Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA HARI GURU

Yang berusaha Cikgu Badrul Aisham Bin Chik, Guru Besar Sek. Keb Taman
Intan.
Yang dihormati, PK Pentadbiran, Cikgu Harun bin Awaludin, PK Hal Ehwal Murid,
Cikgu Ernie Masliza binti Zolkeply , PK Kokurikulum Cikgu Ahmad Syukri bin Md
Daud , PK Pendidikan Khas, Cikgu Norisma binti Ismail, barisan guru-guru yang
diraikan seterusnya rakan-rakan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA,


dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras,
mengerah kudrat, memerah keringat dalam usaha menyampaikan ilmu kepada
kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada
tahun ini, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani dipilih sebagai tema Hari
Guru.

Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru-guru.
Rakan-rakan sekalian,

Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu
pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang
berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan
amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru


yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh
dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi .

Terima kasih cikgu!

Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati selagi hayat
dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran ,segala salah laku
dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang
masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru semua.

Hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya memberi dua rangkap pantun

ABCD dan Alif Ba Ta


Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Latih tubi sampai dapat

Hendak berburu ke luar kota


Seluas alam bumi terlentang
Tanpa guru siapalah kita
Ibarat malam tanpa bintang
“Selamat Hari Guru 2023” kepada semua guru – guru Sekolah Kebangsaan
Taman Intan. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi
hayat dikandung badan.

Selamat Hari Guru,


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai