Anda di halaman 1dari 4

Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan, guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya.Guru yang suka berjenaka dengan pelajar akan membawa suasana bilik darjah yang riang dan gembira. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka pada masayang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran.Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya menghadapi masalah. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para pelajar. Guru yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas, guru mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, guru yang tegas tetapi

adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat diperlukan. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah itu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes tersebut. Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru. Guru yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Guru akan berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul danberfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru sebagai seorang profesional hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluan dan minat seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu sifat yang penting. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara peribadinya. Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taatsetia kepada raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya.Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya.Sebagai contoh, bagi memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu

mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dankualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,berbudi pekerti, merendah diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. Guru dapat mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktivitiaktiviti seharian dengan mengadakan kerja kumpulan dan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi dan sebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebih berkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan pemimpin dalam kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotongroyong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, guru harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya. Sebagai seorang guru yang berjaya, guru diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini sangat penting bagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong, terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombongkerana guru merupakan teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perluada pada seseorang guru.Secara umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah pendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai