Anda di halaman 1dari 5

PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKKAN PELAJAR YANG HARMONIS DAN SEIMBANG SEPERTI TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(FPK) Pelajar yang seimbang membawa maksud semua keperluan pelajar mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri pelajar adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta. Pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional. Keseimbangan ini dapat dicapai sekiranya guru memainkan peranan mereka bagi membentuk pelajar yang harmonis dan seimbang ini. Antara peranan guru adalah menyediakan kurikulum yang relevan sesuai dengan keperluan semasa. Sekiranya didapati kurikulum itu tidak sesuai, maka guru haruslah mengambil inisiatif mengubahsyuai kandungannya mengikut apa yang diperlukan bagi membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya. Inilah cabaran guru dalam mendalami pengetahuan berkaitan dengan tajuk, di mana guru perlu mengaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling pelajarnya. Seorang pelajar berhak mendapatkan ilmu yang benar dari guru mereka di sekolah. Dalam pendidkan alaf baru ini, pelajar banyak terdedah kepada unsur-unsur negatif dalam persekitaran mereka di rumah mahu pun dalam komuniti masyarakat setempat.Oleh itu, guru harus mencari jalan penyelesaian yang terbaik melalui pertimbangan akal yang munasabah. Guru juga berperanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti menerusi sistem penyampian yang berkesan dengan memperkenalkan ICT kepada para pelajar.. Selepas

penyemakan semula kurikulum, murid-murid telah didedahkan kepada pelbagai mata pelajaran yang memerlukan penggunaan ICT dari peringkat bawah. Murid-murid mesti mencari maklumat dengan bimbingan guru supaya kajian projek mereka mengikut kehendak soalan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, seperti Folio untuk Pendidikan Seni Visual dan PEKA untuk kelas Sains. Murid-murid dikehendaki membuat kajian, pemerhatian dan laporan. Setiap perkara dibuat di sekolah akan digunakan apabila mereka melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi. Mereka mesti celik ICT dalam apa-apa jua bidang yang mereka ceburi. Sebab itu, para guru seharusnya menggunakan kemahiran pengkomputeran dalam menjalankan proses pengajaran-pembelajaran yang dikendalikan. Secara tidak langsung, murid-murid sebenarnya turut mempelajari pengkomputeran dan ini selaras dengan harapan negara untuk melahirkan modal insan yang diharapkan itu. Menurut Arshad Hussin (2006), zaman sekarang bukan lagi zaman untuk bercakap banyak sebaliknya seluruh rakyat perlu berani bertindak melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi membina kekuatan diri menguasai ekonomi, politik, agama dan ilmu pendidikan. Nasir Tun Sakaran (2006) juga berkata kelemahan dan kekurangan ilmu pengetahuan teknologi telah banyak membawa kerugian yang menyebabkan negara tidak mampu menguasai sepenuhnya sumber khazanah kekayaan yang ada di negara ini. Kekayaan khazanah itu bukan sahaja hasil galian, hutan dan sebagainya, tetapi juga modal insan iaitu murid-murid sekolah. Sehubungan itu, langkah seterusnya ialah para guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan meningkatkan kefahaman dalam penyampaian-penerimaan ilmu berpaksikan kemahiran. Guru harus memperkenalkan bidang ICT kepada para pelajar supaya tiada sesiapa akan tercicir dari arus pembangunan. Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.

Guru juga berperanan untuk memastikan emosi pelajar di dalam keadaan stabil. Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Seterusnya, guru berperanan menerapkan pendidikan agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua mata pelajaran. Guru harus menekankan nilai-nilai murni kepada pelajar. Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri. Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar. Selain itu, dalam membentuk pelajar yang harmonis dan seimbang, guru haruslah mengasah intelek pelajar. Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan.

Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai. Pemupukan semangat patriotisme di dalam diri pelajar juga adalah peranan guru dalam membentuk pelajar harmonis dan seimbang. Semangat patriotisme ini boleh diterapkan didalam bilik darjah, aktiviti kokurikulum mahupun aktiviti khidmat masyarakat. Semangat cintakan negara, sanggup berkorban untuk negara haruslah diajar kepada pelajar.

Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Pelajar yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan pelajar, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri.
Kokurikulum membantu menyediakan pendidikan holistik dari segi peningkatan

perkembangan kemahiran sosial pelajar dan mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan mereka. Oleh itu, para guru perlu menyemai dalam diri murid dan memastikan bahawa mereka perlu melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Melalui pembabitan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum ini,

mereka akan belajar banyak perkara, misalnya hal-hal yang mencakupi kepimpinan, bekerjasama, berdaya saing, berfikiran kreatif, berfikiran kritis, berdaya tahan, berdisiplin, mempunyai jati diri, mempunyai integriti, berkeyakinan tinggi, bertanggungjawab, amanah, ikhlas, menepati masa, bersatu-padu dan sebagainya.

Oleh itu, dalam memainkan dan melaksanakan peranan para guru sebagai penasihat beberapa kelab dan persatuan di sekolah, adalah diharapkan para guru berkenaan dapat menggunakan kesempatan itu untuk memastikan bahawa murid akan mempelajari sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat apabila mereka menceburkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum dan menjadi modal insan yang diharapkan itu. Guru seharusnya berusaha memperkembangkan lagi keupayaan mereka-cipta dan menjadikan murid mereka kreatif, mengasuh pemikiran mereka supaya lebih positif dan progresif. Ini sebenarnya

sangat berkaitan dengan tugas guru yang berkenaan, misalnya seorang guru Pendidikan Seni akan biasanya sekali gus menjadi Penasihat Kelab Seni lukis di sekolah. Guru penasihat Kelab Seni lukis berkenaan seharusnya mengambil langkah-langkah sewajarnya ke arah membimbing murid-murid beliau menjalankan aktiviti kelab dengan mengutamakan kerjasama. Murid-murid akan memikul tugas-tugas serta tanggungjawab tertentu dalam

menerajui kelab. Secara tidak langsung, mereka akan belajar tentang ciri-ciri kepimpinan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Semua ini akan membentuk mereka menjadi pelajar yang seimbang dan harmonis. Kesimpulannya, seorang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis. Guru berfungsi sebagai penggerak Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi memastikan tujuan dan matlamat FPK selari dengan perkembangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai