Anda di halaman 1dari 9

UNIT 12 AKTA PENDIDIKAN 1996: PEMBENTUKAN &

KANDUNGAN

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran unit ini, anda dapat:

i. Menerangkan maksud akta dan akta pendidikan.


ii. Membincangkan asas pembentukan Akta Pendidikan 1996.
iii. Menganalisis kandungan Akta Pendidikan 1996.

TUGASAN: Jelaskan pengertian Akta Pendidikan 1996. Bagaimakah akta tersebut dibentuk dan
apakah yang menjadi fokus utama kandungannya..

12.0 Peta Minda

12.1 Pengertian akta dan akta pendidikan


(a) Pengertian Akta

Tokoh Penjelasan
Akta adalah surat yang diperbuat demikian oleh atau dihadapan
pegawai yang berwenang untuk membuatnya menjadi bukti yang
cukup bagi kedua belah pihak dan ahli warisnya maupun berkaitan
- dengan pihak lainnya sebagai hubungan hukum, tentang segala hal
yang disebut didalam surat itu sebagai pemberitahuan hubungan
langsung dengan perhal pada akta itu. (Pasal 165 Staatslad Tahun
1941 Nomor 84).

Rumusan anda tentang akta:

Akta adalah suatu tulisan yang memang dengan sengaja dibuat untuk dijadikan bukti tentang suatu
peristiwa dan ditandatangani pihak yang membuatnya.

(b) Pengertian akta Pendidikan

Tokoh Penjelasan
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari
Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta
mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan
kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini
menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan
yang sedia ada. Akta ini berpasikan kepada perakuan-perakuan utama
Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Rumusan anda tentang akta:


Akta memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak
dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan
bertaraf dunia

12.2 Penggubalan Akta Pendidikan 1996

Laporan Razak (1956) a) Laporan Rahman Talib

Dasar Pendidikan Kebangsaan & Reformasi Sistem


Pendidikan Kebangsaan
Akta Pendidikan (1961)

Laporan Khir b) DEB (1970) Laporan Hussien Laporan Murad


Johari (1967) Onn (1970) (1973)

Akta Bahasa c) Rukun Laporan Majid


Kebangsaan (1967) Negara (1970) (1971)

d) Laporan Kabinet
1979
Kurikulum Bersepadu e) Kurikulum
Sekolah Rendah Bersepadu Sekolah
(1982) Menengah (1982)

Wawasan 2020

(1991)

AKTA PENDIDIKAN
(1996)

AKTA

AKTA 550

Ordinan PARLIMEN Kanun

Perlembagaan

Rajah 12.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996


12.3 Kandungan Peraturan Akta Pendidikan 1996.

(a) Peraturan Berkaitan Persekolahan, Kurikulum & Bahan

Peraturan Huraian
i. Kurikulum Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan kurikulum kebangsaan (kurikulum
kebangsaan. yang ditetapkan) hendaklah digunakan oleh semua sekolah. “(1) Menteri
hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenli sebagai Kurikulum
Kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh
semua sekolah dalam Sistem pendidikan Kebangsaan.” “(2) Kurikulum
Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-
murid pada akhir tempoh persekolahan masing- masing dan hendaklah
termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dan apa-apa mata pelajaran lain
yang dinyatakan”. “(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah
disifatkan telah dipatuhi jika mata teras Kurikulum Kebangsaan yang
dinyatakan diajarkan di sekolah itu”. “(4) Menteri boleh dari masa ke semasa
melalui perintah yang disiarkan dalam warta menambah, meminda atau
mengubahnya”

ii. Kurikulum Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk
prasekolah. tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib
digunakan oleh semua tadika. “Program dan kegiatan tiap-tiap tadika
hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan
oleh Menteri”.

iii. Penerimaan Penerimaan masuk murid warganegara ke sekolah.


masuk murid ke (1) Guru Besar atau pengetua hendaklah menerima masuk murid yang
sekolah adalah warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan.
penyimpanan (2) Ibu bapa hendaklah mengemukakan yang berikut semasa
daftar dan syarat pendaftaran penerimaan masuk murid ke sekolah:
bagi pengekalan
(a) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah rendah;
murid belajar
di sekolah. (b) kad pengenalan asal rnurid bagi penerimaan masuk ke sekolah
menengah; atau
(c) surat beranak asal murid bagi penerimaan masuk ke sekolah
menengah, jika murid itu belum memiliki kad pengenalan.

Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah. (1) Kategori


murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke
sekolah: (a) anak kakitangan kedutaan asing; (b) anak yang ibu bapanya
adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau
agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan
permit kerja yang sah; atau (c) anak yang ibu bapanya adalah
pemastautin tetap Malaysia.
(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk
ke sekolah hendaklah—
(a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
(b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan;
(c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Pertama.

Daftar penerimaan masuk murid.


(1) Guru Besar atau pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan
supaya disimpan suatu daftar penerimaan masuk murid yang kemaskini yang
mengandungi butir-butir sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
berkenaan dengan semua murid di sekolah.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), guru besar atau pengetua hendaklah
membatalkan dan daftar nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah
pada sesuatu hujung bulan yang berkenaan

iv. Penggal, hari Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari
dan cuti Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya
sekolah. sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.
(1) Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada
satu ratus sembilan puluh hari.
(2) Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia
mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dan satu ratus
sembilan puluh hari.

(1) Guru besar atau pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari
tertentu sebagai cuti penistiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari bagi
mana-mana satu tahun.
(2) Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti
penggal sekolah.

v. Penilaian & Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan
peperiksaan. murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan. "Tiap-tiap
sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang
ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau manamana peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah
Akta ini”.

vi. Majalah sekolah Penubuhan jawatankuasa dan penerbitan sekolah. Pengedaran majalah sekolah
& bahan dan bahan multimedia. Kelulusan guru besar atau pengetua bagi penerbitan
multimedia. dan pengedaran

(b) Peraturan Berkaitan Institusi Pendidikan & Masyarakat


Peraturan Huraian
i. Pendaftaran Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan institusi pendidikan dibahagi kepada
institusi tiga kategori untuk lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan
pendidikan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. “Maka hendaklah ada tiga
kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu;
institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan
institusi pendidikan swasta.

ii. Pendidikan (1) Menteri boleh menetapkan: (b) Tempoh pendidikan rendah dan
khas menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan
khas. (c) Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan
khas. (d) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang
sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori pendidikan khas. (e)
Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri suai manfaat atau perlu
bagi Bab ini

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di bawah 1(a) tidak boleh kurang
daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah 1 (b) hendaklah mematuhi
kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang munasabah dan praktik.

iii. Institusi Akta pendidikan 1966 mempunyai peruntukan bagi setiap sekolah atau
pendidikan institusi swasta
swasta

iv. Institut Melalui seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan)
Pendidikan mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan
Guru program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti
tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada
pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebih banyak selaras
dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah
bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari
unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia

v. Institusi Akta Pendidikan 1996, seksyen 35, membolehkan menteri mengadakan


Politeknik pendidikan teknik di mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang
dinyatakan dalam seksyen 30 dan institusi pendidikan lain. Pendidikan teknik
menyediakan (a) latihan kemahiran. (b) latihan khusus yang berhubung dengan
pekerjaan tertentu. (c) latihan meningkatkan kemahiran sedia ada. (d) latihan
teknik atau vokasional yang diluluskan
vi. Persatuan Guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis,
Sekolah hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
(b) hobi dan rekreasi;
(c) ) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform;
(e) apa-apa persatuan lain yang dilu1uskan oleh Pendaftar.

vii. Persatuan Ibu Keaktifan aktiviti sekolah boleh diukur melalui peranan Persatuan Ibu Bapa
Bapa & Guru dan Guru (PIBG) seiring dengan keperluan sekolah, guru dan pembangunan
(PIBG) pelajar. Di negara ini, ada sekolah yang kelihatan aktif, sederhana aktif atau
pasif bersama PIBG.

Anda mungkin juga menyukai