Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh / Peristiwa
Tajuk Jurnal
: Ke-8
: Minggu Lapan
: 11 March 2013 - 15 March 2013
: Minggu Lapan di SJK Chung Hua No. 6
Masalah / Peristiwa :
Masalah di mana berkenaan dengan murid yang pasif, terutamanya di dalam aktiviti
berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif
melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan
kadangkala mengganggu murid lain.
Analisis :
Masalah ini berlaku kemungkinan besar disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar yang lain. Selain itu, murid tersebut bersifat pemalu untuk tampil ke
hadapan. Sifat kurang keyakinan diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan Tindakan Susulan :
Guru boleh memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan untuk memberi
semangat untuk mereka supaya aktif melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru perlu memberi kata-kata pujian terhadap murid supaya mereka
merasakan mereka dihargai.
Tempoh Masa Tindakan Susulan:
Sepanjang praktikum dijalankan.
Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh / Peristiwa
Tajuk Jurnal
: Ke-9
: Minggu Sembilan
: 18 March 2013 - 22 March 2013
: Minggu Sembilan di SJK Chung Hua No. 6
Masalah / Peristiwa :
Masalah di mana segelintir pelajar tidak mementingkan kekemasan pakaian dan penampilan
diri. Mereka sering tidak memasukkan baju sekolah ke dalam. Sebagai seorang pelajar yang
baik, kita perlu memakai pakaian dengan kemas dan bersih supaya orang lain juga akan
menghormati kita.
Analisis :
Masalah ini berlaku disebabkan pelajar tersebut tidak diberikan tunjuk ajar daripada mana-mana
pihak. Mereka tidak patuh kepada peraturan sekolah dengan tidak menyelitkan baju sekolah ke
dalam supaya membuktikan mereka hebat. Tabit yang buruk ini tidak seharusnya diamalkan.
Cadangan Tindakan Susulan :
Guru perlu membendung masalah ini secepat mungkin. Guru boleh memberikan bimbingan
terhadap pelajar tersebut tentang kepentingan pemakaian dan penampilan diri yang positif
terhadap diri sendiri supaya mematuhi peraturan sekolah.
Tempoh Masa Tindakan Susulan:
Seminggu.
Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :



PENULISAN JURNAL
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh / Peristiwa
Tajuk Jurnal
: Ke-10
: Minggu Sepuluh
: 1 April 2013 - 5 April 2013
: Minggu Sepuluh di SJK Chung Hua No. 6
Masalah / Peristiwa :
Untuk subjek Pendidikan Moral bagi Tahun 5 Ungu, saya telah membahagikan pelajar kepada
beberapa kumpulan untuk bincang bersama mengenai suatu aktiviti P&P. Untuk kemudahan
membahagikan kumpulan, saya menyuruh murid bersekumpulan dengan murid yang duduk
dekat. Saya mendapati kebanyakkan murid tidak suka bersekumpulan dengan jantina yang
berlainan. Mereka mendapatkan kebenaran daripada saya untuk berduduk dengan jantina yang
sama. Oleh demikian, kelas menjadi bising dan terganggu untuk seketika.
Analisis :
Bilangan jantina lelaki dan perempuan dalam kelas adalah tidak sama, maka guru perlu
merancangkan cara pembahagian kumpulan dengan mengambil kira faktor jantina atau bilangan
murid. Jika saya membenarkan murid bebas memilih ahli kumpulan mereka, maka keadaan
kelas akan menjadi huru-hara dan juga masa akiviti akan terjejas. Kesimpulannya, pada
pandangan saya, mereka mencari alasan untuk duduk dengan rakan supaya dapat berbual
tentang hal lain.
Cadangan Tindakan Susulan :
Saya akan membuat rujukan dan pembacaan tentang kemahiran merancang pengajaran yang
bersesuaian dengan murid-murid. Saya perlu memberikan arahan yang jelas dan muktamad
tentang kumpulan yang dibahagikan supaya mereka tidak akan mencari alasan untuk memilih
kumpulan. Jika murid berkelakuan baik dan teratur, maka mereka dibenarkan memilih
kumpulan.
Tempoh Masa Tindakan Susulan:
Seminggu

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai