Anda di halaman 1dari 1

. HURAIKAN KEPENTINGAN KEFAHAMAN TENTANG KONSEP FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM LATIHAN PERGURUAN.

Antara kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan dalam latihan perguruan ialah bagi melahirkan bakal-bakal guru yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang pendidik kelak. Selain itu, ianya juga berperanan untuk melahirkan guru yang taat sedia kepada Raja dan cinta kepada Negara. Falsafah pendidikan juga bertujuan membentuk guru yang memiliki sahsiah yand seimbang, berakhlak mulia, percaya dan patuh kepada Tuhan dan boleh memupuk dan menguatkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum setempat. 2. MENURUT ABDUL RAHMAN AROFF, MERUMUSKAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBENARNYA DIKENALI SEBAGAI FALSAFAH EKLEKTISISME. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DGN EKLEKTISISME, BERIKAN PENJELASAN ANDA. Menurut Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.

3. SETELAH ANDA FAHAM TENTANG FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT. CUBA ANDA BANDINGKAN ANTARA MAZHAB-MAZHAB TERSEBUT DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Jika dibandingkan dengan Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat, Falsafah Pendidikan Malaysia juga mengandungi unsur yang terdapat dari Falsafah-falsafah tersebut. Secara keseluruhan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip kepada Falsafah pendidikan rekonstruktivisme dimana ianya menekankan matlamat pendidikan bagi mencapai kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang harmoni. Selain itu, mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Perkara ini sehala dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana Pendidikan Agama dan Moral diajar untuk perkembangan individu khasnya dari segi emosi, rohani dan agama. Oleh kerana system pendidikan kebangsaan menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan mengandungi unsure essedsialisme yang bercorak tradisional.

Penulis: ar-rifke Sumber : ariedrifke.blogspot.com Posted in: Falsafah Pendidikan Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Anda mungkin juga menyukai