(FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang
dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat
dan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara
serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi
tiga aspek asas, iaitu :
1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam
kehidupan.
2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran
dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,
berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika
profesion keguruan.
Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang
dirancangkan.
Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat
mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek
dan jasmani
Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru
adalah digambarkan seperti Rajah di bawah:
Ketuhanan
Rohani
Pengetahuan Nilai
Intelek Emosi
Kemahiran
Jasmani
Kendiri Kemasyarakatan