Anda di halaman 1dari 3

SOPAN SANTUN

Sopan santun ialah suatu tingkah laku yang amat penting .Sopan santun adalah sebuah konsep
nilai yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Sikap sopan santun dapat ditonjolkan dengan
peribadi yang baik dan menghormati sesiapa saja. Tutur bicara seseorang mampu menunjukan
kesopanan mereka. Sopan santun adalah suatu sikap atau tingkah laku yang ramah terhadap
orang lain. sopan santun juga dapat dipandang oleh sesuatu masyarakat mungkin sebaliknya
masyarakat itu juga dapat dipandang oleh masyarakat lain. Memang tidak mudah untuk
menerapkan sopan santun pada diri kita sendiri, tetapi jika orangtua kita mampu mengajarkan
kita sopan santun sejak kecil lagi maka kita dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian kita. Kita dapat menunjukan sikap sopan santun dimana saja kita berada.

Seiring dengan globalisasi, budaya-budaya negara asing telah masuk dan memberikan
dampak terhadap budaya dan nilai-nilai tradisional di negera ini. Dampak tersebut
menyebabkan kalangan remaja telah melupakan tentang pentingnya sopan santun.

Salah satu contoh kurangnya norma sopan santun dari kalangan remaja adalah tidak
menyapa orang yang berusia lebih tua dari mereka. Ketika mereka bertemu guru-guru di
sekolah, banyak dari mereka yang hanya jalan berlalu, tanpa memanggil.Selain itu, hal yang
seringkali kita lihat adalah para remaja yang memanggil orang yang lebih tua bagaikan
memanggil teman sekelas. Mereka berbicara dengan menggunakan bahasa-bahasa gaul yang
mungkin tidak cocok dengan orang yang lebih berusia, sehingga konflik dari kedua pihak pun
terjadi dan hubungan mereka pun semakinburuk.

Sopan santun sebenarnya sangatlah penting untuk diterapkan bagi para remaja.
Remaja merupakan generasi penerus bangsa, dimana nasib tanah air kita tercinta ada di dalam
tangan mereka. Para remaja seharusnya mengetahui bahwa sikap mereka yang sopan santun
akan dihargai oleh golongan masyarakat.

Namun, dalam meniti arus kemodenan, generasi muda masa ini kurang menghayati nilai
sopan santun dalam diri mereka. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita ialah apakah
punca yang menyebabkan mereka kurang mengamalkan nilai tersebut? Mengapakah mereka
bersikap demikian? Semua persolan ini bagaikan tiada penghujungnya. Bagaimanakah caranya
yang dapat membantu memupuk nilai murni ini dengan lebih berkesan?
Antara kaedah untuk memupuk nilai sopan santun dalam diri generasi kini ialah ibu bapa
haruslah memainkan peranan mereka dengan membimbing anak-anak mereka ke arah berbudi
bahasa dan bersopan santun sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,‘Melentur buluh biar dari
rebungnya’. Hal ini berlaku demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang terdekat yang
dapat diteladani oleh anak-anak dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dengan ini, nilai
berbudi bahasa dan bersopan santun dapat diterapkan dalam diri anak-anak sekaligus
menjadikan mereka insan yang berperibadi mulia. Tamsilnya, anak-anak ini perlu diasuh
menggunakan bahasa yang bersopan ketika bertutur dengan kedua ibu bapa mereka.Jelaslah
bahawa ibu bapa merupakan pihak yang berperanan penting dalam membentuk sahsiah anak-
anak mereka.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan Bulan Berbudi Bahasa bagi menyemai
nilai sopan santun kepada para pelajar. Hal ini berlaku demikian kerana kebanyakan pelajar
sekolah tidak lagi mengamalkan nilai kesopanan dalam pergaulan seharian mereka. Dengan
mengadakan Bulan Berbudi Bahasa ini, nilai kesopanan pasti dapat diterapkan melalui aktiviti
yang dijalankan sepanjang bulan tersebut. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menayangkan
video, mengadakan ceramah dan sebagainya mengenai nilai kesopanan kepada para pelajar
bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan nilai kesopanan tersebut. Oleh yang demikian,
pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengarahkan setiap sekolah mengadakan Bulan
Berbudi Bahasa ini.

Di samping itu, pemimpin-pemimpin negara kita sendiri perlulah mengamalkan nilai-nilai


kesopanan ini dalam pentadbiran negara sekaligus menjadi suri teladan kepada generasi muda
ini. Hal ini berlaku demikian kerana golongan belia pada masa ini mudah terpengaruh dengan
perilaku seseorang yang terkenal. Dengan ini, secara tidak langsung objektif kerajaan untuk
memupuk nilai-nilai murni akan berlaku pada diri remaja tersebut. Sebagai contoh, idola yang
sering menjadi tumpuan remaja pada masa ini ialah Perdana Menteri Malaysia kini iaitu Dato’
Seri Najib. Justeru, pemimpin-pemimpin negara ini perlulah mengamalkan budaya bersopan
santun ini agar diteladani oleh rakyat khususnya generasi muda dan disegani oleh pemimpin
luar negara.

Sebagai kesimpulan dapatlah dijustifikasikan bahawa kini, amalan sopan santun


semakin terhakis dalam diri generasi muda. Dengan demikian, masyarakat juga haruslah
menganjurkan aktiviti yang berteraskan amalan bersopan santun dalam aktiviti setempat.
Sekiranya amalan ini terus subur berkembang, nescaya generasi muda akan turut sama-sama
menghayatinya. Jelaslah di sini bahawa pelbagai alternatif perlu diambil untuk memastikan
amalan ini tidak terhakis dalam generasi muda kini, persis kata mutiara,‘Budi Bahasa Budaya
Kita’.

Anda mungkin juga menyukai