Anda di halaman 1dari 5

Artikel : CIRI IKLIM SEKOLAH BERKESAN : IMPLIKASINYA TERHADAP

PELAJARAN

Pengarang: Ahmad Zabidi Abdul Razak

Jurnal : Pendidikan 31 ( 2006 )

Pengulas : Mohd Noor Bin Ismail

Jurnal ini mengutarakan tentang satu kajian untuk menentukan ciri iklim sekolah
berkesan. Ia melibatkan 97 orang guru daripada 4 buah sekolah menengah agama di
Selangor. Ia juga memaparkan analisis mengenai implikasi terhadap motivasi
pembelajaran di sekolah untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan budaya
kolaboratif pengurus (pengetua) wanita di sekolah dan pengaruh terhadap motivasi
menurut perspektif guru.

Hasil kajian yang mereka lakukan, beberapa pengkaji telah mengetengahkan beberapa
ciri iklim sekolah berkesan antaranya:
1) Guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan.
2) Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil prihatin tentang
kemajuan murid-muridnya.
3) Pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya serta bertimbang
rasa.
4) Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Pengkaji turut memaparkan beberapa pandangan yang mengaitkan iklim sekolah


berkesan dengan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran sekolah yang berkesan
mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya serta hubungan mesra
di antara sekolah dan keluarga seterusnya membentuk pendidikan yang sempurna bagi
pelajar-pelajarnya. Antaranya ialah:
1) Abdul Rahman An-nahlawi (1995) ,mengatakan iklim sekolah yang berkesan mampu
mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya serta hubungan mesra di

1
antara sekolah dan keluarga seterusnya membentuk pendidikan yang lebih sempuna
bagi pelajar-pelajarnya.
2) Ali Mohamed (2002) menyatakan bahawa guru dan pelajar yang kuat pegangan
agama islam mampu membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan.
3) Dziauddin (1999) menyatakan suasana persekitaran pendidikan yang menekankan
kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan rohani serta
iman sebagai satu pakej yang mantap.

Penulis turut mengutarakan beberapa pendapat yang menyatakan tentang ciri iklim
sekolah berkesan antaranya:
1) Halpin dan Croft (1963) mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan
personaliti seseorang individu sendiri.
2) Howard (1974) mendifinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya
sekolah.
3) Pusat Kurikulum (1981) mendifinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang
baik dimana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan
pembelajaran yang lancar.

Penulis menyatakan bahawa iklim sekolah adalah antara aspek yang paling penting
untuk meningkatkan motivasi pembelajaran warga sekolah. Iklim sekolah dan motivasi
pembelajaran saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kawasan sekolah bersih,
cantik, selaat dan cukup tempat ruang belajar menyebabkan guru-guru akan sentiasa
bersemangat untuk bekerja dan pelajar pula bersemangat untuk belajar. Pengetua
mengamalkan komunikasi terbuka didalam pergaulan dengan guru dan pelajar
memudahkan setiap warga sekolah berani untuk berbincang tentang apa jua masalah
seterusnya membantu meningkatkan motivasi. Amalan sifat muraqabah iaitu merasakan
Allah sentiasa memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan, dapat memastikan
seseorang itu melaksanakan setiap tugas dan amanah pada tahap yang terbaik tanpa perlu
kawalan daripada individu lain. Sikap pelajar yang positf bermaksud keperibadian yang
baik yang ditunjukkan oleh pelajar sama ada semasa berada di sekolah atau di luar
sekolah menyebabkan mereka boleh menguruskan sesuatu kerja dengan bebas dan

2
berdikari tanpa perlu dipaksa. Pelaksanaan amalan hidup islam dalam setiap aspek
pembelajaran dan pekerjaan dapat memastikan setiap tindakan akan membawa kepada
kebaikan kerana islam tidak pernah menganjurkan ke arah kemaksiatan. Komitmen guru
terhadap sekolah yang tinggi dapat memastikan setiap aktiviti yang berkaitan pengajaran
dan pembelajaran benar-benar memberi kesan kepada pelajar. Guru-guru bekerjasama
untuk menyelesaikan suatu masalah dapat memastikan mereka mencapai kejayaan dalam
setiap tugas yang dilaksanakan.

Pengkaji memilih empat buah sekolah menengah agama di Selangor sebagai sampel
kajian setelah berbincang dengan beberapa pegawai di bahagian pendidikan dan
pelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan kaedah tinjaun
bagi mendapatkan data. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian kuantitatif dan
instrumen kajian ini telah dibina oleh penyelidik berdasarkan soal selidik yang bertajuk
“Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor oleh Shahrir (1997)”. Semua
data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social
Sciences. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, penulis menyimpul bahawa ciri iklim
yang berkaitan dengan penglibatan peranan keseluruhan warga sekolah lebih terserlah
sebagai ciri-ciri iklim sekolah menengah agama berbanding dengan peranan yang
dimainkan oleh pengetua atau guru-guru sahaja.

Pengkaji juga menyimpulkan bahawa iklim yang berkaitan dengan pengamalan cara
hidup islam di kalangan warga sekolah merupakan ciri iklim sekolah menengah agama
berkesan yang terpenting berbanding lain-lain ciri iklim sekolah berkesan. Budaya hidup
beragama ini membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Dengan mengamalkan
cara hidup islam dalam proses pembelajaran dan pekerjaan, pelajar dan guru-guru
tersebut telah menjadikan insentif iman sebagai faktor utama. Kesan faktor ini kepada
pelajar ialah mereka menjadi sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk menuntut ilmu
manakala guru, mereka bersungguh-sungguh dalam pekerjaan mereka. Akhirnya
menjadikan suasana pembelajaran akan sentiasa bermotivasi.

3
Dapatan juga menunjukkan bahawa peranan pemimpin sekolah berada di kedudukan
kedua terpenting selepas kedudukan peranan semua warga sekolah. Maju dan mundur
sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya kepimpinan pemimpin
yang memegang tanggungjawab tersebut. Bagi memastikan kejayaan organisasi, semua
pihak perlu bekerjasama dan melaksanakan setiap tugasan masing-masing dengan penuh
komitmen dan berkualiti.

Pada pendapat saya, isu yang dibincangkan oleh penulis sangat penting kerana ia
merupakan salah satu daripada sepuluh perkara yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi
misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepuluh perkara tersebut adalah seperti berikut:
1) Pengetua/Guru Besar berkenaan
2) Sekolah berkesan
3) Guru yang professional
4) Kurikulum yang relevan
5) Sistem penilaian dan peperiksaan
6) Infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran
7) Pembinaan institusi pembangunan dan penyelidikan
8) Pembinaan institusi pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan
9) Pembangunan staf yang komprehensif
10) Pembinaan hubungan luar dengan masyarakat

Sekolah berkesan menjadi satu daripada perkara utama yang disebut, namun perkara
lain yang diutarakan saling berkaitan dan merupakan faktor yang penting untuk
menjadikan sekolah lebih berkesan.

Maka adalah penting bagi kita memperjelas matlamat sekolah, meneliti teknologi
‘core’, mempersoalkan nilai-nilai dan amalan sekolah yang mungkin menjadi penghalang
perubahan yang semestinya berlaku untuk kita menghadapi alaf baru. Sekolah kita
mungkin berkesan untuk abad 20, tetapi adakah berkesan untuk abad ke-21? Satu lagi
persoalan yang menghantui pihak Kementerian Pendidikan, perlukah kita menentukan
satu ukuran piawai prestasi sekolah? Jika perlu apakah ukuran piawai itu? Bolehkah kita

4
katakan bahawa ukuran piawainya ialah semua aspek keberkesanan yang dibincangkan di
atas? Selama ini piawai prestasi sekolah ditentukan oleh prestasi pelajarnya dalam
peperiksaan umum, kini pengukurannya perlu lebih meluas yang meliputi prestasi pelajar
dari aspek selain akademik dan dari segi akademik diperluas supaya meliputi kemahiran
dalam ‘higher order learning’ seperti pemikiran kreatif dan kritis dan kebolehan
menyelesaikan masalah. Dengan kata lain, bagaimanakah kita tentukan ‘benchmark’
pencapaian sekolah di negeri ini?

RUJUKAN

BUKU

Sharifah Md. Nor, Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Psikologi, Mas`adah (M)
Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai