Anda di halaman 1dari 3

Tajuk: Badang Yang Gagah Perkasa

Pada suatu masa dahulu tinggal seorang pemuda yang bernama badang. Badang
merupakan seorang pemuda yang rajin Pada suatu hari, pagi-pagi lagi Badang turun pergi
menebas. Sebelum mula kerja menebas, Badang turun ke sungai untuk melihat lukah yang
ditahannya. Namun, Badang terperanjat apabila melihat terdapat timbunan tulang ikan di
tebing sungai berhampiran lukahnya. Badang dengan segera pergi mengangkat
lukahnya.Dia mendapati lukahnya telah diusik orang. Di dalamnya tidak ada ikan, kecuali
tinggalan sisik-sisik ikan. Dia berasa hairan. Badang menahan lagi lukahnya di tempat
yang sama. Kemudiannya, dia pergi menyiapkan kerja. Seperti biasa apabila hari petang,
Badang balik ke rumah tuannya. Dia tidak pergi melihat lukahnya pada waktu petang
kerana lukah akan mengena pada waktu malam.
Esoknya pula, Badang pergi menebas seperti biasa. Setelah sampai di tempat itu,
Badang terus pergi ke anak sungai untuk melihat lukahnya. Sekali lagi, dia terperanjat
kerana timbunan tulang ikan di tepi sungai itu bertambah banyak. Badang terus pergi
mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya itu tiada ikan, kecuali sisik ikan sahaja
yang tinggal. Badang bertambah hairan. "Siapakah yang makan ikan mentah?" dia
bertanya dalam hatinya.
Akhirnya, Badang mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di
dalam lukahnya itu. Dia menahan semula lukah itu. Kemudian, dia pergi menebas seperti
biasa. Apabila hari sudah senja, Badang tidak balik. Dia terus pergi bersembunyi untuk
mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukah itu. Dia menyorok di sebalik semak.
Apabila larut malam, datanglah satu lembaga. Matanya merah, bertaring panjang,
berjanggut, dan berambut panjang.
Muka lembaga itu sangat hodoh. Kukunya panjang. Lembaga itu mengangkat lukah lalu
mengambil ikan-ikan di dalamnya. "Wah, hantu rupa-rupanya!" kata Badang di dalam hati.
"Aku tidak takut kepada hantu itu!" ujar Badang lagi di dalam hatinya. Badang lalu
memberanikan dirinya, walaupun berasa seram. Dia segera menerkam dan menangkap
janggut lembaga itu. Berlakulah pergelutan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga
itu. Akhirnya, lembaga itu mengaku kalah. Lembaga itu minta dilepaskan. Namun, Badang
tidak melepaskan lembaga itu dengan begitu mudah.
Lembaga itu merayu-rayu minta dilepaskan. "Kalau tuan hamba melepaskan hamba,
hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba mahu," ujar lembaga itu. Badang
terfikir, "Betulkah janji lembaga ini?" Badang mahu menguji, adakah kata-kata lembaga
itu benar? Badang cuba memikirkan apa yang dia mahu minta. Kalau minta banyak harta,
nanti harta itu akan menjadi milik tuannya. Kalau minta isteri cantik, mungkin akan
diambil oleh tuannya juga. Tetapi kalau minta jadi gagah perkasa, tentu boleh menolong
tuannya untuk membersihkan hutan itu. "Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa," kata
Badang. "Kalau tuan hamba mahu jadi gagah, tuan hamba hendaklah makan muntah
hamba," kata lembaga itu.

Aktiviti berkumpulan

Arahan : Lakonkan dialog di bawah


Pencerita : Badang telah dapat menangkap jin tersebut dan membawanya balik ke
kampung untuk dihukum. Di kampung tersebut terdapat orang kampung, Tuan Puteri, dan
Tuan laksamana.
Badang : Wahai Jin durjana, engkaulah yang selalu mencuri ikan aku bukan? Akan aku
hancurkan kau hari ini!
Jin : Maafkan aku Tuan yang budiman. Aku lapar.
Puteri : Jangan bunuh dia kakanda. Mungkin kakanda boleh meminta sesuatu dari Jin ini.
Barangkali membawa manfaat kepada kita.
Tuan Laksamana : Iya benar kata Tuan Puteri Badang. Cuba kau minta sesuatu darinya.
Jin : Aku akan makbulkan apa sahaja permintaan mu! Asalkan engkau sanggup melepaskan
aku semula.
Badang : Jadikan aku gagah perkasa!
Jin : Makanlah muntah ku ini. Nescaya Tuan akan gagah perkasa.
Badang : Patutkan ku telan muntah ini?
Orang kampung : Ayuh Badang! Telan sahaja! Jadilah gagah perkasa!
Badang : Baiklah, akan ku makan muntahmu itu. Berikan padaku! Aku mahu menelannya
lalu menjadi orang gagah di kampung ini. Ha..ha..ha..

Lembaran Kerja

Arahan : Isikan tempat kosong dengan urutan cerita si Badang gagah perkasa.
Badang
terperanjat
melihat
timbunan

Badang seorang
pemuda yang
rajin.

Badang
menemui
lembaga.

Lembaga minta
dilepaskan

Badang hairan
ikan di dalam
lukah hilang lagi

Badang
memikirkan
permintaan

Badang
menahan
semula

Anda mungkin juga menyukai