Anda di halaman 1dari 2

SOALAN ESEI BAB 5: PERANAN GURU SEKOLAH

SOALAN 1 (a)
Peranan guru di sekolah sudah jelas adalah untuk membentuk sahsiah murid dengan caara
menyampai segala ilmu pengeahuan yang bermakna bagi membentuk mereka menjadi
insan yang berguna pada masa akan datang. Hal ini penting kerana murid pada masa kini
adalah pemimpin Negara satu masa akan datang. Maka tanggungjawab guru adalah
mendidik mereka sehabis baik untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dan
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mengembangkan potensi murid
secara menyeluruh.
Antara strategi-strategi yang relevan yang dapat dilaksanakan oleh guru bagi
memenuhi fungsinya sebagai penyampai ilmu adalah dngan mempersiapkan diri dari segi
keilmuan. Hal ini penting kerana guru akan menyampaikan segala ilmu yang dimiliki olehnya
kepada murid. Dengan adanya guru yang sentiasa mempertingkatkan ilmu yang ada pada
dirinya akan menjadi guru itu seroang yang sentiasa mempunyai ilmu baharu yang boleh
dikongsikan dengan murid dan tidak ketinggalkan zaman. Sebagai contoh, dalam ledakan
kemajuan bidang sains dan teknologi, murid-murid di sekolah lebih berminat kepada
permainan-permainan elektronik dan gaya pembelajaran yang berunsurkan ICT, maka jika
guru dapat meningkatkan pengetahuannya terhadap bidang tersebut, sudah tentu guru
dapat

menyampaikan

ilmu

dengan

berkesan

dan

menarik

bersesuaian

dengan

perkembangan semasa seperti menggunakan pembelajaran menggunakan e-learning dan


sebagainya.
Selain itu, guru perlu memperbaiki dari aspek kemahiranpengajarannya di dalam bilik
darjah bagi tujuan penyampaian ilmu berkesan dan mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan. Kemahiran pengajaran termasuklah kemahiran merancang, melaksana
dan menilai. Dalam merancang guru perlulah menetapkan segala objektif dan bahan-bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid agar murid dapat menerima ilmu yang
cuba disampaikan dengan baik. Dalam pelaksanaannya pula, guru perlulah pastikan segala
perancangan yang telah dibuat dilaksanakan mengikut tempoh masa dan aktiviti yang
dijalankan. Dan akhir sekali, guru perlulah membuat penilaian dengan sebaiknya bagi
melihat sama ada murid dapat menguasai isi pelajaran pada hari ini ataupun sebaliknya. Ia
akan menunjukkan keberjayaan guru dalam pengajaran pada hari tersebut. Sebagai contoh,
guru ingin mengajar murid tentang semangat patriotisme maka pada akhirnya murid akan
mengetahui apa itu semangat patriotisme bagi menilai sama ada ilmu yang disampaikan
dapat diterima dengan baik ataupun tidak.

Seterusnya guru juga perlu berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi
ibadah-ibadah asas. Hal ini penting kerana murid bukan sahaja belajar menerusi isi
pelajaran yang kita sampaikan di dalam bilik darjah tetapi juga menerusi permerhatian yang
dibuat ke atas guru mereka. Guru adalah role model kepada murid-murid. Maka dengan itu,
guru tidak hanya menyebut sesuatu perkara itu dikelas semata-mata tanpa guru itu sendiri
tidak mengamalkannya. Sebagai contoh, guru menegur murid agar sentiasa kelihatan
kemas, baju tidak terkeluar, kuku mesti sentiasa pendek dan bersih, jangan tinggalkan solat
dan sebagainya tetapi sebaliknya segala teguran yang telah dibuat itu tidak juga diamalkan
oleh guru tersebut. Maka sudah tentu ilmu yang disampaikan itu hanya berlegar di lidah
sahaja dan murid sudah tentu juga tidak akan menerima ilmu tersebut dengan alas an
bahawa guru itu sendiri tidak menunjukkan amalannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu
sudah tentu peranan guru sebagai pengamal dan penyampai ilmu akan terbantut.
Kemudian untuk guru berperanan sebagai penyampai ilmu, guru itu perlulah
menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan masyarakat. Tugas guru itu
sendiri tidak terhad kepada interaksi bersama muri di dalam bilik darjah dan sekolah tetapi
sebaliknya juga melibatkan perhubungan sosial bersama ibu bapa dan

masyarakat

sekeliling kerana guru merupakan individu yang dianggap penuh dengan ilmu pengetahuan
dan sentiasa menjadi rujukan dalam kalangan masyarkata. Maka dengan itu, guru perlulah
sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada masyarakat sekeliling dan berusaha
memberikan khidmat bantuan dari segala aspek jika diperlukan. Sebagai contoh, seorang
ustaz yang dihantar mengajar ke kawasan perkampungan selalunya akan diberikan peluang
untuk menjadi imam dan mengetuai sesi-sesi ceramah bersama masyarakat setempat.
Pada masa inilah guru berperanan sebagai penyampai ilmu yang bermanfaat kepada
masyarakat dan mampu menaikkan semula martabat guru yang semakin lama semakin
pudar.
Akhir sekali, peranan yang boleh guru laksanakan sebagai penyampai ilmu adalah
berusaha menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat
pendidikan anggota masyarakat. Sekolah merupakan medium utama sebagai pusat
penyebaran ilmu pengetahuan. Maka dengan itu, guru perlulah memastikan sekolah tempat
kita bertugas akan dapat menghasilkan produk murid yang berkualiti tinggi dari segala aspek
sama ada kurikulum mahupun kokurikulum. Dengan lahir produk murid seperti ini, sudah
tentu ia sebagai bukti menunjukkan betapa berdedikasinya guru di sekolah tersebut dalam
menyampaikan ilmu sehingga mampu menghasilkan ramai murid yang cemerlang dan ini
juga dapat membuatkan ibu bapa tertarik untuk menempatkan anak mereka bersekolah di
sekolah tersebut kerana yakin dengan tenaga kerja yang meyakinkan mereka.

Anda mungkin juga menyukai