Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan cerita di bawah dengan intonasi yang jelas dan bahasa badan yang betul.

Jawab semua soalan kefahaman di bawah berdasarkan teks petikan cerita.

1. Apakah pekerjaan Badang?


Kisah Badang dan Lembaga yang Hodoh.

Pada zaman dahulu, Badang bekerja mengambil upah menebas hutan. Badang juga
menahan lukah di sungai untuk menangkap ikan. Suatu hari, Badang terperanjat melihat
timbunan tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya. Badang mengangkat
lukahnya dan mendapati tidak ada seekor ikan pun di dalam lukahnya. Dia berasa hairan, 2. Mengapakah Badang bersembunyi di sebalik belukar?
tidak putus asa. Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama.

Keesokan harinya Badang ke sungai untuk melihat lukahnya. Sekali lagi, dia terperanjat
kerana melihat timbunan tulang ikan itu bertambah banyak. Badang mengangkat lukahnya
tetapi tiada ikan di dalamnya, kecuali sisik ikan sahaja. Badang bertambah hairan.
“Siapakah yang makan ikan mentah ini?” kata hatinya. Setelah menahan semula lukah 3. Perincikan wajah lembaga yang memakan ikan-ikan di dalam lukah yang
itu, Badang bersembunyi di sebalik belukar. Niatnya untuk mengintai siapakah yang ditahan oleh Badang.
mencuri ikan-ikannya.

Apabila larut malam, datanglah satu lembaga. Mukanya hodoh, matanya merah.
Taringnya panjang, berjanggut dan berambut panjang. Lembaga itu mengangkat lukah itu
dan memakan ikan-ikan di dalamnya. Badang memberanikan dirinya, menerkam dan
menangkap janggut lembaga itu. Lembaga itu merayu-rayu minta dilepaskan. “Kalau tuan
hamba melepaskan hamba, hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba mahu,” 4. Jelaskan cara Badang menguji kekuatannya setelah memakan muntah
ujar lembaga itu. lembaga?

“Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa,” kata Badang. “Kalau mahu menjadi gagah, tuan
hamba hendaklah makan muntah hamba,” kata lembaga itu. Lembaga itu muntah di atas
daun keladi dan tanpa berlengah, Badang memakan muntah itu tanpa rasa geli. Kemudian
Badang mengheret Lembaga itu kearah sebatang pokok besar. Lalu, Badang cuba
mencabut pokok itu dengan sebelah tangannya. Badang berjaya mencabut pokok itu. 5. Mengapakah kita perlu sentiasa bersyukur kepada tuhan?
Badang sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada lembaga itu dan
melepaskannya.

Lembaga tadi tiba-tiba bertukar menjadi manusia berambut putih dan berjanggut putih.
“Sebenarnya aku datang untuk menolongmu kerana kamu cekal, tabah dan jujur,” kata
lelaki tua itu lalu dia ghaib. “Mungkin dia seorang alim!” fikir Badang. Badang bersyukur
kepada tuhan kerana memperoleh kekuatan yang luar biasa. Malam itu, Badang
membersihkan kawasan hutan sepantas kilat sehingga dia menjadi terkenal dan digelar
pahlawan gagah perkasa.

Anda mungkin juga menyukai