Anda di halaman 1dari 3

DRAMA SEBABAK TAJUK : DESA TERCINTA Situasi 1 Boboi seorang budak Bandar yang sombong dan berlagak.

Pada waktu cuti sekolah boboi dan ibunya pulang ke kampung untuk bercuti. Tiba-tiba ibunya perlu kembali ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa hal penting di pejabat. Boboi terpaksa ditinggalkan di kampung. Boboi tidak suka tinggal dikampung bersendirian tanpa ibunya. Boboi menelefon ibunya. Boboi Mummy Boboi Mummy Helo mummy. Mummy boboi tak suka la duduk kat kampung. Boboi nak balik KL. Bosan la kat sini. Mummy amik boboi ye. Kenapa dengan anak mummy ni. Tak baik cakap macam tu. Kecil hati opah kalau dengar nanti. Ala mummy ni. Asyik pikir pasal hati opah je. Hati boboy ni mummy tak pikir pun. kan cuti skolah ni. Apa salahnya kamu spent time dengan opah kamu kat kampung. Kesian opah tinggal seorang. Lagipun mummy ada hal yang perlu mummy selesaikan kat office. Lagipun bahaya kamu tinggal sendirian kat umah. Kat kampung opah boleh tengoktengokkan boboi. Dah selesai semua nanti mummy balik kampung teman boboi ngan opah ye. Ok la boboi, mummy ada mesyuarat ni. Nanti mummy call boboi balik ye. Anak mummy jangan nakal-nakal tau. Tolong tengok-tengokkan opah kamu ye. Muah. Bye. Mummy. Helo, helo. Ish, mummy ni, belum habis cakap dah letak telefon. Kamu cakap ngan siapa tu boboi? Mummy kamu telefon ke? Aah. Boboi yang telefon mummy. Boboi rindu kat mummy. Owh. Mummy kamu kan sibuk. Janganlah kamu ganggu mummy kamu tu. Ala opah ni, kan boboi kata boboi rindu kat mummy. Bukan lama pun boboi cakap ngan mummy. Kamu tak keluar bermain dengan kawan-kawan kamu kat luar tu. Opah tengok diorang seronok bermain kat luar tu. Tak nak la. Kawan boboi semua kat KL. Lagipun tak best kawan ngan diorang. Diorang tu kampung. Oppppssss Tak baik boboi cakap macam tu. Mereka semua baik terhadap boboi. Mereka nak sangat berkawan ngan boboi. Pergi la berkawan dengan mereka. Tak nak la. Baik boboi berkawan ngan ipad ni. Lagi best. Boboi nak keluar jap la opah. Boboi nak ronda-ronda kampung. Mmmmmmm. Ikut suka kamu la boboi. Tapi jangan balik lambat pulak. Jangan merayap jauh sangat ye. Ok. Bye opah. Boboi pergi dulu.

Boboi Opah Boboi Opah Boboi Opah Boboi Opah

Boboi Opah Boboi

Situasi 2 Boboi berjalan-jalan sambil bermain permainan komputer di dalam U Pad nya. Tibatiba budak-budak kampung menegur nya. Leman Siti Budak-budak kampung Boboi Leman Boboi Leman Minah Boboi Budak-Budak kampung Leman Boboi Hei boboi. Sombongnyer awak ni. Jom la join kitorang main guli ni. Aah la boboi. Jom la join kami main lompat getah. Jom la. Jom la. Tak nak la. Main guli. Tak nak la. Baik saya main game dalam U Pad saya ni. Lagi best. U Pad. Apa benda tu? Awak tak tau U Pad tu apa. Eeeee. Kampung la awak ni. Ketinggalan zaman sangat U Pad ni tablet PC. Apa benda plak tu? Aah la boboi apa benda tab, tab, tab, tab apa? Tablet PC. Apa yang awak tau. Yang awak tahu main guli je. Tak ada kelas langsung. Dah la, malas saya nak layan awak semua. Sombongnya die tu (sambil berbisik-bisik) Boboi, kalau awak bosan tak da kawan. Kami sudi jadi kawan awak. Tengoklah. (Berpaling dengan wajah sombong)

Kerana terlalu leka dengan permainan komputer nyer, boboi tidak perasan akan tunggul kayu dihadapannya. Dia tersepak tunggul kayu tersebut dan terjatuh. U Pad nya terjatuh dan berkecai. Boboi terus menangis kerana kesakitan dan malu.

Boboi Leman Bedah Siti Leman

Bedah Siti Leman Boboi Leman Boboi Siti Boboi

Huhuhuhuhuhuhuhu. Sakitnya. Mummy, sakit. Huhuhuhuhuhuhu. Eh. Kawan-kawan, tengok tu. Boboi terjatuh la. Aah la. Jom kita gi tolong dia. Dia cedera tu. Tak nak la. Dia tu sombong. Buat apa kita nak tolong orang sombong macam tu. Padan muka dia. Tak baik kita buat macam tu. Kesian kat dia. Kita kene tolong dia. Kenapa kita perlu bersikap sombong seperti dia juga. Jom la kita pergi tolong dia. Aah la Siti. Jom la. Baiklah. (Mereka semua pergi menolong Boboi) Boboi, awak tak apa-apa? Huhuhuhuhuhu. Awak tak Nampak ke saya terjatuh dan cedera ni. Awak nak apa? Awak datang nak gelakkan saya kan. Tak la, kami semua datang nak tolong awak. (Boboi tersipu malu) Kami kesian tengok awak. Biar kami tolong awak. Aah la Boboi. Kami semua datang nak tolong awak. Maafkan saya. Saya terlalu sombong pada kamu semua. Saya malu dengan tindakan saya terhadap kamu semua.

Minah

Leman

Boboi Leman

Tak pe la Boboi. Kami faham. Kamu budak Bandar kami budak kampung. Kamu tak biasa dengan suasana kampung. Kami tak kisah pun. Kami kesian tengok kamu. Mak saya pesan, kita kene tolong orang ketika berada dalam kesusahan. Insyaallah suatu hari nanti orang pula akan tolong kita bila kita dalam kesusahan. Terima kasih semua. Saya minta maaf sekali lagi. Saya malu pada kamu semua. Kitakan kawan.

Mereka semua berjabat tangan dan mula berkawan. Boboi telah menginsafi segala kesilapannya. Tiba-tiba opah pun datang. Opah Leman Opah Boboi Opah Boboi Siti Leman Opah Boboi Leman Boboi Kenapa ni? Apa yang berlaku pada cucu opah ni? Opah, Boboi terjatuh tadi. Kaki Boboi luka. Luka. Ala kesiannya cucu opah ni. Opah, Boboi nak minta maaf. Tadi boboi bersikap kasar dengan opah. Tak pe, opah faham perasaan kamu. Opah tak kecik hati pun. Dah la, nanti sampai rumah Opah sapukan ubat ye. Terima kasih Opah. Beruntung kamu Boboi. Kamu ada seorang Opah yang penyayang. Aah la Boboi. Kami pun dan anggap Opah macam opah kami. Jom semua ke rumah opah. Opah ada buat lasagnia kegemaran kamu semua. Apa? Korang pun makan lasagnia Of course. OMG

Anda mungkin juga menyukai