Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Hari Guru

Anda telah terpilih untuk mewakili rakan -rakan anda untuk memberi ucapan dalam perhimpunan
sempena sambutan Hari Guru di sekolah anda. Tuliskan ucapan tersebut.
Pengenalan : kata-kata aluan kepada hadirin terima kasih kerana diberi peluang berucap
Perenggan ke-2: tujuan diadakan perayaan itu jasa dan bakti guru
Perenggan ke-3: pengorbanan guru besar sekali, guru patut dikenang dan disanjung tinggi
Perenggan ke-4:guru membimbing dan mendidik kita
kita mesti belajar bersungguh -sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka
Penutup: ucapan terima kasih kepada semua guru ucapan selamat menyambut Hari Guru

UCAPAN HARI GURU


Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru serta rakan sekalian.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis
kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap sempena Majlis Hari Guru ini. Saya
sebagai wakil murid sekolah ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada
semua guru.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tujuan perayaan ini adalah untuk
mengenang dan menghargai jasa guru-guru selama ini. Kami semua amat berterima kasih
atas jasa para guru yang mendidik kami dengan bersungguh-sungguh.
Pengorbanan guru terhadap kita besar sekali. Guru ibaratkan sebagai sebatang lilin yang
sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu, jasa guru patutlah dikenang dan
disanjung tinggi.
Pada hari yang bersejarah ini, kami berjanji tidak akan melupakan segala tunjuk ajar yang
telah diberikan oleh guru. Kami juga akan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak
menghampakan harapan guru-guru.
Akhir sekali, kami memohon maaf atas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami selama
ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai