Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANGAN,PENYELIDIKAN DAN INOVASI


TUGASAN KERJA KURSUS 1
INDIVIDUL
SEMESTER : SEMESTER 2 PPISMP TAHUN : 1

KOD KURSUS GWP 1092

KURSUS WACANA PENULISAN

Nama Pelajar MICHELE A/P SINNATHAMBYMarkah

Angka Giliran 2019172310025

No. Kad Pengenalan 010626-01-1502

Kumpulan/Unit J2.10

Nama Pensyarah ENCIK AHMAD SUBKI BIN MISKON

Tarikh Hantar 6 APRIL 2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar:

Tarikh:

Tugasan 2 :

Berburu ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

1
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Pengorbanan dan jasa seseorang guru dalam menitis ilmu, tunjuk ajar dan
khidmat bakti dapat tergambar dengan jelas dalam sajak Guru Oh Guru karya
Usman Awang. Sambutan Hari Guru telah disambut oleh para guru pada 16 Mei
sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan yang
telah dicurahkan oleh guru-guru sepanjang tempoh khidmat bakti mereka. Menurut
Sea Journal of General Studies, cabaran bagi negara Malaysia untuk menjadi
sebuah negara yang maju dan berjaya adalah dengan melahirkan masyarakat yang
bersahsiah. Oleh itu, guru yang sering diibarat sebagai lilin yang membakar diri untuk
menerangkan orang lain telah memikul tanggungjawab yang berat dalam melahirkan
insan yang dapat berbakti kepada negara.

Pada tahun yang lepas, kita telah menyambut sambutan Hari Guru yang ke-48
dengan tema “Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi” dengan meriah-meriahan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, guru bermaksud orang yang kerjanya mengajar
manakala obor melambangkan suluh. Hemah pula membawa erti mulia, menyinari
adalah memancarkan cahaya atau sinar dan pertiwa bermaksud tanah tumpah
darah. Secara ringkasnya, tema tersebut membawa erti bahawa guru merupakan
satu pekerjaan yang mulia kerana bakti mereka telah memancar kepada semua
lapisan masyarakat. Tema ini adalah sesuai dan padan kerana guru sememangnya
merupakan insan yang banyak berkorban dan berbakti dalam mendidik bakal
peneraju negara. Guru satu pekerjaan yang mulia? Ya, hal ini demikian kerana guru
bukan sahaja memainkan peranan sebagai pengajar ilmu, malahan juga
membimbing, menilai dan melatih pelajar. Dalam agama Hindu, guru merupakakan
simbol bagi sebuah kuil yang berisi ilmu pengetahuan dan merupakan pembagi ilmu.
Guru juga diibarat sebagai panduan spiritual yang menjadi penunjuk jalan kepada
orang ramai. Oleh itu, jelaslah bahawa guru memikul tanggungjawab yang berat
kerana menurut berita Sarawak Voice, pekerjaan guru semakin tertekan kerana guru
bukan sahaja perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, malahan perlu melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum serta pelbagai jenis kursus. Persoalannya, apakah cara yang dapat
dilakukan oleh murid-murid untuk menghargai jasa yang disumbangkan oleh guru?

2
Yang pertama, penjagaan tutur kata dan adab sopan merupakan cara yang
harus dipraktik oleh semua murid tidak kira berada di sekolah atau di luar kawasan
sekolah. Hal ini demikian kerana amalan tersebut merupakan amalan yang mulia dan
akan memaparkan tanda hormat kepada guru secara tidak langsung. Menurut
Awang Sariyan, kesantunan dalam penggunaan bahasa yang santun dan beradab
dapat menunjukkan tanda hormat kepada orang lain. Sebagai contohnya, murid-
murid harus kerap mengucapkan terima kasih dan memberi salam kepada guru
ketika berhadapan atau berselisih. Perbuatan ini akan memberi perasaan gembira
dan bangga kepada guru kerana mereka akan berasa mereka adalah disukai dan
jasa mereka adalah dihargai. Selain itu, sewaktu berada dalam kelas, murid-murid
harus menjaga tingkah laku mereka dengan tidak membuat bising. Hal ini adalah
penting kerana menurut maklumat daripada Berita Harian, pendidikan merupakan
nadi dalam pembangunan sesuatu bangsa dan negara manakala guru yang
berperanan sebagai penyampai ilmu yang berada di barisan hadapan menghadapi
pelbagai cabaran. Oleh itu, untuk mengelakkan usaha yang dilakukan oleh guru
menjadi sia-sia, semua murid diminta sentiasa memasang telinga semasa guru
menyampaikan ilmu pengetahuan di hadapan. Murid juga harus menjaga tatasusila
sewaktu sesi persoalan dengan tidak meninggikan nada suara dan memandang guru
dan rakan dengan mesra. Janganlah sesekali menyakiti hati guru dengan
percakapan dan perlakuan yang tidak baik. Secara ringkasnya, pertuturan kata dan
adab yang baik merupakan amalan yang harus diamalkan untuk menghargai jasa
yang disumbangkan oleh guru.

Di samping itu, murid haruslah menjaga disiplin dan mematuhi peraturan


sekolah sebagai cara menghargai jasa yang dibaktikan oleh guru. Sebagai seorang
murid yang berdisiplin, murid haruslah tidak datang lewat ke sekolah dengan
menepati masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, imej yang baik dapat diberi
kepada orang lain dengan pemakaian baju sekolah yang kemas dan bersih. Apabila
murid mematuhi segala peraturan yang tetapkan, maka seseorang itu merupakan
seorang yang berdisiplin. Seorang yang berdisiplin tidak akan mudah terjerebak
dalam gejala sosial seperti gangsterisme, vandalisme dan buli. Secara tidak
langsung dapat memudahkan guru dalam mendidik dan mengajar murid untuk
menjadi seorang yang berjaya dan berbakti kepada negara. Tetapi menurut
maklumat daripada Berita Harian, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
Datuk Pkharuddin Ghazali telah menyatakan bahawa kes ponteng sekolah telah
mencatat bilangan yang tertinggi iaitu 7709 manakala kes displin lain dari segi

3
vandalisme dan lain-lain adalah sebanyak 2445. Oleh itu, guru perlu menghabiskan
masa dan tenaga dala menyelesaikan perkara-perkara tersebut. Dengan ini, murid
haruslah insaf dan bertaubaat akan kesalahan yang dilakukan sebagai tanda
menyayangi dan menghargai guru.

Cara untuk menghargai guru yang seterusnya adalah murid harus lebih prihatin
dan menunjukkan kasih sayang mereka terhadap guru. Para guru telah berkorban
jiwa dan raga dalam medan pendidikan dengan hanya mendukung satu matlamat,
iaitu melahirkan anak bangsa yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, seimbang
dari pelbagai aspek seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi. Usaha yang telah
diberikan oleh guru tidak dapat diukur kerana jasa mereka ibarat tinggi daripada
langit, luas daripada luatan. Oleh itu, kita sebagai murid haruslah mengenang dan
menghargai sumbangan yang diberikan dengan menyayangi mereka. Sambutan Hari
Guru yang telah disambut pada setiap tahun telah memberikan peluang kepada
semua murid untuk memberikan hadiah terhadap guru bagi menunjukkan tanda
hargai. Hadiah yang diberikan tidak haruslah berpaksi kepada wang ringgit tetapi
sepatah ucapan terima kasih yang lahir daripada hati yang ikhlas merupakan hadiah
yang dinanti-nantikan oleh para pendidik. Bukan sekadar pada Hari Guru, murid-
murid juga boleh mengambil berat tentang keadaan guru apabila mereka kelihatan
tidak sihat. Prihatin yang diberikan akan dirasai oleh guru dan memanaskan semula
hati mereka yang telah penat lelah sepanjang ini.

Secara kesimpulannya, guru umpama obor yang terang menyala, suluh


cahayanya merupakan penerang jalan, sepatah perkataan yang diberi menjadi
pelajaran, segumpul pesanan menjadi pedoman kita dalam menghadapi dunia yang
penuh dengan cabaran dan dugaan. Oleh itu, jasa dan bakti yang disumbangkan
oleh guru haruslah dikenang dan dihargai oleh kita agar usaha mereka tidak menjadi
sia-sia. Murid-murid haruslah menjaga pertuturan dan adat istiadat, menjaga disiplin
dan peraturan sekolah dan sentiasa mengambil berat keadaan guru untuk
menunjukkan tanda hargai kepada mereka. Bukan sahaja itu, belajar dengan
bersungguh-sungguh dan menyumbang jasa kepada negara merupakan hasrat bagi
setiap guru kepada anak muridnya.

( 1019 patah perkataan )

4
Rujukan :

Aisyah Zainudin.(2013). Kerjaya Guru Menuru Perspektif Agama. Dimuat turun pada
10 Mac 2020 daripada https://www.slideshare.net/aisyahzainudin946/kerjaya-
guru-menurut-perspektif-agama

Awang Sariyan.(2002). Ceritera Bahasa.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Kedua.(2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mazlee Malik.Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi.(2019). New Straits Times


Press(M) Bhd : Berita Harian. Dimuat turun pada 4 April 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/564473/guru-obor-hemah-
menyinari-pertiwi

Mohamad Khairi Othman Asmawati Suhid.(2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. Sea
Journal of General StudiesVol 11, 119-126.

Mohd.Zikri Shahbudin.(2017).Bebanan Guru Semakin Bertambah, Buat kerja Di Luar


Bidang Pembelajaran.Sarawak Voice. Dimuat turun pada 10 Mac 2020
daripada https://sarawakvoice.com/2017/10/31/beban-guru-semakin-
bertambah-buat-kerja-di-luar-bidang-pembelajaran/

Nik Hasnah Ismail. (2014) Guru Ejen Pegubah Masyarakat. New Straits Times
Press(M) Bhd : Berita Harian. Dimuat turun pada 4 April 2020 daripada
https://www.bharian.com.my/node/722
Nurul Farhana Ismail.(2014). Guru Oh Guru.Daripada Usman Awang. Dimuat turun
pada 4 April 2020 daripada https://people.utm.my/nfarhana/guru-oh-guru-by-
usman-awang/.

Raja Noraina Raja Rahim.( 2019).10154 Kes Disiplin Babit Pelajar Tahun Lalu. New
Straits Times Press( M) Bhd : Berita Harian. Dimuat turun pada 4 April 2020
daripada https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-

5
kes-disiplin-babit-pelajar-tahun-lalu

Anda mungkin juga menyukai