Anda di halaman 1dari 4

SLOT MBMMBI : HORMATI GURU

Pendahuluan

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa adab menghormati
guru di sekolah semakin dilupakan. Jika diimbas pada zaman dahulu, ibu bapa menyerahkan sepenuh
kuasa autonomi kepada guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Namun, mutahir ini budaya
tersebut seolah-olah di terbalikkan apabila guru-guru dipersalahkan kerana menghukum pelajar
disekolah akibat melanggar perturan dan sebagainya. Guru diibaratkan lilin yang membakar diri demi
menunjukkan cahaya atau jalan yang betul kepada kita. Oleh itu, setiap individu yang mempunyai
profesion sebagai guru hendaklah dihormati atas jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan demi
mendidik anak bangsa. Mari kita bincangkan cara-cara untuk menghormati guru-guru sebagai seorang
pelajar mahupun bekas pelajar.

Isi 1

Kesopanan dan kesusilaan merupakan rukun kelima dalam Rukun Negara. Sebagai warganegara yang
bertanggungjawab kita sewajarnya memegang pada rukun negara dalam menjalani rutin harian kita.
Para pelajar pula digalakkan untuk sentiasa bersopan santun apabila berkomunikasi dengan guru-guru.
Sebagai contoh, pelajar hendaklah menyapa guru dengan panggilan cikgu, tuan atau puan serta
menggunakan nada yang rendah dan jelas. Apabila kita bersopan santun dengan guru kita, mereka pasti
akan berasa lembut hati dan melayan kita dengan penuh rasa sayang dan ikhlas untuk mendidik kita.
Tambahan pula, pelajar yang bersopan santun dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah kerana guru tidak perlu memikirkan cara untuk menguruskan sahsiah anak murid
mereka.

Isi 2 Selain itu, guru-guru seharusnya dihormati oleh para pelajar dengan cara mematuhi peraturan
sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar pada masa kini sukar untuk mematuhi arahan dan peraturan
yang mudah seperti beratur dan tidak membuat bising. Keadaan ini merupakan satu beban yang telah
ditambah ke bahu para guru untuk menguruskan sahsiah pelajar. Justeru, sekiranya para pelajar
mematuhi peraturan sekolah dan arahan guru ia dapat membantu memudahkan urusan guru terbabit.
Peribahasa Melayu ada berkata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri yang bermaksud nasihat yang
diberi tidak didengari dan diamalkan. Sikap negatif ini perlu dielakkan teruatamnya dalam kalangan
pelajar kerana umur mereka baru setahun jagung berbanding guru-guru.

Isi 3 Pada masa yang sama, para pelajar sewajarnya menjaga kebersihan dan kebajikan kawasan sekolah
sebagai tanda menghormati guru-guru. Misalnya bilik darjah yang ceria dan bersih dapat memberikan
keselesaan kepada guru dan juga pelajar sendiri untuk menghadiri proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini sedikit sebanyak membantu guru untuk berasa selesa dalam menjalankan tugas mereka. Para
pelajar juga dapat memberikan tumpuan yang lebih kerana keadaan di dalam bilik darjah yang kondusif.
Kesannya, aktiviti pembelajaran yang lebih seronok dapat dilakukan dan menarik perhatian kedua-dua
pihak iaitu guru dan pelajar untuk sentiasa menghadiri kelas atau sekolah. Nilai kebersihan dan ambil
berat terhadap kebajikan ini bukanlah merupakan tanggungjawab penuh seorang guru tetapi ia adalah
amanah setiap ibu bapa yang dikurniakan zuriat untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Isi 4 Akhir sekali, cara untuk menghormati guru adalah dengan memberikan kejayaan akademik atau
kokurikulum kepada mereka. Apabila kita berjaya mendapatkan keputusan cemerlang atau memenangi
sebuah pertandingan yang disertai, ia pasti dapat memberikan kelegaan dan perasaan gembira kepada
mereka. Dengan mengharumkan nama sekolah, guru akan berasa bangga kerana tunjuk ajar mereka
berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sama ada dalam akademik atau bidang-bidang lain. Bagi
bekas pelajar pula, kejayaan dalam hidupan juga mampu menjadi salah satu cara menghormati jasa
guru-guru yang telah mengerah tenaga mengajar kita di waktu muda dahulu. Intihannya, setiap guru
mempunyai matlamat untuk melihat anak didiknya menjadi manusia yang berguna kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

Penutup

Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh diamalkan oleh para pelajar dalam menghormati guru-guru di
sekolah. Hormat merupakan satu nilai asas kehidupan yang wajar diamalkan oleh setiap individu. apabil
kita menghormati seseorang nescaya orang akan membalas hormat tersebut kepada kita. Pengorbanan
dan jasa yang telah dilakukan oleh para guru wajar diberi penghargaan dan penghormatan kerana
pendidikan adalah tunjang kepada kehidupan seseorang. Persis kata peribahasa, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga kita menjadi tauladan kepada
generasi hari ini dalam menunjukkan bahawa menghormati guru akan memberikan manfaat yang banyak
tanpa kita sedari.

 Anak kancil pergi berguru,


Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
 Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
 Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya,
Menyuluh hidup tiap ketika.
 Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

 Putik baru mekar di laman,


Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

 Betik masak lebat dipangkal,


Penuh kapal bawa belayar,
Baik budi panjang akal,
Hormat guru tekun belajar.
 Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji dicelah daun,
Budi guru saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
 Pohon kelapa tegak berdiri,
Kelapa ditanam tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.
 Pergi memburu di hutan lama,
Depat rusa waktu pagi,
Kalau ilmu ku dapat sama,
Usaha guru ku sanjung tinggi.
 Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
 Pasang surut berhenti dulu,
Sudah pasang baru berangkat,
Orang patut menghormati guru,
Petua dipegang ilmu diingat.
 Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Anda mungkin juga menyukai