Anda di halaman 1dari 15

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


PENGENALAN
Keperluan latihan dan pendidikan berterusan adalah kerana tekanan perubahan
ekonomi, kemajuan

teknologi dan persekitaran global menyebabkan berlakunya

perubahan persekitaran di tempat kerja. Pembelajaran Sepanjang


adalah

kombinasi proses

pembelajaran

Hayat (PSH)

secara berterusan di mana seluruh

individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk menghasilkan


perubahan berterusan seseorang.
Polisi Pembelajaran sepanjang hayat
Malaysia untuk pelaburan

terhadap

adalah sebahagian usaha kerajaan

rakyat. Pembangunan sumber manusia

berterusan untuk mengekalkan strategi utama memastikan tenaga pekerja di


Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Pembelajaran sepanjang hayat
menjadi wacana kepada latihan pendidikan untuk meningkatkan prestasi, kerja dan
pengetahuan, kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu. Fokus terhadap
pengisisan Pembelajaran sepanjang hayat di dalam kajian ini adalah untuk mengkaji
keperluan Pembelajaran sepanjang hayat

dalam kalangan tenaga pengajar di

institusi pendidikan di Malaysia.


Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan
latihan. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu
supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga
dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang
sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar
dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan
dan kepuasan diri.
Perubahan pengetahuan ekonomi secara global, teknologi yang pantas dan
maju, perubahan persekitaran tempat kerja dan persaingan yang sengit dalam
1

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

sektor pekerjaan menyebabkan pembelajaran sepanjang perlu diperkasakan dan


dilaksanakan tanpa mengira jantina, usia, pekerjaan, dan bidang yang diceburi.
Pembelajaran sepanjang hayat ialah pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir
sehingga ke liang lahad,sama ada secara formal atau tidak formal, sedar atau tidak,
secara berkumpulan atau individu.
Perkara yang baru dan berbeza dihadapi setiap hari dan ianya selalunya
memerlukan proses pembelajaran menghadapinya. (Michael D. dan Diane R.,
2008). Perubahan pengetahuan berasaskan ekonomi secara global, kualiti adalah
perkara paling berharga dalam menghadapi era globalisasi. Ini adalah kerana
pembelajaran sepangjang hayat atau latihan dan pembangunan mempunyai
hubungan yang signifikan dalam meningkatkan kualiti pekerja tanpa mengira bidang
atau lapangan yang diceburi.
Arus globalisasi yang melanda turut menyebabkan persekitaran tempat kerja
turut berubah yang menuntut setiap pekerja meningkatkan prestasi melalui
pembelajaran di tempat kerjasama ada untuk meningkatkan kemahiran, pencapaian,
atau menghadapi perubahan situasi tempat kerja yang moden. Pembelajaran
sepanjang hayat menjadi semakin penting di Malaysia kerana tekanan daripada
ledakan globalisasi, perubahan teknologi yang pantas dan pertumbuhan penduduk
di Malaysia (Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd Nasir Abu Hassan, 2005).
PEMPELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN PROFESSION PERGURUAN
Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan
bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Hal Ini kerana ramai di kalangan
individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak seglamour
pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam.
Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai pilihan terakhir dan
terpaksa.
Antara faktor yang menyebabkan timbulnya sebab mengapa mereka
mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan
2

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih
terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat darjah
enam boleh menjadi guru. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru sedang
cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa
pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional.
Namun, jawatan guru adalah sememangnya layak dianggap satu pekerjaan
profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak
mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional.

Hal ini boleh dirujuk

melalui kenyataan Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010).
Mereka menyatakan bahawa aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion
apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu
tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien
dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.
Mungkin sesetengah orang

yang

tidak terlibat dalam profesion ini

menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar
sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini,
barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi
perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh
orang yang tidak berpengalaman.
Sebagai

seorang

pendidik,

guru

haruslah

dilengkapi

dengan

ilmu

pengetahuan yang dinamik. Oleh itu, setiap guru haruslah menambahkan ilmunya
melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar. Guru
harus memahami dan menghayati tugasnya yang menghendaki agar kita
bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain juga selain daripada mengajar. Oleh
itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.
Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat
agar sentiasa dapat mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk
individu yang berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal
dan mental.

Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga


3

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

menjadi bahan rujukan rakan setugas dan juga ibu bapa. Oleh itu, guru perlu
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu
yang akan diterapkan kepada para pelajar.
Bagi mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan, banyak cara yang
boleh dilaksanakan.

Antaranya ialah dengan menghadiri Kursus Peningkatan

Profesionalisme Keguruan. Kemahiran ikhtisas seperti ini adalah sangat penting


bagi setiap guru kerana ianya akan mendorong dan membantu guru dalam
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.

Bagi memperkembangkan lagi

kemahiran, guru adalah amat digalakkan untuk mengikuti kursus-kursus peningkatan


profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan.
Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.

Mereka

harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa


mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima
sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan
keperluan masa kini.
Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih
dinamik.

Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak

maklumat kepada pelajar. Hal Ini pastinya akan mewujudkan keyakinan dan
kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.
Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham
pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang
dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam
Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat jika
dibanding dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mahupun
Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 an dan awal
2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan
dalam bidang keilmuan ini.

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan


negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu,
kerajaan

Malaysia

telah

membuat

iltizam

untuk

melaksanakan

usaha

penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra


sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan juga vokasional.
Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur peluang
pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama kepada
seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan kerajaan Malaysia
adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic). Ia berhasrat untuk
melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya tetapi pada masa yang
sama mempunyai keperibadian yang unggul.
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN HAYAT
Menuntut ilmu merupakan satu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu
tanpa mengira kaum dan agama. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah
suatu perkara baharu sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakkan
masyarakat dunia. Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur
kecemerlangan yang ada di dalam diri individu atau modal insannya. Dalam
pembangunan modal insan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan
pembelajaran baik yang bersifat ilmiah professional mahupun vokasional diberi
perhatian yang serius. Pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam
memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat
menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh seseorang individu
masyarakat dan juga negara.
Setiap

guru

perlu

mempunyai

semangat

dan

cita-cita

yang

kuat

untukmeneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu di dada. Pembelajaran


boleh belaku secara formal ataupun tidak formal; oleh itu, setiap guru perlu
mengemaskinikan ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkembangan dan
peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan dan cabaran
yang dihadapi dari satu masa ke satu masa.
5

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi pada hari ini menuntut setiap
guru menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan
pendidikan, pada waktu yang sama unsur-unsur insan ini tidak boleh diabaikan
sama sekali. Dengan memandang unsur-unsur insaniah yang menjurus ke arah
nilai-nilai kemanusiaan dan kekuatan spiritual menjadi tuntutan yang akan
menyeimbangkan kehidupan manusia. Maka setiap guru perlu mempunyai
merancang

dan

merebut

peluang-peluang

yang

ada

untuk

peningkatan

professionalisme oleh setiap guru dalam usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.
Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran
sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali
juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi
kuasa) dan enjoyment (keseronokan).
Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk
mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa
Jepun,

kesedaran

tentang

kepentingan

pembelajaran

sepanjang

hayat

ini

mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever" di mana ahli
masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu
bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang
mereka minati.
Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini
merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat
syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan
penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.
Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi
kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai
daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara
tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan
6

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed
and Rossetti tadi sebagai empowerment.
Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun
keupayaan dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga
merupakan satu keseronokan (enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu
pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana
seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara
dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih
lanjut lagi tentang perkara tersebut.
PENGENALAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI MALAYSIA
Pepatah Melayu yang menyebut 'Menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang
lahat' bermaksud, keperluan menuntut ilmu sepatutnya tidak berhenti sehingga kita
meninggal dunia. Makna ungkapan tersebut sangat luas yang menggambarkan
bahawa pencarian ilmu adalah suatu tuntutan yang sepatutnya ditunaikan bermula
dari awal kehidupan seseorang insan sehinggalah insan tersebut meninggalkan
duniayangfana ini.
Pepatah tersebut mencerminkan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah
diilhamkan lebih awal oleh nenek moyang kita yang terdahulu. Selain itu, dalam
pepatah lain ada disebut 'Tuntutlah ilmu sampai ke negara China'. Negara China
pada suatu masa dahulu dianggap berada di hujung dunia, perjalanan ke China
begitu jauh dan memakan masa berbulan-bulan. Mengapakah ke China? Bangsa
China pada waktu itu telah tiba ke Tanah Melayu khususnya Melaka untuk
berdagang dan dari situlah orang Melayu melihat kepandaian dan kecerdikan
bangsa Cina. Tidak syak lagi, sekiranya hendak menjadi orang pandai, kita perlu
belajar daripada mereka yang bijaksana walaupun jauh, tetapi masalah jauh itu
bukanlah perlu dijadikan alasan dalam mencari ilmu.
Malaysia masih baru untuk menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai
agenda pembangunan negara jika dibandingkan dengan negara maju seperti
7

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Amerika Syarikat, German dan Australia. Oleh yang demikian perdana menteri pada
ketika itu, menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal insan yang
benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era
ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan (B.H, 1 Mei 2006).
Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa
menguasai ilmu. Pada hari ini, modal insan yang berkualiti adalahsatu kemestian
bukan lagi satu kelebihan. Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, kerajaandan
rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat seperti yang didefinisikan oleh OECD
(Organisation for Economic Cooperation and Development) ialah untuk menjadikan
individu dalam sesebuah masyarakat yang telah didorongkan untuk terus belajar
menerusi hayat mereka samada secara formal dan tak formal (OECD 1996).
ELEMEN MEMBACA DI DALAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Siapakah dapat menafikan bahawa kebijaksanaan seseorang manusia
disokong kuat oleh pembacaannya? Bangsa yang maju dan berjaya merupakan
bangsa yang menjadikan membaca sebagai budaya dalam kehidupan mereka. Pada
tahun 1988, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, iaitu Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamed telah melancarkan Tahun Pembaca yang bertemakan 'Membaca
Jambatan Ilmu'.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tidak ada alasan kepada
sesiapa untuk tidak menimba ilmu melalui bacaan memandangkan pelbagai
kemudahan untuk membaca telah disediakan dan kita tidak boleh menerima
masyarakat jahil akibat daripada tidak membaca. Malahan dalam ucapan tersebut,
Y.A.B Perdana Menteri turut menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya
membaca bagi memastikan mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan
mereka memandangkan peranan mereka sebagai pendidik dan rol model kepada
murid di sekolah.
8

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Golongan pendidik sebagai seorang individu yang amat penting dalam


masyarakat seharusnya terlibat secara aktif dalam pemupukan budaya ilmu.
Seorang pendidik perlu mengamalkan budaya mengumpul dan mencungkil ilmu baru
untuk digunakan dalam tugas mendidik. Pendidik perlu meningkatkan kepakaran
dalam sesuatu bidang yang diajamya dari semasa ke semasa dan mesti sentiasa
peka terhadap perubahan yang berlaku dalam bidang kepakaran tersebut. Seorang
pendidik juga patut terlibat secara lang sung dalam pemupukan budaya ilmu
menerusi kegiatan membaca yang serius.
Pendidik bertanggungjawab menyebar ilmu pengetahuan dan mengasuh
kemahiran di kalangan pelajar, dan perlu memupuk dirinya sendiri terhadap segala
aspek bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dengan banyak membaca. Pendidik
wajib menjadi contoh kepada para pelajar untuk membuktikan bahawa budaya
membaca dapat menjadikan seseorang individu itu mempunyai kelebihan mengatasi
individu yang lain. Para pendidik harus menjadi model kepada para pelajamya
dengan menunjukkan bahawa membaca dapat meningkatkan daya intelektual dan
keperibadian seseorang.
Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadikan membaca sebagai
amalan hidup bukan suatu tugas yang mudah. Tugas ini sebahagian besarnya
terletak di bahu para pendidik yang menjadi model dalam menanamkan minat
membaca, terutamanya di kalangan generasi muda. Para pendidik sendiri perlu
mempunyai minat membaca yang mendalam bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dan bagi menambah pengetahuan am tentang dunia dan
kehidupan.
Pada masa kini, terlalu banyak sumber bacaan yang ada, bacaan tidak hanya
terbatas melalui buku-buku, majalah dan akhbar (hard copy) semata-mata, malahan,
melalui internet pelbagai bacaan dapat dilakukan. Guru-guru di luar negara terutama
di negara maju menjadikan membaca sebagai rutin dalam kehidupan mereka
sehingga mereka mampu membincangkan pelbagai isu dan perkara tanpa teragakagak.
9

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Keupayaan mereka melontarkan idea, mengupas isu dan menganalis sesuatu


permasiilahan mencerminkan imej seorang pendidik yang pintar, berihnu dan
berwawasan. Maka, guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia
melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok
profesional yang lain.
Pengetahuan guru perlu dipertingkatkan supaya guru dapat memainkan
peranan yang benar-benar berkesan. Guru sentiasa menyarankan pelajar supaya
membaca tetapi pengetahuan guru sendiri terlalu cetek dan sukar untuk menilai
tahap profesionalisme guru itu sendiri. Golongan guru di Malaysia akan ketinggalan
dan mundur jika sekiranya amalan membaca sebagai sebahagian budaya ilmu tidak
diberi keutamaan.
Menerusi

pembacaan,

seorang

guru

dapat

membina

kreadibiliti

keintelektualannya yang merangsang kepada perkembangan dan perubahan diri


yang positif di samping mampu merealisasikan wawasan profesionalisme perguruan
yang bergerak ke era baru. Kepercayaan masyarakat yang merosot terhadap guru
juga dipercayai berpunca daripada kurangnya tahap keintelektualan guru .
Guru perlu mempunyai pengetahuan yang bersifat terkini dalam bidang
pendidikan khususnya kaedah mengajar, perancangan penggunaan sumber dan
aktiviti murid, meningkatkan kemahiran dan cara belajar, penggunaan teknologi
maklumat, pengetahuan kaunseling untuk menangani masalah murid, pengetahuan
penilaian pembelajaran dan banyak lagi.
Melalui pembacaan yang luas dan berterusan seseorang dapat membina
kekuatan dan kecerdasan minda sebagai aset yang berharga untuk mencapai
kesejahteraan hidup. Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maju khususnya di
Barat ialah kerana dorongan yang tinggi untuk membangunkan minda dan pemikiran
melalui pembacaan. Membaca perlu diberi keutamaan oleh kaum guru bagi
merealisasikan konsep belajar sepanjang hayat.

10

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Bagi memastikan guru-guru mampu menguruskan masa dengan tidak


mengabaikan amalan membaca, beberapa panduan yang berikut dapat
difikirkan dan diamalkan:
1. Peruntukkan masa untuk membaca pada setiap hari sekurang- kurangnya 10
minit pada satu-satu waktu yang terluang dan boleh jadikan amalan tersebut
pada waktu bersarapan atau minum petang. Sekiranya anda mampu
memperuntukkan empat kali sehari dengan menggunakan 10 minit pada
setiap kali, ini bererti anda telah menggunakan 40 minit dalam sehari untuk
membaca. Contohnya, pagi 10 minit (semasa bersarapan), tengah hari 10
minit (selepas makan tengah hari), petang 10 minit (sewaktu minum petang)
dan malam sebelum tidur 10 minit. Cadangan tersebut adalah paling
minimum dan anda boleh mengambil masa yang lebih panjang terutama pada
sebelah malam walaupun semasa anda berbaring di atas katil sebelum
melelapkan mata.
2. Pastikan anda membawa buku ke mana-mana sahaja anda pergi kerana
sekiranya anda berasa bosan sewaktu menanti seseorang atau menunggu
giliran misalnya sewaktu menunggu bas, semasa dalam perjalanan sama ada
di dalam bas, komuter, kereta atau kapal terbang, sewaktu menunggu giliran
di bank atau klinik, atau sewaktu menunggu ketibaan murid ke kelas anda.
3. Dapatkan suatu ruang yang sunyi dan tidak diganggu ketika membaca. Anda
perlu pastikan bahawa anda mempunyai suatu sudut atau ruang bacaan yang
selesa. Dengan itu, anda dapat membaca dalam keadaan tenang dan dapat
memberikan tumpuan terhadap bacaan. Sekiranya keadaan di dalam rumah
agak kurang selesa dan sempit, anda boleh membaca di bawah sepohon
pokok yang rendang atau di tepi sebuah tasik yang damai.
4. Sediakan senarai bahan bacaan yang telah anda kenal pasti dan buat catatan
untuk mendapatkannya. Adakala kita mengunjungi kedai buku atau kita
ternampak promosi buku, tetapi kita belum bersedia untuk membelinya.

11

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

Dengan menyediakan senarai tajuk buku yang anda minati, anda akan
berusaha mendapatkan satu persatu.
5. Kunjungi pameran buku dan kedai buku untuk memupuk minat membaca.
Anda akan tertarik dengan pelbagai maklumat yang terkandung di dalam
sesebuah buku. Anda boleh mengunjungi kedai buku pada waktu jualan
murah atau anda boleh mengunjungi kedai buku terpakai.
6. Tentukan matlamat anda dalam pembacaan bagi memastikan semangat anda
kental dalam amalan membaca. Selain amalan harian kita membaca akhbar
atau majalah ringan, kita sepatutnya telah berubah sikap dan menjurus ke
arah pembacaan bahan-bahan yang mengandungi ilmu yang lebih tinggi.
Di Malaysia, terlalu kecil bilangan guru yang membaca jurnal-jurnal
penyelidikan menyebabkan pemikiran mereka kurang berkembang dan kurang
mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pengurusan kerjaya. Guru hanya boleh
berbangga dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada semata-mata dan hal
ini akan menyebabkan murid yang kita didik hilang minat untuk belajar.
PENUTUP
Sebagai

kesimpulannya,

usaha

untuk

membudayakan

pembelajaran

sepanjang hayat merupakan usaha segenap lapisan masyarakat. Peluang yang


sedia terbentang perlu direbut dalam usaha untuk meningkatkan potensi diri.
Persepsi masyarakat terhadap pembelajaran sepanjang hayat perlu diubah untuk
menggalakkan minat dan kecenderungan masyarakat setempat menambah
pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk
memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa
hadapan.

Setiap

perubahan-perubahan

dalam

kurikulum

pendidikan

yang

diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu
12

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke
semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu
dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan
sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana
masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah
peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih
pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan
seperti

doktor,

peguam

dan

arkitek?

Para

guru

sebenarnya

mempunyai

tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan


melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.
Pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat
Malaysia yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan
kemajuan diri bagi mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Setiap individu
berpeluang mengikuti pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira di mana
mereka berada, dalam apa-apa jua keadaan atau situasi, umur dan latar belakang
mereka. Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan pembelajaran
dan dilengkapi dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran bermula dengan
diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya Negara.
Kesedaran guru terhadap akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu
lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan
kepadanya. Oleh itu, perkara ini perlulah dihayati oleh semua guru di negara ini.
Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabilitinya, maka pastinya
tanggungjawab yang diamanahkan sukar untuk dilaksanakan dengan baik. Hal ini
pastinya membawa kepada kegagalan dalam melahirkan pelajar sebagai insan yang
benar-benar lengkap dari segi ilmu dan peribadi yang baik. Hal tersebut haruslah
dielakkan kerana ianya hanya akan menjatuhkan martabat profesionalisme
keguruan negara kita.

13

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

RUJUKAN
1. Abd Rahim (2003). Falsafah Budaya Dalam Bidang Pendidikan. Penerbit
U.M, Kuala Lumpur.
2. Amir Hasan Dawi, 2002. "Penteorian sosiologi dan pendidikan". Quantum
Books., Tanjung Malim.
3. Berita Harian, (2007). Pendidikan sepanjang hayat bina sahsiah diri, 16 Mei
2007.
4. Berita Harian, (2006). Gilap modal insan, 1 Mei 2006.
5. Kamaruddin Hj. Kachar. (1989). "Kepimpinan professional dalam Pendidikan".
Teks Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
6. Michael D. Tovey And Diane R. Lawlor (2008). Training in Australia. Pearson
Education Australia, Australia.
7. Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd Nasir Abu Hassan (2003). Lifelong
Learning in Malaysia. International policy seminar co-organised by IIEP,
UNESCO and KRIVET.
8. Mohd. Azhar, Paimah Atoma, Mohamed Fauzi dan Mohd. Nasir (2004).
Andragogi: Mengajar Orang Dewasa Belajar.PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd., Shah Alam.
9. Mok Soon Sang, (1996). "Pendidikan di Malaysia". Kumpulan Budiman.,
Kuala Lumpur.
10. Sufean Hussin, (1993). "Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan
Falsafah". Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

14

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU .

11. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010.) "Asas kepimpinan
dan perkembangan profesional guru". Oxford Fajar, Shah Alam.
12. Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD, 1996).
Lifelong Learning for All. OECD: Paris.
13. Ramlee Mustapha and Abu Abdullah (2001). Malaysia Transitions Toward a
Knowledge-Based Economy.The Journal of Technology Studies
14. http://www.kktns.edu.my/v3/index.php/program-ditawarkan/kursus-pendek
15. http://www.slideshare.net/naemarbain/bab-4-pengurusan-maklumat-danpembelajaran-sepanjang-hayat

15

Anda mungkin juga menyukai