Anda di halaman 1dari 2

MARTABAT SEORANG GURU

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga
penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai
tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

4 Martabat Guru

Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka
sahaja.

2- Muallim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi
turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang
benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah


anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.

Hari ini, bersyukurlah kerana Allah telah mengangkat martabat seorang guru yang
benar-benar ikhlas menyampai ilmu Allah dan penyambung tugas para nabi.

Oleh itu guru perlulah melaksanakan tugas yang mulia ini dengan ikhlas dan seamanah
mungkin sesuai dengan kemulian yang diberikan oleh Islam. Bukan melaksana
tanggungjawab tersebut sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. Al-Mawardi di dalam
Kitab Adab Ad-Dunia wa Ad-Din (m/s:99) menyebut:

Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan


Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah dengan
memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian
(daripada orang) dan mengharapkan rezeki daripadanya.

Didiklah diri sebelum mendidik orang lain kearah ketaqwaan kepada Allah .
Peganglah prinsip boleh ditarbiah dan mampu mentarbiah orang lain. Berusahalah
menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman,
berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan
negara.

Para pendidik perlu bersatu membina masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan
murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya
dan keturunan. Seterusnya martabatkanlah profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan
konsep amar maruf dan nahi munkar.

Akhir kata; Jadilah seorang guru yang dengan hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya
diburu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru

Anda mungkin juga menyukai