Anda di halaman 1dari 10

1. HURAIKAN KEPENTINGAN KEFAHAMAN TENTANG KONSEP FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM LATIHAN PERGURUAN.

Antara kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan dalam latihan perguruan ialah bagi melahirkan bakal-bakal guru yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang pendidik kelak. Selain itu, ianya juga berperanan untuk melahirkan guru yang taat sedia kepada Raja dan cinta kepada Negara. Falsafah pendidikan juga bertujuan membentuk guru yang memiliki sahsiah yand seimbang, berakhlak mulia, percaya dan patuh kepada Tuhan dan boleh memupuk dan menguatkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum setempat.

2. MENURUT ABDUL RAHMAN AROFF, MERUMUSKAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBENARNYA DIKENALI SEBAGAI FALSAFAH EKLEKTISISME. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DGN EKLEKTISISME, BERIKAN PENJELASAN ANDA.

Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.

3. SETELAH ANDA FAHAM TENTANG FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT. CUBA ANDA BANDINGKAN ANTARA MAZHABMAZHAB TERSEBUT DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Jika dibandingkan dengan Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat, Falsafah Pendidikan Malaysia juga mengandungi unsur yang terdapat dari Falsafahfalsafah tersebut. Secara keseluruhan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip kepada Falsafah pendidikan rekonstruktivisme dimana ianya menekankan matlamat pendidikan bagi mencapai kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang harmoni. Selain itu, mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Perkara ini sehala dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana Pendidikan Agama dan Moral diajar untuk perkembangan individu khasnya dari segi emosi, rohani dan agama. Oleh kerana system pendidikan kebangsaan menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan mengandungi unsure essedsialisme yang bercorak tradisional.

1. APAKAH TUJUAN MEMBENTUK JAWATANKUASA LAPORAN BARNES?

Tujuan utama jawatankuasa Laporan Barnes ditubuhkan adalah untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang melayu.

2. MENGAPAKAN KAUM CINA MENENTANG CADANGAN DALAM LAPORAN BARNES?

Kaum cina menentang cadangan dalam Laporan Barnes kerana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa pengantar. Kaum cina juga tidak berpuas hati kerana sekolah-sekolah cina akan ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Hal ini amat sensetif bagi kaum cina kerana mereka menganggap Laporan Barnes mahu menghapuskan Bahasa Cina dan segala kurikulum yang digunakan di sekolah cina.

3. APAKAH CADANGAN-CADANGAN DALAM LAPORAN CHEESEMAN?

Antara cadangan-cadangan dalam Laporan cheeeseman ialah tempat percuma akan diberikan kepada kanak-kanak yang menghadiri sekolah vernacular di peringkat sekolah rendah. Selain itu, Laporan cheeseman juga mencadangkan untuk memasukkan mata pelajaran sains dalam sukatan pelajaran. Ia juga mencadangkan untuk menambahkan sekolah tukang dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut supaya mereka akan dijadikan Sekolah Teknik Rendah. Kurikulum Bahasa Inggeris juga mesti memasukkan subjek amali seperti pertukangan dan sains rumahtangga. Ia juga bercadang untuk

menubuhkan Sekolah Perdagangan di pusat Bandar besar yang lulus Peperiksaan School Certificate. Akhir sekali, ia juga mencadangkan untuk melantik pengelola sekolah vokasional.

4. MENGAPAKAH CADANGAN CHEESEMAN TIDAK DILAKSANAKAN?

Cadangan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan kerana Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dalam pemulihan sekolah-sekolah yang tidak dirosakkan kerana peperangan dimana tidak ada rancangan yang berkaitan bagi memupuk integrasi sosial antara kanak-kanak berbilang kaum.

5. APAKAH OBJEKTIF MENUBUHKAN LAPORAN RAZAK?

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Objektif menubuhkan Laporan Razak ialah : 1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum. 2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . 3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. 4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di

negara ini.

6. HURAIKAN LIMA DARIPADA CADANGAN YANG TERKANDUNG DALAM LAPORAN RAHMAN TALIB.

Antara cadangan dalam Laporan Rahman Talib ialah memberikan pendidikan rendah secara percuma kepada rakyat, kenaikan darjah secara terus sehingga tingkatan 3, menjalankan peperiksaan darjah 5 dan memajukan teknik dan vokasional. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Islam akan diajar sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar islam didalam kelas tersebut.

7. APAKAH TUJUAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KABINET?

Tujuan penubuhan Jawatankuasa Kabinet ialah untuk mengkaji semua matlamat dan kesan system pendidikan termasuk kurikulum dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud dengan tujuan untuk memastikan keperluan tenaga rakyat dapat dipenuhi. Ia juga bertujuan untuk memastikan sistem pelajaran dapat penuhi matlamat Negara kearah melahirkan masyarakat yang bersepadu, berdisiplin dan terlatih.

8. PADA PANDANGAN ANDA, APAKAH PRO DAN KONTRA DENGAN

MELAKSANAKAN SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH WAWASAN?

Pada pendapat saya, pro yang dapat dilihat dengan pelaksanaan Sekolah Bestari ialah para pelajar dapat mendedahkan diri kepada kemahiran teknologi yang amat penting pada masa kini. Selain itu, para guru juga akan dapat menjalankan P&P dengan lebih menarik dan membantu para pelajar memahami pelajaran dengan lebih berkesan. Teknologi yang diserap juga membantu para pelajar untuk mengembangkan lagi potensi diri mereka. Kontra baginya pula ialah berlakunya penyalahgunaan kemudahan teknologi apabila pelajar terlampau mahir dan sentiasa mencuba benda baru yang mereka sendiri tidak dapat tentukan sama ada baik ataupun buruk. Seterusnya, pro bagi penubuhan Sekolah Wawasan ialah kita melihat satu usaha untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum. Kontranya pula ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan masih lagi dilihat tidak seiring dimana pelajar melayu lebih suka bergaul atau melakukan aktiviti sesame mereka dan begitu juga dengan kaum-kaum lain. Hal ini dilihat seperti berlakunya satu kegagalan dalam mencapai matlamat penubuhan sekolah wawasan ini.

9. CERITAKAN SEKOLAH INTEGRASI DAN SEKOLAH KLUSTER.

Konsep integrasi telah diilhamkan oleh Tan Sri Musa Muhammad iaitu Menteri

Pendidikan Malaysia ketika itu, pada penghujung tahun 2000. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ini diwujudkan seiring dengan permintaaan aliran sains agama yang semakin banyak masa kini. Sekolah Integrasi menempatkan 3 aliran di bawah satu bumbung iaitu aliran sains tulen, aliran sains agama dan aliran sains teknikal. Salah satu daripada beberapa buah sekolah yang berkonsepkan integrasi telah dibina sebagai salah satu lagi versi dalam arena sekolah berasrama penuh di Malaysia. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga sentiasa menekankan rancangan integrasi di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam mengekalkan keharmonian kaum selepas pelajar menamatkan persekolahan. Pelbagai aktiviti bersama SK dan SJK telah dirangka dalam rancangan integrasi untuk menjamin tiada masalah pengasingan kaum yang akan timbul kelak. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur

menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan. Tujuan penubuhan sekolah kluster ialah bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. Kesan penubuhan sekolah bestari ini akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi Program Kecemerlangan Kokurikulum, Program Kerjaya, dan pelajar sekolah cemerlang. Selain itu, lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar Negara dan memberi keyakinan kepada badan korporat dan agensi kerajaan menaja pengajian lepasan sekolah kluster. Penubuhan sekolah kluster juga diharapkan dapat melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

1. BINCANGKAN CARA-CARA SEORANG GURU DAPAT MEMENUHI SATU DARIPADA HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN IAITU PENDIDIKAN SEBAGAI SUATU USAHA BERTERUSAN.

Seorang guru dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan iaitu pendidikan sebagi suatu usaha berterusan dengan cara menerapkan pemahaman pembelajaran sepanjang hayat dalam diri sendiri dan para pelajar. Penggunaan ICT, pembelajaran on-line dan juga pembelajaran melalui media massa juga merupakan cara guru untuk merealisasikan hasrat ini.

2. HURAIKAN TENTANG 8 UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Unsur pertama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pendidikan suatu usaha berterusan dimana pendidikan secara berterusan ini bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, institut pengajian tinggi, tempat bekerja dan komuniti. Unsur kedua ialah memperkembangkan potensi individu iaitu dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Unsur ketiga ialah memperkembang potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Unsur ke empat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak, kepercayaan kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat serta matang dari segi emosi dan social. Unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Seterusnya, unsur yang keenam ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan iaitu rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan,gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebar ilmu pengetahuan, memanfaatakn ilmu untuk kebaikan diri orang lain dan berfikiran terbuka. Unsur seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan yang mempunyai ciri-ciri seperti melaksanakan tugas dengan cekap, berkemahiran yang sesuai dengan tugas, berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan. Unsur yang terakhir ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu mengetahui yang

mana nilai baik dan yang mana yang buruk.

3. JELASKAN BAGAIMANA GURU DAPAT MEMAINKAN PERANAN DALAM USAHA MEMENUHI HASRAT FALSAFAH PERGURUAN.

Guru dapat memainkan meranan penting dalam usaha memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan dengan memberikan beberapa penekanan seperti pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembang potensi pelajar dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Seterusnya ialah dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan baik dan selamat. Akhir sekali ialah pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar ( smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun tenaga yang diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai