Anda di halaman 1dari 1

CERITA BADANG

Pada zaman dahulu, badang bekerja mengambil upah menebas hutan. Badang juga menahan
lukah di sungai untuk menangkap ikan. Suatu hari, Badang terkejut melihat timbunan
tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya. Badang mengangkat lukahnya dan
mendapati di dalamnya tidak ada seekor ikan pun. Dia berasa hairan. Tidak putus asa,
Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama.

Keesokan harinya, Badang ke sungai untuk melihat lukahnya. Sekali lagi, dia
terperanjat kerana timbunan tulang ikan itu bertambah banyak. Badang mengangkat
lukahnya tetapi tiada ikan di dalamnya, kecuali sisik ikan sahaja. Badang bertambah hairan.
“Siapakah yang makan ikan mentah ini?” kata hatinya. Setelah menahan semua lukah itu,
Badang bersembunyi di sebalik belukar. Niatnya untuk mengintai siapakah yang mencuri
ikan-ikannya. Apabila larut malam, datanglah satu lembaga.

Mukanya hodoh, matanya merah, taringnya Panjang dan berambut Panjang.


Lembaga itu mengangkat lukah itu lalu memakan ikan-ikan di dalamnya. Badang
memberanikan dirinya menerkam dan menangkap janggut lembaga itu. Lembaga itu
merayu-rayu minta dilepaskan. “Kalau tuan melepaskan hamba, hamba akan berikan apa
sahaja yang tuan hamba mahu”, ujar lembaga itu. “Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa”,
kata Badang. “Kalau mahu jadi gagah, tuan hamba hendaklah makan muntah hamba”, kata
lembaga itu. Lembaga itu muntah di atas daun keladi dan tanpa berlengah, Badang
memakan muntah itu tanpa rasa geli.

Kemudian, Badang mengheret lembaga itu ke arah sebatang pokok besar lalu cuba
mencabut pokok itu dengan sebelah tangannya. Badang berjaya mencabut pokok itu.
Badang sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada lembaga itu dan
melepaskannya. Lembaga tadi tiba-tiba bertukar menjadi manusia berambut putih dan
berjanggut putih. “Sebenarnya aku datang untuk menolongmu kerana kamu cekal, tabah
dan jujur”, kata lelaki tua itu lalu dia ghaib. Malam itu, Badang membersihkan kawasan
hutan sepantas kilat sehingga dia menjadi terkenal dan digelar pahlawan gagah perkasa.

Anda mungkin juga menyukai