Anda di halaman 1dari 2

Cari satu syair/pantun yang menceritakan tentang penghargaan guru dan impak

guru sebagai pembinaan bangsa negara. Berikan rumusan dan penjelasan


kandungan dimana penghargaan ditunjukkan serta impak guru sebagai impak
bangsa negara.

Syair Jasa Guru


Dengarlah teman rakan dan taulan
Satu hikayat kisah nukilan
Bukan dongeng bukan khayalan
Tetapi nyata tidak musykilan.

Jasa guru semerbak haruman


Sucinya murni sepanjang zaman
Mendidik bangsa zaman berzaman
Ia pelita jalanmu teman.

Saban waktu menunjuk ajar


Semua bangsa datang belajar
Memerah keringat buat pelajar
Bukan nama yang dia kejar.

Raja berdaulat rakyat jelata


Pembesar negeri orang berharta
Para ilmuan penyair kata
Sejahtera hidup ilmu pelita.

Ingatlah teman jangan angkuh


Bils di mercu di puncak jauh
Jangan sombong emas bersampuh
Hargai guru jangan bertangguh.
Dari sajak di atas, saya mendapati bahawa penyajak tersebut ingin
menggunakan sebuah pantun untuk menggambarkan jasa dan sumbangan guru
terhadap pelajar yang dikasihi dalam bidang pendidikan.

Sajak tersebut telah menunjukkan kasih sayang guru terhadap murid-murid


yang ibarat lilin, membakar diri demi menerangi masa depan generasi muda.
Maksudnya, guru telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan
pendidikan yang terbaik dan sempurna kepada kita tanpa merungut.

Selain itu, pengorbanan guru itu ibarat bau haruman yang dapat
mengedarkan dan berada dalam ingatan penyajak sepanjang hayat. Hal ini demikian
kerana jasa guru adalah terlalu luas dan mendalam disebabkan pengalaman terlibat
dalam pendidikan adalah berpuluh-puluh tahun. Tenaga guru yang disalurkan telah
melahirkan pelbagai-bagai jenis pelajar yang bekerja profesion seperti doktor, arkitek
dan jurutera.

Semasa pendidik memberi pengajaran dalam kelas, beliau mengajar dengan


penuh tanggungjawab dan ikhlas. Guru yang tidak berat sebelah dan memilih kasih
terhadap bangsa murid yang berlainan telah meningkatkan kecintaan murid
terhadap beliau. Namun begitu, apa-apa yang dikejarkan oleh guru bukanlah
tenatang kenamaan dan kemasyhuran, sebaliknya guru hanya mengutamakan
kepentingan dan kebajikan murid-murid.

Oleh itu, dalam baris keempat di rangkap terakhir, penyajak telah menyeru
golongan pelajar tidak kira dari segi sekolah rendah, sekolah menengah ataupun
institut pengajian tinggi untuk menghargai jasa dan sumbangan guru yang begitu
mulia. Hal ini demikian kerana penghargaan dan kecintaan terhadap guru itu tidak
patut ditangguhkan.

Rujukan:

Pelita Brunei. (2015). Kenang dan hargailah jasa guru. Diperoleh dari
http://www.pelitabrunei.gov.bn/component/k2/item/21700-kenang-dan-hargailah
-jasa-guru

Anda mungkin juga menyukai