Anda di halaman 1dari 20

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KURIKULUM KPF 1013 TAJUK TUGASAN INDIVIDU:PROGRESIVISME NAMA PENSYARAH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK SEMESTER FAKULTI PROGRAM KUMPULAN :DR.ABDUL KADIR ARIFIN :KATHERINE CHIOH :D20061027563 :SATU :FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI :PENDIDIKAN MULTIMEDIA :A

Progresivisme 1.1 Pengenalan Progresivisme merupakan satu teori yang berkaitan dengan politik, sosial, dan pendidikan. Biasanya, progresivisme memberi tumpuan terhadap pemusatan murid-murid dan kedudukan organisasi sosial. Progresivisme merupakan salah satu daripada mazhab

falsafah umum Barat yang terkenal. Progresivisme berasaskan kepada pragmatisme dan naturalisme. Progresivisme sebagai protes kepada pemikiran Perenialisme tentang pendidikan. Dalam tajuk kecil yang seterusnya, kita akan mengkaji progresivisme dari segi definasi, latar belakang, hubungan antara falsafah progresivisme dengan ideologi, tujuan belajar progresivisme, prinsip-prinsip progresivisme dalam pendidikan, progresivisme sebagai teori pendidikan, dan pendidikan progresivisme. 1.2 Definisi Progresivisme Untuk mendefinisi perkataan progresivisme, kita harus memberi tumpuan kepada kata asalnya, iaitu progress. Progress membawa makna bahawa terdapat kemungkinan untuk menjadi maju dalam sesuatu bidang. Memandang kepada progresive pula, ia bermaksud keadaan masyarakat dari segi sosial, politik, ekonomi, dan pendidikan yang dapat menjadi maju. Progresivisme pula telah dibentuk oleh Liberalisme. Oleh itu, progresif yang serupa dengan liberal menitikberat terhadap kepentingan penciptaan satu jabatan dan persefahaman dalam sesuatu undang-undang. Pendidikan merupakan satu jabatan yang sepakat bagi manusia belajar secara berterusan, selalu berlatih dan menjadi biasa untuk menggunakannya. Jenis kemajuan yang diperolehi daripada progresif adalah bersifat individu, iaitu ia akan bergantung kepada tahap pendidikan seseorang murid. Seseorang murid akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya dari tahap pendidikan yang telah dia sampai. pengajaran yang berbeza. Kalau sistem pengajaran di sekolah berubahsuai mengikut Pemikiran progresivisme dalam sistem pembelajaran dapat pemikiran progresivisme, proses perubahan ini akan menghadapi masalah akibat sukatan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokan dan mencabar. Perubahan ini akan mendatangkan kesan kumulatif kemajuan masyarakat secara umum. Progresif dipercayai mempunyai kemampuan dalam memajukan atau mengubah masyarakat secara beransur-ansur dari masa ke semasa. Dalam bidang politik pula, progresif berperanan sebagai penyokong kepada perubahan yang berlaku mengikut sistem dalam sosial, ekonomi, politik dan pendidikan. Jika dikaji dari segi pendidikan, progresif merupakan penyokong dalam membolehkan kanak-kanak menyuarakan fikiran mereka dengan bebas dan kreatif. Dengan ini, mereka yang merupakan pemimpin negara masa depan dapat menyokong konsep perubahan masyarakat yang dibincangkan di atas.

Kebanyakan pendidkan yang memberi fokus kepada progresif lebih cenderung yntuk menggunakan peraturan yang tidak rasmi. Struktur yang sedikit dan pengajaran yang menggunakan kaedah yang terbuka untuk membolehkan murid-murid belajar mengikut minat mereka dan dapat menggunakan kreativiti mereka secara berkesan. Pendidik biasanya akan menggalakkan murid-murid supaya kerap mengemukakan pandangan mereka dalam kelas yang tidak formal mengikut minat dan keperluan mereka. Dengan ini, bekerjasama akan berlaku antara ahli dalam satu kumpulan pembelajaran. Apabila pendidik menyedari tentang betapa pentingnya keperluan individu seseorang murid dan kesannya terhadap masyarakat, maka mereka menjadi lebih cenderung untuk menggunakan sekolah sebagai alat dalam melaksanakan pembaharuan sedangkan sekolah dan guru-guru mempunyai peranan dalam memperkenalkan isu kontroversi yang menerangkan kepentingan masalah sosial, politik, dan ekonomi serta berusaha berbincang dengan murid untuk menyelesaikan masalah-masalah itu. Pada masa kini, penekanan terhadap minat dan keperluan murid-murid, isu sosial serta pembaharuan telah menjadi tegang dalam limgkungan taraf pendidik yang bersifat progresif. Terdapat beberapa ahli progresif yang menegaskan pemusatan murid takut bahawa penekanan terhadap masalah sosial dan politik dalam pembelajaran akan menyebabkan pembelajaran tidak mengenakan matlamat yang asal tetapi membelok kepada minat dan keperluan murid sebagai penumpuan. Progresif yang terlibat dalam pembaharuan sosial percaya bahawa mengikut minat murid sebagai ukuran kurikulum berundur kepada fahaman laissez-faire romanticism yang menegaskan supaya memperkukuhkan keadaan seperti yang wujud sekarang daripada mengubahnya. 1.3 Latar Belakang Progresivisme Latar belakang progresivisme dapat dikaji sejak abad ke-18 yang dikenali sebagai Age of Reason. Ahli filosofi yang bijaksana menolak kepercayaan yang diwarisi daripada zaman Medieval dan Reformation yang menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang semula jadi, berakhlak dan rohaniah. Akan tetapi, ahli-ahli filosofi dari Perancis seperti Condillac, Diderot dan Rousseau pula menduga bahawa manusia merupakan makhluk yang mulia yang mempunyai ruang yang banyak untuk memajukan diri sendiri dalam dunia ini. Strategi mereka untuk memajukan manusia adalah dengan

menggunakan sains untuk neneroka prinsip umum tentang bagaimana alam semesta berfungsi dan juga untuk membaharui sosial, politik, ekonomi, dan institusi pendidikan demi memastikan kebenaran undang-undang semula jadi. Pakar-pakar pemikir merangkumi idea daripada progress sebagai panduan dalam prinsip kehidupan. Mereka berpendapat bahawa masa depan manusia akan menjadi lebih cerah berbanding dengan masa dulu jika potensi manusia dapat dikembangkan. Untuk keadaan ini berlaku, perkembangan potensi manusia perlu bebas daripada sembarangan, authoritarian dan kawalan sepenuhnya oleh gereja dan daerah. Selain itu, ia juga perlu diperkuatkan dengan pendidikan yang menumpu kepada semula jadi dan sains. Dalam negara Eropah, perintis yang terawal dalam pemikiran progresivisme adalah Jean-Jacques Rousseau, di mana romantic naturalism yang diperkenalkan oleh beliau menegaskan supaya mengajar murid-murid mengikut prinsip semula jadi, membebaskan mereka daripada pengekangan sosial yang palsu dan mendidik mereka dalam persekitaran yang terbuka dan tidak rasmi. Johann Heinrich Pestalozzi dipengaruhi oleh Rousseau dan mentakrifkan semula kaedah Rousseau dalam pengajaran di sekolah.Pestalozzi menegaskan pengajaran serentak dalam kumpulan, belajar dengan menggunakan bendabenda di sekeliling dan menggalakkan murid-murid belajar mengubah pengalaman langsung yang diperoleh dari alam sekitar yang semula jadi menjadi pengetahuan demi memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat didapati dalam buku teks. Ini dapat dilakukan melalui lima kaedah iaitu persiapan, penyajian, asosiasi, generalisasi dan aplikasi. Pemikir-pemikir tokoh Eropah ini mempengaruhi tokoh Amerika Syarikat seperti Colonel Francis Parker yang memperkenalkan program pandidikan guru di Amerika Syarikat. Pendidikan progresif menumpu kepada pergerakan progresif yang umum yang berlaku di Amerika Syarikat dari tahun 1900 kepada tahun 1920. Pemikir progresif dalam politik seperti Theodore Roosevelt, Woodrow Wilson dan Robert LaFollette bersetuju tentang keperluan untuk melakukan pembaharuan dalam sistem politik Amerika Syarikat walaupun mereka mempunyai pandangan yang berlainan dalam pelbagai isu yang lain. Ahli politik yang bersifat progresif cuba mencari jalan untuk mangawal syarikat perniagaan supaya mereka tidak dapat memonopoli ekonomi, menghapuskan ahli politik yang curang dan memelihara kajian alam sekeliling.

Selain itu, ahli politik yang bersifat progresif juga cuba mencari cara untuk melakukan pembaharuan dalam sistem politik dengan mengubal pembentukan undangundang demi mengawal monopoli, mencipta lebih banyak proses politik secara langsung, menjamin keselamatan makanan dan dadah, serta perlindungan kajian semula jadi. Ahli progresif percaya bahawa pembaharuan ini dapat mengambil tempat dalam rangka perlembagaan dengan menggunakan pemimpin yang dipilih dalam satu pertubuhan dan dalam proses membuat undang-undang. Pada umumnya, proses pembaharuan progresif melibatkan lima langkah, iaitu kenalpasti masalah dan menyelidik masalah itu secara saintifik , memaklumkan dan mendidik masyarakat melalui penyelidikan kewartawanan, berbincang dan merangka cara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah itu, mencadangkan dan mengubal pembentukan undang-undang untuk memulihkan dan membaharui keadaan yang sedia ada, serta menubuhkan peraturan untuk memastikan pembaharuan dilakukan. Walaupun pendidik progresif mempunyai banyak matlamat untuk dicapai, mereka tetap mengikut tiga agenda bercabang yang paling penting, iaitu menghapuskan sistem formal, rutin yang lama dan kerajaan yang bersifat birokrasi kerana ini akan melambatkan pembelajaran di sekolah. Mereka berusaha memikir dan melaksanakan kaedah yang dapat membawa pembaharuan dalam pengajaran yang fokus kepada pemusatan murid dari segi keperluan dan minat mereka serta menjadikan pengajaran dan pengurusan sekolah profesional. Pendidik progresif merupakan perintis yang memperkenalkan perkembangan pelbagai kaedah pengajaran yang baru, misalnya belajar melalui pelaksanaan, belajar mengikut aktiviti tertentu, projek kumpulan, dan penyelesaian masalah. Marietta Johnson (tahun 1864-tahun 1938) merupakan penubuh Organik Falsafah Pendidikan. Beliau juga merupakan contoh yang unggul yang menerima pendidikan progresif yang bertekan kepada pemusatan murid. Di sekolah beliau yang terletak di Fairhope, Alabama, Johnson membentukkan kurikulum yang mementingkan keperluan, minat dan pengalaman murid. Sekolah itu mengutamakan aktiviti yang kreatif seperti menari, melukis dan menyanyi manakala membaca dan menulis akan diajar apabila murid mencapai sembilan atau sepuluh tahun. Walaubagaimanapun, pemikiran dan penulisan John Dewey adalah yang banyak mempengaruhi falsafah progresivisme ini. John Dewey membuat banyak penyelidikan di

sekolah beliau, iaitu University of Chicago. kepentingan pengalaman dalam pendidikan. saintik.

Penekanan beliau memfokus kepada Dewey merupakan perintis yang

memperkenalkan aktiviti pengajaran dan penyelesaian masalah dengan menggunakan cara Pemikiran Dewey yang inovatif mempengaruhi banyak pendidik progresif. Persatuan ini menggabungkan Pendidikan progresif mendapat tumpuan di Amerika Syarikat dengan penubuhan Progressive Education Association pada tahun 1919. masyarakat inovatif, sekolah swasta dan profesor yang mempunyai pemikiran untuk melakukan pembaharuan menjadi satu organisasi yang besar. Progressive Education merupakan jurnal yang dikeluarkan oleh persatuan itu untuk menyebarkan rencana tentang pembaharuan pendidikan dan program inovatif dalam negara. John Dewey merupakan pengerusi persatuan tersebut. Pendidik progresif dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu golongan yang mementingkan pemusatan murid dan golongan pembentuk semula masyarakat. Progresivisme yang fokus kepada pemusatan murid menganggap murid sebagai sumber keperluan hidup dalam bidang pendidikan. Ahli falsafah percaya bahawa kurikulum yang diserap oleh murid berdasarkan minat dan keperluan mereka adalah lebih baik daripada kurikulum tradisional yang ditekankan oleh falsafah esensialisme, perenialisme dan konservatif yang mendesak murid belajar kemahiran tertentu mengikut sistem pengajaran yang ditetapkan. Para pelajar sepatutnya diberi kebebasan untuk mengikut minat mereka tanpa kawalan oleh peraturan arbitari. Murid patut diajar oleh guru yang bersikap permisif dan sedia memberi galakkan kepada mereka melalui aktiviti yang dilakukan oleh murid sendiri. Dengan ini, penerokaan persekitaran dan peningkatan had pengetahuan murid dapat dicapai. Apabila murid bekerjasama dan berusaha bersama-sama dalam kumpulan, mereka dapat belajar bagaimana untuk mengambil bahagian sebagai ahli dalam masyarakat yang demokratik. Jika murid diberi kebebasan untuk belajar tanpa paksaan orang dewasa, mereka akan menjadi pembina dunia dan berupaya membina dunia yang baru dan lebih maju. Golongan pembentuk semula masyarakat juga melawan pendidikan tradisional yang mengamalkan autoritarianisme dan formalisme. Akan tetapi, golongan pembentuk semula masyarakat lebih cenderung untuk menganggapkan pendidikan sebagai proses tuduhan politik. Mereka mengharapkan ahli teori kritikal menganggapkan pendidikan terutamanya sekolah sebagai tempat berlakunya pertikaian ideologi antara kumpulan dan kelas yang bersaingan.

Di kalangan ahli pembentuk semula masyarakat, kebanyakannya merupakan ahli parti moden di Britian yang menentang Konservatif dan ahli anti-komunis dan yang lain merupakan orang yang menganut ajaran Marxisme. Mereka berpendapat bahawa pendidikan sepatutnya dijadikan agensi pertimbangan dalam pembaharuan sosial, politik dan ekonomi. Ahli-ahli pembentuk masyarakat seperti George Counts, Harold Rugg, dan Theodore Brameld mambantah fakta yang menerangkan bahawa pendidikan merupakan aktiviti sosial dan politik yang mempunyai tanggungan yang tinggi. yang penting walaupun ia bersifat kontroversi. Ahli-ahli progresif pemusatan murid dan pembentuk masyarakat tidak bersetuju bahawa sekolah dan guru perlu sengaja memperlahankan perubahan sosial dan politik secara langsung. Terdapat sesetengah pendidik yang mengutamakan pemusatan murid takut bahawa agenda ahli pembentuk masyarakat yang terlalu bersifat politik akan menyerapkan idea politik ke dalam minda murid manakala ahli pembentuk semula masyarakat pula tidak bersetuju terhadap sekolah yang tidak mengambil berat tentang isu politik dan ekonomi dan menganggap ini akan mengekalkan keadaan yang sebelumnya dan tidak dapat mencapai pembaharuan. Walaupun kedua-dua pihak mempunyai pandangan yang lain, ahli teori kritikal tetap menyokong kebanyakan idea tentang pembaharuan pendidikan yang diumumkan oleh ahli pembentuk semula masyarakat yang lebih awal. 1.4 Hubungan Antara Falsafah Progresivisme Dengan Ideologi Bahan falsafah progresivisme adalah pragmatisme, terutamanya pengujikajian yang dibuat oleh John Dewey. Bahan ideologi progresivisme pula adalah Liberalisme yang moden.Naturalisme terutamanya pandangan Rousseau mengilhamkan orientasi progresif pemusatan murid bahawa murid adalah insan yang bersifat suci dan semula jadi atau sekurang-kurangnya bermoral pada peringkat awalnya. Progresif bersetuju bahawa pengasuhan murid dan pendidikan sepatutnya bebas daripada tiruan dan perlu menegaskan kemujaraban aktiviti dan lawatan yang dijalankan di alam sekeliling yang semula jadi. Progresivisme seperti pragmatisme menolak banyak prinsip falsafah yang berkaitan dengan Idealisme, Realisme, dan Thomisme. Falsafah tradisional ini merujuk kepada prinsip Dengan tidak mengabaikan minat murid, sekolah dan guru perlu menghadap dan menangani isu mutakhir

metafizikal yang bertegas bahawa kenyataan sudah wujud dan tujuan pendidikan adalah untuk membantu manusia menyedari pengetahuan yang terlebih dahulu. Sumber muktamad tidak datang dari buku. Buku hanya sebagai alat pembelajaran. Murid patut mendapat pengetahuan melalui interaksi dengan alam sekitar. Secara ideologi, progresivisme dan liberalisme berkongsi banyak tema yang sama. Penglibatan liberal dalam pembaharuan menerusi proses perubahan secara beransur, mengikut prosedur perkongsian untuk membandingkan perbezaan pendapat, melakukan perbincangan terbuka dan perbahasan serta memberi kebebasan untuk mengemukakan idea adalah disokong oleh progresif. Sebenarnya, perbezaan antara liberals dengan progresif biasanya berkeliru kerana kedua-dua idea ini mempunyai bahagian perkongsian yang sama. Pragmatisme yang diperkenalkan oleh John Dewey yang merupakan satu naturalisme yang hebat banyak mempengaruhi falsafah progresivisme. Dewey berpendapat bahawa satu-satunya matlamat pendidikan adalah untuk perkembangan yang seterusnya yang sejajar dengan matlamat progresif yang menegaskan kepada kebebasan murid untuk mengemukakan pemikiran mereka dan belajar dari aktiviti yang dijalankan di persekitaran. Konsep pengalaman Dewey iaitu interaksi antara manusia dengan alam sekeliling adalah sejajar dengan penegasan progresif dalam proses belajar melalui pelaksanaan, projek dan aktiviti. Pendapat Dewey dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah saintifik adalah serupa dengan orientasi progresif yang menyatakan bahawa murid dapat belajar secara berkesan dengan menggambarkan tindakan yang lepas dan mengesahkan tindakan itu dari segi kesan yang diberi olehnya. Selain itu, penekanan John Dewey dalam perkongsian pengalaman atau cenderung kepada kehidupan dan pelajaran sejajar dengan penekanan progresif dalam usaha bersama antara ahli dalam satu kumpulan. Dalam buku Experience and Education, Dewey menasihatkan supaya memajukan falsafah pendidikan dengan merujuk kepada pengalaman yang sedang berlaku yang menggabungkan masa dulu, sekarang dan masa depan secara kontinum. Parti Konservatif United Kingdom, ahli falsafah Esensialisme, dan Perenialisme memandang hina dan berasa kesangsian terhadap pendidikan progresif. Parti Konservatif United Kingdom berpendapat bahawa progresivisme gagal menegaskan penyiaran warisan kebudayaan tradisional dari satu generasi kepada generasi yang lain. Tambahan pula, progresivisme cenderung kepada relatif yang berertika menyebabkan nilai tradisional

patriotik, agama dan penghormatan terhadap autoriti menjadi lemah.

Ahli falsafah

Esensialisme menuduh bahawa progresif mengabaikan kemahiran tried-and-true, asas kesusasteraan dan kefahaman asas terhadap sains dan matematik, serta kesopanan yang dapat mengabadikan keterbitan sesuatu masyarakat. Ahli falsafah Perenialisme yang selalu beranggapan bahawa karya yang bermutu dan buku yang berkaitan dengan kebudayaan Barat sepatutnya menjadi teras kurikulum mendapati bahawa progresivisme tidak bertindak secara bijaksana. Mereka menuduh bahawa progresif memaksa sekolah, guru dan murid menerima pengetahuan yang bertentangan dengan intelek.

1.5 Tujuan Belajar Progresivisme Progresivisme telah menjadi pembaharuan yang penting dalam pendidikan Amerika. Arah dominan dalam kurikulum diambil giliran antara neo-Esensialisme yang menegaskan kemahiran yang dikuasai dalam akademik, dan progresivisme yang menegaskan pendidikan secara terbuka, pembelajaran melalui penyelidikan, belajar bersama-sama dalam kumpulan dan penilaian secara autentik. Ini adalah berguna bagi pendidik yang sezaman untuk mengetahui bahawa perubahan yang berlaku dalam pendidikan adalah tindakan memperbaiki keadaan yang sebelumnya dan cara yang baru untuk mendekati pendidikan. Progresivisme yang bertindak sebagai teori pendidikan Akan tetapi, berkait secara langsung dalam pembaharuan dan perubahan kurikulum.

progresivisme membawa kesan yang luas kerana andaian falsafah progresivisme tentang perkembangan dan kemajuan murid serta idea yang dibentang oleh falsafah progresivisme bahawa sekolah merupakan alat dalam perubahan sosial, politik dan pendidikan. 1.6 Prinsip-pinsip Dalam Pendidikan Memandangkan pendidikan progresif digambarkan oleh banyak jenis sifat yang berlainan dan tidak seragam, maka prinsip-prinsip adalah sukar untuk dihasilkan.Progresif mempunyai pendirian yang jelas tentang apa yang bertentangan dengan fahaman mereka tetapi kurang memahami apa yang sebenar mereka inginkan.

Progresif biasanya menentang pengajaran yang formal yang dilakukan secara rutin, kurikulum yang ditetapkan yang mementingkan pembelajaran mengikut sistem tanpa mempedulikan keperluan dan minat murid, keadaan pembelajaran yang mewujudkan persaingan antara murid dan menyebabkan murid mengadu antara satu sama lain, pengajaran yang menekankan peperiksaan dan galakan seperti ganjaran dan hukuman yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Perkara yang diberi tumpuan oleh pendidik progresif pula adalah menggiatkan perkembangan dan kemajuan murid-murid melalui aktiviti yang menggalakkan daya usaha, kreativiti, dan kemahiran mengemukakan pandangan mereka, mengutamakan kurikulum yang menekankan panduan daripada pengalaman yang mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti, proses pembelajaran, penyelidikan dan penyelesaian masalah, belajar dengan usaha bersama dalam satu kumpulan, guru berperanan sebagai fasilitator dalam pembelajaran yang sudi memberi nasihat kepada murid-murid dan pendidikan yang mempunyai banyak fungsi yang dapat menghasilkan murid yang penuh dengan perasaan, sihat dari segi fizikal, dan mempunyai kebijaksanaan. 1.7 Progresivisme Sebagai Teori Pendidikan Dengan berpandu kepada prinsip-prinsip progresivisme yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat banyak jenis sifat dan ciri progresivisme yang boleh dijadikan sebagai teori pendidikan. Progresivisme tidak mementingkan metafizik yang menegaskan persoalan yang berkenaan dengan dasar pendidikan. Progresivisme menganggap bahawa manusia hidup dalam sekitar yang semula jadi dan dapat dijelaskan secara saintifik. Walaupun manusia tidak dapat menguasai semua ilmu pengetahuan dalam dunia, tetapi senarai kemungkinan yang menyatakan bahawa penuntutan pengetahuan yang dapat dipercayai dan dijadikan panduan manusia mengulang kaji dan berlatih telah dihasilkan oleh sains. Ini adalah bergantung kepada manusia sendiri untuk menyalinkan hubungan dengan sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan dengan menggunakan kaedah yang paling berkesan demi memajukan diri sendiri. Sebenarnya, pengetahuan dan nilai sosial mempunyai hubungan antara satu sama lain.Pengetahuan dan nilai sosial turut serta berinteraksi secara berkesan daripada tetap memegang kepercayaan yang sejagat. Falsafah progresif berpendapat bahawa soalan metafizikal tidak akan dapat jawapan yang tepat dan memenuhi pengesahan saintifik. Oleh

itu, mereka lebih mengambil berat tentang soalan epistemologik, contohnya how do we know? dan what is the most accurate way to knowing?. Progresif berifat sains dan menggunakan penyelidikan dan pengesahan fenomena semula jadi dan pengalaman manusia untuk mencari jawapan yang tepat bagi sesuatu soalan. Versi progresif tentang pengetahuan telah diubahsuai oleh ahli falsafah pragmatisme yang menekankan teori kerelatifan. Kaedah saintifik membekalkan cara yang paling tepat untuk manusia mengetahui dan mencari sesuatu maklumat, tetapi manusia perlu membuat kajian yang selanjutnya, membuat ulang kaji dan mentafsir semula maklumat yang didapati. Dari segi prinsip akhlak dan estetik, progresif mendakwa tentang ukuran asas secara umum yang diamalkan tanpa prinsip utama dalam kehidupan sebenar dalam pengalaman manusia. Ahli falsafah progresivisme lebih cenderung kepada interaksi hubungan sesama manusia daripada menerima moral yang sempurna dan menggiatkan dasar falsafah dengan metafizikal. Pendekatan mereka dengan prinsip akhlak dan moral adalah saling berhubung. Interaksi antara perorangan ini akan mendatangkan kesan yang paling ketara. Working best berlaku dalam masyarakat yang demokratik dan bebas di mana manusia diberi kebebasan untuk berhubung antara satu sama lain. Hubungan antara manusia dikaji atas sumbangan mereka dalam perkembangan manusia, kemajuan manusia, kebudayaan dan kepuasan. Biasanya, hubungan yang terjalin ini wujud dalam keadaan persekitaran yang khas dan perlu mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti masa dan tempat serta keadaan kebudayaan di tempat tersebut. Inilah fakta yang diambil oleh ahli falsafah Konservatif, Esenialisme dan Perenialisme untuk menuduh Progresif yang menggalakkan ethical relativism yang merupakan teori yang menerangkan betul dan salah, baik dan buruk yang ditakrifkan dari segi budaya dan bukan secara umumnya. Pengkitik-pengkritik ini menuduh bahawa ethical relativism telah menjatuhkan nilai moral dan menghasilkan manusia yang tidak berakhlak. Sebenarnya, logik yang digunakan oleh progresif adalah bersifat pujukan. Mereka berpendapat bahawa logik datang dari pengalaman berinteraksi dengan persekitaran. Kaedah saintifik adalah dikhaskan untuk mendorong logik. melalui interaksi dengan persekitaran. Progresif menggalakkan pembelajaran secara orientasi dan membolehkan murid-murid membina kenyakinan sendiri Progresif menganggap pendidikan yang

berkembang selepas perkembangan kebijaksanaan sebagai akademik. Mereka berpendapat bahawa sekolah merupakan tempat pengajaran yang mempunyai banyak fungsi yang memberi perkhidmatan mengikut keperluan individu dan masyarakat. Memandang keperluan tahap pengajaran seseorang individu, matlamat sekolah adalah memfokus kepada kebijaksanaan, psikologi, sosial, sivik dan ekonomi. Progresif memperingatkan falsafah pendidikan four walls supaya jangan memisahkan sekolah daripada masyarakat dan komunitinya. Parti Konseratif United Kingdom, ahli falsafah esensialisme dan perenialisme menuduh bahawa progresif sewenang-wenangnya cuba melemahkan fungsi sekolah rendah sebagai tempat pengajaran. Kurikulum dan pengajaran yang berasaskan progresif yang mempunyai banyak objektif menolak kepercayaan ahli falsafah esensialisme dan perenialisme yang tradisional yang menekankan pembelajaran sesuatu kemahiran secara berasingan. Sebaliknya, progresivisme menekankan bahawa kurikulum perlu diberi mengikut minat dan keperluan murid-murid dan juga pemdedahan mereka di persekitaran. Selain itu, bagi progresif yang menegaskan pemusatan murid, pemdedahan murid-murid di alam sekitar memberi peluang untuk mendorong kreativiti dalam diri murid melalui aktiviti-aktiviti yang bertujuan menghasilkan kreativiti murid. Tambahan pula, murid-murid dapat mengenal pasti masalah tertentu, berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut serta dapat membentuk konsep kenyataan yang tersendiri. Untuk mencapai matlamat progresif, iaitu sekolah yang mempunyai banyak fungsi, pengajaran repertoir mesti diajar oleh guru yang serba guna. Guru perlu menerapkan tanggapan dalam perkembangan kognitif dan perasaan murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai banyak kemahiran dalam pelbagai bidang dan pengetahuan yang mencukupi untuk digunakan dalam proses pengajaran. Justeru itu, guru perlu bijak menggunakan kaedah pembelajaran dalam kumpulan secara berkesan. 1.8 Pendidikan Progresivisme Marietta Johnson merupakan pengasas Organic Education di peringkat sekolah di Fairhope, Alabama. Organic Education menekankan prinsip progresivisme yang mengutamakan pemusatan murid.Perkataan organic datang daripada pandangan beliau iaitu murid merupakan organisma yang mempunyai nyawa dan patut diberi kebebasan untuk berinteraksi dengan alam sekitar. Johnson menasihatkan sekolah yang memfokus

kepada pemusatan murid supaya mendidik mereka menjadi insan yang dapat berfikir secara mental, fizikal, sosial dan mempunyai perasaan dalam keadaan yang permisif. Matlamat sekolah adalah untuk memahami keperluan seseorang individu dalam proses perkembangannya. Oleh itu, sekolah patut melaksanakan program yang dapat

mengekalkan keikhlasan dan kesedaran orang ramai dalam masyarakat. Selain itu, sekolah juga berperanan membekalkan aktiviti intelektual yang terbaik dan manjaga perkembangan sistem nervous manusia secara keseluruhan. Memelihara perkembangan dan memerhati keperluan manusia adalah satu-satunya fungsi proses pendidikan. Ibu bapa dan guru sentiasa menegaskan pendirian bahawa mereka melayan anak-anak dan murid-murid dengan saksama. Kita mesti sentiasa mengingati bahawa kita sedang berinteraksi dengan satu individu organisma. Herderson pernah berkata, manusia tidak mungkin mempunyai sesetengah bahagian yang baik dan sesetengah bahagian yang buruk, hanya terdapat manusia yang baik atau buruk secara keseluruhannya. Sebenarnya, tidak terdapat sesiapa pun yang dapat betul-betul memahami keperluan murid-murid, tetapi walaupun keperluan mereka tidak dapat difahami secara keseluruhannya, orang dewasa tetap memikul tanggungjawab untuk cuba memahaminya. Selain itu, orang dewasa patut berusaha bersungguh-sungguh untuk membekalkan keadaan pembelajaran yang terbaik untuk murid-murid. Pendidik tidak dapat membekalkan program yang dianggap terbaik kepada murid tetapi mesti sudi membekalkan program yang sebaik mungkin kepada murid-murid. Sebenarnya, guru yang lebih muda akan lebih memahami keperluan murid-murid. Kita membahagikan muridmurid mengikut umur mereka secara kronologi. Ini adalah kerana pembahagian murid dengan cara ini dapat mengelakkan hanya terdapat sesetengah murid yang memahami pengajaran guru dan yang lain kurang memahami pengajaran guru sedangkan murid yang mempunyai perbezaan umur akan mempunyai tahap pemahaman yang berbeza juga. Kita tidak boleh membahagikan murid mengikut pencapaian mereka dalam pembelajaran. Ini akan menyebabkan murid-murid menganggap bahawa pencapaian mereka dalam pembelajaran hanya untuk memenuhi tuntutan orang dewasa. mangehadkan perkembangan murid dalam pembelajaran. Anggapan ini akan Murid-murid sepatutnya

membesar dalam keadaan yang tidak mempunyai paksaan dan tekanan yang diberi oleh orang dewasa. Kepentingan tahap pencapaian akademik akan menyebabkan murid-murid

menganggap bahawa manusia yang berilmu merupakan orang yang mempunyai kemahiran yang luar biasa atau telah memenuhi tuntutan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan dan menerima kehormat. Terdapat beberapa pemimpin dalam sekolah progresif masih berasa perlunya galakan dalam bentuk kebendaan kepada murid yang berusaha secara bersungguh-sungguh dalam pembelajaran. Akan tetapi, mereka tidak menyedari bahawa tindakan ini akan mendatangkan kesan yang negatif sahaja.Contohnya, crown akan diberi kepada seseorang yang dianggap memberi kepercayaan dan mengamalkan kehidupan yang mulia sebagai ganjaran dalam sesuatu agama tetapi kita tidak menyedari bahawa ganjaran tersebut telah melemahkan kepercayaan manusia pada agama tersebut dan menghapuskan amalan kehidupan yang suci. Sebenarnya, proses pembelajaran hanya untuk memenuhi idaman mental. Jika masyarakat tidak pernah mengamalkan sistem ganjaran, masyarakat tentu akan dapat sumbangan manusia secara ikhlas. Oleh itu, sistem ganjaran secara logiknya patut dihapuskan sepenuhnya. Dengan ini, murid-murid tidak akan berpendapat bahawa dia mesti mencapai tahap pengetahuan yang dicapai oleh orang lain. Apabila murid yang muda dicampur dengan murid yang lebih tua, mereka akan berasa kedudukan mereka menjadi lebih tinggi berbanding dengan murid yang sama umur dengan mereka tetapi dicampur dengan murid yang lebih muda daripada mereka. Biasanya, murid yang lebih tua dalam satu kumpulan akan berasa lebih senang hati untuk belajar dan dia akan memiliki kenyakinan dalam dirinya. banyak dalam kehidupan. Selain itu, dia juga akan memperoleh lebih banyak pengetahuan sedangkan dia mempunyai pengalaman yang lebih Tambahan pula, dia akan menjadi lebih muda dari segi mentalnya kerana sentiasa bergaul dengan orang yang muda. Sebaliknya, murid yang lebih muda tidak dapat memperolehi pengetahuan secara keseluruhannya mamandangkan pengalaman mereka dalam kehidupan kurang daripada orang lain. Apabila murid mencapai peringkat remaja, adalah bahaya untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang seks dan sosial secara paksaan. Oleh itu, sebelum masyarakat menjadi lebih kompleks, zaman kanak-kanak perlu dipanjangkan supaya kesanggupan untuk membentuk seseorang individu dapat dikekalkan. Masa pembesaran seseorang individu lebih panjang, maka dia akan mempunyai taraf kedudukan yang lebih tinggi. Tidak ada ibu bapa yang patut berasa bangga dengan anak mereka yang lekas dewasa. Kebijaksanaan yang dimiliki

oleh kanak-kanak semasa kecil tidak dapat menjamin kejayaannya pada masa kelak nanti. Henderson berpendapat bahawa kanak-kanak adalah bersifat jahil dan fakta ini perlu diambil berat oleh ibu bapa dan guru. Kanak-kanak tidak perlu berusaha untuk mendapatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi. Pembentukan sifat fizikal dan mental dalam diri kanak-kanak adalah lebih penting daripada pencapaian mereka dalam akademik. Terdapat sesetengah murid yang cuba menunjuk-nunjukkan ilmu pengetahuan mereka dan mendesak bahawa murid yang lemah sepatutnya tidak boleh berada dalam kelas yang sama dengan mereka. Keadaan ini tidak boleh menyalahkan murid-murid kerana ini merupakan kesalahan orang dewasa yang sentiasa mementingkan pencapaian murid dalam akademik sahaja menyebabkan murid-murid mempunyai sikap memandang rendah terhadap murid-murid yang lemah. Selain itu, bukan sahaja murid-murid Kita tidak patut mempunyai anggapan yang salah ini, malah ibu bapa mereka juga selalu berasa tidak puas hati apabila anak mereka dikelaskan dengan murid yang lemah. mempunyai pandangan macam ini kerana pendidikan merupakan proses untuk memenuhi keperluan kanak-kanak tidak kira yang pandai ataupun yang lemah. Oleh itu, guru patut berusaha untuk membekalkan aktiviti dan latihan yang dapat menyesuaikan perkembangan setiap individu dalam kumpulan. Selain itu, guru juga patut memberi perhatian kepada muridnya. Perhatian yang diberikan kepada murid bukan setakat untuk mendorong mereka supaya berganding dengan orang lain atau mencapai kemajuan pada kadar yang sama dengan orang lain tetapi adalah untuk memastikan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang diajar oleh guru. Pendidikan merupakan aktiviti yang dapat menjamin pembentukan mental yang terbaik. Perhatian perlu diberi oleh guru apabila murid cuba mengurniakan mental mereka untuk mendapatkan faedah yang terlalu banyak. Tindakan murid ini disebabkan oleh keinginan murid untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih banyak dan ini akan membawa kepuasan kepada mereka. Sistem ujian atau peperiksaan tidak perlu Selain itu, tahap dilaksanakan semata-mata untuk menguji tahap pengetahuan murid kerana tahap pengetahuan murid dapat diketahui melalui aktiviti-aktiviti mental. pengetahuan murid juga dapat dikesan semasa mereka membuat kerja rumah dengan bersungguh-sungguh. Murid-murid yang hanya belajar bergantung kepada buku teks akan

kurang memahami apa yang hendak disampaikan kepada mereka selagi mereka tidak melaksanakan eksperimen untuk menguji kebenarannya. Semua bangsa di negara ini masih tidak dapat belajar dari pengalaman. Mereka masih sentiasa bergantung kepada apa yang dipelajari dari buku teks sahaja. Akan tetapi, terdapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi dari buku teks dan manusia perlu berusaha mendapatinya dari alam sekitar. Sebenarnya, banyak ilmu pengetahuan dapat diperolehi oleh kanak-kanak sebelum mereka pergi ke sekolah. Ilmu pengetahuan itu adalah datang dari alam sekeliling yang semula jadi. Oleh itu, buku tidak patut dikira sebagai bahan untuk belajar. Jika kanak-kanak diberi peluang untuk belajar melalui pengalaman, mereka akan lebih cenderung untuk mengumpul data, mencari kebenaran sesuatu kejadian dan dapat menggunakan ilmu pengetahuan secara bijaksana tanpa menggunakan ilmu pengetahuan dari buku teks. Kanak-kanak berupaya memikir, meninjau, dan membuat penerokaan sendiri dalam interaksi dengan persekitaran. Terlampau bergantung kepada buku atau terlalu awal menggunakan buku akan menyekat perkembangan kanak-kanak secara semula jadi. Selain itu, terlalu awal menggunakan buku akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai sikap yang tidak mengambil berat tentang perkara yang berlaku dalam masyarakat. Kanak-kanak akan diajar membaca cerita sedangkan mereka sepatutnya belajar berfikir secara kreatif pada masa itu. Selain itu, murid-murid akan menjadi tidak selesa bersama dengan orang lain dalam kelas kerana dikehendaki duduk dalam keadaan cahaya yang menyakitkan mata dengan cara duduk yang tidak selesa dalam masa yang panjang dan belajar secara pasif. Oleh itu, murid yang membaca terlampau banyak akan mudah sadang, suka mengarah, bercakap besar, berasa tidak puas hati dan hanya mengutamakan kepentingan sendiri. Dalam kehidupan yang sebenar, terdapat satu kisah benar yang menyatakan bahawa seseorang murid mempunyai tinkah laku yang tidak normal akibat terlalu kerap menggunakan buku dan secara berterusan serta tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah apabila dia menghadapi masalah dalam kehidupan. Sebenarnya, muridmurid lebih minat untuk mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk mendapatkan pengetahuan dari alam sekitar dan bukan dari buku yang hanya memberi fakta sahaja. Walaupun belajar di persekitaran

adalah bahaya, tetapi murid-murid cenderung untuk meneroka kenyataan sendiri. Contohnya, walaupun ular dan buaya merupakan binatang yang bahaya, murid-murid tetap berminat untuk mengetahui kitaran hidup mereka dengan memerhati, menyentuh dan merasai sendiri. Dengan ini, barulah murid-murid mendapat gambaran yang jelas tentang sifat-sifat binatang-binatang ini. Organisma hidup patut dikaji melalui interaksi dengannya dan bukan belajar menggunakan buku dalam kelas. Selain itu, memandangkan kita mempunyai taman yang cantik dan menarik serta teluk yang mempunyai daya tarikan yang kuat, kita patut menggunakannya dengan bijak dalam proses pembelajaran. Kita dapat mengharungi sungai dengan menggunakan sampan, membina empangan, kolam, air terjun, pulau dan lain-lain dengan adanya fenomena yang semula jadi ini. Murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang seronok dan mencabar. Kerja-kerja tangan merupakan aktiviti program yang paling menarik perhatian orang ramai kerana ia memerlukan kreativiti dan kepantasan seseorang individu dalam melakukannya. Oleh itu, aktiviti ini sangat memikat hati murid-murid. Kerja-kerja tanah liat juga memerlukan usaha sendiri. Murid-murid tidak bergantung kepada orang lain tetapi hanya meminta bantuan guru apabila mereka betulbetul tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerja-kerja kayu merupakan aktiviti yang paling diminati oleh murid-murid. Mereka tidak jemu dengan gergaji beraci, ketam, penukul, paku dan juga mesin pelarik. Mereka akan menghabiskan banyak masa dalam aktiviti yang mendatangkan keuntungan ini dengan menggunakan peralatan yang sesuai dan kayu untuk menghasilkan pelbagai jenis alatan kayu yang dapat digunakan dalam kehidupan harian. Mereka dapat mencipta banyak alatan kayu dan dapat menghasilkan alat-alatan kayu yang betul-betul berguna. Walaupun kadang-kala mereka akan menghasilkan alatan kayu yang tidak berkualiti, tetapi matlamat aktiviti ini telah dicapai apabila murid-murid menikmati proses aktiviti ini dan dapat memperoleh pengalaman yang tidak diperolehi dari buku. Guru sentiasa memandang serius tentang proses pengajaran kerana mereka sedar tentang ukuran pendidikan yang mementingkan akademik. Mereka mesti menghabiskan kerja dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, guru mengalami tekanan dalam proses pengajaran. Guru sepatutnya minat kepada pekerjaan mereka, dengan itu, mereka akan berasa gembira dalam melaksanakan proses pengajaran dan tidak akan menjadi jemu.

Kadang-kala, guru terlalu serius dan tegas dalam kelas menyebabkan murid-murid berasa takut untuk belajar. Terdapat murid-murid yang tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas dan perlu diberi bantuan untuk mengelakkan ketidakfahaman dalam pembelajaran. Guru patut memberi penerangan yang mudah difahami oleh murid dan kerja rumah yang sesuai dengan tahap kefahaman mereka. Guru yang gigih akan memahami keperluan muridmurid dan memberi pengajaran yang sesuai untuk mereka. Dengan ini, mereka dapat memberi tumpuan dan memperoleh kemahiran serta pencapaian tanpa bantuan orang lain. Situasi ini memadai untuk menjamin pencapaian yang tinggi oleh murid dalam pendidikan. Perkembangan yang sihat sepatutnya tidak mempunyai tekanan yang diberi daripada manamana pihak. Kita tidak menggalakkan murid-murid menguji tahap pengetahuan sendiri kerana ini akan menyebabkan murid-murid hanya mementingkan kefahaman sendiri dan menyebabkan pembelajaran menjadi bosan. Guru sepatutnya sentiasa berbincang kerjakerja rumah dengan murid demi mengetahui tahap kefahaman mereka. Apabila seseorang murid menganggap dia sudah pandai, dia akan kurang memberi perhatian dalam pembelajaran. Akan tetapi, murid tersebut sepatutnya memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran. Belajar adalah demi memenuhi kekurangan mental manakala makan adalah untuk memenuhi kelaparan secara fizikal. Jika murid dapat berfikir sebab dan kesan tumpuan yang diberi dalam pembelajaran, ini bermaksud mereka sudah mempunyai pemikiran yang matang dan menjadi orang yang berilmu. Tidak terdapat cara yang istimewa demi membentuk disiplin murid dalam sekolah. Murid mempunyai keupayaan untuk berfikir sendiri tetapi mereka memerlukan bimbingan dan kawalan orang dewasa. Guru secara nalun mengizinkan setiap permintaan yang dikemukakan oleh murid jika permintaan tersebut adalah tidak keterlaluan dan dapat dilakukan oleh guru. Murid patut mengetahui bahawa keperluan mereka adalah diambil berat oleh orang dewasa. Berinteraksi dengan murid untuk mengetahui nafsu mereka adalah penting. Aktiviti dan latihan yang bersifat harmoni boleh diperkenalkan dan ini akan mendapat reaksi murid yang ikhlas. 1.9 Kesimpulan

Kesimpulannya, progresivisme selalu bertegas konsepnya dalam pendidikan Amerika Syarikat. Pemulih dari Eropah seperti Rousseau dan Pestalozzi serta progresif Amerika Syarikat mengemukakan pelbagai jenis pembaharuan pendidikan mereka yang tersendiri. Pendidikan progresif menentang sistem pengajaran yang diamalkan di sekolah tradisional iaitu formal, rutin dan bersifat birokrasi. Selain itu, progresivisme menentang pembelajaran mengikut buku teks, sistem menghafal dan pertandingan merebut untuk mencapai gred yang tinggi. Dalam penentangan sistem pengajaran yang diamalkan di sekolah tradisional, progresif telah menjadi agen proaktif bagi perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Progresif berpendapat bahawa sekolah merupakan makmal pendidikan untuk menguji idea yang baru dalam sistem pembelajaran. Selain itu, progresif berasa kurikulum sepatutnya dijalankan secara terbuka dan perlu dikembangkan dengan menggabungkan minat murid-murid dan bimbingan guru. Ahli falsafah progresivisme berpendapat bahawa selain bergantung kepada sukatan dalam buku teks, pembelajaran juga dapat dilaksanakan melalui pengalaman dan aktiviti yang dijalankan di persekitaran. Pembaharuan sezaman yang melibatkan proses pembelajaran, projek, belajar dengan usaha bersama dan penilaian autentik berkait rapat dengan konsep progresif. Ramai ahli falsafah progresif berpendapat bahawa proses pembelajaran merupakan proses yang melibatkan implikasi budaya yang luas, sosial, politik dan ekonomi.

Rujukan Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Malaysia: Quantum Books. Allan C. Ornstein, Daniel U. Lerine (1989). Foundations of Education (4th Edition). United States of Ameica: Houghton Mifflin Company. Gerald L. Gutek (1997). Philosophical and Ideological Perspectives on Education (2th edition). United States of America: Allyn & Bacon. Gerald L. Gutek (2004). Philosophical and Ideological Voices in Education. United States of America: Pearson Education, Inc.

Pro. Dr. Umar Titarahardja, Drs. La Sulo (2000). Pengantar Pendidikan. Indonesia: PT Rineka Cipta. Prof . Madaya Dr. Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Malaysia: PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd. Robert F. McNergney, Joanne M. Herbert (2001). Foundations of Education. United States of America: Allyn and Bacon. Robin Usher, Richard Edwards (1996). Postmodernism and Education (2th Edition). United Kingdom: Routledge. Stephen M.Fishman, Lucille McCarthy (1998). John Dewey and the Challenge of Classroom Practice. United States of America: Teachers College Press. Winch, Christopher (2004). Philosophy and Educational Policy. United Kingdom: RoutledgeFalmer.

Anda mungkin juga menyukai