembelajaran in, murid dapat
bercerita tentang sesuatu perkara atau pengalaman murid itu sendiri dengan
menggunakan ayat tunggal. Murid juga dapat bercerita tentang pelbagai cerita seperti
cerita haiwan, cerita rakyat dan juga cerita moden. Malah, murid dapat belajar dalam
keadaan yang seronok melalui cerita yang disampaikan oleh rakan-rakan yang lain. Guru
boleh membuat aktiviti teknik bercerita iaitu aktivitinya ialah murid mendengar lagu
tentang seekor haiwan rama-rama dan murid akan dibahagikan kepada kumpulan untuk
bercerita kembali tentang lagu yang mereka dengar mengenai proses kejadian rama-
rama. Melalui teknik bercerita ini, murid akan dapat belajar dengan gembira kerana dapat
bernyanyi serta bercerita dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti lagu dan
juga video yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Malah, melalui penggunaan unsur TMK dan didik hibur
melalui teknik bercerita akan menjadikan murid lebih kreatif selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang ingin memanfaatkan penggunaan ‘’ICT ’’ bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Selain itu, Antara kelebihan teknik bercerita berdasarkan standard pembelajaran


1.5.2 juga ialah murid dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan cerita
dengan kehidupan mereka. Melalui cerita-cerita yang didengar atau diceritakan oleh
murid sendiri sekali gus dapat memperoleh pelbagai nilai murni serta pengajaran
daripada cerita tersebut. Sebagai contoh, jika murid bercerita tentang kisah Tanggang
yang derhaka kepada ibunya, murid akan mendapat pelbagai pengajaran daripada Kisah
Tanggang yang derhaka kepada ibunya sehingga disumpah menjadi batu.

4
Antara kelebihan bagi teknik latih tubi pula ialah murid lagi mudah mengamalkan
apa yang telah dipraktikkan serta lebih mudah untuk membina ayat melalui teknik latih
tubi. Melalui teknik latih tubi, murid dapat membuat latih tubi secara berulang kali dan
menjadikan murid tersebut lebih mahir. Sebagai contoh, melalui standard pembelajaran
5.3.2 iaitu memahami, mengenal pasti dan menggunakan ayat mengikut konteks ayat
dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk. Guru boleh menggunakan teknik latih tubi bagi
murid dapat membezakan antara ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk serta
memberi kefahaman kepada murid untuk membina ayat dasar, ayat tunggal dan ayat
majmuk. Melalui teknik latih tubi, murid akan menjadi mahir membina ayat dasar,
seterusnya akan mahir membina ayat tunggal dan ayat majmuk secara latihan berulang
kali. Sebagai contoh, daripada ayat dasar FN + FN iaitu Encik Ali (FN) seorang guru (FN)
akan diperkembangkan oleh murid menjadi ayat tunggal iaitu Encik Ali merupakan
seorang guru di sekolahnya secara teknik latih tubi. Jadi jelaslah bahawa teknik latih tubi
sangat membantu murid-murid dalam membina ayat secara berperingkat serta
membezakan jenis ayat melalui latihan berulang kali.

Selain itu, antara kelebihan bagi teknik latih tubi berdasarkan standard
pembelajaran 5.3.2 ialah murid akan lebih mudah mengingat sehingga mereka boleh
menjawab soalan peperiksaan pada setiap akhir tahun. Murid-murid yang didedahkan
dengan format atau latih tubi mengenai soalan peperiksaan akan menjadikan murid yakin
serta mudah untuk membuat jawapan peperiksaan melalui latih tubi yang pernah
dilakukan oleh murid. Murid yang pernah membuat latih tubi daripada ayat dasar, ayat
tunggal dan ayat majmuk akan lebih mudah untuk membuat karangan.

3.2 KELEMAHAN TEKNIK BERCERITA DAN TEKNIK LATIH TUBI

Antara kelemahan bagi teknik bercerita berdasarkan standard pembelajaran 1.5.2 iaitu
menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.
pula ialah murid-murid cenderung untuk menghafal isi cerita tetapi kurang memahami
cerita. Terdapat guru yang memberikan teks bercerita kepada murid dan murid diminta
untuk menghafal teks cerita yang mengandungi ayat tunggal tersebut dan bercerita di
hadapan. Ini akan menyebabkan murid kurang memahami dan menghayati cerita. Murid
hanya menghafal kemudian bercerita di hadapan kelas.

Selain itu, kelemahan bagi teknik bercerita berdasarkan standard pembelajaran


1.5.2 ialah kemahiran menulis kurang dititikberatkan. Melalui teknik bercerita, kemahiran
membaca serta mendengar dan bertutur banyak digunakan dalam teknik bercerita
manakala penggunaan bagi kemahiran menulis kurang dititikberatkan dalam teknik

5
bercerita. Kemahiran menulis kebanyakan hanya digunakan untuk menulis pada akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu menjawab soalan pemahaman daripada cerita
yang disampaikan.

Antara kelemahan bagi teknik latih tubi berdasarkan standard pembelajaran 5.3.2
iaitu memahami, mengenal pasti dan menggunakan ayat mengikut konteks ayat dasar,
ayat tunggal dan ayat majmuk. pula ialah teknik latih tubi akan menyekat dan
mengehadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Melalui teknik latih
tubi, murid akan didedahkan dengan petua atau rumus yang perlu dihafal dan digunakan
dalam setiap latihan. Ini akan menyekat kebebasan murid untuk berfikir secara KBAT iaitu
kemahiran berfikir aras tinggi. Sebagai contoh, terdapat murid yang melakukan latih tubi
berulang kali tentang pembinaan ayat majmuk dan ayat tunggal mengikut petua atau
rumus dan bukannya berfikir secara kreatif. Selain itu, kelemahan bagi teknik latih tubi
berdasarkan standard pembelajaran 5.3.2 ialah kebanyakan murid hanya akan meniru
daripada kawannya semasa membuat latihan latih tubi. Ini akan menyebabkan mereka
tidak berfikir secara kritis untuk menyelesaikan soalan latih tubi yang diberi.

Di samping itu juga, antara kelemahan latih tubi berdasarkan standard


pembelajaran 5.3.2 ialah murid tidak dapat belajar secara didik hibur atau belajar sambil
bermain. Murid-murid hanya menghafal konsep atau rumus yang diberi oleh guru dan
akan membuat latihan menggunakan rumus tersebut secara berulang kali.

4.0 PERSAMAAN TEKNIK LATIH TUBI DAN TEKNIK BERCERITA

Terdapat beberapa persamaan antara teknik latih tubi dan teknik bercerita iaitu teknik latih
tubi dan teknik bercerita merupakan teknik pengajaran dalam bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Seterusnya, teknik bercerita dan teknik latih tubi mempunyai persamaan lain iaitu
meningkatkan kemahiran asas murid-murid iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca serta meningkatkan kemahiran menulis murid-murid.

Selain itu, teknik bercerita dan teknik latih tubi sangat sesuai digunakan untuk
membina kemahiran kecekapan berbahasa kerana latihan secara berulang kali melalui
bercerita dan juga menulis dapat meningkatkan penguasaan murid dalam berbahasa.

6
5.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, melalui kerja kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah (BMMB3063) ini saya dapat membanding beza dua teknik pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu iaitu teknik latih tubi dan juga teknik bercerita. Teknik bercerita
dan latih tubi memainkan peranan yang penting dalam melahirkan murid yang cemerlang dan
seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan juga emosi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

7
BIBLIOGRAFI

Abdul Fatah Hassan. (2007). Mengenai Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2011). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Pub.

Abd. Rahim, A.R (1995). Perkembangan profesionalisma keguruan dalam konteks sekolah.
Paper presented at the National Seminar on Teacher Education, UTM, Johor, Malaysia
at 18-19 December 1995.

Newmeyer, F.J. 1980. Linguistic Theory in America. New York: Academic Press.

Safiah Karim. (2015). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah Karim. (1988). Linguistik Transformasi Generatif: Suatu Penerapan pada Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar.

Siti Hajar. (2009). Bahasa melayu II. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa


Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia

Evelyn J. Soweell. (2005). Curriculum: An Integrative Introduction:3 Edition. New Jersey.


Merill Prentice Hall.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur:


Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan.

Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hutchinson, G.E .(1993). Prospective teachers’ perspective on teaching physical education:


An interview study on the recruitment phase of teacher socialisation. Journal of
Teaching in Physical Education 12: 344-354.

Hutchinson, G. E, Buschner, C. A. (1996). Delayed entry undergraduates in Physical

Education teacher education: Examining life experiences and career choice. Journal

of Teaching in Physical Education 15: 205-223.

8
Jantzen, J.M. (1981). Why college students choose to teach: A longitudinal study. Journal of

Teacher Education 32 (2) : 45-48.

Musak Mantrak. (1995). Ke arah meningkatkan martabat pendidikan abad ke-21: Cabaran,

hakikat dan harapan. Prosiding Seminar JKLJAU Ke-9.

Anda mungkin juga menyukai