Anda di halaman 1dari 5

Nasib yang sama akan berlaku kepada tulisan Jawi dan kini bibit-bibit ke arah itu seolah-

olah sudah terserlah di depan mata kita. Sudah ramai warga negara yang tidak kenal lagi
tulisan Jawi, tidak tahu lagi membaca Jawi juga langsung tidak tahu menulis Jawi. Justeru,
tulisan Jawi perlu dimartabatkan semula di negara kita. Seimbangkan dominasi penggunaan
tulisan Rumi dalam semua bentuk persuratannya. Bagi mengembalikan kedudukan tinggi
tulisan Jawi yang menjadi tulisan asli bahasa Melayu sejak hampir 1,000 tahun, maka langkah-
langkah yang berkaitan dengan pengayaan penggunaan tulisan Jawi dalam persuratan ilmiah,
awam dan bahan-bahan pendidikan perlu dicari oleh badan-badan pelaksana pengajaran dan
pengguna tulisan Jawi. Papan-papan tanda di seluruh negara harus ada tulisan Jawi sebagai
bahasa kedua selain dari bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.

Langkah Kementerian Kebudayaan dan Warisan menggalakkan penggunaan semula


tulisan Jawi dilihat sebagai satu langkah positif untuk memartabatkan maruah bahasa Melayu di
negara ini yang dilihat semakin hari semakin tercabar dengan pengaruh globalisasi. Langkah
menanggung kos untuk menerbitkan semula Utusan Melayu dalam tulisan Jawi setiap hari
Ahad merupakan satu langkah yang amat dialu-alukan.Sejarah telah mencatatkan bahawa
sesuatu bahasa dan bentuk tulisannya akan terus hidup dan berkembang bila terdapat satu
masyarakat bahasa yang menggunakannya secara aktif dan terdapat sehimpunan persuratan
yang mencatat khazanah ilmu pengetahuan dan kesusasteraannya untuk digunakan, disebar
luas, dinikmati dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Langkah menggalakkan semula pengguna tulisan Jawi, tidak harus dilihat dengan kaca
mata songsang oleh masyarakat pelbagai etnik negara ini. Ia bukan satu usaha untuk
mengislamkan orang bukan Islam dengan tulisan tetapi sebagai satu usaha untuk
memantapkan jati diri orang Melayu Islam di negara ini seterusnya sebagai wadah perpaduan
pelbagai etnik di negara ini. Sejarah telah mencatatkan bahawa suatu ketika dulu tatkala
masyarakat negara ini menggunakan tulisan Jawi, perpaduan antara kaum telah berjaya
direalisasikan dengan megahnya. Tidak pernah berlaku sebarang bantahan terhadap
penggunaan tulisan Jawi malah ramai pula orang yang bukan dari etnik Melayu boleh membaca
dan menulis dalam tulisan Jawi.

Tulisan juga Jawi amat berpontesi untuk dimajukan dan dipopularkan. Antara kebaikan
lain tulisan Jawi ialah apabila ditulis, penulis boleh menulis dengan lebih cepat kerana bentuk
kalimat atau perkataan yang bersambung. Suatu masa dulu, pelajar-pelajar sekolah diajar
bagaimana menulis huruf roman cursive atau bersambung untuk membolehkan mereka menulis
atau menyalin nota dengan cepat. Satu usaha yang mencabar sekarang ialah untuk memupuk
perasaan cinta dan sayang kepada tulisan Jawi ini. Tulisan bangsa sendiri ini, bukan hanya
dengan mengangguk kepala setuju tetapi hati juga harus turut sama memahami akan
kepentingan membudayakan kembali tulisan ini.

Lantaran itu tulisan Jawi perlu disemarakkan semula bagi mengimbangi dominasi tulisan
Rumi yang digunakan dalam semua bentuk persuratannya, iaitu sejak tahun 1963 apabila
diisytiharkan sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu, dan sekali gus meminggirkan tulisan Jawi.
Sejak itu tulisan Jawi tidak lagi menjadi bahan pendidikan di sekolah, kecuali untuk segelintir
pelajar di sekolah Arab atau agama Islam sahaja.
1.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, tulisan Jawi perlu diperkasakan semula seperti suatu ketika dulu. Inilah
jatidiri bangsa Malaysia dan inilah citra bangsa Malaysia yang pernah bersenandung mersik di
angkasaraya bumi Malaysia dan yang pernah pula padam dihubub ganas api zaman. Tulisan
Jawi bak lantera yang nyalaannya pernah menerangi seluruh ceruk pelosok dan juzuk bumi
Malaysia. Jawi pernah menjadi wadah perpaduan bangsa Malaysia sehingga negara mencapai
kemerdekaan. Justeru kembalikanlah kecemerlangannya, suburilah semula perdunya yang
pernah berdaun lebat dengan bunga-bunga yang menggerbak mengharum agar menjadi
warisan generasi anak bangsa sehingga akhir zaman.

,
.
, ,
, ,
- ,
.

, , ,
.


.
-
- .
,
. ,
.
.

1,000 , -
,
- -
.-

.



.
-
.


,
. ,
,
.


.

,
.

.
.

,
.
,-

.
.
, :

.

,
1963 ,
.
,
.
,
.

.
.
.
,
-
.

Anda mungkin juga menyukai