Anda di halaman 1dari 2

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

1)Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan 2) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 3) Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru 4) Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. 5) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar Posted by crescent at 1:23 PM
Guru

Guru memegang pelbagai peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Selain itu, guru perlu menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Selain itu, guru perlu menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar Dalam elemen ini juga guru perlu mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh kerana itu,

guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa. Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa. Jelas sekali, bahawa guru banyak memberi sumbangan kepada anak bangsa, masyarakat dan negara dalam merealisasikan hasrat FPK. Selaras dengan hasrat FPK, guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesimpulannya, guru mempunyai tanggungjawab dan amanah yang amat besar dalam melahirkan generasi yang berilmu dan bersahsiah tinggi, seterusnya menjadi pelapis kepada pemimpin negara suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai