Anda di halaman 1dari 13

MURABBI

Mohd Akmal Majid

Sinopsis

Di penjuru padang Cikgu Arman melihat anak kecil bersendirian. Anak kecil itu pelajar
kelasnya. Wajah penuh duka. Riak seakan ada dendam yang belum terlerai seolah ada rasa
yang tak terluah tanpa air mata. Syazwan memendam rasa, jiwanya luluh saat mendengar
perbincangan ibu dan ayah di ruang tamu. Saat ayat terakhir yang ingin diucapkannya, Cikgu
Arman memeluk erat tubuh kecil itu. Ya Allah, kenapa begitu kejam orang dewasa. Pelukan
erat itu meleraikan resah Syazwan lantas tangan guru itu dikucup. Terima kasih cikgu. Cikgu
genggam tangan Syazwan. Cikgu tahu Syazwan akan berjaya saat jiwanya kembali pulih.

Watak

Syazwan - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Anak bongsu yang hilang perhatian
ibu bapa dan keluarga.

Cikgu Arman - Seorang guru lelaki yang penyanyang dan prihatin terhadap nasib pelajarnya.

Cikgu Farah - Seorang Guru Kelas murid tahun 6 yang mengajarkan subjek Matematik dan
suka mencari salah orang lain.

Ibu - Ibu kepada Syazwan yang sibuk dengan kerjanya dan kurang memberi
sokongan moral kepada Syazwan.

Ayah - Ayah kepada Syazwan yang juga sibuk bekerja tetapi masih mengambil berat
terhadap Syazwan.

Kak Alia - Kakak kepada Syazwan yang sibuk menyiapkan tesis untuk menyambung
pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana.

Rakan sekelas - Ahli-ahli kelas Syazwan yang tidak suka berkawan dengan Syazwan kerana
lemah dalam pelajaran.

Pak Said - Pemandu kepada ayah Syazwan yang membawanya ulang-alik untuk ke
tempat kerja.

1
Babak 1

Syazwan merupakan anak bongsu daripada lima orang beradik. Semua mempunyai seorang
abang dan tiga orang kakak. Kesemua abang dan kakak-kakaknya merupakan pelajar contoh
di sekolah suatu ketika dahulu. Pada tahun ini, Syazwan akan menduduki peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

ARAHAN: SET DI DALAM KELAS. CAHAYA PENTAS TERANG MENERANGI


RUANG DI DALAM KELAS PADA WAKTU PAGI. AUDIO MURID BISING SEAKAN-AKAN
BERBINCANG DI DALAM KELAS DIMAINKAN SEBELUM PELAKON MASUK DENGAN
SKRIP.

Cikgu Farah: Syazwan, saya nak kamu tunjuk jalan kerja soalan no 5 ni di hadapan
kelas.

Syazwan: (CUBA UNTUK SELESAIKAN SOALAN NO 5 DI HADAPAN KELAS)


Alaa, macam mana ni, lepas ni nak kena buat apa eh (MONOLOG
SENDIRI). Cikgu, lepas ni nak kena buat apa ? (MENGGARU KEPALA
SAMBIL PUSING KE BELAKANG MENGHADAP CIKGU)

Cikgu Farah: Eh kamu ni, kan tadi saya dah ajar (NADA TERKEJUT DAN SEDIKIT
MARAH), soalan ni sama dengan contoh sebelah ni. Kamu tak fokus
masa saya mengajar. Apa yang kamu buat tadi kat belakang?

Rakan sekelas: Hahahaha dia tidur la tu cikgu, takpun main pemadam. (KETAWA
BERAMAI-RAMAI.)

Cikgu Farah: Sudah-sudah semua diam (PENEKANAN TERHADAP SUARA).


Syazwan kamu boleh balik ke tempat duduk kamu (SYAZWAN BALIK
KE TEMPAT DUDUKNYA SAMBIL MENUNDUK MUKA). Saya bagi
soalan senang pun tak boleh buat (MEMERLI DENGAN NADA SINIS
SEMASA SYAZWAN SEDANG BERJALAN KEMBALI KE TEMPAT
DUDUK). Haa, ada yang boleh tolong kawan kamu ni buat soalan ni?

Kamil: (ANGKAT TANGAN) Saya cikgu, biar saya selesaikan soalan tu.

2
Cikgu Farah: Haa bagus Kamil (NADA MEMUJI DAN BANGGA). Macam ni la anak
murid cikgu. Lepas ni cikgu taknak ada di antara kamu yang buat kerja
lain masa cikgu mengajar. Jangan asyik nak berangan. Peperiksaan
kamu dah nak dekat ni. Jangan ingat kalau abang dan kakak-kakak
kamu boleh berjaya dulu, kamu pun boleh akan berjaya sama macam
diorang kalau perangai kamu tak berubah. Jangan asyik nak berangan
macam Mat Jenin (NADA MEMERLI SAMBIL LIRIKAN HUJUNG
MATANYA TEPAT KE ARAH SYAZWAN)

Rakan sekalas: (KETAWA SAMBIL MELIHAT KEARAH SYAZWAN). Hahahahhahah.


Mat Jenin. Hahahahaha

Cikgu Farah: Eh cikgu takda sebut nama sapa-sapa, tapi kalau kamu terasa
baguslah. Cikgu cakap ni pun untuk kebaikkan kamu juga. Sudahlah,
masa cikgu pun dah nak habis ni. Bangun semua (BERDIRI
MENGEMAS BUKU DAN BERSEDIA UNTUK KELUAR KELAS).

Ketua kelas: Bangun semua. Terima kasih cikgu. (RAKAN SEKELAS MENYAHUT
“TERIMA KASIH CIKGU” BERAMAI-RAMAI)

Syazwan bangun, berat mulutnya untuk mengucapkan perkataan “terima kasih cikgu”. Pedih
rasa hatinya mendengar tomahan yang tidak henti-henti oleh Cikgu Farah dan rakan sekelas
terhadapnya. Mukanya kekal menunduk ke bawah, tidak ada kekuatan untuknya mengangkat
mukanya yang kini merah padam dan dia dapat merasakan yang kelopak matanya mula
berair. Syazwan kembali duduk dan meletakkan kepala di atas mejanya. (RAKAN SEKELAS
YANG LAIN BERSEMBANG SESAMA SENDIRI)

“KRINGG..KRINGG..KRINGG” (BUNYI LOCENG SEKOLAH) Loceng sekolah telah pun


berbunyi menandakan waktu persekolahan telah pun tamat. Syazwan bingkas mendapatkan
begnya, dan terus meluru keluar dari kelas. Di hadapan pintu sekolah, kelihatan kelibat Pak
Said, pemandu ayahnya sudah berdiri tegak menunggunya.

Syazwan : Saya taknak balik rumah terus. Pak Said bawa saya pergi taman. Saya
nak ambil angin. Pak Said jangan tanya apa-apa.
Pak Said : Baik nak Syazwan.

3
Babak 2

Lahir dalam sebuah keluarga yang kaya tidak menjanjikan kebahagiaan buat Syazwan. Ibu
dan ayahnya sibuk bekerja siang dan malam. Kedua-duanya baru sahaja dinaikkan pangkat
pada tahun lepas. Abang dan kakak-kakaknya pula kebanyakkannya telah berkahwin. Yang
tinggal di rumah hanya Syazwan dan kakaknya no 4, itupun beza umur mereka adalah 15
tahun.

ARAHAN: SET DALAM BILIK. SUASANA LAMPU SURAM YANG


MENGGAMBARKAN SUASANA DI DALAM BILIK PADA WAKTU
MALAM. KEADAAN BILIK YANG AGAK BERSEPAH DENGAN BUKU
SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA KEADAAN TUAN BILIK YANG SIBUK.

Syazwan: (NADA MEMINTA TOLONG) Kak Anis tolong adik buat soalan ni,
boleh?

Kak Anis: (NADA KEPENATAN MENDENGUS) Kakak sibuk ni dik, banyak kerja,
kejap lagi eh kakak tengokkan.

Syazwan: (NADA MERAYU) Alaa, tapi nanti adik tak siap kerja rumah ni, adik
kena marah lagi dengan cikgu.

Kak Anis: Haih budak sorang ni, bagi buku tu dekat akak. (TERUS SIAPKAN
DAN TULIS JAWAPAN). Haa dah siap.

Syazwan: (MERAIH SIMPATI) Ermm tapi adik nak..

Kak Anis: (MENCELAH SEBELUM SEMPAT SYAZWAN HABISKAN AYATNYA)


Takde tapi tapi, sekarang akak pulak nak adik tolong keluar dari bilik
akak, sebab akak kena siapkan tesis ni.

Syazwan: (NADA KECEWA) Yelaa, adik keluar. Terima kasih.

Syazwan berlalu meninggalkan bilik Kak Anis sekali lagi dengan perasaan hampa. Haih, aku
masih tak faham macam mana nak buat soalan ni (MONOLOG SENDIRI). Sambil dia berjalan
menuju ke biliknya, Syazwan perasan kelibat ibu dan ayahnya yang masing-masing baru

4
pulang dari tempat kerja (TERUJA DAN GEMBIRA MELIHAT IBU DAN AYAH DI MUKA
PINTU)

Syazwan: (DISAPA SOPAN DAN MESRA) Ibu dan ayah dah balik.

Ibu: (NADA TERKEJUT SAMBIL BERPALING MUKA SETELAH


MENGUNCI PINTU RUMAH DAN MENGURUT DADA)
Astafirullahalazim kamu rupanya. Eh kenapa adik tak tidur lagi ni.

Syazwan: Adik tadi dari bilik Kak Anis. Adik tadi be (MUKA TERUJA UNTUK
MEMBERITAHU YANG DIA MENGULANGKAJI PELAJARAN
DENGAN KAK ANIS)

Ayah: (MEMOTONG AYAT SYAZWAN) Adik janganlah kacau Kak Anis buat
kerja. Dah, adik masuk bilik tidur ye, esokkan nak sekolah. Nanti adik
bangun lambat, lewat ke sekolah.

Syazwan: Tapi…adik (MASIH MENCUBA UNTUK BERCERITA PANJANG


DENGAN IBU DAN AYAH)

Ibu dan Ayah: (SERENTAK) Selamat malam adik” (BERLALU DAN MENINGGALKAN
SYAZWAN)

Itu ucapan terakhir ibu dan ayah sambil berjalan meninggalkannya yang sangat ingin
meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya tentang kejadiaan di sekolah tadi. Malangnya,
tiada siapa yang pedulikannya.

Syazwan: “Haih, apalah nasib aku. Tidur jelah kalau macam ni lagi bagus”
(BERCAKAP SEORANG DIRI SAMBIL BERJALAN MENUJU KE
BILIK)

5
Babak 3

Di penjuru padang Cikgu Arman melihat Syazwan termenung sendirian. Daripada raut
wajahnya, seakan ada demdam yang belum terlerai, seolah ada rasa yang tak terluah tanpa
air mata. CIkgu Arman mendekati Syazwan.

ARAHAN: SET DI PENJURU PADANG SEKOLAH. TERDAPAT KERUSI YANG


DISUSUN DI PENJURU PENTAS SEOLAH-OLAH SITUASI DI PADANG. CAHAYA LAMPU
DIPANCARKAN TERANG.

Cikgu Arman: Kenapa kamu seorang di sini? (MENYAPA DARI ARAH BELAKANG
DAN DUDUK DI SEBELAH SYAZWAN)

Syazwan: (TERKEJUT) Eh, Cikgu Arman. Takdelah, saya tengah minum air,
berehat kejap, kan panas ni. (NADA GUGUP BERPURA-PURA
MENGAMBIL BOTOL AIR DAN MINUM).

Cikgu Arman: Tapi dah lebih 10 minit cikgu perhatikan kamu dari jauh. Kamu ada
masalah?

Syazwan: 10 minit? Alamak.. kantoi la macam ni (BERCAKAP BERPALING KE


ARAH LAIN SAMBIL MENEPUK DAHI) Cikgu salah tengok orang ni,
saya baru ja dekat sini (CUBA BERDALIH) Saya pergi dulu ya cikgu.
Ish macam mana cikgu boleh perasan aku kat situ tadi (MONOLOG
SENDIRI).

Cikgu Arman: Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Syazwan. Aku akan tanyakan
pada guru kelasnya (MONOLOG SAMBIL MELIHAT SYAZWAN
BERJALAN MENINGGALKANNYA).

6
Babak 4

Hari pelaporan prestasi pelajar tiba. Kesemua ibu dan bapa murid tahun 6 diwajibkan untuk
hadir ke sekolah untuk menandatangani buku rekod anak masing-masing. Ibu dan ayah
Syazwan terpaksa untuk hadir disebalik kesibukkan mereka bekerja.

ARAHAN: SET DI BILIK GURU. MEJA DAN KERUSI DISUSUN SEOLAH-OLAH


BERADA DALAM BILIK GURU. LAMPU DIPANCARKAN TERANG.

Ayah: (MENYAPA CIKGU DAN DUDUK DI KERUSI BERHADAPAN


DENGAN CIKGU) Assalamualaikum Cikgu Farah. Macam mana
prestasi Syazwan di sekolah? Baik-baik saja kan prestasinya cikgu
(KETAWA KECIL DAN CUBA UNTUK MELAWAK DENGAN CIKGU).

Cikgu Farah: (NADA KECEWA) Maaf encik, puan. Saya bukanlah nak kata yang
anak encik dan puan tak pandai. Tapi yang jelas saya kecewa dengan
prestasinya.

Ibu: (TERKEJUT) Kenapa cikgu cakap macam tu? Setahu saya anak saya
Syazwan tu pandai. Rekod dia sebelum ni pun cemerlang. Masa dia
darjah 1 sampai darjah 4 dia dapat nombor satu dalam kelas kan bang?
Abang ingat tak yang kita datang masa hari penyampaian hadiah dia
dulu (NADA SERIUS MEMPERTAHANKAN ANAK).

Cikgu Farah: (MELAWAN DENGAN NADA SINDIRAN) Tahun lepas? Masa dia
tahun 5? Ada encik dan dapat surat jemputan untuk ke majlis
penyampaian hadiah? Dan seingat saya la kan, masa hari pelaporan
prestasinya juga encik dan puan langsung tak datang. Tengoklah ni
buku rekodnya. Prestasinya jatuh menjunam sejak dia dari darjah 5
lagi. Saya tak tahulah kenapa, sebab di sekolah cikgu yang mengajar
dia masih orang yang sama. Mungkin dia ada masalah di rumah?

Ibu dan ayah: (MASING-MASING TENGOK SESAMA SENDIRI)

Cikgu Farah: (NADA MENGALAH) Takpelah, tandatangan dekat sini. Encik dan
puan boleh balik bawa Syazwan sekali pun takpa. Kelas P&P tak
dijalankan harini.

7
Ibu: Adik jom balik, ibu dan ayah tunggu dekat parkir kereta.

Syazwan: (BERJALAN UNTUK KELUAR DARI KELAS MENUJU KE PARKIR


KERETA)

Cikgu Farah: (MEMERLI) Sayang, harap muka ja pandai.

“Syazwan sempat mendengar bait perkataan yang keluar dari mulut Cikgu Farah terhadapnya
sebelum dia keluar kelas. Namun dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan hal
tersebut. Syazwan gembira kerana dapat pulang awal ke rumah bersama ibu dan ayah.

Babak 5
Suasana hening menyelubungi ruang lingkup di dalam kereta. Ibu dan ayah langsung tidak
berkata apa-apa. Hanya bunyi radio yang memecah sunyi di dalam kereta. Syazwan pada
ketika itu sudah ketiduran semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebaik sampai di
rumah.

ARAHAN: SET DI RUMAH. TEMPAT PARKIR KERETA DAN RUANG TAMU RUMAH.
TERDAPAT SOFA YANG DISUSUN SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA KEADAAN DI RUANG
TAMU. PENCAHAYAAN LAMPU TERANG.

Ayah: Adik bangun sambung tidur dalam bilik ya.

Syazwan: Eh dah sampai rumah rupanya. Baik ayah. (SYAZWAN KELUAR DAHULU
DARI KERETA DAN MEMBUKA PINTU RUMAH)

Ayah: (NADA SERIUS) Maria, saya nak kamu tunggu dekat ruang tamu. Kita perlu
berbincang.

ARAHAN: SYAZWAN YANG DALAM PERJALANAN KE BILIK MENDENGAR HAJAT


AYAH UNTUK BERBINCANG DENGAN IBU DAN TERUS BERDIRI DI BELAKANG DINDING
DAPUR RUMAH.

8
Ibu: (NADA MENGELUH) Abang nak bincang apa lagi? Sudahlaa, saya tengah
takda mood nak berbincang sekarang. Saya penatlah, saya nak naik atas,
mandi, solat, tidur
.
Ayah: (MENUDUH) Haa itulah awak. Pentingkan diri. Awak nak biar anak kita
macam tu? Prestasi akademik dia yang jatuh merudum sekarang ni, awak
langsung tak kisah?

Ibu: (MELAWAN) Eh, abang ni cakap saya pentingkan diri pulak. Saya bukan tak
kisah, tapi saya tengah takda mood nak berbincang dengan abang. Muka saya
ni dah cukup malu dengan cikgu tadi.

Ayah: Saya rasa kita kena hantar Syazwan ke kelas tambahan.

Ibu: (MEMOTONG) Siapa pulak nak menghantar nak mengambil budak tu nanti?
Abang nak suruh saya ambil? Memang taklah. Abang takpalah ada pemandu,
saya ni dengan nak hadap jammed lagi. Abang nak suruh saya ambil budak tu
pula?

Ayah: Habistu, awak ada cadangan lain?

Ibu: Abang, kita ni kadang kena terima hakikat. Dalam setandan pisang tu bukan
semuanya elok. Dulu Faris, Anita, Alia, Anis kita tak hantar kelas tambahan
pun kan. Abang takpayah nak pening kepala. Abang buat saya tambah
serabut.

Ayah: Awak ni cakap main lepas ja, kalau budak tu dengar nanti, kecil hati dia. Awak
naiklah dulu. Saya nak keluar.

Menitis air mata Syazwan mendengar apa yang diperkatakan oleh ibunya. Syazwan tidak
sangka ibu kini telah banyak berubah.

Syazwan: (IMPROVISASI) Kenapa ibu sanggup cakap macam tu. Ibu kejam. (BERLARI
MASUK BILIK)

9
Babak 6

Walaupun sebelum ini beberapa kali Cikgu Arman berusaha mendekati Syazwan untuk
bertanyakan mengenai masalahnya menemui jalan buntu, namun tidak pada hari ini. Syazwan
sendiri yang datang untuk mendapatkannya.

ARAHAN: SET DI SEBUAH PONDOK DI SEKOLAH. TERDAPAT TEMPAT


DUDUK KERUSI PANJANG DI PONDOK DAN DAUN-DAUN BERTABURAN SEKITARNYA.
PENCAHYAAN LAMPU AGAK MALAP SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA SITUASI SEDIH.

Cikgu Arman: (HAIRAN) Syazwan kenapa kamu menangis jumpa cikgu?

Syazwan: (MENGADU) Cikgu saya ni bodoh sangat ka? Saya ni anak yang tak
guna ka? Saya ni memalukan keluarga ka cikgu?

Cikgu Arman: (MEMUJUK) Tak Syazwan, kenapa kamu cakap macam tu? Apa yang
dah berlaku sebenarnya?

Syazwan: Semalam, saya dengar Cikgu Farah cakap dekat “Sayang, harap muka
je pandai” Balik rumah saya dengar ibu dan ayah bertekak, ibu cakap
saya.

Cikgu Arman: (TERUS MENCELAH) Sssshhhh (DIPELUKNYA SYAZWAN SEERAT-


ERATNYA) Astafirullah, istighfar Syazwan (KENAPA BEGITU KEJAM
ORANG DEWASA, ANAK KECIL INI TAK BERSALAH,
BERMONOLOG SENDIRI). Syazwan, kamu dengar apa yang cikgu
nak cakap ni. Kamu tak sama dengan apa yang orang lain fikir terhadap
kamu. Cikgu kenal kamu. Kamu pelajar yang cemerlang. Kamu bukan
tak pandai, kamu cuma mungkin belum faham. Kamu boleh dapat
keputusan yang cemerlang, cikgu akan bantu kamu(CUBA
MEMUJUK). Okay?

Syazwan: (MENGELAP AIR MATA) Terima kasih cikgu, pelukan cikgu sama
dengan pelukan ayah masa saya darjah 4 dahulu. Masa tu saya dapat
no.1 dalam peperiksaan akhir tahun. Ayah peluk saya. Ibu pun sama.
Terima kasih cikgu.

10
Babak 7

Sejak dari peristiwa di bilik guru tempoh hari, Cikgu Arman akan selalu menolong Syazwan
untuk mengulangkaji pelajarannya terutamanya pada waktu rehat di perpustakaan sekolah
dan sesekali dia akan membawa Syazwan untuk mengulangkaji di taman bersamanya.

ARAHAN: SET DI PONDOK TAMAN PERMAINAN. PENCAHAYAAN LAMPU


TERANG KEMUDIAN DIMALAPKAN SEBAGAI TANDA WAKTU MENGANJAK KE MALAM.
AUDIO BUNYI BURUNG BERKICAU SIMBOLIK SITUASI DI TAMAN.

Cikgu Arman: Syazwan nak cikgu ajar apa petang ni?

Syazwan: Cikgu ajar saya Matematik boleh cikgu? Saya masih lemah la dalam
soalan kira-kira ni cikgu.

Cikgu Arman: Boleh, soalan mana yang Syazwan tak faham?

Syazwan: Soalan nombor sepuluh ni cikgu, soalan pecahan.

Cikgu Arman: Okay, cikgu akan tunjukkan satu contoh lepastu Syazwan buat sendiri
yang lain, boleh?

Syazwan: (MENGANGGUK) Boleh, terima kasih cikgu.

Cikgu Arman: Jalan kerja dia macam ni, kamu kena samakan penyebut dia dulu,
kemudian baru kamu boleh selesaikan soalan operasi pecahan ni.

Syazwan: Ouh, macam tu, barulah saya faham.

Cikgu Arman: Okay, kamu buat dulu soalan yang lain ni, cikgu nak pergi belikan
sesuatu.
……………..

11
(10 minit kemudian)

Cikgu Arman: Nah, cikgu belikan aiskrim untuk kamu.

Syazwan: (GEMBIRA) Wahh, aiskrim. Sedapnyaa makan aiskrim petang-petang


macam ni.

Cikgu Arman: (NASIHAT) Kadang-kadang kita kena bagi ganjaran untuk diri kita
sendiri. Kamu tak boleh nak terus ulang kaji pelajaran 24 jam. Nanti
kamu akan rasa tertekan dan makin susah untuk kamu faham
pelajaran. Jadi, sesekali kamu kena rehat dan bagi ganjaran untuk diri
kamu sendiri. Kamu boleh tengok kartun, makan aiskrim, main game,
semua tu tak salah sebab ada masa untuk kita main, kita main
sungguh-sungguh. Masa kita belajar, kita belajar sungguh-sungguh.
Barulah kita boleh berjaya. Faham?

Syazwan: (BERSEMANGAT) Faham cikgu.

Cikgu Arman: (NASIHAT) Cikgu taknak kamu ulangkaji pelajaran masa cikgu ada
dengan kamu ja tau. Kamu dah kena belajar sendiri berdikari. Sebab
cikgu pun tak boleh ada dengan kamu setiap masa. Masa depan kamu,
bukan cikgu yang tentukan, bukan juga mak ayah kamu yang tentukan,
tapi masa depan kamu, kamu sendiri yang tentukan, Sama ada kamu
nak berjaya atau gagal dalam kehidupan. Jadi, kalau kamu nak berjaya,
kamu kena rajin belajar, ulangkaji pelajaran dan jangan cepat putus
asa. Okay? Dah habiskan aiskrim tu cepat. Cikgu nak hantar kamu balik
rumah dah ni. Jam pun dah nak dekat waktu maghrib ni.

(IMPROVISASI) Terbit senyuman di bibirnya seolah-olah telah tersemat sebuah azimat dalam
hatinya. Kata-kata Cikgu Arman benar-benar meninggalkan kesan di dalam hatinya
sehinggalah dia menanamkan tekad untuk menjadi seorang pilot berjaya suatu hari nanti.

12
Babak 8

ARAHAN: SET DI TANAH PERKUBURAN. TERDAPAT DUA BATU NISAN


SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA KUBUR SESEORANG. AUDIO MUZIK LAGU SEDIH
DIMAINKAN UNTUK MENGHENINGKAN SUASANA PILU.

(IMPROVISASI) 20 tahun berlalu, Syazwan kini pulang ke tanah air sebagai pemegang ijazah
kedoktoran dalam bidang. Belum pun sempat dia menjejakkan kakinya di Malaysia, Syazwan
telah menerima hampir puluhan tawaran pekerjaan daripada pelbagai syarikat penerbangan
tempatan. Dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat pilihan kerana itu bukan niat
utamanya untuk kembali ke Malaysia. Hari ini dia pulang adalah semata-mata untuk melihat
pusara gurunya sebelum pulang ke teratak ibu dan ayah tercinta. Dia puas menangis dan
berdoa agar Allah merahmati arwah Cikgu Arman. Al-Fatihah.

-TAMAT-

13

Anda mungkin juga menyukai