Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Irama, warna dan ruang merupakan tiga komponen seni yang membentuk keindahan estetik
dalam kehidupan seharian kita. Irama merupakan pengulangan bunyi-bunyian menurut pola
tertentu dalam sesebuah lagu. Warna pula memenuhi alam semula jadi kita dan semua
pergerakan seseorang adalah melibatkan ruang. Memahami tiga komponen asas ini dapat
memperkayakan proses pembelajaran. Apabila komponen ini dapat diintegrasikan secara
berkesan di bilik darjah, pembelajaran akan jadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Bagi
memahami komponen-komponen tersebut pelajar diminta untuk menjalankan beberapa aktiviti.

Kumpulan 1 telah menjalankan aktiviti meneroka yang melibatkan irama, warna dan
ruang. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Hamizah dan Nurul. Mereka menjalankan aktiviti ini
bertemakan kata adjekif. Dalam aktiviti ini, beberapa orang murid telah dipilih untuk memilih
beberapa bentuk yang terdapat di atas meja. Bentuk-bentuk itu terdiri daripada beberapa jenis
bunga. Guru telah memberi beberapa keping kertas yang ditulis warna dan nama bunga-bunga
tersebut. Kemudian, murid-murid diminta menyebut nama dan warna bunga-bunga tersebut.
Selepas itu,, murid-murid diminta untuk menampal kepingan kertas yang ada pada mereka di
tempat yang sesuai dalam sajak yang disediakan oleh guru. Kemudian murid-murid telah
melagukan sajak tersebut sambil membuat pergerakkan. Aktiviti ini sangat menarik sebab
murid-murid dapat menyanyi dan menari . Tetapi aktiviti ini, perlu diubah suai dari beberapa
aspek. Contohnya, jika ramai murid dalam kelas itu, maka aktiviti ini kurang sesuai.Semasa
guru memilih beberapa orang pelajar untuk memilih bentuk yang terdapat atas meja itu ada
pelajar yang tidak mendapat peluang walaupun mereka hendak melakukan aktiviti tersebut.

Kumpulan 2 telah menjalankan aktiviti yang melibatkan warna,irama dan ruang juga.
Dalam aktiviti ini, murid-murid diminta cabut undi dan murid yang dipilih telah mengambil
bahagian dalam aktiviti ini. Pertama sekali, guru mengendalikan sebuah permain kecil iaitu
‘Music chair’. Murid yang tidak mendapat tempat duduk diminta tampin ke hadapan dan
meletupkan salah satu belon yang terdapat di situ. Dalam belon itu mempunyai serangkap
pantun dan murid-murid diminta membaca pantun tersebut. Walaubagaimana pun terdapat
beberapa kelemahan dalam aktiviti ini. Contohnya, dalam aktiviti ini semua pelajar tidak dapat
melibatkan diri. Hanya sesetengah murid yang dapat mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
Murid yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini hanya duduk dan bersembang-sembang. Hal
ini memyebabkan kebanyakkan murid tidak memahami aktiviti ini. Seain itu, meletupkan belon
menggunakan alat yang tajam dapat membahayakan murid-murid. Jadi, aktivi ini tidak sesuai
untuk murid tahap satu. Aktiviti ini akan lebih menarik jika semua murid dapat melibatkan diri
dan cara meletupkan belon itu ditukar.

Kumpulan 3 pula menjalankan aktiviti kreatif yang menggunakan irama,warna dan ruang
secara bersepadu.Kumuan ini menjalankan aktiviti berkaitan suku kata terbuka. Pada mulanya,
murid-murid diminta memilih beberapa kepingan kertas warna yang dipotong kepada beberapa
bentuk. Seterusnya, murid-murid telah mencari pasangan masing-masing yang mempunya
bentuk dan kertas warna yang sama. Apabila dua murid dapat mencantumkan kertas warna
daan bentuk yang sama, terbentuk satu suku kata terbuka. Setelah itu, murid-murid diminta
memilih gambar berkaitan dengan suku kata yang ada pada mereka. Seterusnya, murid-murid
diminta menampal gambar dan suku kata tersebut di tempat kosong dalam sajak yang
disediakan oleh guru. Setelah tampal, murid-murid diminta mendeklamasikan sajak dengan
menggunakan beberapa kit muzik yang dicpta oleh guru. Akhir sekali, muris-murid diminta
mengariskan suku kata terbuka selain daripada suku kata yang terdapat dalam kalangan murid.
Terdapat beberapa kelemahan dalam aktiviti ini. Salah satunya ialah guru pada mulanya tidak
menerangkan tentang suku kata terbuka dan terus memulakan aktiviti tersebut . jadi, ada
pelajar yang tidak memehami apa itu suku kata terbuka dan cara mengenal pasti suku kata
tersebut. Kebanyakkan murid hanya mengenal pasti suku kata tersebut dengan menggunakan
kertas warna dan bentuk yang disediakan. Jika guru memulakan aktiviti mereka dengan
menerangkan suku kata terbuka, murid-murid akan lebih faham akan aktiviti itu.

Kumpulan 4 menjalankan aktiviti meneroka yang melibatkan irama, warna dan ruang.
Kumpulan ini menjalankan aktiviti bertemakan kata adjektif. Pada mulanya, guru menerangkan
tentang kata adjektif .Penerangan tersebut membuatkan murid-murid lebih faham tentang kata
adjektif. Seterusnya, murid-murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan
dengan jenis kata adjektif. Setelah murid-murid menjawab soalan-soalan tersebut murid-murid
diminta isi tempat kosong sajak yang terdapat dalam ‘Buku raksasa’ yang dibuat oleg guru.
Setelah isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul murid-murid diminta melagukan sajak
tersebut. Aktiviti ini sangat menarik tetapi bahan bantu mengajar yang digunakan oleh mereka
tulisnnya sangat kecil. Hal ini, menyebabkan murid-murid susuh untuk membaca dan jika murid
dalam kelas itu ramai bahan ini menyusahkan mereka yang duduk di bahagian belakang.
Jika,tulisan itu besar maka aktiviti ini akan lengkap. Pada akhir aktiviti ini mereka memberi
penghargaan kepada murid-murid. Penghargaan ini dapat menarik perahtian murid dan
meyebabkan murid-murid lebih aktif pada masa akan datang.

Kumpulan 5 pula menjalankan aktiviti berkaitan dengan tujuan ekspresi dan


penyampaian idea dan maklumat. Kumpulan ini menjalankan aktiviti bertemakan kata ganti
nama diri. Guru meminta murid-murid untuk mendengar lagu yang dimaikan dalam audio.
Murid-murid diminta melukis gambar berkaiatan dengan lagu yang dimaikan. Setelah itu, murid-
murid diminta untuk menceritakan pengalaman mereka dengan mengunakan gambar yang
dilukis dan kata ganti nama diri. Aktiviti ini menarik kerana murid-murdid dapat mendengar lagu
dan meluangkan perasaan mereka. Aktiviti ini sangat sesuai pada murid tahap satu.

Kumpulan 6 pula menjalankan aktiviti perkaitan deria. Kumpulan ini menggunakan


kelima-lima deria iaitu dengar,lihat,rasa, hidu dan sentuh. Pada mulanya, guru memberi sagun
kelapa untuk dirasa. Kemudian murid-murid diminta untuk menyeneraikan sifat atau keadaan
sagun kelapa itu. Seterunya, murid-murid diminta mendeklamasikan sajak yang dicipta oleh
guru lalu diminta muris-murid membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam sajak itu berkaitan
dengan sagun kelapa. Aktiviti ini juga menarik kerana murid-murid dapat merasakan sagun
kelapa. Ada murid yang tidak pernah melihat atau rasa sagun kelapa. Aktiviti ini menyebabkan
murid itu mengenali sesuatu.

Kumpulan 7 pula menjalankan aktiviti berkaitan warna,ruang dan irama. Pertama sekali
murid-murid diminta meihat sebuah lukisan yang brkaitan dengan taman haiwan. Seterusnya,
guru telah mengajar murid-murid cara mendeklamasi sajak yang berkaitan dengan alam.
Setelah itu, murid-murid diminta membulatkan kata nama yang terdapat dalam sajak itu.
Kemudian, murid-murid diminta duduk dalam kumpulan dan mencipta sajak berkaitan lukisan
yang ditunjuk. Seterusya, kumpulan lain diminta untuk mengenal pasti kata nama yang terdapat
dalam sajak yang dicipta oleh kumpulan-kumpulan lain.

Anda mungkin juga menyukai