Anda di halaman 1dari 2

Tugas dan tanggungjawab guru

Guru ialah pihak yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk diri seseorang


insan. Selain ibu bapa di ruah, gurulah pihak kedua yang begitu penting dan sangat
diperlukan oleh masyarakat dalam memastikan diri seseorang individu menjadi
sempurna. Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terbatas di dalam bilik darjah
semata-mata, sebaliknya tugas guru adalah melebihi batasan dan sempadan
sekolah. Setiap orang guru perlu menginsafi bahawa tugas dan tanggungjawab guru
secara menyeluruh adalah untuk membina Negara bangsa yang merdeka dan maju.
1. Pengamal ilmu pengetahuan dan kemahiran
Sebagai seorang yang professional, guru perlu menjadi seorang pengamal
dalam setiap ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Hal ini bererti setiap ilmu
yang dipelajari dan dikuasai perlu diamalkan dan dijelmankan melalui
kehidupan sehariannya. Ilmu tanpa amalan menjadikan ilmu yang begitu suci
dan boleh membawa kebaikan kepada kehidupan manusia tidak dapat
dimanfaatkan. Guru ialah rol model kepada murid-muridnya, apa jua yang
disebut dan diajar tidak akan membawa erti seandainya guru sendiri dan
tidak mengamalkan nilai-nilai daripada ilmu yang ada padanya. Dalam
memainkan peranan sebagai penyebar ilmu, guru-guru sebenarnya telah
memiliki personaliti seorang pemimpin atau khilifah kerana telah memiliki cirri-
ciri tabligh( dakwah ). Tanggungjwab ini merupakan suatu tuntutan dan
merupakan salah satu daripada ciri modal insane. Bagi memastikan ilmu
tersebut disebarkan dan diturunkan kepada pihak lain, guru perlu
membuktikan kehebatannya dalam mencari pendekatan dan kaedah yang
paling berkesan dalam memastikan murid- muridnya juga mampu menguasai
ilmu dan seterusnya menjadi pengamal ilmu. Dalam hal ini, guru perlu
sentiasa membuat perancangan dan persediaan yang rapi serta
mengaplikasikan setiap ilmu dan kemahiran pedagogi yang dimilikinya.
Sebagai pengamal dan pelaksana ilmu, guru perlu mampu menyebarkan
disiplin ilmu yang ada padanya dan mengaplikasikan pengetahuannya
berhubung perkembangan dan psikologi murid-muridnya sama ada dari
aspek kognitif , sosial dan fizikal mereka. Sebagai pengamal dan pelaksana,
guru hendaklah memilih dan menggunakan bahan dan alat bantu
mengajarnya dengan berkesan serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif dan bermakna. Selain itu, guru perlu selalu bersedia
meningkatkan keupayaannya dalam mengemaskinikan kandungan ilmu dan
strategi pengajarannya dengan menggunakan sumber, peralatan serta input-
input terkini. Guru pada hari ini juga perlu menjadi pengamal teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) bagi memastikan ketekalannya sebagai
pengamal ilmu. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk
meningkatkan ilmunya sama ada melalui bacaan , melayari internet,
menghadiri seminar atau forum dan majlis ilmu, menghadiri seminar atau
forum dan majlis ilmu, menghadiri kursus , menyambung pengajian pada
peringkat tinggi dan juga menjalankan penyelidikan. Sebagai pengamal, guru
menjadi rol model kepada pelajarnya dan mempunyai kemahiran dalam
berkomunikasi, kemahiran mengurus P&P, kemahiran mengurus bilik darjah,
serta seorang yang mengamalkan pemikiran reflektif.
2. Penerap nilai
Guru ialah contoh yang paling dekat kepada murid selepas ibu bapa mereka.
Perlakuan dan pertuturan guru sentiasa menjadi perhatian kepada murid.
Seorang guru yang penyayang dan penuh belas kasihan akan disayangi
muridmenyebabkan murid meniru perlakuan tersebut. Peranan guru tidak
cukup sempurna sekiranya hanya menyampaikan pengajaran melalui kata-
kata secara lisan, sebaliknya pengajaran guru sangat berkesan melalui
perlakuan dan tingkah laku guru. Guru perlu menunjukkan perlakuan yang
baik dalam segala perkara dan perlakuan itu perlu seiring dengan pengajaran
guru. Kita tidak mahu guru menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul, sedangkan dia sendiri jalan mengereng. Perana guru sebagai
penerap nilai akan Berjaya seandainya guru menjadi model terhadap
perlakuan yang bermoral dan beretika.
Selain bertindak sebagai rol model dalam melaksanakan penerapan nilai,
guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni melalui pengintegrasian nilai
dalam kurikulum. Hal ini berti guru boleh menerapkan nilai secara terancang
dengan mengintegrasikan nilai dalam isi pelajaran. Perancangan mengajar
yang teliti akan membolehkan guru memilih dan menerapkan nilai dengan
berkesan sewaktu menyampaikan sesuatu kandungan pelajaran, sama ada
penerapan nilai secara langsung ataupun tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai