Anda di halaman 1dari 3

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dokumentasi

rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara kita yang tercinta, Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan seterusnya meletakkan nama negara Malaysia dalam kalangan negara terbaik dalam sistem pendidikan. Hal ini juga bukanya perkara yang sukar namun bukan mustahil cuma hal ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK juga boleh diberi maksud sebagai suatu pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, FPK adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini. Hal ini adalah umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Hal ini akan memastikan pelajar-pelajar yang cemerlang dapat dilahirkan seperti yang dikehendaki oleh FPK seterusnya meningkatkan lagi prestasi negara pada masa depan. Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Hal ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima oleh audiens iatu para pelajar sendiri. Seperti mana yang kita sedia maklum juga, guru juga bertindak sebagai seorang rolemodel atau antara contoh yang terbaik kepada para pelajarnya. Maka, apabila sifat peribadi dan sikap seseorang guru itu adalah cemerlang maka kecemerlangan sahsiah seseorang guru itu akan diikuti dan dicontohi oleh para pelajarnya pula. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) pada baru-baru ini. SGM telah menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. SGM juga disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. SGM ini juga akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Ketiga,

FPK

menyumbang

implikasi

kepada

institusi

pendidikan.

Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang

seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia. Justeru, semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan bersungguh-sungguh supaya matlamat dan obejktif FPK dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai