Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA PELAJAR

YANG BERUSAHA, PUAN NORSHAM BINTI NOORDIN, A.A.P,

PENGETUA CEMERLANG, SMK (P) AIR PANAS,

YANG BERUSAHA, PUAN YASINAH BINTI KUTIK,

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,

YANG BERUSAHA, CIK WOON SEET LENG,

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,

YANG MULIA, PUAN TENGKU NORLI BINTI TENGKU RAMLI,

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,

GURU-GURU KANAN, GURU-GURU, SETERUSNYA RAKAN-RAKAN PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Pertama sekali, saya selaku wakil pelajar ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru
SMK (P) Air Panas. Selamat Hari Guru cikgu-cikgu.

Hadirin sekalian ,

Setelah dua tahun kita meraikan sambutan hari guru secara maya, tahun ini kita berpeluang untuk
meraikannya secara bersemuka. Hari guru merupakan hari untuk kita meraikan guru-guru yang tidak
pernah lelah mendidik kita. Bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu ‘guru tunjang sekolah sejahtera’
jelas mencerminkan bahawa gurulah insan yang memainkan peranan penting bagi mewujudkan
suasana sekolah yang tenang , aman dan damai serta suatu tempat yang selamat untuk pelajar.

Rakan rakan sekalian,

Guru atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Guru ibarat
pelita, membakar diri dan menerangi kegelapan. Tanggal 16 Mei setiap tahun, negara kita akan
meraikan hari yang cukup istimewa buat mereka yang bergelar guru. Sambutan Hari Guru bermakna
kepada semua warga pendidik bukan sahaja untuk meraikan jasa dan pengorbanan mereka, tetapi
juga sebagai dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan
meningkatkan kualiti dalam mendidik pelajar. Jasa guru sememangnya besar dan tidak dapat
terungkap dengan kata-kata. Setiap pelajar harus menghargai segala ilmu yang dicurahkan serta
mendapatkan restu daripada guru, agar ilmu yang dipelajari mendapat berkat. Guru juga sebagai
pengganti ibu bapa kita ketika berada di sekolah. Sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita,
begitu jugalah kita harus menghormati guru.

Wahai guru yang kami sayangi sekalian, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana mengajar kami
dengan penuh keikhlasan tidak kira waktu dan tempat, agama atau bangsa. Kegigihan guru dalam
mendidik kami tidak terbalas dengan kata-kata. Izinkan saya akhiri ucapan saya dengan serangkap
pantun.
Wajahmu manis tersemat dihati

Setiap masa bersuara tenang

Guru yang kami hormati

Jasamu akan sentiasa dikenang

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari guru kepada para guru dan terima kasih untuk segalanya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai